Anda di halaman 1dari 34

Susunan Masyarakat Di Bawah Kerajaan Melayu Lama

Shaharuddin Maaruf
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya


Tidak memadai kita merujuk ke zaman lepas kerajaan Melayu lama sebagai tradisional,
peribumi (indigenous), kerajaan Melayu atau secara mudah zaman kegemilangan,
zaman keemasan, dengan berbagai-bagai bentuk pengolahan. Kerana ia melibatkan
persoalan zaman, epoch, atau periodization, kita perlu mengkaji ciri-ciri utama yang
memberinya sifat atau suasana yang tersendiri jika dibandingkan dengan zaman lain. Dalam
tulisan saya yang lepas-lepas, saya merujuk kepada zaman ini sebagai berbentuk feudal. Ada
pihak-pihak yang kurang senang dengan kegunaan ini atas beberapa dalil. Saya ingin
membincangkan kegunaan konsep feudal ini sebagai respons , sambil mengukuhkan lagi
kegunaan konsep ini dalam pengkajian Melayu. Dari segi ini, perbincangan berikut
merupakan lanjutan penyelidikan saya tentang Sejarah Melayu dan feudalisme dalam buku
saya (Malay Ideas on Development: From Feudal Lord to Capitalist,Times Books
International, Singapore,1987).

Pertama saya rasa ramai yang kurang selesa dengan kegunaan ini kerana prasangka
ideologi yang selalu dikaitkan dengan feudal. Mereka menganggap feudal itu sesuatu yang
tidak baik atau negatif, justeru mencemar kedudukan Melayu dalam sejarah. Sebenarnya
konsep feudal ini sudah diterima umum sebagai konsep yang objektif dan akademik dalam
sains kemasyarakatan dan kajian sejarah. Dalam mengatakan ini, bukanlah kita tidak sedar
akan kegunaan feudal oleh pihak Marxist atau golongan kiri yang cuma mengaitkan konsep
feudal dengan pengertian penindasan, pemerasan, kezaliman kelas yang mereka
tentang. Mereka sekadar merujuk kepada apa yang mere katakan sebagai social relations of
production yang menghimpit rakyat, yang penuh kontradiksi, yang peranannya dalam
sejarah adalah cuma sebagai melahirkan bourgeoisie dan kemunculan zaman kapitalisme
yang menggantikan feudalisme. Ramai yang menolak konsep feudal buat mengkaji
masyarakat Melayu kerana mengaitkannya dengan pemikiran Marxist, komunis, sosialis dan
Kiri. Justeru untuk mengelakkan konsep feudal yang berbau Marxist ini mereka memilih
merujuk ke zaman lampau dengan samar-samar.

2

Ada pula pihak yang menolak kegunaan konsep feudal bagi sejarah Melayu atas dalil
fuedalisme itu adalah gejala khusus dalam sejarah Barat. Mengikut dalil ini konsep ini
khusus bagi mengkaji feudalisme Eropah yang tertumpu pada soal fief, feodum dan manor,
yang merupakan institusi atau organisasi yang diatur buat tujuan ketenteraan atau pertahan.
Mereka merujuk kepada kajian kajian tentang feudalisme Eropah yang tertumpu pada konsep
konsep perundangan (legalitic) tentang segala yang berkaitan dengan fief atau perjanjian
antara knights dan baron. Lantas mereka merumuskan tiada gejala feudalisme dalam sejarah
Melayu.

Sebenarnya banyak kajian kajian utama tentang feudalisme Eropah yang mendapati
fief itu sebagai hanya satu dari ciri ciri feudalisme dan bukan pula ciri yang terutama. Bagi
sarjana sarjana ini, ciri utama feudalisme itu bukanlah terbatas kepada institusi fief dan manor
tetapi pada bentuk masyarakat dan perhubungan sosialnya, yang sudah tentu satu soal yang
melibatkan jauh lebih luas dari cuma perkara fief itu. Bagi mereka gejala feudalisme jauh dari
terbatas kepada soal kontrak ketenteraan dan mencakupi soal klasifikasi sosial (social
classification), struktur masyarakat serta jaringan atau sistem perhubungan kemanusiaannya.
Ini sudah tentu meliputi perasaan, idea, nilai nilai, kepercayaan, ketakutan serta pandangan
hidup mereka yang menganggotai masyarakat berkenaan, baik di dalam dan di luar fief itu.

Namun perlu dinyatakan bahawa dari segi fief dan manor itu sekali pun, serta
hubungannya dengan ketenteraan dan pertahahan, bukanlah tiada sama sekali gejala atau
institusi yang bersamaan dalam sejarah Melayu pada umumnya. Di sini elok kita ambil
panduan daripada petua pensejarahan yang menegaskan bahawa sesuatu gejala atau prinsip
yang sejagat atau universal itu bermungkinan wujud dalam berbagai-bagai bentuk khusus
mengikut keadaan sosio-sejarah yang berbeza-beza.

Kertas kerja ini menggunakan konsep feudalisme buat merujuk kepada suatu struktur
sosial atau susunan masyarakat. Justeru ia melihat sistem dan pola hubungan sosial antara
manusia, yang mencoraki bentuk masyarakat yang muncul dari itu. Untuk mengesan
stratifikasi sosial yang terlibat, kertas kerja cuba menganalisis sistem nilai, kepercayaan,
idea-idea, perasaan, ketakutan dan pandangan hidup pelaku -pelaku berkenaan. Ini adalah atas
kesedaran bahawa pada akhirnya strafikasi sosial yang muncul dan pola perhubungan yang
terjalin antara anggota masyarakat itu adalah sedemikian rupa kerana idea-idea dan sistem

3
nilai anggotanya berwawasan sedemikian. Pada umumnya struktur feudal ini antara lainnya
mempunyai ciri -ciri berikut: terdapat golongan petani yang diperintah atau didominasi;
terdapat kegunaan sistem kerah atau perhambaan yang meluas, dan bukan sistem upahan atau
bergaji; terdapat kekuasaan segolongan hulubalang yang mengkhusus; terjalin dengan meluas
hubungan kesetiaan dan perlindungan yang mengikat sesama manusia ; pengagihan atau
pecahan kuasa atau autoriti; pada masa yang sama terdapat kelangsungan bentuk bentuk
pertalian lain, seperti keluarga dan Negeri.

Kertas kerja ini berdasarkan Sejarah Melayu, yang merupakan salah satu rekod
masyarakat Melayu feudal abad ke-16 yang paling menyeluruh.
1
Teks ini amat berguna buat
mengkaji feudalisme Melayu kerana ia lebih dari cuma satu sejarah keluarga diraja Melaka.
Seorang sultan telah menitahkan Sejarah Melayu diselenggarakan untuk merakam kisah-kisah
dan etika raja-raja Melayu serta adat istiadat mereka, supaya dapat dimanfaatkan oleh
keturunan-keturunan akan datang.
2
Oleh itu jelaslah bahawa Sejarah Melayu itu
dimaksudkan menjadi satu panduan akhlak dan etika tertentu. Niat ini jelas tercermin pada
tajuk asal buku ini, yakni Sulalatul Salatin atau Peraturan Segala Raja-Raja.
3
Akan tetapi
Sejarah Melayu, mengikut judul yang lebih dikenali ramai, tidak membatasi isinya cuma
untuk memperkatakan raja-raja Melayu, tetapi telah juga dengan jelas memaparkan kehidupan
sosial dan keadaan-keadaan masyarakat mereka. Dalam kajian yang berikut ini saya akan
berusaha menggambarkan dan memahami berbagai aspek kehidupan, lebih-lebih lagi nilai-
nilainya, pada zaman feudalisme Melayu seperti terakam dalam teks tersebut.

Konsep masyarakat mengikut fahaman feudal menganggap elit atau golongan
pemerintah sahaja yang berpengaruh dalam sejarah. Sumber-sumber sejarah cuma menyebut
rakyat sehubungan dengan golongan pemerintah dan sebagai latar belakang pada perlakuan
atau gara-gara hidup golongan bangsawan.
4
Teks seperti Sejarah Melayu berkecenderungan
menganggap sejarah dan pengalaman golongan istana itu sebagai bersamaan dengan
keseluruhan kewujudan dan sejarah orang-orang Melayu sendiri. Justeru Sejarah Melayu
bertegas bahawa mengetahui serta menghayati adat istiadat dan nilai-nilai istana itu
merupakan syarat asasi untuk memahami susunan masyarakat dan alam semesta. Susunan

1
Lihat W.G. Shellabear, Sejarah Melayu, Penerbitan Fajar Bakti, Kuala Lumpur, 1975.
2
Ibid., m. s. 2.
3
Ibid., m. s. 3.
4
Lihat Johan Huizinga, Ihe Waning of the Middle Ages, Penguin Books, Middlesex, 1972, m.s. 57.


4
masyarakat dan alam semesta baginya pula adalah sesuatu yang sememang tersedia wujud,
mutlak dan diredai oleh kuasa ghaib. Susunan masyarakat dan alam semesta ini tidak
mungkin berubah dan sekali-kali tidak harus dipersoalkan.
5
Ini ditegaskan oleh Sejarah
Melayu yang mengingatkan khalayaknya maka barang siapa membaca dia jangan
dibicarakan dengan sempurna bicara; karena ini tahu kamu akan perkataan sabda Nabi
sallallahu alayhi wa salam, Tafakkaru fi alaiilla, wa la tafakkaru fi dzatillah; yani
bicarakan oleh mu akan segala kebesaran Allah, dan jangan kamu fikirkan pada dzat Allah.
6

Di sini kita mendapat kesan yang susunan masyarakat feudal serta nilai-nilainya
dipersamakan dengan kebesaran dan zat Allah yang dengan itu tidak harus dipersoalkan sama
sekali.

Dalam kecenderungannya membenar atau mewajarkan susunan masyarakat feudal,
Sejarah Melayu menyorot kita berbagai aspek nilai-nilai feudal. Kita terkesan betapa nilai-
nilai kekayaan, kebesaran, kekuasaan dan kekuatan tentera itu amat disanjung. Sikap bangga
golongan istana Melayu mengakui diri mereka sebagai keturunan Iskandar Dzul-Karnain
mencerminkan nilai-nilai sedemikian. Memandangkan kisah asal-usul keluarga diraja Melayu
dalam Sejarah Melayu berkaitan rapat dengan nilai-nilai feudal, ada eloknya kita sentuh
dengan ringkas kisah-kisah ini.

Kisah bermula dengan Raja Iskandar Dzul-Karnain menakluki dunia. Pada salah satu
penaklukannya, Raja Iskandar telah berjaya menundukkan seorang raja Hindi bernama Raja
Kida Hindi dan selepas itu mengahwini puterinya. Mengikut teks yang meminang puteri ini
bagi Raja Iskandar ialah Nabi Khidzir, satu motif yang kita faham sengaja diolah dalam teks
untuk melimpahkan kemuliaan keagamaan pada penjodohan itu secara perlambangan. Nabi
Khidzir meminang puteri itu bagi rajanya yang diisytiharkannya sebagai raja yang diserahkan
Allah taala kerajaan dunia ini kepadanya.
7

Majlis perkahwinan diraja berlangsung dalam suasana kemewahan dan kegemilangan. Ada
digambarkan dalam teks, sebaik sahaja upacara nikah maka berbangkitlah segala raja-raja
dan segala orang besar-besar dan perdana menteri dan hulubalang dan segala pendeta dan

5
Susunan masyarakat mengikut konsep feudal adalah beku dan tidak dinamis. Pemikiran sebegini tidak mampu
melihat pilihan-pilihan sejarah yang lain. Pembaharuan dan perubahan bukan sebahagian dari sikap hidupnya.
Huizinga menulis mengenai feudalisme Eropah: 'Tingkat-tingkat masyarakat tidak boleh tidak sesuatu yang
mulia dan kekal abadi kerana segala tingkat-tingkat itu telah ditakdirkan Tuhan.' Lihat ibid., m.s. 56.
6
W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 4.
7
Pasal majlis perkahwinan, lihat ibid., m.s. 6.

5
segala ulama dan hukama menaburkan emas dan perak dan permata, ratna mutu manikam,
kepada kaki Raja Iskandar, seperti busut dua tiga timbunan. Pada esok harinya, Raja Iskandar
menganugerahi permaisurinya dengan selengkap pakaian kerajaan dan dianugerahinya harta,
tiada terpermanai lagi banyaknya Kepada pembesar-pembesar pula Raja Iskandar
menganugerahi pakaian yang mulia-mulia, sekalian emas bertatahkan ratna mutu manikam,
tiga buah perbendaharaan yang terbuka dan kepada ibu-bapa mertuanya pula seratus cembul
emas berisi permata dan ratna mutu manikam, dan mata benda yang mulia-mulia, dan
dianugerahi seratus ekor kuda yang hadir dengan segala alatnya daripada emas bertatah
dengan segala permata Penonjolan kemewahan yang berlebih-lebihan sebegitu hebat
sehinggakan mengikut teks heranlah hati segala yang memandang dia.

Keturunan-keturunan Raja Iskandar digambarkan sebagai penakluk-penakluk agung
dan manusia yang luar biasa. Salah seorang daripada mereka memerintah selama 350 tahun.
8

Seorang lagi, bernama Raja Suran, menakluki hampir seluruh dunia. Sanjungan terhadap
kehebatan dan keunggulan tentera jelas terbayang dari gaya Sejarah Melayu menggambarkan
kedahsyatan tentera Raja Suran dengan kata-kata berikut: Maka adalah daripada kebanyakan
rakyat berjalan itu segala hutan belantara pun habislah menjadi padang,dan bumi pun
bergentar seperti gempa, dan gunung pun bergerak runtuh kemuncaknya, dan segala tanah
yang tinggi itu pun menjadi rata, dan batu pun habis berpelantingan dan segala sungai yang
besar-besar pun habislah kering, jadi seperti lumpurjikalau pada malam yang kabut
sekalipun menjadi terang seperti bulan purnama pada ketika cuaca daripada kebanyakan
cahaya senjata dan kilat mahkota segala raja-raja; dan jikalau halilintar di langit berbunyi
sekalipun tiada kedengaran daripada kesangatan bunyi tempek segala hulubalang dan sorak
segala rakyat, bercampur dengan bunyi gajah, kuda, tiada lagi sangka bunyi
9


Kita mendapat kesan bahawa psikologi feudal itu amat gila kuasa.
10
Penaklukan dan
dominasi merupakan sifat-sifat dasar dalam psikologinya. Sifat-sifat ini terbayang dalam diri
Raja Suran. Tidak berpuas dengan penaklukan dunia sekalipun, beliau turun pula ke dasar laut

8
Ibid., m. s. 9.
9
Ibid., m. s. 11.
10
Lihat Johan Huizinga, op. cit. Secara ini, psikologi feudal bersifat kekuasaan (authoritarian). Untuk gambaran
etika kekuasaan ini, lihat Erich Fromm, Man for Himself, Routledge and Kegan Paul, London, 1960. Psikologi
feudal juga sebahagian besarnya bersifat sensual. Lihat gambaran kebudayaan sensual (sensate) dalam Pitirim
Sorokin, Social and Cultural Dynamics, Porter Sargent Publisher, Boston, 1970. Kedua-dua kebudayaan feudal
dan sensate sama-sama mencintai kekayaan, kemewahan, kekuasaan dan kekuatan tentera.

6
dengan menggunakan sebuah peti kaca, di mana beliau menemui sebuah kerajaan.
11
Raja
Suran mengenalkan dirinya kepada raja kerajaan bawah laut ini dalam bahasa dan gaya yang
mencerminkan sikap mabuk kuasa: Hamba ini datang dari dalam dunia; hambalah raja segala
manusia Kemudian Raja Suran mengahwini puteri raja itu, telah dikurniakan tiga orang
putera yang kembali ke dunia setelah dewasa dengan menunggang kuda terbang, untuk
mewarisi kekuasaan supaya mahkota kerajaan Iskandar Dzul-Karnain itu jangan
berputusan

Apabila ketiga-tiga putera itu tiba di Bukit Siguntang di Palembang penjelmaan
mereka mencetuskan satu keajaiban. Kawasan itu dengan takjubnya mengalami satu
perubahan pada mana padi embok berbuahkan emas, berdaunkan perak, berbatangkan
tembaga suasa, dan tanah nagara bukit itu menjadi seperti warna emas.
12
Perlambangan di
belakang kisah ini menegakkan satu prinsip penting dalam pemikiran feudal, yakni dunia ini
dapat ditentukan buruk baiknya hanya oleh golongan pemerintah. Mengikut perlambangan ini
kemewahan dan kesejahteraan itu dapat melimpah cuma atas kurnia raja-raja dan pembesar-
pembesar.
13


Fahaman sedemikian menjalinkan satu hubungan yang bercorak kebapaan (patronage)
antara golongan yang memerintah dan yang diperintah, justeru menghalang penentuan diri di
kalangan rakyat biasa. Apabila dasar kebapaan menjadi teras utama penyusunan masyarakat,
kita boleh menjangkakan dua corak peribadi akan membentuk dalam masyarakat. Kita akan
mendapati sikap berkuasa yang angkuh di kalangan golongan pemerintah kerana unsur-unsur
kebapaan itu adalah tidak lain dari penumpuan kuasa sewenang untuk menentukan kehidupan
orang bawahan. Manakala kita akan mendapati pula sikap sedia mengalah dan menyerah di
kalangan rakyat jelata dalam erti mereka tidak lagi mampu menghayati kuasa keindividuan
mereka untuk mencoraki dan menentukan sejarah dan nasib mereka sendiri.
14

Rasa dan erti sejarah mengikut pandangan hidup feudal amat berbeza dari fahaman moden.
15

Bagi manusia yang hidup pada zaman feudal keadaan-keadaan kewujudan mereka itu adalah

11
W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 15.
12
Ibid., m.s. 23.
13
Lihat Johan Huizinga, op. cit. Mengikut Huizinga, pada Zaman Pertengahan di Eropah, rakyat jelata
'menjangkakan kesejahteraan manusia boleh berpunca cuma dari kebaikan pembesar-pembesar.' m.s. 58.
14
Hubungan antara pembesar dan rakyat adalah seperti hubungan antara sadist dan masochist dalam etika
kekuasaan (authoritarian ethics). Lihat Erich Fromm, op. cit.
15
Huizinga menggambarkan psikologi ini: 'Fahaman satu pembaruan yang bertujuan dan berterusan, serta
memajukan masyarakat tidak wujud. Pada umumnya institusi institusi dianggap sebaik-baik atau
seburuk-buruknya seperti yang tersedia wujud; oleh kerana mereka itu ditakdirkan Tuhan, pada hakikinya

7
sesuatu yang tersedia ada, tertakluk di bawah satu susunan feudal yang disahkan kuasa ghaib
menerusi perantaraan raja-raja.

Berbalik kepada teks Sejarah Melayu, Nila Pahlawan, salah seorang dari tiga putera
yang menjelma di Bukit Seguntang telah terangkat sebagai leluhur raja-raja Melayu. Ia
memegang suatu kuasa sakti yang disifatkan sebagai daulat, yang semenjaknya telah
berkekalan sebagai ciri hakiki institusi kesultanan.
16
Akibat kuasa daulatnya Nila Pahlawan,
atau Sapurba mengikut nama gantiannya, tidak dapat menjalinkan hubungan kelamin dengan
perempuan-perempuan kebanyakan dengan tidak bermudarat. Seramai empat puluh orang
perempuan telah kedal pada keesokan hari setelah bermalam dengan Sang Sapurba. Satu lagi
contoh bermukjizatnya daulat Sang Sapurba ialah baginda dapat menukar air laut menjadi air
minuman dengan mencelup kakinya ke dalam bekas air yang ada.

Meneruskan pencarian mendapatkan seorang permaisuri, Sang Sapurba meminang
pula Wan Sendari, puteri rupawan Demang Lebar Daun, raja Palembang. Diselubungi rasa
bimbang yang puterinya mungkin ditimpa kedal, Demang Lebar Daun menyerahkan puterinya
dengan bersyarat. Demang Lebar Daun memohon agar Sang Sapurba dan keturunannya
melindung dan membela rakyatnya: Adapun Tuanku segala anak cucu patek sedia akan jadi
hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku.
Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadilatkan, dinista dengan kata-kata
yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum Shara.
17
Sang
Sapurba memperkenankan permintaan Demang Lebar Daun tetapi dengan bersyarat juga,
yakni Demang Lebar Daun dan keturunannya berikrar akan taat setia dengan tidak berbelah
bagi pada Sang Sapurba dan keturunannya: Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu
bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.
Kemudian kedua-dua pihak bersumpah-sumpahan pula dengan penuh takzimnya barang
siapa mengubahkan perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke
atas.


institusi-institusi ini mulia, cuma dosa-dosa manusia mencemar mereka. Justeru itu apa yang perlu dipulihkan
ialah keimanan individu.' Lihat Johan Huizinga, op. cit., m.s. 36.
16
W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 24,32. Untuk contoh-contoh daulat yang lain-lain, lihat W.W. Skeat, Malay
Magic, Frank Cass, London, 1965, dan J.M. Gullick, Indigenous Political Systems of Western Malaya,
University of London, 1958.
17
Mengenai perjanjian ini, lihat W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 24, 25.

8
Falsafah feudal Melayu mendasarkan perhubungan antara raja-raja Melayu dan rakyat
mengikut perjanjian yang termaktub ini. Sejarah Melayu ada menggambarkan perhubungan
yang diikrarkan ini, yang menghasilkan satu imbangan ideal buat mengekalkan susunan
masyarakat feudal itu: Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wataala pada segala
raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana
sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadhilatkan dengan kata-kata yang
jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan
binasa. Bersabit rakyat Melayu pula adalah dikatakan bahawasanya segala anak Melayu pun
dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada
rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya.

Beberapa ulasan penting dapat ditarik dari perjanjian ini. Pertamanya ia tidak
mengasaskan perhubungan antara golongan pemerintah dan rakyat atas hukum atau falsafah
agama. Penekanan Islam ke atas keadilan dan tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat
dikesampingkan.
18
Sesungguh diakui umum betapa Islam mengatur kehidupan manusia
berlandaskan nilai-nilai seperti keadilan dan kedaulatan undang-undang, dan sehubungan ini
mengisytiharkan semua manusia itu sama hak di sisi Allah. Perjanjian dalam Sejarah Melayu
yang terhurai di atas lebih bersendikan falsafah dewa raja dan kepercayaan kepada daulatnya.
Keduanya, kita mendapat kesan betapa perjanjian ini bersifat berat sebelah. Ia mewajibkan
tanggungjawab yang ringan ke atas raja-raja dengan sekadar menuntut mereka jangan
mengaibkan rakyat. Ini jauh terlalu ringan dari apa yang dituntut Islam dari pemimpin-
pemimpin negara.

Sebaliknya pula perjanjian ini menafikan golongan rakyat sebarang hak. Dasar taat
setia yang tidak terbatas bertelagah dengan nilai-nilai Islam, yang menegah ketaatan dan
kepatuhan kepada pemimpin sekiranya melibatkan pelanggaran nilai-nilai agama.
Ketidaksamarataan ini merupakan satu ciri utama dalam feudalisme Melayu. Dalam menuntut
penundukan dan perhambaan yang melampau terhadap golongan pemerintah, perjanjian ini
membantutkan segala unsur-unsur penentuan diri dan jiwa merdeka di kalangan rakyat. Nilai-

18
Untuk perbincangan mengenai konsep kepemimpinan Islam, lihat karya-karya yang berikut: al-Ghazali,
Counsel for Kings (terj. F.R.C. Bagley), Oxford University Press, London, 1964; Ibn Khaldun, The
Muqaddimah, (terj. F. Rosenthal), Routledge and Kegan Paul, London, 1967, (3 jil.); S.H. Alatas, Elements of
Islamic Culture, kertas kerja, Symposium on the Cultural Heritage of Singapore, College of Graduate Studies
and Institute of Humanities and Social Sciences, Nanyang University, 29 Nov. 1975; M.M. Sharif (ed.), A
History of Muslim Philosophy, Jil. 1 dan Jil. 2, Otto Harrassowitz, Wiesbaden, 1963; Shakib Arsalan, Our
Decline and Its Causes, (terj. M.A. Shakoor), Ashraf, Lahore, 1974.

9
nilai mutlak dan prinsip-prinsip abadi akan terbantut. Perjanjian yang berat sebelah ini
membenarkan penyelewengan kuasa dengan sewenang-wenangnya di kalangan golongan
pemerintah.

Selepas perjanjian berkenaan Sang Sapurba mengahwini Wan Sendari. Sejarah
Melayu mengisytiharkan perjanjian itu membawa kesan yang baik kerana Wan Sendari tidak
ditimpa bala kedal.
19
Secara simbolik disampaikan perutusan bahawa rakyat Melayu akan
terlindung dari kemudaratan daulat cuma jika mereka mengikrarkan taat setia yang tidak
terhingga dan tunduk kepada golongan pemerintah.

Seterusnya aliran sejarah bangsa Melayu mengikut teks Sejarah Melayu terdiri dari
kisah-kisah berkembangnya kerajaan yang terluhur dari Sang Sapurba. Teks Sejarah Melayu
banyak menggambarkan evolusi susunan masyarakat feudal serta nilai-nilai yang
mendukungnya. Nilai-nilai ini pada dasarnya bertujuan mengesahkan dan mengekalkan
susunan masyarakat feudal ini. Oleh kerana pemisahan antara golongan pemerintah dan
rakyat terjalin dalam segala aspek-aspek kehidupan, masyarakat Melayu feudal terdorong
membentuk nilai-nilai dan ciri-ciri budaya kekuasaan (authoritarian) yang tersendiri
berdasarkan falsafah dewa-raja, berlandaskan kedaulatan dan taat setia secara mutlak.
20

Ketuanan golongan pemerintah disahkan bukan berdasarkan peranan atau sumbangan
bermakna kepada masyarakat tetapi atas kemuliaan, yakni berdasarkan pertaliannya dengan
pusat kekuasaan dan kedudukan tertinggi dalam susunan masyarakat, yakni sultan sendiri.
Golongan pemerintah mendapat kuasanya dari kemuliaan yang dikurniakan sultan. Mendapat
kurnia atau restu sultan bermakna juga mengongsi kekuasaan dan kemuliaan daulatnya.
Dengan cara ini dapatlah sultan mengesah golongan pemerintah dan mengekalkan susunan
masyarakat feudal yang terbentuk itu.
21


Peranan sultan sebagai punca dan pengesah kemuliaan tergambar secara simbolik
dalam peristiwa berikut. Pada satu ketika rakyat telah memohon pertolongan Sang Sapurba
agar membunuh seekor ular sakti yang amat menyukarkan kehidupan rakyat jelata. Sang
Sapurba tidak membunuh ular sakti itu dengan sendiri tetapi menitahkan seorang hulubalang

19
W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 26.
20
Untuk satu perbincangan bagaimana idea-idea mengekalkan status quo, lihat perbincangan mengenai fungsi
ideologi dalam Karl Mannheim, Ideology and Utopia, Routledge and Kegan Paul, London, 1976.
21
J.M. Gullick, op. cit.

10
membunuhnya dengan menggunakan sebilah pedang dari peralatan kerajaannya.
22
Peristiwa
ini melambangkan bagaimana daulat Sang Sapurba mengalir pada pedangnya, yang justeru
dapat membinasakan ular durjana secara pengantaraan hulubalangnya itu. Agak penting kita
catit walaupun teks Sejarah Melayu menggambarkan leluhur Sang Sapurba sebagai penakluk-
penakluk agung, Sang Sapurba sendiri tidak keterampilan sebagai seorang penakluk.
Keunggulannya terletak semata-mata pada sifatnya sebagai bekas atau penjelmaan
kedaulatan, yang dapat dipergunakannya buat mengesahkan kekuasaan orang lain dan juga
susunan masyarakat feudal itu.

Masyarakat Melayu feudal sangat mementingkan pangkat dan status.
23
Kebesaran dan
kehinaan seseorang senantiasa ditonjolkan. Ini tercermin dalam segala bidang kehidupan yang
penting. Sebagai contoh setengah-setengah perkataan hormat digunakan cuma dalam
pergaulan dengan pembesar-pembesar. Menerusi penggunaan kata-kata demikian orang-orang
mengaku dan mengumumkan kedudukan dan taraf mereka yang berbeza-beza mengikut
susunan feudal yang amat ketat dan rapi itu.

Pengenalan unsur-unsur kelas dalam bahasa, yang mengental atau mengukuhkan lagi
sifat-sifat ketidaksamarataan dalam kehidupan, dianggap sebegitu penting oleh Sejarah
Melayu sehingga terdorong mengabadikan nama orang yang pertama-tama menggunakan
sebutan-sebutan Yang dipertuan dan patek.
24
Sejarah Melayu juga mengabadikan Sultan
Muhammad sebagai salah seorang perintis budaya feudal kerana baginda orang yang pertama-
tama melarang rakyat biasa menggunakan warna kuning, dan menitahkan warna itu istimewa
bagi raja-raja dan kerabat-kerabat mereka yang rapat.
25
Rumah-rumah yang berbentuk
tertentu, penduk dan teterapan keris, gelang kaki emas serta barang-barang kemas tertentu,
kesemuanya dilarang bagi rakyat biasa . Orang-orang yang terkaya sekalipun dilarang
memakai emas tanpa izin raja.
26


Kedudukan seseorang itu juga terumum dengan jelas menerusi warna-warna yang
ditentukan tingkat-tingkatnya. Sebagai contoh kita membaca dalam teks Sejarah Melayu

22
W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 33.
23
Sama juga keadaannya dengan feudalisme Eropah. Dalam menggambarkan suasana pada Zaman Pertengahan,
Huizinga menganggapnya satu zaman yang penuh 'dengan sikap memuja segala kegemilangan dan kebesaran'.
Lihat Johan Huizinga, op. cit., m. s. 14.
24
W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 24.
25
Ibid., m.s. 74.
26
Loc. cit.

11
bagaimana tingkatan-tingkatan warna ini berhubung kait dengan darjat dan kedudukan
masyarakat Melayu feudal: Bermula payung puteh lebeh daripada yang kuning, kerana
payung puteh itu nampak dari jauh, sebab itulah maka payung puteh lebeh daripada kuning;
dan pakaian raja payung puteh, dan pakaian anak raja payung kuningdan payung kuning itu
payung anak raja-raja dan orang-orang besar, dan payung ungu dan merah dan hijau itu
payung sida-sida dan bentara hulubalang sekalian. Adapun payung biru dan hitam itu akan
payung barang orang bergelar juga.
27


Tempat duduk di balai diatur dengan serapinya buat menunjukkan status atau darjat
seseorang itu.
28
Pembawa utusan dari kerajaan kerajaan-kerajaan lain diberi layanan yang
berbeza-beza untuk mencerminkan taraf kerajaan-kerajaan mereka. Pembawa utusan diraja
dari Pasai dan Haru diberi penghormatan sepenuh disambut dengan selengkap alat kerajaan
kurang satu kerana raja dua buah negeri itu sama besarnya dengan raja Melaka
Pembesar-pembesar tertinggi akan menunggu di luar balai. Apabila tiba perutusan akan
diiringi sehingga hampir hujung balai. Pembawa utusan dari negeri-negeri yang lebih rendah
tarafnya disambut sekadar gendang serunai sahaja, dan payung kuning; dan jikalau patut
bergajah, bergajah; dan jika patut berkuda, berkuda; maka diturunkan di luar pintu di luar
sekali. Begitulah selain tingkat-tingkat warna, terdapat juga tingkat-tingkat tunggangan dan
pintu-pintu gerbang yang kesemuanya mencerminkan susunan masyarakat yang bertingkat-
tingkat darjat atau kelas. Apabila seseorang dititahkan menghadap raja , ia akan dijemput oleh
orang-orang yang berpadanan darjat atau tarafnya : jika perserian, orang-orang besar
menjemput dia; jika persangan, orang kecil menjemput dia; jika pertuanan, orang sedang
menjemput dia.

Bila-bila raja berangkat pengiring-pengiringnya diatur dengan rapi sekelilingnya untuk
mencerminkan darjat mereka masing-masing mengikut susunan masyarakat feudal itu:
Shahdan, apabila raja berangkat hari raya berusung, penghulu bendahari memegang kepala
usungan yang di kanan, dan yang di kiri laksamana, dan di belakang menteri keduanya
memegang dia, dan pada rantai dekat kaki raja Seri Bija Diraja memegang dia; dan bentara
hulubalang berjalan dahulu di hadapan raja, masing-masing dengan jawatannya. Maka segala
alat kerajaan dibawa orang berjalan di hadapan raja-tombak kerajaan sebatang dari kanan,
sebatang dari kiri, di hadapan raja segala bentara memikul pedang, dan di hadapan itu segala

27
Ibid., m.s. 76
28
Untuk gambaran adat istiadat istana yang berikut, lihat ibid., m.s. 75, 78.

12
orang berlembing. Begitu juga alat-alat kerajaan diatur dengan rapinya mengikut adat
istiadat.
Seperti dapat kita lihat di atas suasana masyarakat feudal itu sebegitu rupa yang sentiasa
mengingatkan seseorang itu akan kedudukan dan darjatnya. Keseluruhan suasana sosial
diselubungi tebal unsur-unsur ketidaksamarataan dan segala bentuk adat istiadat sehinggakan
penyalin Sejarah Melayu sendiri tertegun melafazkan: Banyak lagi lain daripada itu, jikalau
dikatakan semuanya nescaya bimbang hati orang yang mendengarnya.
29


Apabila unsur-unsur pendarjatan, ketidaksamarataan, jurang kemuliaan dan kehinaan
itu terus menerus tertancap ke dalam kesedaran, ianya pasti mempengaruhi dengan mendalam
sekali perkembangan peribadi dan perwatakan.
30
Kebudayaan dan etika akan bercorak amat
autoritarian, mempamerkan dengan ketara sifat-sifat perwatakan sadis dan masokisme
(sadistic and machochistic). Kita mendapati kelemahan mengendali diri dikalangkan
golongan pemerintah, sementara di kalangan orang bawahan meluas pula sifat-sifat tunduk
dan abdi. Banyak sekali kisah-kisah dalam Sejarah Melayu yang berlegar tentang sifat-sifat
autoritarian. Kisah-kisah ini berkisar tentang permainan antara kuasa sewenang dan
perhambaan atau abdi yang melayani. Justeru Sejarah Melayu banyak sekali mempamerkan
kepada kita wacana ketidaksamarataan, meliputi kedua-duanya sikap golongan pemerintah
mahu pun rakyat biasa.

Kelemahan mengawal atau mengendali diri ini berpunca dari kebiasaan memegang
kuasa mutlak dan sewenang yang dipatuhi dengan membuta-tuli.
31
Pembesar-pembesar yang
dipaparkan oleh Sejarah Melayu sangat menyedari sifat psikologi mereka yang sedemikian.
Sifat ini menjadi bahan renungan dan nurani yang berantakan pada saat-saat akhir hayat
mereka. Sebagai contoh kita kutip sahaja apa yang dinasihati Merah Silu kepada kedua-dua
anakanda semasa baginda gering terlantar menunggu ajal: jangan berbanyak tamak akan
segala harta-harta orang, dan jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan
hendaklah kedua kamu muafakat dua bersaudara, dan jangan kamu ingin akan yang tiada

29
Ibid., m.s. 78, 79.
30
Lihat, misalnya, bagaimana ianya menimbulkan 'sikap cepat meradang', 'corak kehidupan yang sentiasa
keterlaluan' dan 'sikap benci dan menyombong terhadap manusia kerdil' di kalangan pembesar-pembesar pada
Zaman Pertengahan di Eropah. Lihat Johan Huizinga, op. cit., m.s. 14, 58.
31
Nampaknya ini merupakan satu sifat sejagat feudalisme. Pada Zaman Pertengahan di Eropah, unsur-unsur
terlalu emosi dan perasaan menggila 'meledak dengan sering dan hebat dalam bidang politik seharian, mengacau
perjalanannya yang rasional' Johan Huizinga, op. cit., m.s. 19.

13
patut, dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara.
32
Pada dasarnya wasiat ini timbul dari
nurani feudal yang akur akan kelemahan-kelemahan peribadinya seperti ketamakan,
kerakusan, kebuasan nafsu, kecenderungan berkelahi dan melanggar hak orang lain. Pasti
sifat-sifat sedemikian sebegitu mendesak dalam watak dan jiwa feudal sehinggakan Merah
Silu terdorong mengingati anak-anaknya supaya menghindari diri dari terjebak ke dalamnya.

Merah Silu juga merayu pengikut-pengikutnya yang taat setia supaya membimbing
dan taat setia kepada anak-anaknya. : baik-baik kamu kedua memeliharakan anakku kedua
itu; jangan kamu beri bercerai dan bersalahan ia dua saudara, dan hendaklah kamu kedua
jangan mengubah setia kamu pada anakku kedua, dan jangan kamu menyembah raja yang lain
daripada anakku kedua ini. Pada dasarnya suasana ini menghimbau dan menegaskan
perjanjian antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun , bahawa rakyat Melayu tertakluk
kepada sumpah taat setia .

Kedua adik-beradik itu, Sultan Mansor dan Sultan Tahir, namun gagal memanfaatkan
wasiat ayahanda mereka. Pada suatu hari Sultan Mansor berniat menziarahi saudaranya,
Sultan Tahir. Akur akan kelemahan watak feudal dan pengendaliannya, Sidi Ali Hisamud-
Din (pembesar yang telah mengikrarkan taat setia semasa Merah Silu menghadapi ajal)
merayu kepadanya: Jangan Tuanku berangkat; kalau-kalau datang fitnah.
33
Meskipun
dinasihati jangan, Sultan Mansor berangkat jua ke istana saudaranya, di mana baginda naik
berahi pada salah seorang dari dayang-dayang dan membawanya pulang ke istananya.
Apabila baginda insaf akan keterlanjurannya , ia mengaku kepada Sidi Ali baginda telah
berdosa besar: Hai bapaku, bahwa aku kedatangan suatu pekerjaan yang amat musykil. Ia
insaf dan akur akan kebuasan nafsu feudal dan pengendaliannya yang lemah: hilanglah
budi bicaraku, kerana aku tertawan oleh hawa nafsuku, dan binasalah aku oleh pekerjaanku.
Baginda menjangkakan mendapat pembalasan dan Sidi Ali juga bersetuju menyerah nasib:
Telah berlakulah hukum Allah atas makhluknya.

Apa pula perasaan Sultan Tahir terhadap pencerobohan saudaranya? Kelakuan Sultan
Mansor menimbulkan kemarahan yang amat serta rasa dendam yang mendalam. Desakan
membalas dendam menuntut kelepasan dan kepuasan, kerana dendam mendendam juga

32
W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 57.

33
Untuk adegan ini, lihat ibid., m.s. 61-65. Ini juga dikisahkan dalam Hikayat Raja-Raja Pasai. Lihat Abdullah
Hj. Musa Lubis, Kesah Raja-Raja Pasai, Penerbit Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1963.

14
merupakan satu lagi sifat watak feudal yang sukar terkendali.
34
Sultan Tahir mengadakan
satu perayaan untuk meraikan anakandanya Sultan Ahmad, perayaan yang sebenarnya
bertujuan untuk memerangkap Sultan Mansor dan Sidi Ali. Di majlis berkenaan Sultan Tahir
menitahkan kedua-dua Sultan Mansor dan Sidi Ali ditangkap.

Kisah selanjutnya melibatkan satu lagi ciri utama etika feudal, yakni taat setia.
35

Sultan Tahir menitahkan Sultan Mansor dan Sidi Ali ditahan di tempat yang berasingan.
Perpisahan yang sedemikian merupakan sesuatu yang tak tertanggung oleh seorang hamba
feudal, justeru Sidi Ali lebih sanggup mati dari berpisah dari rajanya: Baiklah kepalaku
diperceraikan dengan badanku daripada hamba bercerai dengan hamba punya tuan. Taat
setianya yang tidak berbelah bagi itu menyebabkan nyawanya melayang. Ia dijatuhkan hukum
bunuh yang bukan seperti selazimnya. Mengikut Sejarah Melayu Sidi Ali dipancung,
kepalanya dibuang ke laut, dan badannya disulakan di Kuala Pasai.

Setelah menemui ajal sekalipun hamba yang taat setia itu masih juga berhasrat berada
di sisi rajanya. Mengikut Sejarah Melayu semasa Sultan Mansor hendak dipindahkan belayar
dari Manjong, maka dilihat oleh pawang kepala manusia lekat pada kemudi. Sultan Mansor
menitahkan kepala itu diambil dan mendapati ianya kepala Sidi Ali. Sultan Mansor kemudian
memohon mayat Sidi Ali dari Sultan Tahir dan mencantumkan kepala dengan badan sebelum
mengebumikan hambanya yang taat setia itu dengan sempurna.
Setelah nafsu dendam Sultan Tahir terpuas, Sultan Tahir mulai insaf. Ia menyesali
keterlanjurannya dan menganggap punca perkelahian itu remeh-temeh: Wah, terlalu sekali
ahmak budiku-kerana seorang perempuan, saudaraku ku turunkan dari atas kerajaannya, dan
menterinya pun ku bunuh. Baginda mengakui rangsangan ganas watak feudalnya telah

34
Membalas dendam merupakan satu motif yang menonjol dalam kebudayaan feudal. Huizinga menulis
mengenai Zaman Pertengahan di Eropah: 'Untuk memahami sentimen sesuatu zaman ... seseorang itu perlu
mencari ide-ide politik yang terlafaz dan yang disedari. Tidak sangsi lagi bahawa tiada unsur politik yang lebih
difahami semua dari unsur-unsur primitif kebencian dan dendam. Lihat Johan Huizinga, op. cit., m.s. 20. Lihat
betapa hebat dendam dibalas oleh pembesar-pembesar dalam Jacob Burkhardt, The Civilization of the
Renaissance in Italy, The New American Library, New York, 1960.
35
Taat setia merupakan satu lagi ciri kebudayaan feudal. 'Hubungan dengan pembesar-pembesar masih
mempamerkan unsur-unsur emosi, ianya berasaskan sentimen taat setia dan kesatuan yang semula jadi dan
secara langsung, pada asasnya masih feudal. la merupakan lebih sentimen berpuak dari sentimen politik ...
anggota-anggotanya tidak memahami asas persatuan atau permusuhan mereka selain dari maruah, tradisi dan
kesetiaan.' Lihat Johan Huizinga, op. cit., m.s. 20, 21. Lihat Max Weber pasal kewibawaan tradisional dalam
Talcott Parsons (suntingan), May Weber: The Theory of Social and Economic Organizations, The Free Press,
1964.


15
membuatnya melampau dan baginda berusaha menebus dosa dengan menjemput saudaranya
dari pembuangan dan memulangkan takhtanya.

Malangnya hasratnya hendak berbaik-baik semula tidak kesampaian. Kisah
selanjutnya berkisar antara motif taat setia dan pembalasan Ilahi. Dalam pelayarannya pulang
daripada pembuangan, Sultan Mansor singgah di kubur Sidi Ali dan memohon diri:
tinggallah bapaku di sini, kerana hamba pergi dijemput oleh saudara hamba. Mengikut
kisah, kesetiaan Sidi Ali terus berkekalan dalam kubur sekalipun, dan ia menjawab dari
persemadiannya: Ke mana pula baginda hendak pergi? Baiklah di sini. Kali ini Sultan
Mansor mematuhi nasihat dan mengikut teks baginda pun mengambil air sembahyang, maka
baginda pun berbaring-baring di sisi kubur Sidi Ali Hisamud-Din; maka baginda pun
putuslah nyawanya.

Tindakan Sultan Tahir sejajar dengan sifat melulu dan tidak menentu watak feudal
yang berlebih-lebihan.
36
Dari sikap angkuh, pemanas dan sombong berkuasa, baginda
berubah dengan mendadak dan keterlaluan. Baginda melepaskan takhtanya, yang jika ditinjau
dari sudut penilaian feudal merupakan pengorbanan terbesar. Gayanya menebus kesalahan
perlu juga keterlaluan seperti nafsunya membalas dendam. Sedemikian kesudahannya dengan
kedua-dua bersaudara kehilangan takhta mereka.

Wasiat Sultan Tahir kepada anakandanya semasa gering menunggu ajal
membayangkan kebimbangan akan godaan-godaan golongan pemerintah. Ia menganjurkan
kawalan diri yang lebih berkesan : hendaklah jangan engkau melalui sembah hambamu
yang tua-tua pada barang suatu pekerjaan; hendaklah engkau mesyuarat dengan segala
menterimu; dan jangan segera engkau menggerakkan hati hambamu; dan hendaklah engkau
berbanyak sabar pada segala pekerjaan yang keji; dan jangan engkau peringankan ibadatmu
akan Allah subhanahu wataala; dan jangan engkau ambil hak segala manusia dengan tiada
sebenarnya.
37


36
Ini merupakan satu unsur yang ketara dalam psikologi feudal: 'Segala-galanya tampak pada penglihatan
dengan perbezaan hebat dan bentuk-bentuk yang menonjol, menimbulkan satu suasana penuh dengan
keghairahan dan perasaan dalam kehidupan sehari-hari dan cenderung mencetuskan perubahan mendadak yang
berterusan antara kesedihan dan kesukaan amat, antara kezaliman dan belas ihsan beriman yang mencoraki
kehidupan Zaman Pertengahan .... Sering kita menemui unsur-unsur menakjubkan dalam kehidupan
pembesar-pembesar .... Di tengah-tengah satu usaha yang telah dirancang dengan rapi, kadangkala
pembesar-pembesar bertindak dengan keberanian tidak terkawal, yang membahayakan nyawa dan dasar mereka.'
Lihat Johan Huizinga, op. cit., m.s. 10, 16.
37
W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 65.

16
Contoh terbaik seorang tokoh feudal yang kurang pengendalian diri ialah Sultan
Mahmud pada zaman Melaka. Arwah ayahandanya telah menasihatinya jangan mengikut
nafsu watak feudal: ...hendaklah banyak-banyak ampunmu akan segala hamba sahayamu,
dan baik-baik peliharamu akan dia, Allah berserta dengan segala yang sabar.
38
Baginda
menasihati utamakan agama dalam kehidupan : Jikalau datang padamu dua pekerjaan, yakni
pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia., maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah,
tinggalkan pekerjaan dunia, dan hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke
hadrat Allah Taala.
39
Sultan Mahmud juga dinasihati jangan berlaku zalim kepada rakyat:
Dan segala anak Melayu, bagaimanapun besar dosanya, jangan kamu bunuh, melainkan
dosanya durhaka.

Tetapi pengendalian diri bukan merupakan satu keluhuran Sultan Mahmud. Baginda
membunuh dengan mudah sekali. Mengikut Sejarah Melayu, ada seorang orang salah
berdosa pada baginda, salahnya itu tiada betapa bena, namun orang itu dihukum bunuh oleh
Sultan Mahmud. Apabila seorang pembesar, Seri Bija Diraja, dengan secara halus menegur
pembunuhan itu, Sultan Mahmud menanggapnya sebagai satu tamparan dan gejala
menderhaka. Kerana watak feudalnya yang mudah tersinggung dan naik berang, Sultan
Mahmud mudah sahaja membuat kesimpulan tiada suka Seri Bija Diraja ini bertuankan aku.
Apabila Bija Diraja tiba lewat untuk menghadap pada Hari Raya, Sultan Mahmud
menggunakannya sebagai alasan untuk membunuh Seri Bija Diraja.
40


Sultan Mahmud bersifat zalim dan buas nafsu. Baginda sering menodai kesucian
rumah tangga orang. Pada suatu subuh, ketika pulang ke rumah setelah bertugas, Tun Biajid
terserempak dengan Sultan Mahmud mencuri-curi meninggalkan rumahnya. Tun Biajid naik
berang dan pasti membunuh sultan jika tidak terhalang oleh kesetiaan feudalnya. Tun Biajid
membentak: Hai Sultan Mahmud, demikiankah pekerjaan tuan hamba akan hamba? Sayang
tuan hamba pada hamba; jikalau tuan hamba bukan tuan kepada hamba, jika tiada lembing ini
ku tumbukkan di dada bukannya hamba anak-anak laki-laki.
41
Pengiring-pengiring Sultan
Mahmud bergegas hendak mengganyang Tun Biajid tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud.
Sikap baginda sangat menarik kerana mencerminkan sistem-sistem etika yang bercanggah-

38
Ibid., m.s. 179.
39
Ibid., m.s. 179, 180.
40
Mengenai kisah ini, lihat ibid., m.s. 180.
41
Ibid., m.s. 186, 187.


17
canggah dan bertelagah dalam peribadi feudal. Sultan Mahmud menahan pengiring-
pengiringnya dari mengapa-apakan Tun Biajid, sambil bertitah: Jangan kamu semua marah,
kerana katanya itu benar, kita sedia salah padanya; pada hukumnya patut dibunuhnya.
Daripada ia hamba Melayu tiada mahu durhaka, maka demikian lakunya. Di sini kita
mendapat kesan Sultan Mahmud sedar dan mengaku terdapat pertelagahan antara nilai-nilai
feudal dan Islam. Pendalamannya seolah-olah terbagi dua, pada mana kedua bahagian itu
saling mengadili mengikut sistem nilai yang berbeza-beza. Sebagai seorang mukmin baginda
mengutuk dirinya, tetapi sebagai raja feudal baginda memperakui dan memanfaatkan taat
setia membuta-tuli rakyatnya.

Dalam peristiwa yang berasingan, pada suatu malam Sultan Mahmud bertandang ke
rumah seorang perempuan bernama Tun Dewi. Apabila menghampiri rumah Tun Dewi,
baginda mendapati seorang lelaki bernama Tun Ali Sandang sudah berada di situ bersama-
sama dengan Tun Dewi. Sultan Mahmud tersinggung atas kehadiran Tun Ali Sandang yang
dianggap baginda bersaing dengannya untuk memikat Tun Dewi. Dengan perasaan marah
baginda mundar mandir dalam kawasan untuk mencari jalan menangani kesulitan yang
dihadapinya. Apabila baginda melihat Tun Isap lalu berdekatan, baginda mengurniakan sisa
sirih kepadanya, yang mengisyaratkan baginda mahukan saingannya itu dihapuskan sahaja.
Memahami kemahuan baginda dan sebagai mematuhi nilai-nilai feudalnya, Tun Isap terus
naik ke rumah Tun Dewi serta menikam mati Tun Ali Sandang.
42


Psikologi feudal golongan pemerintah tidak menjunjung kesederhanaan dan sifat
merendah diri. Psikologi feudal sentiasa menuntut kepuasan sepenuh nafsunya. Pada dasarnya
sikap yang merangsangnya itu bersifat egoistik.
43
Sebagai contoh, kita ambil sahaja
penjelasan Sultan Mahmud mengapa baginda ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang.
Mengikut baginda memperisterikan Puteri Gunung Ledang dapat memberi kelebihan
kepadanya mengatasi raja-raja lain kerana jika beristeri sama anak raja-raja ini, adalah raja-

42
Ibid., m.s. 186, 187.
43
Dalam pengertian ini, minda feudal itu bersifat sensual. Sesuatu kebudayaan sensual atau sensate itu lemah
dari segi pengawalan diri. Lihat Pitirim Sorokin, Social and Cultural History, Porter Sargent Publisher, Boston,
1956. Dengan memberi ingatan kepada kita, Sorokin menulis: 'Keperluan terpenting pada zaman kita ialah insan
yang dapat mengawal diri dan nafsunya, yang mengasihi sesama manusia, yang memahami dan mencari
nilai-nilai abadi dalam kebudayaan dan masyarakat dan yang berasa dengan mendalam tanggungjawabnya yang
unik dalam cakerawala ini.'

18
raja lain pun demikian juga; yang kita kehendaki, barang yang tiada pada raja lain; itulah
hendak kita peristeri.
44


Begitu juga nafsu yang menggila menguasai baginda semasa mengidam Tun Teja.
Bagi sesiapa yang berjaya membawanya Tun Teja, Sultan Mahmud tergamak menjanjikan
apa yang dikehendakinya kita anugerahi akan dia; umpamanya, jikalau ia hendakkan sekerat
kerajaan kita sekalipun kita anugerahi akan dia.
45
Nafsu menggila yang menuntut kepuasan
itu disemarakkan lagi oleh doktrin taat setia membuta tuli dalam etika feudal. Hang Nadim
menyambar peluang mencuri hati sultan secara menculik Tun Teja. Gabungan kuasa mutlak
yang sewenang dan sikap petualang yang melayaninya merupakan salah satu punca utama
pencemaran budaya dan kemunduran masyarakat Melayu feudal. Kerana jasanya menculik
Tun Teja, Hang Nadim dikurniakan raja anugerah yang besar: Beberapa pujian baginda akan
Hang Nadim, dan diberi persalin seperti adat pakaian raja, dan dianugerahi emas perak harta
terlalu banyak tiada terkira-kira lagi banyaknya.
46


Satu lagi cerminan etika feudal yang jelas terkesan dalam pertikaian antara Sultan
Mahmud dan keluarga Bendahara Seri Maharaja. Persengketaan bermula apabila Bendahara
gagal menunjukkan anaknya Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud sebelum menjodohkannya
dengan Tun Ali. Apabila Sultan Mahmud menatap wajah Tun Fatimah buat kali pertama di
majlis perkahwinannya baginda terpegun dengan kejelitaannya dan terus jatuh hati. Kerana
terbiasa mendapat segala kehendak, Sultan Mahmud berasa terkilan dan marah kepada
Bendahara, serta mendendaminya: Jahatnya Pa Mutahir ini; demikianlah baik anaknya tiada
ditunjukkannya kepada kita.
47
Semakin hari semakin baginda makan hati berdendam.
Mengikut Sejarah Melayu, tiadalah baginda santap. Maka tiadalah lepas lagi Tun Fatimah
daripada hati baginda. Maka baginda senantiasa hari mencari daya upaya akan Bendahara Seri
Maharaja.

Peluangnya datang apabila seorang pedagang menghadap Bendahara dengan niat
menyogoknya supaya Bendahara memihaknya dalam satu perbalahan dengan seorang
pedagang lain. Apabila pedagang saingannya itu berasa tergugat dengan helah ini beliau
menyebarkan khabar angin bahawa Bendahara sedang berkomplot hendak mengguling raja

44
W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 207.
45
Ibid., m.s. 218
46
Untuk adegan Sultan Mahmud, Hang Nadim dan Tun Teja, lihat ibid., m.s. 217-224.
47
Ibid., m.s. 247.

19
dan menjadi sultan. Dengan lancarnya Sultan Mahmud menggunakan khabar angin ini
sebagai helah untuk menghapuskan keluarga Bendahara. Sikap Sultan Mahmud digambarkan
Sejarah Melayu seperti berikut: Setelah Sultan Mahmud mendengar sembah laksamana itu,
kabullah hatinya, seperti orang mengantuk disorong bantal, kerana baginda sedia berdendam
akan Bendahara Seri Maharaja, sebab anaknya Tun Fatimah itu Sultan Mahmud
menitahkan Bendahara dan hampir seluruh keluarganya dihukum bunuh.

Apabila anak-anak buah Bendahara mendengar khabar hukuman yang dititahkan raja,
mereka cuba menentang tetapi telah ditegah oleh Bendahara sendiri dengan tegasnya: Hai
Hassan, hendak membinasakan nama orang tua-tua kitakah? Kerana adat Melayu, tiada
pernah durhaka. Sekali lagi kita melihat bagaimana amalan taat setia membuta-tuli
mendorong sikap menyerah sahaja kepada kezaliman dan ketidakadilan. Bendahara dan
seluruh keluarga menerima sahaja hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka. Tun Ali,
suami Tun Fatimah, juga turut dihukum bunuh dan setelah jalannya terbuka Sultan Mahmud
telah mengahwini Tun Fatimah.

Dalam masyarakat yang berteraskan ketidaksamarataan, di mana kehidupan seseorang
itu bergantung rapat pada darjat atau kelas, pasti terdapat keangkuhan berkuasa dan
berkedudukan mulia.
48
Memahami keangkuhan sedemikian membantu kita memahami
berbagai tindak-tanduk insan pada zaman feudalisme Melayu. Apabila raja-raja bergaul dan
berhubungan, mereka melakukannya atas lunas-lunas sedemikian. Misalnya kita ambil sahaja
perhubungan antara Sultan Mansor dan maharaja Cina. Pernah kononnya maharaja Cina
mengutus ke Melaka membawa bersama-sama sebuah pilu yang sarat dengan jarum untuk
melambangkan keagungannya. Maharaja Cina menjelaskan tiada raja di dalam alam ini yang
terlebeh besar dari kita, tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; dan daripada sebuah
rumah sebilah jarum kita pintaki, itulah jarumnya sarat sebuah pilu kita kirimkan ke
Melaka.
49
Sultan Mansor membalas dengan mengirim sepilu sagu ke Cina, dengan
penjelasan sagu itu digelek sebutir seorang oleh rakyat Melayu. Ini merupakan caranya pula
mengembur-gemburkan betapa ramai rakyatnya. Maharaja Cina berasa kagum bukan hanya
dengan keramaian rakyat Melayu tetapi lebih-lebih lagi terhadap kekuasaan sepenuhnya raja
Melayu ke atas mereka, yang mendorongnya menitahkan rakyatnya sedangkan raja Melaka

48
Lihat bab 'The Hierarchic Conception of Society' dalam Johan Huizinga, op. cit.
49
Mengenai kisah Melaka dan China, lihat W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 122, 127.

20
lagi kuasa menyuruh rakyatnya menggelek sagu ini, istimewa aku pula; dan beras yang aku
makan itu hendaklah kupas olehmu, jangan lagi ditumbuk.

Mabuk kuasa dan kedudukan sering mengakibatkan ketidakadilan pada zaman
feudalisme Melayu. Cuba kita renungkan beberapa contoh. Sejarah Melayu ada mengesahkan
pada suatu masa Singapura telah dilanggar ikan todak. Paduka Seri Maharaja bertindak secara
feudal, yang lazimnya menunjukkan sikap tidak mengendahkan sangat jiwa rakyat. Baginda
menitahkan rakyat berkubu tubuh di pantai. Justeru banyaklah jiwa rakyat melayang akibat
tertusuk dek todak. Prihatin menyaksikan jiwa rakyat melayang dengan sia-sia, seorang budak
telah mempertikaikan kebijaksanaan tindakan Paduka Seri Maharaja. Budak berumur setahun
jagung itu mencadangkan lebih munasabah mereka berkubukan batang pisang dari
berbentengkan tubuh rakyat sendiri. Cadangan budak itu telah dilaksanakan, yang berjaya
mematahkan serangan todak.
50
Kemungkinan besar ramai juga orang lain yang nampak
betapa sia-sia dan zalimnya cara Paduka Seri Maharaja berkubukan rakyat tetapi gentar
menegurnya.

Budak yang berbakti besar itu seharusnya mendapat penghargaan dan ganjaran, tetapi
sebaliknya telah dihukum bunuh. Perkembangan yang luar dugaan ini dapat kita fahami cuma
dengan memahami psikologi feudal. Budak itu dianggap merbahaya kerana didapati
berkemampuan berfikir dengan bebas.
51
Pembesar-pembesar istana telah menghasut Paduka
Seri Maharaja yang budak ini terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia budak lagi demikian,
jikalau ia besar berapa lagi banyak akalnya? Baiklah ia kita bunuh. Hasutan yang kejam ini
terkesan dengan mendalam ke atas jiwa autoritarian Paduka Seri Maharaja yang memandang
serung terhadap sebarang tantangan atau gugatan terhadap kekuasaan dan ketuanannya. Bagi
jiwanya yang sedemikian hasutan pembesar menjadi benar kepada hatinya, yang terus
mendorong baginda tergamak menjatuhkan hukuman mati ke atas budak yang sungguh
malang itu.


50
Mengenai kisah todak ini, lihat ibid., m.s. 67, 68.
51
Ini merupakan satu aspek etika kekuasaan (authoritarian ethics). Dalam etika kekuasaan, orang bawah
dijangka menyerah kediriannya (iradat) kepada orang atas atasan, bersikap tunduk dan menerima sahaja. Erich
Fromm dengan tepat menggambarkan psikologi ini: 'Pihak berkuasa menuntut penyerahan atau penundukan
bukan hanya kerana takutkan kuasanya tetapi oleh kerana yakin bahawa akhlaknya lebih mulia dan ia berhak.
Sikap memuliakan pihak berkuasa termasuk jua pantang larang menyoalnya. Pihak berkuasa mungkin baik hati
memberi penjelasan akan perintah dan larangan-larangannya, ganjaran dan hukumannya, ataupun enggan
berbuat demikian; akan tetapi seseorang individu tidak pernah berhak menyoal atau membidas.' Lihat Erich
Fromm, Man for Himself, op. cit., m.s. 148.

21
Tragedi Bendahara Seri Wak Raja merupakan satu lagi contoh betapa psikologi feudal
mabukkan kuasa dan kedudukan. Dalam masyarakat feudal, kuasa dan kedudukan seseorang
itu bergantung sama ada seseorang itu berjaya atau tidak mengambil hati pembesar atau
pertuanannya. Hakikat inilah yang membuat Bendahara Seri Wak Raja sebegitu takut
diketepikan oleh sultan. Pada suatu ketika Bendahara terlewat tiba ke balairung manakala
sultan pula telah berangkat masuk. Ketika ia tiba Bendahara mendapati pintu balairung telah
pun ditutup orang. Kepekaannya yang meruncing sama ada ia dikasihi sultan atau tidak
mencetus salah sangka bahawa ia tidak lagi diperkenankan sultan: Yang dipertuan murka
akan aku, maka serta aku datang baginda masuk, maka pintu pun ditutup orang. Dirangsang
perasaan malu dan pilu Bendahara Seri Wak Raja membunuh diri secara meminum racun.
52

Beberapa tindakan golongan memerintah yang kasar dan kejam pasti berpunca dari
keangkuhan berkuasa dan berkedudukan mulia. Ambil sahaja contoh Raja Muhammad yang
pada suatu hari pergi berkuda ke kampung Bendahara Paduka Raja. Tun Besar, anak
Bendahara yang sedang bermain sepak raga bersama-sama beberapa orang pengikut, dengan
tidak sengaja tersepak bola raga terkena destar Raja Muhammad sehingga terpelanting ke
tanah. Dengan keberangan yang tak setimpal, yang mungkin terpancar cuma dari keangkuhan
berkuasa, Raja Muhammad menghunus keris dan terus menikam mati Tun Besar.
Pembunuhan itu mencetuskan kegemparan dan ketegangan apabila anak-anak buah
Bendahara bergegas-gegas untuk membela kematian Tun Besar. Raja Muhammad terselamat
cuma kerana taat setia feudal. Dengan tegas Bendahara menegah anak-anak buahnya
menuntut bela sekalipun anaknya sendiri yang menjadi mangsa dalam angkara ini: Hai! Hai!
Hendak durhakakah kamu sekalian? Hendak durhakakah? Cheh, kamu sekalian, cheh; kerana
tiada adat, hamba Melayu tiada pernah durhaka
53
Di sini kita terhimbau kembali dasar
yang termaktub dalam ikrar Demang Lebar Daun kepada Sang Sapurba yang terdahulu.

Semasa Raja Muhammad menjadi sultan Pahang, baginda akan membunuh dengan
semudahnya bila-bila sahaja rasa kekuasaan dan kewibawaannya tergores. Misalnya apabila
baginda mendengar Telanai Trengganu menyembah ke Melaka tanpa izinnya, baginda naik
murka dan segera mengirim Seri Akar Raja membunuh Telanai berkenaan.
54



52
Mengenai peristiwa ini, lihat W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 86, 87.
53
Ibid., m.s. 144.
54
Ibid., m.s. 173.

22
Zaman Melayu feudal penuh dengan contoh-contoh rebutan dan pergelutan kuasa
yang ganas dan bermandikan darah.
55
Satu lembaran yang menarik melibatkan tokoh Tun
Fatimah. Latar belakang perkahwinannya dengan Sultan Mahmud yang tragik dan berdarah
itu telah pun kita sentuh pada awal bahagian ini. Sebaik sahaja berkahwin dengan Sultan
Mahmud, Tun Fatimah mula berselera mendalangi kenaikan takhta. Untuk mencapai
maksudnya ia menggunakan sepenuhnya daya tarikan perempuan.
Ia memulakan muslihatnya dengan merajuk dan menghindar diri daripada suami. Mengikut
kata-kata Sejarah Melayu selama ia duduk dengan Sultan Mahmud jangankan ia tertawa,
tersenyum pun tiada. Maka Sultan Mahmud pun menurut masyghul bait, bahawa barang yang
dikasihi oleh kekasihnya itu, ia pun kasih hendaknya
56
Setiap kali Tun Fatimah berbadan
dua beliau menggugurkan kandungan. Apabila sultan bertanya apa gerangannya, Tun Fatimah
menjalankan jarum siasahnya: Apatah kerja raja beranak dengan beta lagi kerana raja yang
kerajaan telah ada? Mendengar ini Sultan Mahmud yang mabuk kepayang itu melentur,
mencair dan mengikut sahaja kemahuan Tun Fatimah. Baginda memperkenankan sepenuhnya
tuntutan Tun Fatimah dan menyerahkan soal kenaikan takhta kepadanya: Jika tuan hamil
sekali lagi janganlah dibuang, jikalau ia laki-laki kita rajakan. Untuk menurut kemahuan Tun
Fatimah dan membuka jalan bagi keturunannya menaiki takhta, Sultan Mahmud telah
membunuh seorang puteranya dari isteri lain atas alasan tipis putera yang malang itu amat
biadab terhadap pembesar-pembesar.

Jika kita teliti sebab-musabab peperangan dalam Sejarah Melayu, dapat kita rumuskan
mereka itu sering berpunca dari keangkuhan kedudukan dan kemabukan kuasa.
57
Peperangan
antara Majapahit dan Singapura meledak kerana raja Majapahit terasa dihina semata-mata
kerana raja Singapura tiada menyembah pada baginda.
58
Sultan Manor dari Melaka
melanggar Pahang semata-mata kerana baginda teringin menjadikan Pahang sebahagian dari
empayarnya. Sesungguhnya Sejarah Melayu ada memuji kebaikan atau keistimewaan negeri
Pahang yang dikatakan air sungainya tohor, dengan pasirnya terlalu baik; air sungainya itu

55
Untuk contoh-contoh, lihat A.H. Hill (terj.), 'Hikayat Raja-Raja Pasai', Journal Malayan Branch of the Royal
Asiatic Society, Jil. 33, June 1960; T. Iskandar (ed.), Bustanu's Salatin, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1966; dan Raja Ali al-Haji Riau, Tuhfat al-Nafis, Malaysia Publications Ltd., Singapura, 1965. Dalam
Hikayat Raja-Raja Pasai, raja membunuh Tun Beraim Bapa, puteranya sendiri, kerana takutkan kedudukan dan
kuasanya akan terancam.
56
Mengenai kisah Tun Fatimah ini, lihat W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 260-267.
57
Mengikut Huizinga, ini memang lazim dalam feudalisme: 'Pada zaman feudal, peperangan peribadi antara dua
keluarga tiada punca jelas selain dari persaingan pangkat -- tiada punca ekonomi lain yang mencetuskan
peperangan-peperangan ini selain dari cuma ketamakan mendapat kekayaan jiran seseorang itu.' op. cit., m.s. 21.
Johan Huizinga,
58
Mengenai kisah peperangan ini, lihat W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 41, 96, 168,169, 197.

23
tawar datang ke laut. Dan ada emas urai di sana, dan padangnya amat luas, dan isi hutannya
gajah, seladang, rusa, berok. Namun sudahnya negeri Pahang dilanggar bukan atas dalil-dalil
ekonomi atau siasah secara langsung tetapi semata-mata kerana setelah Sultan Mansor Shah
mendengar khabar Pahang itu, maka terlalu ingin baginda akan negeri Pahang itu. Sultan
Mansor melanggar Siak dan Kampar kerana tiada ia menyembah ke Melaka, sementara
Sultan Mahmud pula menitahkan negeri Kelantan dilanggar kerana rajanya tiada baginda
menyembah ke Melaka.

Punca peperangan antara Haru dan Pasai lebih menarik lagi. Haru mengirim perutusan
ke Pasai dengan alu-aluan yang berbunyi paduka kekanda empunya salam. Akan tetapi
pembesar Pasai meminda alu-aluan itu supaya berbunyi paduka kekanda empunya sembah,
datang kepada paduka adinda. Apabila kekata alu-aluan salam dipinda berganti kekata
sembah, kepekaan feudal Haru telah tergores dan menganggapnya merendahkan taraf Haru
di bawah Pasai. Orang-orang Haru naik berang dan terus mengamuk, yang kemudiannya
menyemarakkan menjadi satu peperangan yang hebat di antara kedua Haru dan Pasai,
sementara mengheret Melaka juga turut terlibat.

Dalam masyarakat Melayu feudal, jalinan kuasa, kedudukan dan kekayaan adalah
sangat rapat.
59
Sejarah Melayu ada menggambarkan bagaimana pembesar-pembesar Melaka
mengumpul kekayaan menerusi kuasa dan kedudukan. Misalnya Bendahara Seri Maharaja
begitu kaya sehinggakan bila berehat beliau akan menjemput anak-anak buahnya dan
melayani mereka dengan cara yang tersendiri: Hai budak-budak, maukah memandang
emas...?... Pergilah ambil peti arah ke anu itu Ambillah oleh mu segenggam seorang
perbuat main.
60
Anak-anak buahnya kemudian meninggalkan emas itu merata-rata dan orang
selalu mencurinya . Apabila anak-anak buahnya menyedari emas mereka kecurian mereka
menangis dan Bendahara biasa memujuk mereka dengan memberi lagi emas. Bendahara sedar
kekayaannya berlebih-lebihan dan sering mendedahkan kepada orang: Kekayaanku ini
datang kepada anak cucuku memakan dia tiada akan habis.

Kekuasaan dan pangkat seseorang itu mempengaruhi juga gaya dan caranya
mengumpul harta. Pembesar-pembesar tertinggi menuntut peniaga-peniaga dan saudagar-

59
Lihat S.H. Alatas, op. cit., m.s. 191.
60
Mengenai kisah berikut mengenai Bendahara Seri Maharaja dan Tun Hassan Temenggong, lihat W.G.
Shellabear, op. cit., m.s. 247-250.

24
saudagar memberi hadiah dengan hormat. Pada suatu ketika seorang saudagar kaya
menyembah Bendahara Seri Maharaja di balairung. Dengan kasar Bendahara membentak
sambil mencela: Ceh, Keling, tiada tahu bahasa; patutkah tuan hamba menyembah hamba di
balai ini? Datanglah ke rumah hamba tidakkah boleh? Tun Hassan anak Bendahara sama
juga dengan bapanya dalam soal ini. Ia menghendaki saudagar-saudagar datang ke rumahnya
dan tidak sekali-kali mengunjungi rumah mereka. Cuma pegawai-pegawai rendah sahaja yang
pergi ke rumah saudagar-saudagar untuk menerima berbagai hadiah. Sejarah Melayu ada
merakamkan amalan ini di rumah Ali Manu Nayan: Apabila orang datang bermain ke
rumahnya, maka diberinya kain atau emas atau barang benda yang gharib-gharib. Maka
segala orang besar-besar pun semuanya datang ke rumahnya.

Pada suatu hari Ali Manu Nayan dengan selamba menjemput Tun Hassan
Temenggong dengan mengumpannya dengan janji-janji hadiah: Orang kaya, kesemua orang
besar-besar di dalam Melaka ini datang ke rumah hamba, melainkan orang kaya juga yang
tiada datang. Jikalau dapat, marilah apa orang kaya bermain-main ke rumah hamba; hingga
berdiri-diri sahaja di hadapan kedai hamba, sepuluh tahil emas ku persembahkan. Tun
Hassan menganggap pelawaan dan tawaran itu sebagai satu penghinaan. Dengan kemarahan
meluap-luap ia mencaci saudagar itu: Nuni haram zadah! Aku engkau hendak beri makan
sedekah. Jika pada bapa-bapa mu yang lain boleh demikian.

Orang-orang berpengaruh dan berkuasa bukan sahaja mengumpul kekayaan bagi diri
mereka sendiri tetapi merestui juga sikap petualang dan peras ugut pengikut-pengikut mereka.
Bila-bila pengikut Tun Hassan Temenggong kesesakan wang, mereka akan mengendeng pada
Tun Hasan: Tuanku, sekarang leboh kita tiada betul, banyak kedai yang anjur-menganjur;
baik juga Tuanku membetul; kalau-kalau Duli Yang Dipertuan berangkat dilihat baginda
leboh tiada betul, murka kelak akan Tuanku. Tun Hassan sedia faham maksud mereka dan
memerintah mereka mengukur-ukur dan di mana-mana perlu meruntuhkan beberapa buah
kedai. Dengan itu peluang untuk memeras, mengugut dan menerima sogokan akan terluang.
Untuk melindung kepentingan mereka saudagar-saudagar terpaksa menyogok pengikut-
pengikut Tun Hassan. Sejarah Melayu merakamkan: Maka segala saudagar itu menyorong,
ada yang seratus, ada yang dua ratus, ada yang tiga puluh, empat puluh kepada seorang. Maka
diambilnya oleh segala orang-orang muda Tun Hassan Temenggong, diperbahaginya ramai-
ramai dengan segala pertanda, itulah makanannya.


25
Bagaimanakah corak hidup beragama yang tercermin dalam teks Sejarah Melayu?
Corak kehidupan beragama memaparkan sikap mementingkan kisah-kisah mukjizat dan
unsur-unsur ghaib.
61
Pemelukan Islam bukan menerusi penemuan intelek atau penghayatan
rohani tetapi sering berlandaskan dakwaan mendapat mukjizat. Ambil sebagai contoh kesah
Raja Kecil memeluk agama Islam di Melaka, yang mengikut kesah mendapat mimpi. Pada
suatu malam baginda bermimpi Nabi Muhammad menjelma memerintahnya mengucap
kalimah syahadat. Nabi Muhammad juga memberinya nama Islam, serta memaklumi seorang
makhdum akan tiba di Melaka, dan Raja Kecil haruslah mematuhi perintahnya. Elok kita
petik isi mimpi ini sebagai dikesahkan Sejarah Melayu: Adapun namamu Sultan
Muhammad; esok hari waktu asar matahari, datang sebuah kapal dari Judah, turun orangnya
sembahyang di pantai Melaka ini; hendaklah engkau ikut barang katanya.
62
Agak menarik
kita perhatikan betapa isi mimpi ini bukannya berbentuk simbol-simbol atau tanda-tanda
ghaib yang perlu ditilik atau ditafsirkan akan maknanya. Mimpi ini jelas ternyata dan
terperinci sekali. Peristiwa-peristiwa yang diramal mimpi itu tepat hari dan waktu
berlangsungnya.

Kecenderungan yang ghairah terhadap mukjizat dalam Sejarah Melayu tidak harus
dianggap sebagai cerminan kekuatan rohani masyarakat yang mendukungnya. Malahan gejala
ini menunjukkan kenyataan yang bertentangan sama sekali, yakni cerminan falsafah hidup
yang sangat keduniaan.
63
Sesungguhnya kerana falsafah hidup itu terlalu keduniaanlah
sesuatu penawar yang kuat pula diperlukan untuk meyakinkan diri akan kenyataan dunia
ghaib. Untuk tujuan ini tiada yang lebih sesuai dan melegakan dari kisah-kisah mukjizat. Kita
telah melihat pada awal bahagian ini contoh-contoh keghairahan pembesar-pembesar Melaka
terhadap kenikmatan-kenikmatan dunia. Adalah sukar bagi kita memadankan keduniaan
mereka dengan kerohanian atau kewarakan yang tulen. Justeru adalah lebih meyakinkan jika
kita menanggapi kisah-kisah mukjizat yang terkandung dalam Sejarah Melayu sebagai
cerminan satu pandangan hidup keduniaan yang masih bergelut untuk menerima dimensi
kehidupan rohani. Penanggapan kita ini bukanlah tanpa bukti, kerana dapat kita perhatikan
kisah-kisah mukjizat yang dilayani oleh orang-orang Melaka ini jauh berbeza dari kisah-kisah

61
Ini memang biasa pada zaman feudal. Lihat Norman Cohn, The Pursuit of the Millennium, Paladin Books., St.
Albans, 1976. Lihat juga bab mengenai 'Types of Religious Life' dalam John Huizinga, op. cit.
62
Mengenai kisah pemelukan Islam ini, lihat W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 72, 73.
63
Ini merupakan satu sifat feudalisme. Huizinga memerhatikan bagaimana berdampingannya pada diri seorang
itu secara menonjol sifat warak dalam kepapaan dan sifat keduniaan di kalangan pembesar-pembesar Eropah
pada Zaman Pertengahan. Lihat bab mengenai 'Types of Religious Life' dalam Johan Huizinga, op. cit.


26
mukjizat yang biasa kita temui dalam tradisi Islam. Dapat kita katakan kisah-kisah mukjizat
yang terkandung dalam Sejarah Melayu ini mempunyai bentuk yang tersendiri. Kisah-kisah
mukjizat ini memajukan bukti-bukti fizikal yang mengesan pancaindera. Kita majukan
beberapa contoh gejala ini.

Sejarah Melayu mengisahkan bagaimana setelah bermimpi Raja Kecil mengalami
sesuatu yang menakjubkan apabila terkejut dari beradunya pada keesokan hari: (Ia) pun
terkejut daripada beradu. Maka dicium baginda tubuhnya bau narwastu, dan dilihat baginda
kalamnya pun sudah khatan. Hanya setelah melihat kesan-kesan fizikal pengalamannya yang
aneh baru baginda yakin mimpinya itu berunsur mukjizat: Bahawa aku ini bermimpi
rupanya, dan bukannya setan.

Kesedaran agama sebegitu terpengaruh oleh kisah-kisah mukjizat sehinggakan ia
meniru-niru motif-motif ini dari kesah-kesah agama. Kisah Raja Kecil memeluk Islam meniru
kisah Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu, pada mana Nabi Muhammad dapat
melafazkan sepotong surah Al-Quran. Motif ini ditiru oleh Sejarah Melayu dengan sedikit
penyesuaian, pada mana Raja Kecil dapat mengucap kalimah syahadat dan bukan surah Al-
Quran seperti halnya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Sebaik menerima wahyu, Nabi
Muhammad s.a.w diselubungi rasa waswas sama ada pengalaman itu dari Allah atau tidak
lebih dari godaan syaitan. Motif ini juga ditiru Sejarah Melayu di mana Raja Kecil juga
diselubungi rasa waswas yang serupa. Agak signifikan juga kita catit betapa Nabi Muhammad
dalam mimpi Raja Kecil memberinya nama Sultan Muhammad, sempena nama Nabi
Muhammad s.a.w sendiri.

Tetapi dengan halnya Sultan Muhammad (Raja Kecil), kesahnya memeluk Islam itu
melebih-lebih pula kesah Rasul, dan apa yang terjadi seterusnya bercorak tontonan dan
kekecohan di balairung. Istana Melaka menjadi gempar dan riuh menyaksikan baginda pun
menyebut kalimah syahadat, tiada berhenti lagi. Kita perhatikan di sini yang ukuran
kerohanian atau keagamaan itu selalunya lebih berdasarkan unsur-unsur luaran dan ritual,
sepertinya lafaz kalimah syahadat yang berulang-ulang yang berterusan ini, dan kurang
mementingkan kerohanian pendalaman yang lebih tulen. Isi istana kaget, kagum, dan
kehairanan: Maka segala dayang-dayang di dalam istana baginda pun heranlah menengar
yang disebut raja itu. Permaisuri raja pula kemusykilan samada sultan masih lagi siuman atau
telah dirasuk akalnya : Entah kena setan gerangan raja ini, atau gilakah gerangannya?.

27
Dengan tergopoh-gapah Bendahara telah dijemput dan ketibaannya di balairung disambut satu
adegan yang menakjubkan pada mana sultan terus menerus melafazkan kalimah syahadat
berulang-ulang. Bendahara juga turut hairan dan kemusykilan: Bahasa mana yang disebut
raja ini?. Apabila baginda sultan memaklumkan Bendahara akan mimpinya, Bendahara
mencabar baginda sultan : Jikalau benar mimpi raja, apa alamatnya?.

Sultan Muhammad memajukan bukti ia sudah dikhatankan: Alamatnya kalam beta
seperti dikhatan orang, itulah tanda sah beta bermimpi akan Rasulullah sallailahu alaihi
wassalam. Sultan Muhammad juga mengumumkan isi mimpi dengan terperinci untuk
membukti baginda sesungguhnya telah mendapat mimpi: Asar sekarang datang sebuah kapal
dari Judah, turun orangnya itu sembahyang di pantai Melaka ini. Melihat tanda Sultan
Muhammad sudah khatan, Bendahara tercengang. Mengaitkan khatan dan pemelukan Islam
sebegini mencerminkan kefahaman agama yang masih mementingkan bentuk dari isi.
Kesedaran dan fahaman agama masih cenderung menganggap adat upacara sebagai ukuran
keimanan dan kerohanian.
64


Bendahara memutuskan hendak mengesahkan bukti-bukti mimpi selainnya dan
berangkat ke pantai Melaka. Peristiwa yang diramal mimpi itu menjadi kenyataan sebagai
satu adegan tuntunan ramai. Rata-rata rakyat jelata kagum dan tercengang-cengang
menyaksikan amalan baru yang belum mereka kenali sebelum itu. Dengan kata-kata Sejarah
Melayu: Mengapakah ia ini (makhdum) tunggang tonggek? Maka berebutlah orang melihat
dia penuh sesak, tiada tersela lagi dan haru-birulah bunyinya sampai ke dalam Sultan
Muhammad berangkat ke pantai buat menyaksi dan mengesahkan segala butir-butir tepat
sebagai dimimpinya. Makhdum yang tiba di Melaka itu disambut dan dipermulia dengan
penuh adat istiadat. Ia dipersilakan menunggang gajah diraja bersama-sama sultan dan dibawa
ke istana, di mana ia dilantik sebagai guru Sultan Muhammad. Berikutan itu rakyat Melaka
dititahkan Sultan Muhammad memeluk agama Islam.


64
Huizinga memerhatikan pembesar-pembesar Eropah menggabungkan keduniaan dengan sikap mementingkan
adat upacara secara melampau: '... lebih dari seorang mewakili jenis yang menggabungkan kewarakan dan
maksiat dengan cara yang tidak masuk akal. Louis dari Orlean, seorang yang mabukkan kemewahan dan
kepuasan nafsu, yang menagih sampaikan maksiat necromancy (hubungan seks dengan mayat), mempunyai
kurungan ibadatnya bersama-sama dalam bilik panjang kumpulan Celestines, di mana beliau sama-sama
mematuhi dugaan dan tugas-tugas kehidupan paderi, bangun pada tengah malam dan kadang-kadang mendengar
lima atau enam khutbah sehari.' Lihat Johan Huizinga, op. cit., m.s. 174, 175.

28
Sekali lagi kita mendapati kecenderungan menyamakan adat upacara, di sini salat,
dengan keimanan atau kewarakan .Walaupun jika difahami dengan betul salat sesungguhnya
merupakan satu rukun Islam yang penting, yang berkaitan rapat dengan pembentukan akhlak
dan kerohanian, rasanya penilaian Sejarah Melayu terhadap salat bukanlah berdasarkan
fahaman yang sedemikian.
65
Satu penilaian kontekstual dan menyeluruh akan gaya kehidupan
pembesar-pembesar Melaka dapat membuktikan satu kenyataan yang jauh berbeza.
Agak menarik juga jika kita layani kemungkinan Raja Kecil memahami sangat pemikiran
rakyat Melaka dan telah merancang adegan di pantai untuk mempengaruhi rakyat Melaka
memeluk Islam dengan lancar. Memandangkan rakyat Melaka mudah terpengaruh dengan
kesah-kesah mukjizat yang tergarap pancaindera, tanda-tanda berikut mudah sahaja diatur:
perkhatanan, lafaz kalimah syahadat, ketibaan kapal serta makhdum yang bersalat di pantai
Melaka. Berkemungkinan Raja Kecil telah merancang rakyat Melaka memeluk agama Islam
secara memanfaatkan keghairahan mereka terhadap kesah-kesah mukjizat, gejala-gejala ghaib
serta taat setia mereka kepada sultan

Ataupun besar kemungkinan kisah Raja Kecil memeluk Islam ini merupakan
pemitosan peristiwa-peristiwa benar.
66
Jika ini yang berlaku, unsur-unsur khayalan dalam
kisah ini dengan sendirinya membuktikan betapa kehidupan beragama golongan pemerintah
Melaka itu masih menebal dengan unsur-unsur tahyul yang kurang rasional.
67


Seperti telah dikatakan kehidupan beragama elit pemerintah tidak begitu mendalam
dan lebih tertumpu kepada adat upacara. Hanya secara mengutamakan adat upacara, sambil
mengesampingkan jiwa Islam, dapat pembesar-pembesar Melaka memadankan Islam dengan
gaya kehidupan mereka yang keduniaan dan sensual itu. Pada asasnya terdapat satu bentuk

65
Mengenai pengertian salat dalam Islam, lihat al-Ghazali, Ihya Ulumuddin, Diponegoro, Bandung, 1975.
66
Huizinga menggambarkan satu unsur dalam pemikiran Zaman Pertengahan: 'sikap meromantiskan kewalian,
dalam pengertian cenderung memberi corak warna-warni dan keghairahan melampau terhadap kemuliaan dan
ketaatan dalam bentuk-bentuk sempurna ... sikap meromantis kewalian ini selalunya berpaling ... kepada
mukjizat dan sifat-sifat merendahkan diri serta kewarakan yang keterlaluan ...imaginasi ramai selalunya lebih
terpengaruh oleh ... unsur-unsur ghaib dan kurang rasional yang berlebih-lebihan.' Johan Huizinga, op.c it., m.s.
177.
67
Kita menerima aspek-aspek agama yang bersifat ghaib dan luar batasan rasional. Walau bagaimanapun adalah
satu persoalan pokok dalam pemikiran dan falsafah agama bagaimana membezakan antara mukjizat tulen dengan
tahyul. Mannheim menganggapnya sebagai masalah membezakan antara 'the genuinely archaic' dan
'pseudo-religious experience'. Lihat 'Towards a New Social Philosophy: A Challenge to Christian Thinkers
by a Sociologist' dalam Karl Mannheim, Diagnosis of Our Time, Routledge and Kegan Paul, London, 1966.
Untuk satu perbincangan yang baik mengenai bagaimana kepercayaan keagamaan yang tahyul melunturkan asas
agama, lihat Leo Tolstoy, The Kingdom of God and Peace Essays, Oxford University Press, London, 1974;
Essays and Letters, Grant Richards, London, 1903.

29
dualisme dalam kehidupan mereka.
68
Paduan dualisme ini meliputi sintesis feudalisme dan
Islam. Adunan kedua tradisi yang begitu bercanggah ini mungkin cuma dengan
menggabungkan isi feudal dengan atau adat upacara Islam. Sintesis inilah yang mencoraki
suasana kehidupan kelas pemerintah yang amat keduniaan dan sensual, tetapi dalam pada itu
mementingkan pula unsur-unsur keagamaan tertentu. Akhlak dualis ini jelas terbayang dalam
contoh berikut. Dalam bulan puasa (Ramadhan), apabila sultan hendak ke masjid pada malam
hari, sejadahnya dan serban akan diarak secara berasingan dari pakaian diraja dengan penuh
adat istiadat. Mengikut Sejarah Melayu : Hatta jikalau pada bulan Ramadan, malam dua
puluh tujuh, tatkala pada siangnya mengarak sejadah ke masjid, temenggung mengepalakan
gajah. Maka puan dan segala adat kerajaan dan gendang semuanya diarak dahulu ke masjid.
Setelah malam maka raja berangkat ke masjid seperti adat Hari Raya sembahyang teraweh ,
sudah itu berangkat kembali. Telah esok harinya, maka laksamana mengarak serban, kerana
adat raja Melayu berangkat ke masjid bertengkolok, berbaju sarung
69
Ini menunjukkan
betapa pembahagian antara soal dunia dan agama itu dipatuhi dengan nyata dan ketat sekali.
Dengan pendekatan dualis ini golongan pemerintah dapat menyampingkan pengaruh agama
dari kehidupan manusia seharian. Justeru dengan yakin dapat kita katakan secara menyeluruh
jiwa dan nilai-nilai agama itu tersisih atau terasing dari kehidupan sosial, ekonomi dan politik,
dan terbatas cuma pada adat upacara dan unsur-unsur luaran.
70


Di peringkat peribadi, contoh paling baik mewakili dualisme ini adalah tidak lain dari
Sultan Mahmud sendiri. Baginda sememangnya masyhur kerana kezaliman dan buas
nafsunya. Namun demikian, walaupun mudah sahaja membunuh dan mengamalkan gaya
hidup menurut nafsu, baginda amat berminat pula belajar agama.
71
Guru agamanya bernama
Maulana Yusof. Satu keanehan Maulana Yusof ialah jika layang-layang orang lalu di atas
bumbungnya disuruhnya buangi ali-ali. Maka telah dapat, disuruhnya pesok-pesokkan. Ia

68
Huizinga memerhatikan dualisme yang serupa dalam kehidupan beragama Zaman Pertengahan: 'Untuk
memahami pertentangan-pertentangan yang menghairankan ada penghujung Zaman Pertengahan, ia mesti
bermula dengan menerima ketidakseimbangan menyeluruh dalam sikap keagamaan, yang mendorong kedua-dua
individu dan massa begitu mudah terjerumus kepada kontradiksi dan perubahan-perubahan mendadak.' Lihat
Johan Huizinga, op. cit., m.s. 172.
69
W.G. Shellabear, op. cit., m.s. 79.
70
Kehidupan pembesar-pembesar Melaka kekosongan pengalaman paradigma agama. Untuk perbincangan
pengalaman paradigma atau paradigmatic experience dalam agama, lihat Karl Mannheim, Diagnosis of Our
Time, op. cit.
71
Untuk perbincangan mengenai aspek-aspek kebudayaan sensual yang zalim dan merosakkan, lihat Pitirim
Sorokin, S. 0. S: The Meaning of Our Crisis, Bureau Press, Boston, 1951.

30
akan menyumpah seranah layang-layang itu: Mengapa engkau biadab lalu dari atas
rumahku.
72


Sultan Mahmud nampaknya mengagumi Maulana Yusof dan berusaha menuntut
dengannya. Usahanya yang pertama menemui kegagalan. Pada suatu hari dengan
menunggang gajah dan diiringi ramai pengikut-pengikut, Sultan Mahmud pergi ke rumah
Maulana Yusof. Maulana Yusof melayani baginda dengan kasar dan menolaknya pergi: Apa
kerja Sultan datang-datang ke rumah fakir? Tutup pintu pagar kita. Tetapi Sultan Mahmud
yang biasa membunuh orang atas kesalahan yang jauh lebih kecil dari ini, tidak mengambil
hati atas kekasaran Maulana Yusof. Sekali lagi ini adalah kerana akhlak dualis pembesar-
pembesar Melayu. Mereka sangat memuliakan tokoh-tokoh agama yang mereka percaya
mempunyai kuasa-kuasa ghaib dan dilindungi Allah.
73
Mereka sering dianggap wali-wali
yang martabatnya jauh terlebih tinggi dari rakyat biasa yang mereka pandang rendah dan hina.
Setelah diusir dengan kasar, Sultan Mahmud mencuba sekali lagi untuk belajar di bawah
Maulana Yusof. Malam itu juga baginda menyusup ke rumah Maulana Yusof, mengepit
kitab-kitabnya sendiri, sambil diiringi hanya dua orang budak. Apabila sampai di hadapan
pintu, baginda mengenalkan dirinya sebagai Fakir Mahmud. Ini disambut baik oleh Maulana
Yusof: Jika Fakir Mahmud buka pintu; fakir patutlah datang ke rumah samanya fakir.

Maulana Yusof menyindir Sultan Mahmud berdasarkan ajaran tasawuf bahawa dunia
ini adalah khayalan dan begitu juga halnya dengan segala kebesarannya seperti kedudukan
dan kekayaan.
74
Insan tidak seharusnya takbur dengan ketinggian mereka di dunia,
sebaliknya insaf akan kesamaan manusia di sisi Allah sebagai makhluknya yang hina. Sultan
Mahmud dapat sahaja menerima ajaran tasawuf yang sedemikian kerana akhlak dualisnya.
Baginda bersedia merendahkan diri kepada Allah tanpa merendah diri kepada manusia.
Baginda bersedia juga mengaku persamaan manusia di sisi Allah tanpa mengaku persamaan
manusia sesama manusia di dunia nyata. Dengan itu segala kontradiksi antara feudalisme dan
ajaran Islam dapat terlerai.


72
Mengenai Sultan Mahmud dan Maulana Yusof, lihat W.G. Shellabear, op. cit., m.s.195.
73
Terdapat banyak contoh-contoh dalam Sejarah Melayu. Ia mengisahkan bagaimana kapal Hang Isap karam
kerana sumpahan seorang alim ulama. Hang Isap disumpah kerana mencarut pada alim ulama berkenaan. Tun
Jana Khatib, seorang tokoh agama, dikatakan mempunyai ilmu sakti. Beliau dapat membelah pokok
dengan cara cuma menenungnya. Lihat W.G. Shellabear, op. cit
74
Untuk penghuraian amalan-amalan ahli-ahli sufi Islam dan contoh-contoh, lihat Farid al-Din Attar, Muslim
Saints and Mystics, (terj. A.J. Arberry), Routledge and Kegan Paul, London, 1976; Jalaluddin Rumi, The
Mathnawi, (suntingan dan terjemahan Reynold A. Nicholson), Gibb Memorial Trust, Cambridge, 1982.

31
Wasiat pembesar-pembesar ketika gering menunggu ajal merupakan bahan-bahan
menarik mengenai kehidupan beragama mereka. Walaupun wasiat-wasiat diungkap dalam
bentuk keagamaan, sebenarnya wasiat-wasiat ini mencerminkan satu pandangan hidup yang
sangat keduniaan.
75
Wasiat-wasiat ini bernada penuh penyesalan dan kegetiran kerana dunia
akan berlalu. Sebagai satu contoh Sultan Mansor berwasiat sebelum mangkatnya: Ketahui
oleh kamu sekalian, bahawa yang dunia ini telah terlepaslah rasanya daripada kami,
melainkan negeri akhirat semata-mata yang ku hadap.
76


Sering wasiat-wasiat ini mencerminkan penyesalan dan rasa bersalah. Wasiat-wasiat
sebegini bukan diilhami kewarakan atau kerohanian tetapi lebih kehampaan kerana pintu
nikmat dunia sudah tertutup baginya, manakala akhirat sahaja lagi yang menunggu. Dalam
suasana yang serupa Sultan Mansor berpesan kepada puteranya Raja Hussein: Ada pun
peninggalan ku ini, hai anakku, hendaklah engkau berbuat sabar serta adil sangat-sangat, dan
jangan tamak akan harta orang, kerana makan hak sama Islam itu terlalulah besar dosanya,
tiada diampuni Allahkerana segala hamba Allah banyak terserah kepada mu. Jikalau
kesukaran baginya, hendaklah engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau periksai
baik-baik, supaya di akhirat tiada diberatkan Allah atas lehermusegala kamu yang membela
lagi ditanyai daripada kebelaan kamusegala raja-raja di akhirat lagi ditanya Allah taala
daripada segala rakyat. Sebab demikian, maka harus engkau berbuat adil dan saksama, supaya
di akhirat jemah diringankan Allah taala kira-kiramu.
77


Apa yang diwasiatkan bertentangan dengan kenyataan feudalisme Melayu, dan Sultan
Mansor sendiri ternyata tidak mengamalkan apa yang dianjurkannya. Pidato-pidato pembesar-
pembesar cuma sekadar teori dan tidak diamalkan dalam kehidupan nyata.
78
Konsep
persamaan yang dipegang cuma membawa makna semua insan akan mati tanpa berkecuali,
manakala keadilan pula dilaung-laung sehubungan rasa takut terhadap pembalasan Ilahi.

75
Begitu juga keadaannya dengan kehidupan beragama pada Zaman Pertengahan di Eropah. lanya terpaku
kepada ajal, berakhirnya dunia, kecantikan dan usia muda. Huizinga mengulas: 'Satu pandangan yang sebegitu
kuat tertumpu kepada ciri-ciri kematian yang keduniaan tidak dapat dikatakan kerohanian dengan tulen.
Nampaknya ia se olah satu balasan sekali-sekala terhadap keduniaan yang keterlaluan.' Lihat Johan Huizinga, op.
cit., m.s. 136.
76
W.G. Shellabear, op. cit.
77
W.G. Shellabear, op. cit
78
Lafaz begini sememangnya lazim di kalangan pembesar-pembesar Eropah pada Zaman Pertengahan. Huizinga
mengulas: 'lanya diulang-ulang dalam setiap nada, tetapi tiada membawa sebarang pengertian sosial. la cuma
ungkapan moral, tidak lebih dari itu: bagi orang-orang Zaman Pertengahan ianya bermakna cuma kesamaan
dalam kematian yang bakal tiba, dan jauh sekali dari menjanjikan, sebagai penyedap hati terhadap
ketidaksamaan dunia, satu kemungkinan palsu mencapai kesamaan di dunia.' Johan Huizinga, op. cit., m.s. 61,
62.

32
Satu lagi wasiat yang agak menarik ketika ajal datang mengintai lahir dari Bendahara Paduka
Raja atau Tun Perak: Hai anak cucuku, jangan kamu tukarkan agama dengan dunia. Adapun
dunia ini tiada kekal adanya kerana hidup itu sahaja akan mati juga kesudahannya.
79
Kita
terkesan sikap keduniaan wasiat ini. Nadanya penuh penyesalan dan kehampaan terhadap
dunia. Mengikut pemikiran ini dunia tidak guna dimiliki kerana tidak boleh dimiliki kekal
abadi. Ini mencerminkan psikologi yang cintakan dunia tetapi terasa terkilan kerana ajal
menafikan nikmat dunia kepadanya.

Wasiat Tun Perak juga mencerminkan akhlak dualis yang pada umumnya membentuk
jiwa pembesar-pembesar Melaka. Pandangan hidup mereka kurang bersepadu dengan
kesedaran sosial dan nilai-nilai agama.
80
Ini terbayang dalam pemikiran mereka yang
memisahkan dunia dan akhirat sebagai antitesis yang bertentang dan berlawanan.
Pembahagian yang sedemikian sememang lazim dalam pemikiran keduniaan dan sensual
yang menghadapi pertentangan dalam diri apabila berdepan dengan larangan-larangan agama.
Bagi pandangan hidup yang bersepadu dengan agama, dunia ini sesungguhnya merupakan
sebahagian penting agama, yang justeru tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang terpisah
dan berantakan dengannya.
81


Wasiat Tun Perak cuba menyatukan konsep taat-setia feudal dengan agama. Ia
berwasiat kepada mereka yang hadir: jangan kamu sekalian lupa berbuat kebaktian kepada
raja kamuApabila berbuat kebaktian kepada raja, seperti berbuat kebaktian kepada Allah di
dalam dunia
82


Bila sultan menziarahinya, Tun Perak merintih: Adapun Tuanku, pada perasaan patik,
yang dunia luputlah daripada genggaman patik, melainkan negeri akhirat semata-mata patik
hadapi.
83
Lihat betapa bibit-bibit memiliki, menguasai dan menakluki terbayang dalam lafaz
genggaman patik. Tun Perak menasihati sultan supaya jangan terpedaya kelemahan umum

79
W.G. Shellabear, op. cit.
80
Untuk satu perbincangan mengenai masalah-masalah penyatuan kebudayaan dan keperibadian, lihat Pitirim
Sorokin, Social and Cultural Dynamics, op. cit.; Society Culture and Personality, Cooper Square Publishers,
New York, 1969. Mengenai penyerapan nilai-nilai agama di peringkat perancangan, lihat Karl Mannheim,
'Towards a New Social Philosophy: A Challenge to Christian Thinkers by a Sociologist' dalam Diagnosis of Our
Time, op. cit.
81
Pembahagian antara yang suci (sacred) dan yang biasa (profane) dalam Islam bukanlah mengikut pembahagian
dunia dan akhirat. Islam menggulung banyak aspek aspek kehidupan dalam pembahagian suci. Lihat S.H. Alatas,
Reflection on Theories of Religion, Drukkerij Pasmans, 's-Gravenhage, The Hague, 1963.
82
W.G. Shellabear, op. cit.
83
Ibid.

33
watak feudal, yakni kebuasan nafsu: Adapun yang kehendak nafsu itu daripada waswas
syaitan alaihi laknat. Banyak raja-raja yang besar-besar dibinasakan Allah kerajaannya sebab
menurut nafsu.
84
Di sini pengekangan nafsu dianjurkan bukan atas dasar nilai luhur atau
kerohanian tetapi lebih didorong pertimbangan praktik mengekalkan kuasa. Tun Perak sendiri
bukanlah seorang yang mengamalkan sepenuh apa yang dianjurkannya. Beliau juga gilakan
kuasa dan pernah menjalankan berbagai-bagai-bagai muslihat untuk mendapat dan
mempertahankan kuasa, dengan cara yang tidak semesti dan selalunya mematuhi nilai-nilai
Islam. Beliau pernah menimbulkan kacau-bilau dan keganasan demi mencapai cita-cita dan
muslihat politik.
85


Pandangan hidup pembesar-pembesar Melaka yang keduniaan itu mempengaruhi juga
persoalan dan kemusykilan agama di kalangan mereka. Pada satu ketika Sultan Mansor
pernah memajukan satu kemusykilan agama ke Pasai : segala isi syurga itu kekalkah ia di
dalam syurga dan segala isi neraka itu pun kekalkah ia di dalam neraka?86 Kemusykilan ini
mungkin membayangkan satu minda keduniaan yang memperhitungkan nasibnya di akhirat
kelak; juga terbayang harapan agar hukuman neraka itu tidak berkekalan tanpa kesudahan.
Kita membaca betapa emas urai tujuh tahil dan ... perempuan dua orang peranakan
Mengkasar akan dihadiahkan kepada sesiapa yang dapat memecahkan dan meleraikan
kemusykilan itu. Jika kita amati, hadiah-hadiah yang dijanjikan tidaklah dapat dikatakan
bersifat kerohanian umumnya.

Makhdum Pasai menjawab bahawa ahli syurga dan negara kekal di tempat masing-
masing selama-lamanya. Tun Bija Wangsa, sebagai ketua utusan Melaka, berasa hampa dan
cuba merayu tidakkah lain daripada itu?. Makhdum Pasai dengan tegas berpegang kepada
jawapannya. Menduga orang Melaka mengharapkan jawapan sebaliknya, sultan Pasai turut
masuk campur dan menitahkan secara berkias-kias : Jikalau seperti jawab tuan itu kepada
utusan itu, orang Melaka tahu akan dia; mengapa pula maka ditanyakan pada kita ke mari?
Kalau-kalau ada yang lain daripada itu yang dikehendakinya. Justeru makhdum menjemput
utusan Melaka dan secara senyap-senyap mengubah jawapannya. Utusan Melaka sangat
bersukacita mendengar jawapan sebaliknya dari yang asal dan mengurniakan hadiah emas
tujuh tahil dan perempuan dua orang itu kepada makhdum pasai. Apabila utusan Melaka

84
Ibid.
85
Lihat penilaian terhadap Tun Perak dalam Shaharuddin Maaruf, Concept of a Hero in Malay Society, Eastern
Universites Press, Singapore, 1984.

34
pulang ke Melaka jawapan yang baru itu diarak dan ditabalkan ke seluruh negeri untuk
panduan umum.

Anda mungkin juga menyukai