Anda di halaman 1dari 7

BINCANGKAN 3 FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN DAN KEPENTINGANNYA

DALAM SUATU TAMADUN.

1. Kedudukan yang strategik.


Kedudukan yang sesuai dapat membantu membangunkan sesebuah penempatan dan
membolehkan penduduk atau penerokanya memperoleh sumber-sumber semula jadi
untuk kelangsungan kehidupan. Faktor geografi yang merujuk kepada kesesuaian
lokasi telah dilihat menyebabkan kemunculan tamadun. China di Lembah Huang-He
dan Yangtze. Selain itu, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, serta
tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates, dantamadun Mesir di Lembah
Nil. Begitu juga dengan tamadun Malaka di persisir Selat Malaka:

2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian.


Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai
kehidupan yang tulus dan suci, seterusnya membawa kepada kehidupan bertamadun.
Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha
memastikan kehidupan mereka mencapai kesempurnaan kemanusiaan, agar dapat
melahirkan ketinggian budaya hinggalah membawa kepada kehidupan bertamadun.
Kemunculan tamadun Islam misalnya, begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai
daripada penghayatan cara hidup Islam yang "menyeluruh" serta dorongan langsung
daripada risalah wahyu.

3. Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi


Kesengsaraan hidup yang dialami oleh sesebuah masyarakat bole mendorong ahlinya
bekerjasama menggemblengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada
belenggu tersebut. Situasi demikian boleh menjadikan masyarakat itu lebih berdisiplin
dan kreatif untuk membangunkan kehidupan mereka. Hakikat ini bersesuaian dengan
pepatah Inggeris yang menyatakan ' keperluan kehidupan merupakan ibu segala reka
cipta (necessity is the mother of invention)’.
HURAIKAN 2 FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN DAN BAGAIMANA IA DAPAT
DIATASI

1. Keruntuhan moral.
Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan
pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang
murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani. Tamadun
Romawi dan tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai
terutama di kalangan pemimpin. Seorang penyair Arab, Ahmad Shawqi(1868-1932)
pernah menukilkan dalam salah satu puisinya "Sesungguhnya tertegaknya sesebuah
umat itu adalah disebabkan ketinggian akhlaknya. Sekiranya akhlak merekahilang
maka umat tersebut akan lenyap.

2. Jumud.
Wujud sikap tertutup vang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi
perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap
sebegini pasti akan merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat dan
seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud
berpanjangan. Seorang tokoh pemikir masa kini, Edward de Bono menyatakan bahawa
sikap tertutup merupakan halangan yang paling besar terhadap anjakan paradigma.

BINCANGKAN 3 FAKTOR KEJATUHAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1. Kejatuhan Umat Islam


Faktor-faktor kejatuhan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Faktor-faktor
ini merupakan kelemahan dalam pemerintahan dan apabila berkumpulnya kelemahan-
kelemahan ini menyebabkan sehingga satu tahap ia tidak lagi boleh dibendung dan
dapat diperlihatkan kerajaan Islam jatuh kerana kelemahan ini tidak diperbaiki oleh
pemimpin Islam terdahulu,Ingin ditegaskan di sini bahawa kerajaan Bani Umaiyah,
Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyyah juga merupakan sebuah kerajaan yang hebat
namun cuma zaman akhir kerajaan ini sahaja yang mempunyai banyak kelemahan.

2. Kelemahan Pemimpin

Semasa akhir zaman pemerintahan empayar Islam seperti Turki Uthmaniyyah,


pemimpin-pemimpin Islam yang diketuai oleh Sultan mula menunjukkan kelemahan
dalam kepemimpinan. Pada kurun ke-17, pemimpin Islam mula mementingkan
kemewahan lebih daripada kerajaan dan rakyatnya sendiri. Oleh sebab itu, sultan yang
hanya menurut hawa nafsu tidak rasional dalam membuat keputusan untuk
kerajaannya. Selain itu, berlakunya percakaran politik dalam pemerintahan zaman ini
yang menyebabkan ramai orang bergaduh untuk merebut kuasa dan pangkat-pangkat
yang tinggi. Disebabkan gila kuasa, ini telah menyebabkan mereka buta dengan
kepentingan sebenar menjadi pemimpin dan ini telah menyebabkan pelbagai aspek
kerajaan diabaikan seperti ilmu, ketenteraan dan sebagainya.

3. Kelemahan Ketenteraan Dan Ekonomi

Janissari merupakan sebuah pasukan tentera elit dan tentera ini merupakan pasukan
yang mampu memberi kemenangan yang hebat kepada umat Islam. Namun pada akhir
zaman pemerintahan, kesetiaan pasukan ini terhadap Sultan sudah lagi tidak kuat. Ini
disebabkan oleh banyak faktor termasuk kelemahan sultan sendiri menyebabkan
mereka kurang mempercayai sultan. Selain itu, pasukan tentera juga mendapat latihan
ketenteraan yang mencukupi kerana mereka juga terlibat dengan kerja sampingan lain
seperti berniaga dan sebagainya. Janissari juga sering memberontak dan tidak berpuas
hati dengan kepimpinan sultan menyebabkan ketidakstabilan dalam kepimpinan.
Kerajaan Islam pada waktu itu juga mempunyai hutang yang dahsyat kerana mendapat
tekanan untuk membuat pembaharuan seperti semasa zaman pemulihan ekonomi di
Turki. Disebabkan mendapat tekanan yang berat, pemimpin waktu itu memikirkan
pelbagai cara untuk membangunkan semula kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah
Islam terlalu mengagumi kemajuan Eropah pada waktu itu seperti zaman pemerintahan
Sultan Mahmud (1808-1839) dan banyak wang dihabiskan untuk membuat
penambahbaikan. Ini juga telah menyebabkan kerajaan Islam banyak berhutang dengan
negara asing. Bunga hutang yang dikenakan menambahkan lagi masalah ekonomi dan
kewangan negara Islam dan akhirnya kewangan Turki Uthmaniyyah dikuasai oleh bank
Eropah.

HURAIKAN 4 IMPAK PENGARUH TAMADUN ISLAM

1. Sosial

Dari segi sosial tamadun Islam telah memperkenalkan prinsip sosial yang berteraskan
keadilan, persamaan, kehormatan dan kemuliaan insan. Firman Allah S.W.T. dalam surah
al-Nahl (16:90) yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat
kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.

2. Ekonomi

Tamadun Islam telah memperkenalkan sistem ekonomi yang berteraskan keadilan,


mengharamkan riba dan segala bentuk penindasan. Firman Allah S.W.T. dalam surah
al-Baqarah (2:275) yang bermaksud:- "...Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba..."
3. Ilmu pengetahuan

Ayat al-Quran pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. adalah
berkaitan dengan perintah menuntut ilmu. Perintah ini dikuatkan lagi dengan saranan
Sunnah Rasulullah S.A.W. Ini membuktikan bahawa Islam menganjurkan umatnya
agar menggunakan ilmu untuk mengkaji, menyelidiki rahsia-rahsia alam bagi
membangunkan tamadun mereka dan mendekatkan diri dengan pencipta. Tradisi
kegiatan intelektual yang didukung oleh Rasulullah S.A.W. para sahabat dan khalifah-
khalifah Islam selepasnya telah meletakkan tamadun Islam terkehadapan daripada
tamadun-tamadun lain. Daripada al-Quran umat Islam telah mengembangkan ilmu-
ilmu tradisi seperti tafsir, hadis dan fiqah, serta ilmu-ilmu moden seperti matematik,
astronomi. geografi, perubatan dan lain-lain. Ilmu-ilmu ini pula diterjemahkan dalam
kehidupan seharian umat Islam sehingga mampu membangunkan tamadun yang
unggul.

4 HUJAH ISLAM SEBAGAI TERAS KEPADA TAMADUN MALAYSIA

1. Pendidikan

Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islam golongan
bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Sistem pendidikan
yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi Pendidikan Islam seperti pondok
dan madrasah Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula
tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar bermula dengan
pengajaran membaca al Quran dan kitab-kitab. Golongan pemerintah dan perbesar-
pembesar berperanan penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan, Melalui sistem
pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendekiawan dan ulama ulama.Melayu yang menjadi
pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Sheikh Wan Hasan Wan Ishak
dan ramai lagi (Hashim Hi Musa, 2004 46). Tokoh Tokoh-tokoh ini telah banyak
menyumbang ke arahperkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu. Dalam bidang
intelektual dan keilmuan. Islam memberi kedudukan yang begitu tinggi dengan
memperkenalkan metod ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan
Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan pertanian oleh Islam adalah
pendekatan baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul serta
memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal,
pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang sihat
(Rasid Muhammad, 1996140140 Kedatangan Islam membawa pengaruh yang besar
terhadap sistem pendidikan. Di Melaka contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di
istana yang juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan.
Di samping itu tempat-tempat lain yang digunakan sebagai tempat pengajian ialah rumah-
rumah ulama, masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari
bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu Usuluddin, Fiqh Dan Tasawwuf Kitab-
kitab utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka kotika itu ialah al-Oar al-
Manzum oleh Abu Ishak al-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al- Talibin
oloh al-Nawawl al-Nawawi Bersama dengan kedatangan Islam di mana mana sahaja maka
berkembanglah ilmu pongetahuan dan pendidikan, DI Melaka sendini, sultan yang pertama
bermula dan Megat Iskandar Shah (1414M) hingga sultan sultan terakhir sebelum 1511M.
begitu mengambil berat tortang perkembangan pendidikan Pongajian Islam tidak sahaja
borlaku di rumah-rumah, masjid-masjid dan gurau surau. Bahkan juga di istana sultan.

2. Bahasa Dan Kesusasteraan

Kedudukan Agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia
Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan Agama Islam di daerah ini dapat dilihat daripada
kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan
Melayu Melaka 1400-1511 M) misalnya, Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bag
I lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap
perkembangan Bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang
mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan
(abad ke- 19M) dan zaman moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91).
Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dan segi Bahasa perubahan
besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa
Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubah-suai dan dikenali
sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini Bahasa manulis kitab-kitab agama, hikayat
hikayat, undang-undang dan pentadbiran. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa
pengantar porsuratan dan juga sebagai alat penyebaran dan penyampaian Agama Islam di
seluruh Alam Melayu. Tulisan jawi telah digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan
kedatangan Islam. Antara faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
penyebaran, penyampaian persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman bahasa
Melayu dan juga poronan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera
dan di Semenanjung Tanah Melayu dalam penyebaran Agama Islam ke seluruh kepulauan
Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Agama Islam telah
menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan terbesar Islam kepada
masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa Melayu.
Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkan
berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu. Kedatangan Islam
mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang bersifat ilmiah
dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang digunakan secara meluas di Alam
Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dan digunapakal dalam
bahasa Melayu. Kedatangan Agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar
terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti
Hikayat Nabi Muhammad S.A.W Hikayat Para Nabi dan Rasul. Hikayat Para Sahabat,
Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang- orang Yang Salih,
Manakala puisi terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu,
Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri
Melalui tulisan jawi agama lIslam telah dapat diperkembangkan Bahasa dan kesusasteraan
Melayu juga borkombang melalui tulisan jawi Dalam pada itu bahasa Melayu itu telah
diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada bahasa Arab.Perkembangan
ini dapat dilihat bukan sahaja dalam kita.
3. Perundangan
Kedatangam agama Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Alam Melayu.
Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam
Hukum Kanun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang
tidak bertentangan dengan ajaran Agama Islam dikekalkan. Contohnya hakim boleh
menggunakan budi bicaranya sama ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi
kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja. Setelah Islam datang dan tersebar
di seluruh Nusantara sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem
adat dan Islam. Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai,
dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi
perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan
dengannya. Kedua dua kumpulan undang undang ini didasarkan kepada hukum syariah dan
juga hukum adat yang telah wujud seak lagi Abidin dahulu Abdul Wahid (1992) Tradisi
pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia
hari ini menadikan urusan Islam sebagai urusan negara dalam bidang kuat tersebut sangat
terbatas dan dinyatakan secara temenni satu persatu. Manakala di peningkat negen terdapat
beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran
Islam, undang-undang mahkamah, undang-undang pentadbiran keluarga islam, undang
undang prosedur dan keterangan undang-undang enayah Islam dan lain-lain. Oleh kerana
Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi undang-undang dan
negeri-negeri Melayu amatan tepat pengaruh dalam perundangan

4. Adat Dan Cara Hidup

Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang
dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya, Islam telah
mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia.
Adat resam masyarakat Melayu diperkasakan lagi dengan ajaran Islam. Walau
bagaimanapun, setelah kedatangan ajaran Islam, adat dan cara hidup masyarakat
Melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus diamalkan. Adat
adalah suatu perbuatan atau perilaku menurut kebiasaan masyarakat atau bangsa yang
berkenaan. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang-undang hidup.
Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar
adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan
diri dan sekaligus mencamatkan kesejahteraan hidup masyarakat. Adat resam pula ialah
kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara nyata menggambarkan corak
budaya sesuatu bangsa. Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan
adat tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu mula
menganuti ajaran Islam adat-adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya
tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Adat masyarakat Melayu juga telah mengalami
perubatan dengan kedatangan ajaran Islam di rantau ini. Selan daripada mengubah
sistem kepercayaan kita, Islam juga telah mengenepikan adat yang dianggap
bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam Dalam proses sosialisasi masyarakat
Melayu, tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan yang dilakukan
sejak individu itu lahir sehinggalah hari kematiannya. Contoh-contoh Perubahan Adat
dan Cara Hidup adalah seperti Berikut Kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh
lapis kain kuning, hiasan katil berwarra kuning, pulut kuning dan putih, Kelahiran bayi
disambut dengan azan dan kamat. Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua otang
saksi, upacara khatam al-Quran dan berzanji Mengadakan majlis bawa dan doa selamat.
Mumbaca ayat-ayat al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan Perubatan yang jelas
berlaku terhadap masyarakat Melayu dari segi adat resam dalam kehidupan Islam telah
mengatur kehidupan masyarakat agar kehidupan yang di tu berlangsung dalam suasana
aman dan harmoni Islam telah merubah adat resam masyarakat Melayu dengan adat-
adat Islam tujuan adalah untuk kesejahteraan dan kecontohan hidup masyarakat. Kesan
daripada perubahan adat ini telah mewujudkan suasana hidup yang lebih teratur.

SENARAI RUUKAN

1. Azizan Baharuddin. ed. 2005. "Communalitles in Religions Harmony kertas kerja ASEM
Interfaith Dialogue, Bali, 20-22. Julai . 2005. Dialog Peradaban Menurut Perspektif Islam.
Kuala Lumpur. Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya.

2. Bell. Clive. 1938. Civilization: An Essay. London: Penguin Book. Bertrand Fort. 2005.
One Year of Culture and Civilisations Dialogue

3. 2003/2004. Singapore: Asia Europe Foundation. Collingwood, R.G. 1994. rev. ed., The
Idea of History. London: Oxford University Press.

Anda mungkin juga menyukai