Anda di halaman 1dari 13

BELIA DALAM MASYARAKAT MEMBANGUN:

MENANGANI GEJALA KEELITISAN DAN PERLAMBAKAN*


Azhar Ibrahim
Jabatan Pengajian Melayu
Universiti Nasional Singapura

“To my mind, anyone who does not realize this curious moral situation of the
masses can understand nothing of what is to-day beginning to happen in the
world.”
Jose Ortega y
Gasset

Pengenalan
Para belia kita adalah pendiri, peneroka dan peneraju hari muka. Sukar
dinafikan bahawa pendedahan dan pengalaman mereka masa kini akan
mempengaruhi cara mereka berfikir dan bertindak di masa hadapan. Inilah yang
harus kita berdepan. Mengetahui permasalahan masa kini, yang tentunya
sebahagiannya rentetan daripada masa lalu, boleh memberi isyarat kepada kita
bahawa cabaran masa depan akan lebih getir kalau kita tidak cuba merungkai dan
mengedepankannya itu dengan terbuka dan kritis. Makalah ini cuba merungkai dua
cabaran masa kini. Di satu pihak adanya kecenderungan keelitisan (elitism) yang
menyempit peranan golongan elit dalam masyarakat sehingga ia hanya
memguntungkan golongan tertentu. Di satu pihak yang lain, di saat elit tidak dapat
berfungsi dengan seharusnya, timbul pula di kalangan elit dan non-elit suatu
kecenderungan psikologikal yang boleh ditarik sebagai perlambakan. Persoalan
yang mahu diangkat ini harus jangan dibatasi kepada golongan dewasa sahaja. Ianya
adalah suatu cabaran kepada golongan belia juga, khasnya belia yang berada dalam
sistem pendidikan tinggi, dengan harapan mereka menjadi pemimpin yang berguna
di masa hadapan.

Dari hal menyebut, mengiktiraf dan menyeru kepada golongan belia untuk tampil
sebagai peneroka masa depan sudah banyak diperkatakan, malahan sedikit terlebih
dilakukan kadang kalanya. Sekadar menyeru, apa lagi dengan nada yang
paternalistik, bahawa itulah yang para belia harus lakukan, sekian hari menjadi klise
yang hambar. Pokoknya kita tahu para belia ada tanggungjawab sebagai warga
untuk mencorakkan hari depan, dan pertanggungjawaban itu bermula hari ini, dan
bukan ditangguhkan ke masa depan. 1 Yang mahu dipertegaskan dalam makalah ini

* Makalah ini disampaikan dalam Seminar Belia, anjuran Raffles Institution pada 13 April 2013
1 Perkara ini teleh kita kupas dalam, Azhar Ibrahim, “Progressive Youth and Transformative Social
Thought,” Mendaki Policy Digest, 2007, h.113-125

1
adalah dua cabaran dalam masyarakat, lantas mengundang para belia kita sama
memikirkan, mengawasi dan memantaunya, dengan harapan kita tidak terjebak,
terpalit atau sama mengeruhkan masalah yang kita akan bangkitkan ini.

Cabaran Keelitisan
Isu keelitisan yang mahu dipermasalahkan di sini cenderung mengikut kupasan
tentangnya yang diangkat dalam wacana literasi kritis. Keelitisan boleh dilihat dalam
dua segi. Pertama dalam dasar yang diambil pemerintah yang memberi
keistimewaan khas kepada pembangunan elit, contohnya dalam pendidikan,
pemberian biasiswa, perjawatan dan lain-lain dasar yang menguntungkan golongan
elit ataupun golongan pertengahan yang kelak nanti diresapi dalam kelompok elit. 2
Kedua ialah cara berfikir dan tanggapan elit terhadap masyarakat awam, terhadap isu
kenegaraan dan kemasyarakatan, serta dasar-dasar negara yang mempunyai kesan
besar kepada masyarakat.

Keelitisan yang menjadi cabaran besar ialah apabila, pertama keistimewaan


sumber, ruang, perhatian dan sokongan terlebih diutamakan kepada golongan elit,
ataupun golongan yang mahu diasuh sebagai elit, sampaikan terabai kelompok yang
lain, atas alasan melabur sumber kepada golongan elit ini akan membawa
keuntungan besar bagi kemajuan masyarakat dan negara, sedangkan yang
keperluan golongan yang terbanyak itu boleh ditangguhkan, ataupun usah diberati
kerana tiada pulangan bertimbal apa pun dari prestasi mereka. Kedua, adanya suatu
keyakinan bahawa hanya golongan elit yang superior dan dalam tempat yang terbaik
untuk memikirkan perihal masyarakat dan mengatur jalan penyelesaiannya. Ketiga
keelitisan ini boleh terjelma sewaktu berhadapan dengan masyarakat, adanya
kecenderungan di kalangan elit tertentu yang melihat hak dan kemampuan mereka
membicarakan tentang masyarakat, sampaikan berbicara dengan masyarakat kian
terkesamping jadinya. Dalam lain perkataan, kebijaksanaan elit adalah penawar dan
dasar-dasar awam, politik, ekonomi dan pendidikan sebaiknya dibiarkan mereka
yang mengatur dan mentakrifkannya.

Lain-lain sikap keelitisan yang cara berfikir dan bertindak yang bersifat
patronizing, contohnya bagi golongan yang sudah berjaya itu, resipi kejayaan adalah
bekerja kuat dan gigih memajukan diri, walhal faktor struktur, kesempatan dan
lain-lain tersenyap tidak dibicarakan. Yang penting rakyat perlu berubah “sikap”,
seolah-olah itu saja penentu kemajuan dan penyebab kemunduran. Rakyat umum
yang terbelakang adalah disebabkan mereka tidak miliki sikap dan etos seperti
golongan yang telah berjaya. Adalah menarik diperhatikan ujaran-ujaran di kalangan
elit tertentu bagaimana mereka telah berusaha mendekati rakyat biasa, seperti
“bergaul”, “bersukan” dengan alasan keakraban itu membenarkan mereka
mengetahui cita rasa rakyat. Sebenarnya, terdapat banyak sebab menjelaskan

2
Dalam konteks Singapura, hal ini telah dibicara secara kritis oleh Michael D Barr & Zlatko Skrbis,
Constructing Singapore: Elitism, Ethnicity and the Natio-Building Project. (Copenhagen:NIAS Press,
2008)

2
persepsi elit terhadap rakyat kebanyakan. W.F Wertheim, seorang sosiologi Belanda
dan pemerhati masyarakat Asia yang tajam, menyimpulkan adanya “ketidaktahuan”
(ignorance) di kalangan para elit berkenaan massa. Diperturunkan kesimpulan beliau
di bawah:

“The masses are either ignored or if an image of them is available, it is a strongly


colored one. All kinds of stereotypes exist about them – maybe first and foremost
because the masses are viewed as a threat. It is possible that elite members
actually are ignorant of the living conditions of the masses and consequently
believe their own stereotypes. The two groups sometimes live in complete
separate worlds, and only know a very limited segment of the other group more
intimately ( for example members of the elite know house servatns, who seldom
are representative of the great majority of the pooere sections of society). But
one can also imagine that those who occupy top positions are dominating
communication channels to such an extent that owing to the information which
they receive, they not only are well area of prevalent trends and conditions
‘down’ in society among the masses. They may in addition be able, in the
process of distributing information among the society and possibly even among
members of their own elite group, to evoke an image of the masses that serves
their own group interests best. In the former case it is a matter of rationalizations,
of a certain naivety, of ignorance created by not wanting to know.In the latter
case we are confronted with a conscious strategy: people are being misled. The
leaders ‘do know’, but keep the knowledge to themselves on purpose. Most
reality will be a combination of both; nuty maybe the former, unconscious
process, the unintentional repression, will be predominant. Both phenomena are
covered by the term ‘ignorance.’ 3

Keelitisan ini mendakwa kedudukan dan kemampuan segolongan dari kelas


atasan untuk memimpin tetapi mutu dan stamina pemikiran dan daya usaha mereka
adalah tidak ke mana pun. Yang boleh mereka usul dan saran adalah cara berfikir
yang eksklusif dan sealiran dengan kepentingan dan kedudukan mereka. Bila mereka
mengajukan jalan kemajuan, sering kali ini bertolak dari lensa kelas sosialnya, tanpa
memikirkan golongan kelas bawahan yang memerlukan pendekatan yang berbeza
dari kelompoknya. Malah ada dengan angkuh menyimpulkan bahawa golongan yang
tertinggal dalam masyarakat itu hanya patut menyalahkan diri mereka sendiri kerana
mereka mempunyai budaya yang tidak beretoskan kemajuan. 4 Namun cara pandang
elit seperti ini harus kita bezakan dari elit yang berfungsi yang mana kecenderungan
moral-etika dan intelektualisme membolehkan mereka memikul tanggungjawab
sebagai pemimpin dan penguasa, memberi arah pembangunan dan pencerahan
substantif kepada masyarakat dan negaranya. 5 Dalam sejarah, ada elit yang
terkedepan untuk bangun membina negara dan masyarakat ke arah kemajuan
substantif, 6 begitu juga ada elit yang sendiri terjebak dengan segala kemunduran

3 W F Wertheim, Comparative essays on Asia and the West. (Amsterdam: VU University Press, 1993),
h.58
4 Penudingan jari terhapa golongan yang sudah tersempit baik dibicarakan oleh William Ryan,
Blaming the victim. (New York , Pantheon Books, 1971)
5 Rujuk, Syed Hussein Alatas, Intellectuals in developing societies. (London : Cass, 1977)
6 Marius B. Jansen (ed.) Changing Japanese attitudes toward modernization. (Princeton, N.J. ,
Princeton University Press, 1965)
3
idea, praktis, nilai dan visi. 7

7 Kupasan terbaik dalam konteks masyarakt Melayu ialah Shaharuddin Maaruf, Concept of a hero in
Malay society. Singapore : Eastern Universities Press, 1984) ;Khasnya Bab 6: The Problem of an
Underdeveloped Elite,” h. 97-133

4
Cabaran Perlambakan
Golongan belia sebagaimana orang dewasa, boleh saja dipengaruhi oleh suatu
gejala yang dinamakan sindrom manusia lambak, sebagaimana yang telah
dikonsepsikan oleh seorang ahli filosof Sepanyol yang tersohor, Jose Ortega y
Gasset (1883-1955) sebagai the mass man, sebagaimana yang dibahaskan dalam
bukunya The Revolt of the Masses. Menurut beliau, dalam setiap masyarakat
terdapat dua jenis manusia yang boleh dibahagikan kepada manusia lambak dan
sejenis yang dikenali sebagai minoriti kreatif. Bagi Ortega, manusia jenis lambak
mendominasi ranah intelektual, budaya dan keagamaan masa kini. Manusia lambak
ini adalah sejenis manusia, dari segi psikologi dan pemikirannya, bukan dikaitkan
dengan status sosialnya. Ertinya manusia lambak ini usah diertikan sebagai rakyat
atau orang biasa, sedangkan minoriti kreatif atau manusia unggul terus disamakan
dengan golongan elit. Tegas Ortega: “it does not indicate a social class, but a kind of
man to be found today in all social classes.” 8 Mentaliti manusia lambak ini boleh ada
dalam diri seseorang individu, kelompok atau bangsa. Ciri utama kelambakan ini
adalah cara pemikiran yang rapuh dan dangkal, tak senonoh, tidak bertauliah,
senang berpuas hati, konformis, dan ianya boleh disebut sebagai “the spoiled child of
human history.”9

Wujudnya manusia lambak ini berlangsung dalam semua masyarakat dan


apabila ini bertahan akan menyulitkan pembangunan dan kemajuan, khasnya dalam
masyarakat membangun. Faktor yang menggalakkan kemunculan manusia lambak
ini, adalah di antaranya disebabkan oleh:

(a) ketiadaan intelektual berfungsi untuk mengkritik fenomena kelambakan;


(b) suasana sosiopolitik dengan penekanan pragmatisme, sampaikan kita
terkondisi usah sibuk untuk berbicara dengan panjang-panjang kerana aksi dan
hasil lebih penting dari refleksi atau analisis;
(c) tiadanya rasa keserajarahan yang kental;
(d) menyebarnya budaya konsumerisme, sehingga kita cenderung menggunakan
saja kerana ia lebih mudah dan sebagai pengguna, tidak perlu kita berfikir
dengan bersungguh darihal bagaimana ia terhasil dan sebagainya;
(e) berkembangnya individualisme negatif dengan ego angkuhnya, mendakwa tahu
segalanya, jelas tidak hormat pada penguasa yang layak.

8 The Revolt of the Masses ( New York: Norton, 1932), h. 108


9 Ibid., h. 98
5
Ciri-ciri Manusia Lambak
Apakah ciri-ciri manusia atau pemikiran lambak itu? Ianya boleh merujuk
kepada kecenderungan pemikiran dan perlakuan yang mana ia:

(1) tidak memiliki, malah tidak meyakini cita sempurna 10 dan kesanggupan dan
berselera tinggi dalam kehidupan demi mencapai kesempurnaan untuk diri
dan lingkungan

(2) menanggapi bahawa selera budayanya yang harus menjadi standard yang
ulung sehingga kemudiannya memaksakan standard, selera atau
kecenderungannya itu kepada orang lain. Dia berfikir bahawa dia saja yang
boleh melakukan dan berfikir terbaik

(3) mempermudah kefahaman dan penjelasan tentang suatu fenomena atau fakta
sosial sehingga menjadi resah dan membantah apabila sesuatu masalah itu
diangkat dengan memerhatikan sudut yang kompleks guna menghuraikannya.
Bagi mereka ada saja jalan mudah atau jalan yang harus ditempuh dan
diambil

(4) ketiadaan stamina dan fokus yang utuh untuk benar-benar memahami dan
mendalami isu atau cabaran yang ada dalam masyarakat ataupun tidak ada
kepedulian mempermasalah kondisi yang sedia ada, malahan tidak
melihatkan persoalan ini sebagai suatu masalah serta

(5) enggan untuk akur dan memberi penghormatan kepada sesuatu penguasa.
Kerana tidak ada atau peduli tentang standard, ia enggan untuk menerima
arahan yang lebih tinggi daripada mereka, jauh pula akur pada penguasa yang
dari luar, sehinggakan bila penguasa yang wajar itu ditolak, ia menggantikan
diriannya sendiri sebagai penguasa.

(6) tidak akan bertoleran kepada mereka yang mahu menjadi berbeza dari yang
biasa-biasa dan mereka yang beraspirasi tinggi untuk mencapai standard yang
unggul. Seharusnya bagi mereka kita akur pada standard yang sedia ada
supaya tidak harus ada yang menonjol kemampuan dan sifatnya

(7) menanggapi dirinya sebagai serba sempurna dan selengkap dan sepenuh
intelektualismenya. Idea yang diujarkannya itu tidak pernah tulen, melainkan
pendapat yang dikutip daripada yang lain tanpa pertimbangan munasabah

(8) ketiadaan sikap juang atau sense of mission pada dirinya, kelompok dan
masyarakatnya kerana ia telah berpuas hati akan segala yang ada, tidak
memberati persoalan yang harus ditangani hari ini dan hari muka.

10 Rujuk Syed Hussein Alatas, Cita sempurna warisan sejarah. (Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2000)

6
Tegasnya, manusia lambak ini yakin dirinya yang lengkap dan layak secara
intelektual, memiliki idea. Apabila ia memaksakan ‘idea’ yang rapuh dan kosong,
terhadap yang lain, maka ini adalah suatu sifat kebiadaban – lawanan kepada
keadaban. Kebiadaban (barbarism) wujud apabila tiada standard yang harus diakuri
dan diteladani, melainkan kepiawaian yang tidak standard itulah yang diangkat,
malah dipaksakan ke atas orang lain. Dengan menunjangnya kebiadaban ini kita
sebenarnya berhadapan dengan krisis kebudayaan dan pemikiran yang dahsyat.
Sebagaimana disimpulkan oleh seorang penulis:

“For Ortega the mass is shut up within itself and rests content with the stock of
ideas it already possesses. It imagines it self-complete and feels no lack of
perfection in itself. The mass is open only to prejudices, complacense and idle
talk, and it imposes this intellectual vulgarity as a right upon all issues. ..the mass
believes that it possess “ideas.” But there are not genuine ideas and not genuine
culture, for those who seek genuine ideas and culture must submit to the
standards and criticisms and authority of agents outside themselves. There can
be neither ideas nor culture where standards are absent.” 11

Dipertegaskan juga, ciri-ciri ini usah senang dipalitkan kepada massa atau
orang kebanyakan, melainkan ia wujud baik di kalangan orang biasa mahupun elit.
Betapa parah lagi kalau ciri-ciri ini menjalar di kalangan golongan elit, yakni yang
berfikiran lambak sehingga gagal sebagai sebuah kelompok utuh untuk menjadi
kepimpinan berfungsi dalam masyarakatnya. Betapa pun fenomena manusia lambak
yang dipermasalahkan oleh Ortega berkonteks pada peradaban Eropah moden,
gejala manusia lambak ini boleh diperpanjang kepada cabaran yang dihadapi oleh
peradaban yang lain. Ini ialah ancaman kepada kepiawaian atau standard dalam
mana jua peradaban dan masyarakat – ia tidak peduli, ia tidak berselera, ia tiada
stamina, ia tiada fokus, ia tiada tekad untuk membaiki, menambahi, memahami
sesuatu fenomena.

Ertinya dalam sesuatu peradaban atau masyarakat kita, boleh kita tampilkan
dua jenis perwatakan manusia yang beda dari segi semangat hidup, cara berfikir dan
pola bertindak. Yang satu disebut Ortega sebagai mass man dan yang satu pula the
select minorities. Beliau menjelaskan:

“For there is no doubt that the most radical division that it is possible to make of
humanity is that which splits into two classes of creatures: those who demand
nothing special of themselves, but for whom to live is to be every moment that
they already are, without imposing on themselves any effort towards
perfection… The division of society into masses and select minorities is, then,
not a division into social classesm but into classes of men, and cannot coincide
with the hierarchic separation of “upper” and “lower classes. ... within both these
social classes, there are to be found mass and genuine minority.” 12

11 Howard N. Tuttle, The Crowd is Untruth : the existential critique of mass society in the thought of
Kierkegaard, Nietzsche, Heidegger, and Ortega y Gasset. (New York : P. Lang , 1996)
12 The Revolt of the Masses h. 15-16
7
Yang menariknya dipertegaskan Ortega, yang ini seharusnya menjadi
pantauan khas dalam konteks kita, ialah:

“…a characteristic of our times is the predominance, even in groups traditionally


selective, of the mass and the vulgar. Thus, in the intellectual life, which of its
essence requires and presupposes qualification, one can note the progressive
triumph of the pseudo-intellectual, unqualified, unqualifiable, and, by their very
mental texture, disqualified.” 13

Kreatif/Manusia Unggul
Dalam perbincangan ini, mahu kita kaitkan peri pentingnya terbangun minoriti
kreatif ini yang akan menjadi elit dan pemacu untuk pembangunan dan pencerahan.
Sebagaimana disebut tadi, sindrom pelambakan ini (mass man syndrome) adalah
lawanan daripada sifat dan sikap menyanjung dan mengguguli cita kesempurnaan
sebagai visi budaya, yang menurut Ortega ditampung oleh sekelompok yang boleh
disifatkan sebagai the creative minority. Yang terakhir ini dianggap beliau memiliki
sifat noblesse oblige

“the select man, the excellent man is urged, by interior necessity, to appeal from
himself to some standard beyond himself, superior to himself, whose service he
freely accepts...we distinguished the excellent man from the common man by
saying that the former is the one who makes greater demands on himself, and
the latter the one who makes no demand on himself, but contents himself with
what he is, and is delighted with himself. Contrary to what is usually thought, it is
the maan of excellence, and not the common man who lives in essential
servitutude. Life has no savour for him unless he makes it consist in service to
something transcendental. Hence he does not look upon the necessity of serving
as an oppression. When, by chance, such necessity is lacking, he grows restless
and invents some new standard, more difficult, more exigent, with which to
coerce himself. This is life lived as a discipline – the noble life. Nobility is defined
by the demands it makes on us. – by obligations, not by rights.” 14

Memahami dan Menangani


Dalam apa jua peradaban dan proses pembangunan, kita harus pantau
dengan serius peranan elit. Jenis elit yang kita ada boleh menentukan pembangunan
dan kemajuan yang boleh kita kecapi, selain ada kemampuan untuk menangani
masalah dan cabaran yang dihadapi masyarakat dan negara tersebut. Shaharudin
Maaruf, seorang sarjana dalam Pengajian Melayu, pernah menyinggung gejala
manusia lambak ini yang diperhatikan beliau dalam pengkonsepsian tentang wira
oleh sesetengah elit Melayu. Gejala perlambakan dalam ranah pemikiran ini, menurut
beliau disebabkan oleh antaranya, kemalasan berfikir di kalangan elit dominan, serta
ketiadaan cita rasa tinggi tentang manusia luhur.

13 Ibid., h. 16

14
Ibid., h.. 63

8
Kiranya elit dominan sendiri memiliki sifat perlambakan ini, barang tentu
menyulitkan pencerahan dan kemajuan berfikir yang menjadi teras dalam semua
proses pembangunan. Sebaliknya krisis intelektual dan kebudayaan dalam sesebuah
masyarakat itu akan muncul apabila manusia lambak mendominasi masyarakat
khasnya di kalangan elitnya. Shaharuddin sendiri menyifatkan sebagai, dalam
sebuah kuliah, “an issue of cultural subversion.”

Pendek kata, gejala ini hanya boleh dibendung apabila kita ada:

(1) kesedaran akan krisis kebudayaan yang berakibat daripada gejala ini dan,
(2) memahami sendiri konsep mass man sebagaimana yang telah dikonsepsikan
oleh Ortega Gasset 15 lantas memerhatikan dengan tajam bagaimana
termanifestasi dalam masyarakat kita. Menurut Ortega harus kita sedar bahawa
sesuatu peradaban itu (atau mahu kita panggil sebagai modenisasi) tidak wujud
dengan seada atau semudahnya, melainkan ia adalah tekunan dan ikhtiar
manusia yang berbakat dan berusaha.

“Civilisation is not ‘just there,’ it is not self supporting. It is artificial and requires
the artist or the artisan. If you want to make use of the advantages of civilization,
but are not prepared to concern yourself with the upholding of civilization – you
are done.” 16

Dalam bahasa kita, adanya sikap yang cenderung melihat segala di sekitarnya
sebagai “alih-alih” atau “memang dah ada” sehingga mereka itu melihat institusi yang
wujud itu berkembang dengan semula jadi, dan bukan pula digerakkan oleh usaha
dan ikhtiar manusia.

“For, in fact, the common man finding himself in a world so excellent,


technically and socially, believes that it has been produced by nature, and
never thinks of the personal efforts of highly-endowed individuals which the
creation of this new world presupposed….” 17

Inilah suatu contoh dari perbincangan Ortega berkenaan sejenis watak


manusia, khasnya daripada dimensi psikologinya, yang mempunyai sikap tidak acuh
atau mahu tahu tentang apa yang telah ia kecapi dan nikmati.

15 Inilah peripenting mendalami falsafah sosial yang kritis membicarakan tentang permasalahn
masyarakat dan manusia.
16 T.H. Adamwowski, “Radical Ingratitude: Mass and Humanities,” University of Toronto Quarterly, Vol
64, 3, 1994, h.384.
17 Ibid., h. 384

9
Manifestasi Perlambakan

Memerhatikan gejala perlambakan di sekeliling kita adalah penting guna


menyedari krisis kebudayaan yang sudah atau akan berlangsung, yang jarang mahu
kita permasalahan. Sebagai masyarakat yang sedang membangunkan kita
memerlukan pemerhatian kritis bukan saja daripada aspek struktur dan ideologi yang
melatari masyarakat kita, tetapi juga dengan peranan kelompok sosial serta aliran
pemikiran dan nilai yang dipegang mereka atau pertahankan. Segi-segi perlambakan
dapat kita kesani dalam masyarakat kita hari ini, dan ini menjadi cabaran besar yang
harus kita tangani. Manusia lambak yang mara terkedepan untuk menentukan
keadaan masa kini dan masa depan adalah Fenomena dapat kita dari pelbagai sudut
dan segi. Sekadar disebut seimbas lalu:

Dalam zaman ‘kebangkitan’ Islam dalam dekad-dekad semenjak 1970an kita


lihat suatu aliran fahaman Islam yang dipegang, khasnya di kalangan anak-anak
muda, yang berslogankan “kembali kepada Islam” sebagai jalan keluar pada segala
masalah yang dihadapi umat Islam. Dengan semangat dan penetapan mutlak
bahawa mereka sahajalah yang berada di jalan yang benar, mereka dengan mudah
menepis tradisi keintelektualan dan keagamaan Islam yang sudah ratusan tahun
berkembang, dengan tegasnya bahawa hanya Quran dan Hadis menjadi panduan
mereka. Golongan revivalis ini, dengan ghairah untuk mengislamkan kembali umat
yang telah jauh tersimpang dari Islam, jelas sekali menepis tradisi Islam yang telah
lama berakar termasuk kesepaduan kearifan lokal yang telah menyinari kehidupan
beragama dalam masyarakat tempatan. Maka wacana Islam mereka ternyata
berkobar dengan seruan, tetapi melihat dunia dengan satu kaca mata yang jelasnya
ahistorical. Kepedulian sejarah yang mundur menjadikan aliran pemikiran ini
bertambah taksub dengan gagasan mereka, serta sedia memaksakan fahaman
mereka itu pula ke atas orang lain, atas nama mempertahan kesucian agama.
Dengan menepis tradisi intelektual Islam yang sudah ratusan tahun dibina, baik
tradisi falsafah, kalam, fikah, hikmah dan akidahnya, aliran kembali ke pada Islam ini
(juga dikenali sebagai revivalisme dakwah dalam dunia kesarjanaan) adalah contoh
ada pemikiran manusia lambak yang jelas tidak punya cita dan selara berwacana
yang tinggi, melainkan mahu memaksakan fahaman dan kecenderungan “Islam
pamphlet” ke atas Muslim yang lain.

Satu ranah lagi perlambakan dapat dikesan ialah dalam seni kebudayaan dan
kesusasteraan kita. Dengan berkembangan masyarakat dan lebih ramai yang boleh
membaca dan mempunyai kemampuan untuk menikmati riadah dan kegiatan
kebudayaan yang lain. Juga dalam zaman ini, ketukangan menulis dan berseni
menyebar, tetapi ini tidak bermaksud berkembangnya mutu seni dan sastera
tersebut. Malahan siapa yang bergiat senang saja dipanggil seniman,atau orang
yang pandai sedikit tentang seni itu dan ini dipanggil sebagai budayawan dan para
penulis menerima jolokan sasterawan, sedangkan mereka yang baru berjinak dalam
drama sketsa dan tv, senang saja dipanggil pelakon. Di sinilah letaknya kecelaruan
standard. Mengangkat mereka yang substandard mutu kerjanya adalah manifestasi
perlambakan juga. Terkadang mereka dalam industri seni ini adalah pakar yang

10
spesifik dalam lapangan mereka, tetapi secara keseluruhan mereka tidak punyai
selera dan visi kebudayaan yang ampuh dan utuh. Kerapuhan dalam hal ini barang
tentu tidak menyampaikan adalah rasa juang atau sense of mission yang telah
disebutkan di atas tadi.

Begitulah juga apabila sindrom perlambakan ini menyusup masuk dalam


sistem pendidikan kita. Pada saat adanya laungan gah bahawa sistem pendidikan
makin maju dan canggih, tetapi penyempitan pengkhususan menjadikan anak didik
tidak dapat melihat ilmu pengetahuan dari lensa yang lebih besar, termasuk
kepedulian moral terhadap dunia, serta adanya kesanggupan untuk berbicara
tentang hala tuju kesempurnaan manusia (destiny) mahupun krisis yang melanda
umat manusia.

“In the schools…it has been impossible to do more than instruct the masses in
the technique of modern life; it has been found impossible to educate them.
They have been given tools for an intenser form of existence, but no feeling for
their great historic duties; they have been hurriedly inoculated with the pride
and power of modern instruments, but not with their spirit. Hence they will have
nothing to do with their spirit, and the new generations are getting ready to
take over command of the world as if the world were a paradise without trace of
former footsteps, without traditional and highly complex problems.” 18

Tambah Ortega, mutu intelektual manusia lambak yang mundur itu, yang tidak
menghormati penguasa kepandaian ilmu, senang saja menggunakan otak kepala
mereka sendiri sebagai sandaran berfikir, sedangkan bagi manusia unggul “is he who
contemns what he has finds in his minds without previous effort, and only accepts as
worthy of him what is still far above him and what requires a further effort in order to
be reached.” 19

Kesimpulan
Perbincangan tentang fenomena menjalarnya manusia lambak dan harusnya
tampil minoriti kreatif bukanlah persoalan teori ilmiah ataupun renungan spekulatif
melainkan suatu cabaran semasa dalam setiap masyarakat. Ini kerana jenis manusia
dalam kepimpinan masyarakat dan negara harus mendapat perhatian sewajarnya.
Sekiranya sosiologi elit menyampaikan kita kepada pemahaman akan dinamika
munculnya dan peranannya elit dalam masyarakat, 20 kupasan oleh Ortega dari lensa
falsafah sosial ini sama penting untuk dibicarakan. Persoalan kehadiran manusia
lambak dan manusia unggul dalam masyarakat kita adalah hakikat zaman yang tiada
dapat kita tepis dan tinggalkan kerana ini menyangkut jenis elit yang terkedepan
memimpin zamannya. Seorang sarjana yang membicarakan persoalan budaya dan
intelektual:

18 The Revolt of the Masses, h. 51


19 19 Ibid., h. 63, nota kaki 1
20 T B Bottomore, Elites and society. (Watts, 1964)
11
“To identify the height of the time and to work to make a plausible sense of it
prevail in one’s culture became for Ortega a primary responsibility of the
intellectual. To discharge that responsibility was to have a sense of mission, to
feel that certain things were superior to others and that the effort to discriminate
was in itself an indispensable exercise of one’s faculties. To feel that one had
no right to tell others what was important would have been finally to believe that
what others liked or failed to like, admired or failed to admire, was of no real
consequence to them or to anyone else. At the same time, one did not force
people to adopt a view of things, or demand that they “correctly” mimic the
postures of their teachers. The best one could do was to make certain ideas
and works as widely available and attractive as possible, all the while showing
how progressive adjustments in one’s sense of “the height” might be made. If
one successfully communicated how difficult it was to make those adjustments,
then one might feel satisfied about the discharge of one’s responsibility.” 21

Belia sebagai anak bangsa dan anak zaman adalah harapan kita supaya dunia
dan masyarakat yang lebih baik dapat dibina, di mana kemajuan menyeluruh
dikecap, peningkatan mutu dan kuantiti bersama dengan peningkatan agihan dan
kesantunan yang humanis. Belia kita harus dipupuk dalam pendidikan dan sosialisasi
untuk menyanjung dan merealisasikan kehidupan manusia unggul ataupun minoriti
kreatif, dan menjauhi dan menyanggah perlambakan dan manusia lambak yang kian
mendominasi zaman ini. 22

21 Robert Boyers, “Culture and the Intellectual at the Height of the Time,” Tri Quarterly, 80, Winter,
1990/91, h. 163- 164

22 Karl Mannheim, menyebut dalam bukunya, An Introduction to Sociology of Education, “At the
moment we have to aim the creation of a pioneering elite among our best teachers, clergymen,
youth movement leaders, and anyone who has to do basic work in the field of education, in order to
give them an orientation based upon sociological knowledge, in the hope that this will bring more
unity and purpose in their action.” p. 166

12
Belia dalam Masyarakat Membangun:
Menangani Gejala Keelitisan dan Perlambakan

ABSTRAK

Seminar ini akan menelusuri idea-idea para pemikir dari masyarakat


membangun tentang peranan belia dalam masyarakat, seperti yang dihujahkan oleh
S.H. Alatas, Soedjatmoko, Renato Constantino, Frantz Fanon dan lain-lain. Dua
cabaran yang harus ditangani ialah gejala keelitisan dan lawanannya iaitu trend
perlambakan. Bertolak dari gagasan pentingnya wujud golongan creative minority,
yang digagaskan oleh filosuf Sepanyol, Jose Ortega y Gasset dalam karya
tersohornya, The Revolt of the Masses, seminar ini akan cuba mengupaskan
permasalahan yang diangkat oleh Ortega, yakni darihal cabaran intelektual yang
mana para belia sayugia dapat mengenalinya. Trend perlambakan (the mass mind)
dalam pemikiran yang boleh saja menular di kalangan elit mahupun massa, adalah
cabaran utama kepada mana jua peradaban manusia. Dengan mendominasinya
pemikiran lambak, terjadilah penurunan standard dan cita kecemerlangan. Masalah
ini dirumitkan lagi apabila, tatkala trend perlambakan berlangsungan, wujud pula
sikap keelitisan (elitism) yang tidak bertempat, tidak membumi dan tercabut dari akar
kebudayaan setempat. Keelitisan adalah pemalingan dari pertanggungjawaban elit
yang seharusnya dapat memimpin, menjadi kelompok creative minority, yang boleh
memacu masyarakat dan peradaban ke arah pembangunan dan pencerahan yang
menjanjikan. Justeru itu, belia sebagai pemuka kepimpinan masa depan, harus
terpanggil untuk memikirkan cabaran ke[tidak] cemerlangan ini, jangan sampai pula
terjebak dalam masalah tersebut, khasnya mereka yang diharapkan menjadi elit
dalam pengertian sebenar, dalam masyarakatnya.

Kata kunci: Belia, Elit, Perlambakan, Intelektual, Masyarakat.

13

Anda mungkin juga menyukai