Anda di halaman 1dari 3

Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu

Membelai Romantisme Dekaden


Prof Dr. Shaharuddin Maaruf

“Kamu melayani seorang yang tidak dikenali sesiapa dan seorang yang berpangkat tinggi
dan berpengaruh dengan penuh saksama apabila mengurus tuntutan-tuntutan dan
perbalahan; mengadili kedua-dua pihak dengan ukuran yang sama tanpa berat sebelah…”
- Al Ghazali

Karya pemurnian idea dan konsep kehidupan ini wajar dibaca dan ditelaah bukanlah semata-
mata kerana reputasi penulisnya tetapi kerana gesaan bersungguh-sungguh penulis agar kita
berfikir dan merenung kembali asas konsep pengidolaan klasik atau pemujaan wira lama
yang sama sejak kita kecil, sehinggalah ke zaman beranak pinak dan bercucu.

Karya ni cuba merungkai permasalahan idea masyarakat kita yang masih di takuk lama dek
kerana penjajahan yang lalu, maka kerangka Feudalism itu sudah terlalu membekas secara
mendalam dan utuh dalam kehidupan dan pemikiran masyarakat kita. Kehidupan dan
pemikiran berjalan seiring, seumpama manusia zaman kini dan telefon bimbit, seiring dan
bersama selalu. Feudalism secara mudah untuk difahami adalah sistem hieraki dan lapisan
kelas sosial ahli masyarakat, di mana semakin tinggi semakin berkuasa semakin dipandang
mulia. Antara contoh pemikiran yang masih mencengkam sikap masyarakat adalah berbicara
dan berinteraksi dengan golongan kaya dan berkelas sosial tinggi haruslah dengan penuh
adab dan berhemah. Walhal adab sopan, berpekerti baik dan berhemah dalam bergaul
adalah kewajiban kita sesama manusia tanpa mengira kedudukannya tinggi atau rendah.
Manusia yang celik akal fikiran dan dipimpin pula dengan nilai agama yang sebenar akan
faham mengenai hal ini dan akan sentiasa beringat.

Berbalik kepada konsep pengidolaan wira klasik secara ‘total’ tanpa soal dan tanpa ragu-
ragu, masyarakat seakan bersikap enteng dan tidak kisah asalkan bukan penjahat atau
perompak yang dipuja. Hal ini sahaja sudah memberi kejayaan kepada konsep penjajahan
Feudalism sekali lagi di mana, bersikap enteng, tidak kisah, tidak apa, asalkan semuanya
“ok” bersarang kuat dan pekat dalam sanubari dan pemikiran masyarakat kerana tiadanya
‘critical thinking’ atau budaya mencari dan memahami kebenaran. Dalam erti kata lain, ini
adalah manifestasi kisah benar ‘kelembapan mental’ yang menyedih dan mengecewakan.
Mempertikai atau mempersoal dianggap ‘taboo’ atau tindakan radikal dan harus dihentikan
segera. Hal ini sangatlah berlawanan dengan falsafah wahyu yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. mengenai konsep akal dan rasionaliti berteraskan fakta yang dipandu Al
Quran dan Hadis.

1
Penulis, Prof Dr. Shaharuddin Maaruf telah memupuk budaya berfikir secara berfakta dan
berholistik perihal penobatan dan pemujaan Hang Tuah dan Hang Jebat di kalangan
masyarakat Melayu, samada pengidolaan tersebut bersifat terbuka di majlis atau keramaian
rasmi dan tak rasmi, melalui ucapan, penulisan, lukisan, filem dan sebagainya. Mungkin juga
kerana sikap mendambakan wira dari bangsa sendiri dan ditambah pula tiada ‘hero’ baru
yang sesuai, lantas dipuja sahaja watak klasik yang sedia ada yang dianggap wira zaman
berzaman. Apakah dianggap wira sekiranya membunuh dan mengamuk, bersikap secara
berbeza apabila berdepan dengan kelas sosial yang berlainan yakni pemerintah atau rakyat
bawahan, tidak beramal dengan ajaran agama secara keseluruhan dan menuruti segala titah
perintah pemerintah secara membuta tuli tanpa soal? Apakah sebenarnya wujud keperluan
untuk kita sebagai kelompok masyarakat samada di bawah, tengah atau di atas menobatkan
seseorang sebagai wira? Ataupun merupakan fitrah manusiawi bermasyarakat yang tetap
memerlukan seseorang untuk dijadikan wira, “saviour” atau perintis agung aspirasi rakyat?

Jika golongan elit di tampuk atasan mengekspoitasi konsep wira untuk terus mendapatkan
pengaruh sokongan di bawah, golongan bawahan pula seakan-akan mendamba untuk
menjulang wira bagi meneruskan kehidupan. Inilah cara penyelewengan, pemalsuan dan
eksploitasi sentimen dan harapan di kalangan manusia bagi terus mengekalkan kekuasaan
dalam politik, sosial dan ekonomi.

Satu perkara menarik mengenai karya ini adalah analisa perbandingan mengenai
penyanjungan Hang Tuah dan Hang Jebat serta hal-hal yang berkaitan dengannya di kaca
mata golongan cendiakawan Melayu melalui karya-karya mereka seperti Tun Biajid Anak
Hang Tuah oleh Ibrahim Mahmud, Tokoh-tokoh Melayu Yang Agung Dalam Sejarah oleh Raja
Mohd Affandi, Perwatakan Dalam Hikayat Hang Tuah oleh Kassim Ahmad, From Servant to
Rebel: A Transformation of Malay Literary Heroes oleh Muhammad Haji Salleh dan
Perwatakan Dalam Sejarah Melayu oleh Mustafa Mohammad Isa. Keluasan dan kepelbagaian
pendapat mereka ini sangat menarik kerana mungkin selama ini kita tidak terfikir atau
terlepas pandang dalam menilai dan menafsir tingkah laku watak-watak dalam sejarah
silam. Sekaligus, memupuk kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kita menilai
sejarah.

Pada masa yang sama, Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu ini akan membuatkan
pembaca untuk mencari dan seterusnya membaca buku-buku yang disebut dan dirujuk dalam
buku ini, samada penulisan oleh para intektual luar mahupun dalam negara. Secara peribadi
jujur untuk dikongsikan di sini, saya baru mengetahui dan teruja untuk menelusuri karya-
karya seperti Revolusi Mental oleh Senu Abdul Rahman, Mengapa Kaum Muslimin Mundur dan
Mengapa Kaum Selain Mereka Maju? oleh Al Amier Syakieb Arsalan, In The Shadow of

2
Tomorrow oleh Johan Huizinga dan The Pursuit of The Millennium oleh Norman Cohn setelah
selesai membaca Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu.

Tidak lengkap sekiranya istilah terpenting dalam karya ini tidak dikongsi bersama iaitu
istilah ‘elit mundur’. Pengenalan, pengertian dan penceritaan ‘elit mundur’ yang diletak di
bahagian penutup seakan-akan cuba membuatkan minda dan nurani para pembaca yang
sedang asyik terbuai di halaman demi halaman pencerahan, terus menuju kepada klimaks
di bahagian pengakhiran. Ini adalah kerana di bab inilah diceritakan akan asal usul dan ciri-
ciri elit mundur, pemurnian konsep kepimpinan, rumusan krisis identiti elit Melayu dan hal-
hal penting yang berkaitan. Bertemunya Idealism dan Realism dan bagaimana untuk kita
memahami peri pentingnya keseimbangan di antara unsur material dan insani, dan di antara
nilai murni kemanusiaan dan akhlak dalam mengekang nafsu cita-cita untuk berkuasa dan
mengekalkan kekuasaan dengan apa cara sekalipun. Melayu seharusnya faham dengan jelas
akan identiti yang paling dominan adalah dari aspek keagamaan, yakni nilai Islam dan harus
bebas dari sebarang kehendak sosio-politik dan ekonomi yang berunsur menyeleweng,
menindas dan palsu.

Sebagai tambahan, antara karya-karya lain yang menarik untuk disisipkan bersama dalam
pembacaan buku ini adalah Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam
Historiografi Malaysia oleh Prof. Dr. Ahmat Adam, Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir
dan Kuasa oleh Raja Ahmad Aminullah dan Islam dan Melayu : Martabat Umat dan Daulat
Rakyat oleh Dr. Siddiq Fadzil.

‘Tugas kita bukanlah untuk berhasil, tugas kita adalah untuk mencuba kerana di dalam
mencuba itulah kita menemukan kesempatan untuk berhasil" - Hamka

Anda mungkin juga menyukai