Anda di halaman 1dari 3

Ferrari F60A Hanya Untuk 10 Pemilik Sahaja

Gaya Hidup
Terkini
Oct 15, 2014
99

TAGS
FERRARI
KERETA MEWAH
0


0


0
Share

0


FERRARI bukanlah calang=calang kenderaan. Jika ia kelihatan seperti terlalu
mewah pada masa kini, begitulah juga ia pada era 50-an dan 60-an, bahkan
mungkin lebih mewah.
Ini kerana, Ferrari di Amerika Syarikat pada waktu itu hanya dihasilkan setelah
mendapat pembeli, oleh itu setiap kereta Ferrari dari setiap segi mencerminkan
citarasa pemiliknya.
Dahulu pembuatan kereta bukanlah satu industri seperti yang kita kenali sekarang.
Apatah lagi bagi segmen yang lebih mewah, di mana setiap kereta yang terhasil
lebih menepati citarasa pembeli secara individu. Konsep ini masih hidup sehingga
hari ini, tetapi khusus kepada model-model yang sangat premium; di mana setiap
bahagian kereta dapat dipilih dengan teliti, daripada warna sehinggalah ke bahan
yang digunakan.

Sempena menyambut ulangtahun ke 60 ketibaan Ferrari ke Amerika Syarikat, maka
terhasillah model F60A. Hanya 10 unit akan dibuat (dan kesemuanya sudah pun
mempunyai pembeli). Dikuasakan oleh enjin V12 yang dimuatkan ke bahagian
depan-tengah kereta ini, kelajuan 0-100km/sj dapat dibuat dalam masa 3.1 saat!
Memetik portal drebar.my, walaupun sangat eksklusif, jelas sekali ia menggunakan
badan model F12 Berlinetta dengan enjin 12-silinder Ferrari yang menghasilkan
lebih dari 700hp.

Bezanya F60A ini adalah sebuah cabriolet, di mana bumbungnya adalah diperbuat
daripada kain. Menariknya, bumbung ini hanya sesuai digunakan sehingga kelajuan
120km/sj. Disebabkan tidak mempunyai bumbung kukuh, kereta ini diberikan
sepasang roll-hoop yang kelihatan begitu menawan bukan sahaja daripada kontra
warnanya (roll-hoop itu sendiri mendapat trim gentian karbon manakala warna
kereta pula mendapat inspirasi daripada pasukan lumba Amerika Utara klasik),
tetapi juga kerana bentuknya yang menjalar dari belakang kerusi hinggalah ke
bahagian belakang F60A ini.
Siapalah agaknya 10 pemilik Ferrari F60A ini kan? :-MYNEWSHUB.CC

Anda mungkin juga menyukai