Anda di halaman 1dari 1

'Pengendalian menyeramkan'

SARINAH MAT KASIM DAN NURUL ATIQ AHMAD BANDI


21 September 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services
0


Banana bot menjadi tarikan orang ramai yang berkunjung di pantai Port Dikson. Banana bot menjadi tarikan orang ramai yang berkunjung
di pantai Port Dikson.
< 1 / 1 >
PORT DICKSON - Bot Pisang atau dikenali sebagai Banana Bot merupakan antara permainan air yang digemari, malah menjadi kemestian
pelancong untuk mencuba sekiranya mengunjungi pantai Port Dickson.

Namun, di sebalik keriangan permainan ini, tersimpan seribu macam kejadian buruk dan ngeri yang menimpa pengunjung pantai.

Tinjaun Sinar Harian ke pantai Port Dickson sehari sebelum pengusaha di arah Jabatan Laut Wilayah Tengah menghentikan operasi,
mendapati pengunjung masih lagi bermain dengan aktiviti ini, malah pengusaha juga terus menjalankan perniagaan mereka setiap hari
seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Menurut Roslan Karim, 35, dia sering ke pantai Port Dickson membawa tiga anaknya bermandi-manda apabila musim cuti sekolah, namun
tidak pernah membenarkan anaknya untuk menaiki bot pisang.

Katanya, bukan sahaja bimbang dengan keselamatan anak-anak, tetapi cara pengendalian permainan air itu juga sangat menyeramkan.

Bot pisang akan diterbalikkan sebaik sahaja mereka berada di tengah-tengah laut, walau pun mereka diberi kemudahan memakai jaket
keselamatan, namun kita bimbang jika ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Biarlah anak-anak saya menangis sebab tidak dapat naik banana bot itu, jangan saya yang menangis sebab kehilangan mereka, katanya
kepada Sinar Harian.

Tambahnya, pihak berkuasa sepatutnya membuat kawasan khas bagi membolehkan pengusaha banana bot ini beroperasi, misalnya
kawasan yang jauh daripada pengunjung pantai, atau pun penanda aras kepada pengunjung

Katanya, permainan air ini boleh dilakukan namun ia mestilah mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan.

Begitu juga dengan pemandu bot berkenaan, mereka juga perlu mengikuti kursus khas, bagi memastikan keselamatan pengunjung pantai
dan juga pemain bot pisang itu berada dalam keadaan selamat.

Anda mungkin juga menyukai