Anda di halaman 1dari 5

Jauhi Facebook, Dropbox dan Google - Edward Snowden

Agensi |Kemas kini:Oktober 14, 2014


(Diterbitkan pada: Oktober 14, 2014 18:04 MYT)



Snowden tidak yakin dengan ciri keselamatan perkhidmatan Internet popular.
Berhati-hati dengan saluran yang disangkakan bersifat peribadi. Mungkin itu ringkasan mesej yang
cuba disampaikan bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward
Snowden dalam pendedahan terbarunya seperti yang dilaporkanTechCrunch.com.

Snowden yang kerap menggemparkan dunia dengan isu kerahsiaan maklumat dan kini dalam
persembunyian di Rusia, menasihatkan pengguna supaya menjauhi perkhidmatan internet popular
seperti Dropbox, Facebook dan Google.

Snowden yang dihubungi melalui sesi temu ramah video jarak jauh sempena Festival New York,
berkata demikian ketika ditanyakan soalan mengenai cara melindungi privasi.

Bila anda mengatakan Saya tiada apa untuk disembunyikan, anda sebenarnya berkata Saya tidak
peduli tentang hak ini.

Anda juga berkata Saya tidak memiliki hak ini kerana saya perlu justifikasi mengenainya. Satu-
satunya cara sesebuah hak itu berfungsi adalah pihak kerajaan perlu menjustifikasi pencerobohan
dalam hak anda, kata Snowden yang mencetus ironi kerana temu ramah itu sendiri dibuat
menggunakan platform khidmat layanan Google.

Snowden menasihatkan agar pengguna berhenti menggunakan perkhidmatan yang menjejas erti
privasi. Dropbox menurut Snowden, tidak disokong enkripsi sementara alternatif seperti SpiderOak
perlu diberi perhatian.

"Perbezaan antara Dropbox dan SpiderOak, adalah SpiderOak mengengkripsi data ketika ia berada
dalam komputer pengguna, manakala Dropbox hanya mengenkripsi data ketika ia dalam transit
(penghantaran) dan di dalam sistem pelayan, ujar Snowden.

Dia juga menyarankan agar pengguna menjauhi Facebook dan Google walaupun kedua-duanya
sudah meningkatkan ciri keselamatan.

Pesannya lagi: Jangan hantar pesanan teks tanpa enkripsi, dan cubalah perkhidmatan lain seperti
RedPhone dan Silent Circle.

Apabila ditanya mengapa dia tidak kembali ke Amerika Syarikat (AS) untuk perbicaraan, Snowden
memberitahu, dia tidak yakin kesnya akan dibicarakan dengan adil berikutan layanan yang diterima
pendedah maklumat lain seperti Thomas Drake dan Chelsea Manning oleh pihak berkuasa AS.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/jauhi-facebook-dropbox-dan-google-edward-
snowden-46077?cp
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg lawat Pasar Tanah
Abang
DPA |Kemas kini:Oktober 13, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 13, 2014 17:23 MYT)



Peniaga dan pengunjung di sekitar kelihatan cuba untuk bersalaman dengan Zuckerberg - Gambar AFP
KUALA LUMPUR: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg hari ini
melawat gedung tekstil di Jakarta ketika lawatannya ke Indonesia untuk mempromosikan akses
internet murah.

Zuckerberg ditemani calon Presiden, Joko Widodo ketika melawat Pasar Tanah Abang, yang terletak
di tengah ibu kota republik itu di mana orang ramai memenuhi ruang jalan dan menyebabkan
kesesakan lalu lintas, lapor media tempatan TVONE.

Peniaga dan pengunjung di sekitar kelihatan cuba untuk bersalaman dengan Zuckerberg yang ketika
itu memakai sut lengkap.

Zuckerberg berada di Indonesia untuk mempromosikan Internet.org, satu perkongsian global khusus
untuk membolehkan akses internet pada kadar berpatutan kepada mereka yang kurang
berkemampuan.



Pengasas Facebook ini menarik ramai peniaga di sekitar gedung tekstile yang terletak di
J akarta- Facebook Mark Zuckerberg

Berdasarkan syarikat Facebook, Indonesia adalah antara pengguna Facebook yang teramai di dunia,
di mana terdapat kira-kira 70 juta pengguna Facebook dari negara itu.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pengasas-facebook-mark-zuckerberg-lawat-
pasar-tanah-abang-46008?cp
PKR bawa kes Anwar, Akta Hasutan ke Australia
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
17 Oktober 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services1

< 1 / 1 >
SHAH ALAM- Enam pimpinan PKR bakal membawa isu perbicaraan Ketua Umum Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendakwaan ke atas pelbagai aktivis di bawah Akta Hasutan ke
Australia, bermula esok.

Menurut Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli, delegasi tersebut juga akan melawat Parlimen Australia
serta menyertai forum terbuka di bandar utama Australia.

Misi utama lawatan kerja ini adalah untuk memberi maklum balas kepada ahli-ahli Parlimen Australia
mengenai perkembangan politik terkini di Malaysia terutamanya berhubung dengan perbicaraan kes
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendakwaan terhadap pelbagai aktivis di bawah Akta Hasutan.

Selain daripada lawatan kerja ke Parlimen Australia, delegasi juga akan menyertai siri forum terbuka
di bandar-bandar utama seluruh Australia yang dianjurkan oleh sekumpulan mahasiswa Malaysia di
Australia bernama Malaysian Progressives, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga menyifatkan penyertaan dalam forum-forum tersebut sesuai dengan masa apabila
mahasiswa Malaysia di luar negara semakin berani tampil berdiskusi tentang politik.

Saya yakin rangka lawatan kerja ini akan memberi gambaran sebenar mengenai tindakan BN yang
menggunakan undang-undang untuk menekan lawan politik.

Ia juga kena pada masanya bila lebih ramai mahasiswa Malaysia di luar negara semakin berani
tampil ke hadapan untuk membawa diskusi-diskusi berhubung perkembangan politik tanah air dari
kaca mata yang lebih progresif, katanya.

Katanya, lawatan kerja selama seminggu di Australia itu juga akan diteruskan ke negara-negara lain.

Rangka lawatan kerja seperti ini akan diteruskan ke negara-negara lain agar pimpinan BN faham
bahawa tindakan mereka menggunakan undang-undang untuk menyekat ruang demokratik dan
mengekang pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditempelak di peringkat antarabangsa.

Selain itu, jadual penuh lawatan kerja delegasi PKR juga melibatkan perjumpaan dengan ahli politik
Formatted: Font: (Default) Tahoma, 9 pt,
Font color: White
dan badan hak asasi manusia seperti ahli Parlimen Australia, Jawatankuasa Pilihan Hal Ehwal Luar
dan Hak Asasi Manusia dan ahli-ahli akademik Australian National University (ANU).

Antara pimpinan lain yang turut serta dalam delegasi tersebut ialah Exco Selangor, Nik Nazmi Nik
Ahmad; Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Adun
Semambu Lee Chean Chung dan Exco AMK, Melissa Sasidaran.

Anda mungkin juga menyukai