Anda di halaman 1dari 16

Mempertaruh Masa Depan Sastera

2
P BL: Gabung Jalin Pemecah Ruyung
oleh:
Mohamad Ali Hanifiah Bin Abdullah
Institusi Raffles (Maktab Rendah)
Singapura

Pendahuluan:

Kemunculan abad ke-21 telah mewujudkan seribu satu macam kesamaran yang saban
hari semakin taksa. Paradigma insan turut tercabar kerana sentiasa dianjak. Penemuan-
penemuan baharu dicipta, membuatkan yang semalam mutakhir hari ini menjadi lapuk.
Begitulah juga dalam senario pendidikan. Kita diheret sama untuk bertanya sama ada subjek
kemanusiaan masih lagi relevan. Masih perlukah lagi mata pelajaran kesusasteraan diajarkan di
sekolah-sekolah sedangkan bidang sains dan teknologi begitu pesat membangun dan sentiasa
mendapat permintaan tinggi. Apa lagi yang boleh dikaji daripada hasil karangan bahasa yang
bersifat indah ini? Bukankah semuanya telah diselidiki? Adakah kita yang telah sekian lama
bergelumang dengan dunia pendidikan ini akan akur dengan pandangan sebegini? Atau kita
akan mempertahankan keagungan untuk melahirkan manusia yang manusiawi, insan yang
insani.

Pengenalan:

Bertolak daripada pemikiran bahawa mata pelajaran sastera ini akan kekal relevan buat
selamanya, satu pendekatan baharu haruslah dilaksanakan untuk semua peringkat. Kita akur
bahawa subjek ini sudah tidak mendapat tempat di hati pelajar jika dibandingkan dengan subjek
yang berunsurkan sains dan teknologi. Perkara ini dapat disoroti melalui dua sudut; pelajar
tidak melihat kerelevanan subjek ini dalam kehidupan seharian dan satu lagi memang benar
subjek ini sudah tidak relevan lagi dalam kehidupan seharian mereka. Nilai iktisad yang
dijanjikan melalui subjek ini tidaklah sehebat subjek-subjek lain. Namun, sekiranya kita ingin
pelajar melihat subjek kesusasteraan ini melampaui nilai iktisadnya, kita perlu mengorak
langkah dalam memperkenalkan kaedah-kaedah baharu dalam mengajar subjek ini.

Kertas kerja ini cuba untuk mengetengahkan penggabungjalinan dua kaedah


pengajaran yang bukan baharu dalam dunia pengajaran dan pembelajaran tetapi mungkin
kurang digunakan untuk mata pelajaran sastera. Dua kaedah yang ingin digabung jalin ialah
Pengajaran Berdasarkan Masalah (Problem Based Learning) dan Pengajaran Berdasarkan
Projek (Project Based Learning).

1
Tujuan Kajian

Dalam usaha untuk membuktikan bahawa mata pelajaran kesusasteraan ini haruslah
dilihat melewati jidar strukturnya, pendekatan-pendekatan baharu perlulah diterokai oleh guru,
sesuai dengan kehendak pelajar kita pada hari ini. Pelajar kini ingin melihat apa yang mereka
telaah di dalam bilik darjah dapat diterapkan dalam dunia mereka apabila tiba masanya.
Kesesuaian yang dicari sekiranya tidak dapat dilihat akan menghilangkan minat mereka dalam
apa juga yang mereka lakukan. Kita harus dapat memenuhi keperluan soalan ‘apa faedah aku
mempelajari mata pelajaran ini’.

Dengan menggunakan kaedah P2BL ini, kemahiran pelajar Abad ke-21 akan
dimaksimumkan secukupnya untuk mendapatkan matlamat pengajaran yang ingin dicapai.
Kaedah ini juga mampu digunakan untuk mendekati pelajar yang berbilang kebolehan dan
keupayaan. Ini kerana kaedah ini memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan
pengajaran kendiri yang anjal.

Objektif Kajian

Kedua-dua kaedah ini telah sering digunakan dalam mata pelajaran lain dan didapati
amat berkesan. Banyak kajian yang telah dilakukan untuk membuktikan kejayaannya. Namun,
dalam mata pelajaran sastera, guru masih lagi terikat dengan menggunakan kaedah pedagogi
tradisional, yang lebih mementingkan pengajian ke atas struktur bahan karya. Tidak dinafikan
kepentingan sudut kajian ini namun pelajar wajar didedahkan kepada sesuatu yang lebih
daripada melihat struktur sahaja.

Di sini, pengkaji ingin berkongsi cara melaksanakan gabungan dua kaedah ini untuk
mengajar mata pelajaran sastera di peringkat maktab rendah. Pengkaji akan menggunakan
sebuah karya daripada setiap genre yang digunakan oleh pelajar untuk mempersiapkan mereka
dalam menghadapi peperiksaan peringkat H2, GCE ‘A’.

Kepentingan Kajian

Dengan menggunakan gabungan kedua-dua kaedah ini, pengkaji dapati banyak aspirasi
Kementerian Pendidikan Singapura dapat dicapai. Kaedah ini bukan sahaja memberikan
peluang kepada pelajar untuk melihat kerelevanan sesuatu karya sastera itu melepasi kulit buku,
tetapi juga memberikan pengalaman belajar kendiri kepada mereka. Konsep TLLM –
Mengurangkan Pengajaran, Melebihkan Pembelajaran juga dapat diterapkan. Pengkaji dapati,
dengan menggunakan gabungan kedua-dua kaedah ini juga, potensi pelajar dapat
dimaksimumkan sesuai dengan profil pelajar terkini dan juga kemahiran Abad ke-21 dapat
disuntik ke dalam diri pelajar. Perkara-perkara ini penting agar kesejajaran antara apa yang
diajarkan sesuai dengan aspirasi pemerintah, dan juga jangkaan pelajar terhadap apa yang
dipelajari. Tugas guru sebagai kendera kepada hasrat pemerintah dapat dilaksanakan dengan
lebih baik lagi dan sekiranya semuanya dapat dilakukan dengan berkesan, maka keadaan
menang-menang kepada semua pihak akan tercapai.

2
Profil Pelajar Abad 21

Satu perkara yang para guru harus sering ingat dan fahami ialah profil pelajar sekarang
amat berbeza dengan profil pelajar yang pernah kita hadapi sebelumnya. Setiap tahun, pelajar
yang datang kepada kita akan mempunyai profil yang rencam dan kehausan mereka dalam
mendapatkan pengetahuan dan ilmu memerlukan kaedah yang berbeza. Oleh itu, guru perlu
sentiasa siap siaga untuk menghadapi kepelbagaian kehendak pelajar ini. Apakah antara sifat
sepunya yang ada pada pelajar yang juga digelar sebagai Pelajar Generasi X dan Y ini?

Menurut Brynko (2006), generasi Pelajar Generasi X dan Y ini, yang juga dikenali
sebagai Generasi Net mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan generasi pelajar sebelumnya.
Mereka ini lebih optimistik, mudah suai, mudah lentur, berusaha sama, sifat ingin tahu akan
semua perkara dengan lebih mendalam dan sentiasa mempunyai sifat keusahawanan.

Brindley, L..(2006) pula, dalam memberikan ciri-ciri pelajar generasi ini mengatakan
bahawa golongan ini menganggap berfikir secara analog amat membosankan dan statik.
Generasi ini lebih terdorong untuk berfikir secara digital kerana mereka dianggap sebagai ‘lahir
ke dunia dengan komputer di tangan’. Mereka inginkan sesuatu yang lebih mencabar agar
kepuasan yang maksima dapat dirasakan.

Dari segi kecenderungan terhadap pembelajaran pula, golongan ini suka kepada kerja
berkumpulan, kegiatan yang memberi pengalaman, kerja berstruktur dan penggunaan
kerencaman teknologi yang meluas. Daya kekuatan mereka termasuk membuat pelbagai kerja
dalam satu masa, tugas yang berorientasikan matlamat, sikap positif dan juga berusaha sama.
(Jones, S. [2002] dlm Oblinger, D. 2003)

Generasi ini mempunyai satu kekuatan yang tidak pernah dimiliki oleh generasi
sebelumnya. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan teknologi terkini.
Maka itu mereka diberi jolokan peribumi teknologi, berbeza dengan generasi sebelumnya yang
diberi jolokan penghijrah teknologi. Oleh sebab mereka peribumi teknologi, golongan ini
bergantung penuh kepada dunia internet sebagai sumber utama maklumat. Mereka tidak
terlepas daripada menggunakan media yang pelbagai dan akan bergantung pada rakan sebaya
untuk menilai maklumat yang diperoleh. Maklumat ini akan dikongsi secara terbuka. Corak
pemikiran mereka bukan selurus lagi tetapi rencam dan mereka suka akan sesuatu yang
bersifat visual. Untuk mendapatkan maklumat, mereka hanya perlu menekan kekunci komputer
sahaja. Namun sesuatu yang dikesalkan ialah, mereka kaya dengan maklumat tetapi miskin
ilmu.

Menurut dapatan kajian yang dibuat oleh Pew Internet Report, purata pelajar yang
datang kepada kita hari ini telah pun:

• Menghabiskan 10,000+ bermain permainan video


• Menghantar/menerima 200,000+ email/SMS/MMS
• Bercakap selama 10, 000+ jam menggunakan telefon bimbit
• Menghabiskan 20, 000+ jam menonton televisyen
• Mempunyai lebih daripada satu akaun rangkaian sosial
• Menghabiskan 5,000 jam (maksimum) membaca

3
Apabila kita mengetahui profil pelajar yang sedang berhadapan dengan kita pada hari ini,
maka corak pendekatan yang digunakan wajarlah berbeza dengan apa yang pernah digunakan
semasa mula-mula kita mengajar. Apatah lagi penggunaan pendekatan yang kita lalui sebagai
pelajar dahulu. Kini, matlamat utama dalam setiap proses pembelajaran adalah mempersiapkan
pelajar dengan kemahiran abad ke-21. Sekiranya guru tidak dapat meyakinkan kepada pelajar
bahawa kemahiran-kemahiran ini dapat dipelajari melalui pembelajaran mata pelajar sastera,
maka kita akan kehilangan pelanggan.

Kemahiran Abad 21

Pelajar yang memasuki dunia persekolahan kini hadir dengan persiapan yang tuntas
dari segala aspek. Mereka sudah mengenal alam persekolahan sejak berusia tiga tahun lagi.
Mereka dimasukkan ke tajaka dan tadika. Apabila mereka memasuki dunia persekolahan
formal darjah satu, mereka dijangkakan telah pun mempunyai satu set kemahiran sepunya.
Oleh itu, mereka yang tidak mempunyai kemahiran ini akan mendapati sukar untuk
menyesuaikan diri dalam dunia persekolahan formal ini dan perlu bekerja lebih keras untuk
mengejar taraf yang minimum itu.

Usaha pendidik kini adalah untuk memberikan nilai tambah kepada apa yang telah
dimiliki mereka dan mencabar kemahiran sedia ada mereka supaya dapat digunakan dalam
kehidupan seharian dan seterusnya dipertingkatkan. Mempersiapkan pelajar dengan kemahiran
abad ke-21 ini merupakan satu cabaran yang amat getir kepada golongan pendidik. Apakah
kemahiran-kemahiran yang wajar ada pada pelajar-pelajar ini dalam mempersiapkan mereka
menghadapi cabaran abad ke-21?

Menurut UNESCO dalam Laporan Suruhanjaya Antarabangsa untuk Pendidikan Abad


Ke-21, (Report Of The International Commission On Education For The Twenty First Century),
setiap pelajar harus dibekalkan dengan pegangan bahawa pendidikan itu perlulah dilakukan
untuk sepanjang hayat. Pendidikan yang berterusan sepanjang hidup pula harus berasaskan
empat tunggak utama, yang kalau dipegang dengan yakin maka konsep belajar sepanjang
hayat itu akan dianuti tanpa sebarang masalah. Empat tunggak utama itu adalah:

• ‘Learning to know’ (belajar untuk tahu)


• ‘Learning to do’ (belajar untuk buat)
• ‘Learning to live together’ (belajar untuk hidup bersama)
• ‘Learning to be’ (belajar untuk menjadi).

Kemahiran-kemahiran dan komponen-komponennya yang telah dikenal pasti, yang


wajar ada dalam diri setiap pelajar ini selama mana mereka menjalani alam persekolahan
termasuklah:

4
Kemahiran Komponen Kemahiran
Berfikiran Kritikal dan Kemampuan Kajian, Menganalisis, Sintesis, Pengurusan
Menyelesaikan Masalah Projek, dll
Penciptaan Ilmu Baharu, Mereka Penyelesaian
Kreativiti & Inovatif
Masalah Terbaik, dll
Bekerjasama, Kerja Berkumpulan & Kesepakatan, sepersetujuan, Pembangunan
Kepimpinan komuniti, dll
Melampaui kepelbagaian etnik, Budaya
Pemahaman Silang Budaya
Memahami dan Mentadbir
Mahir memberi & Menganalisis Pesanan &
Komunikasi & Kefasihan Pelbagai Media
Penggunaan Berkesan Media
Penggunaan Komputer & Kefasihan TMK Penggunaan Berkesan Maklumat Elektronik &
(ICT) Alat Pemberi Maklumat
Mengurus Perubahan, Pembelajaran Sepanjang
Kerjaya & Pembelajaran Kendiri
Hayat & Mencipta semula kerjaya

Kemahiran yang telah dilengkapkan ini diharapkan dapat melahirkan insan yang
mempunyai ciri-ciri keupayaan untuk menghadapi masa depan dengan lebih berkeyakinan. Ciri-
ciri ini termasuklah:

i. Pekerja yang berwibawa dan kendiri


ii. Berbilang bahasa
iii. Berfikiran kritikal
iv. Penjalin perhubungan
v. Komunikator yang berkesan
vi. Pelajar sepanjang hayat yang sihat
vii. Pemahaman tinggi dalam bidang sains
viii. Pengkaji yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi
ix. Pembaca yang cekap
x. Warga negara yang celik kewangan
xi. Pemikir yang kreatif/inovatif
xii. Pengguna yang celik media
xiii. Warga negara berpengetahuan global
xiv. Pengguna teknologi yang mahir
xv. Penyelesai masalah yang efektif
xvi. Penyumbang kerja berkumpulan
xvii. Pakar yang berkemahiran

Semua kemahiran ini diharap dapat disediakan dalam diri setiap pelajar sepanjang
mereka berada di alam persekolahan, sekurang-kurangnya sehingga mereka berada di sekolah
menengah. Ini bermakna, dalam masa sepuluh tahun, dari darjah satu hingga menengah
empat, setiap pelajar wajar dilengkapkan dengan semua kemahiran ini sebelum mereka dapat
melangkah ke dunia yang penuh dengan ketidaktentuan ini dengan lebih bersedia.

5
P(roj)BL (Pembelajaran Berteraskan Projek):

P(roj)BL ialah “Satu aktiviti penyiasatan mendalam tentang suatu topik dunia sebenar
yang berfaedah kepada pelajar.” (Sylvia Chard, Prof Madya Pendidikan, Universiti Alberta)
Buck Institute of Education (BIE) pula memberikan definisinya sebagai “… satu kaedah
pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan
kemahiran melalui proses soal siasat yang kompleks bagi menyelesaikan persoalan dunia
sebenar yang akhirnya akan menghasilkan suatu output pembelajaran yang dikehendaki.
Dalam kata mudahnya, kaedah ini ialah proses pembelajaran yang berfokuskan kepada kajian
dalam bentuk projek sebagai cara pelajar mendapatkan ilmu, yang dilaksanakan secara
sistematik/ terancang dalam jangka masa yang tertentu. Kaedah ini menekankan pembelajaran
kendiri dan amalan penerokaan oleh pelajar dan melibatkan penerokaan ilmu melalui
pemerhatian dan kajian lapangan atau dunia sebenar. Proses ini biasanya akan melibatkan
kutipan dan analisis data serta persediaan satu laporan pada akhir latihan. Pengajaran dan
pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan di bawah
seliaan yang minima oleh guru.

Kepentingan P(roj)BL

Menurut makalah Futureworks: Trends and Challenges for Works in the 21st.
Century, penulisnya menyatakan bahawa “We are living in a new economy – powered by
technology, fueled by information, and driven by knowledge” Pernyataan ini bermakna,
penggunaan kaedah P(roj)BL ini akan dapat membantu pelajar untuk membina kemahiran dan
keterampilan dalam menghadapi masyarakat masa depan yang lebih berasaskan kepada
maklumat dan teknologi. Ini adalah kerana melalui kaedah ini, P(roj)BL, pelajar boleh
dipersiapkan untuk:

 berfikir di luar petak (outside the box)


 bekerja berkumpulan
 mengalami keadaan bekerja dalam isu dan amalan dunia sebenar.
 memperoleh kemahiran pengurusan kendiri seperti pengurusan masa, perancangan,
pengurusan sumber, pengurusan tekanan, dll.
 memperoleh kemahiran abad ke-21.

Langkah-langkah dan Ciri-ciri P(roj)BL:

Dalam melaksanakan kaedah P(roj)BL ini, ada beberapa langkah yang wajar diambil
oleh guru. Antaranya ialah:

 boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.


 Interaksi antara guru – murid hanyalah sebagai pemudah cara yang memberi bimbingan
dan perundingan pada setiap tahap proses.
 guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
 melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan
melaporkan hasil dan juga refleksi kendiri.

6
 penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
 mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti
 sesuai dengan kebolehan dan kemampuan murid dan kurikulum.
 berasaskan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman murid.

Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka


sendiri maklumat yang ingin diperoleh. Seorang pengkaji Nancy Kraft, menyatakan antara ciri
PBL ialah:

a. Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai


b. Berorientasikan dunia sebenar.
c. Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran.
d. Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi.
e. Menggunakan kaedah pengalaman-terus.
f. Memberi pemahaman yang tinggi.
g. Boleh dirujuk oleh semua pelajar.
h. Melibatkan pelbagai mod komunikasi.
i. Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.
j. Pelajar berasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri.
k. Menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan yang baharu
dengan yang lama.
l. Pembelajaran melibatkan data semasa.
m. Pembelajaran merentasi kurikulum.
n. Guru sebagai pemudah cara.
o. Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan.

Natijah P(roj)BL

Kesan daripada penggunaan P(roj)BL amat positif. Daripada kegiatan yang dijalankan
selama satu pusingan, didapati bahawa pelajar telah berubah:

Daripada Kepada
hanya mengikut arahan melaksanakan aktiviti pembelajaran terarah kendiri
hanya mengingat dan mengulangi penemuan, integrasi dan mempersembahkan
hanya mendengar dan bertindak balas berkomunikasi dan mengambil tanggungjawab
hanya pengetahuan tentang fakta, pemahaman proses
terma dan kandungan
hanya memahami teori aplikasi teori
hanya bergantung kepada guru berkuasa menentukan aktiviti pembelajaran

7
Daripada apa yang telah dibentangkan di atas, pelajar kini diberikan lebih kuasa untuk
menentukan sendiri arah tuju pelaksanaan projek masing-masing di bawah pengawasan dan
pemantauan guru. Pengiktirafan pemilikan kerja akan ada dalam diri setiap pelajar kerana
sumbangan yang diberikan untuk menjayakan projek ini.

Strategi P(roj)BL

Secara ringkasnya, guru dapat menggunakan strategi yang diperturunkan di bawah ini
untuk mengendalikan P(roj)BL. Penyesuaian semula boleh dilakukan untuk menepati matlamat
pembelajaran dan kebolehan para pelajar. Kemungkinan pada peringkat awal agak sukar untuk
dilaksanakan dan dipantau, namun, alah bisa tegal biasa. Seandainya semua proses ini telah
dapat dilaksanakan dengan baik, maka untuk tahap selanjutnya, masalah yang dihadapi akan
kurang.

 Memberi tugasan mengikut kurikulum/kurikulum berasaskan sekolah (SBC).


 Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
 Menentukan jadual kerja.
 Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
 Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
 Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
 Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
 Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
 Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
 Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan
projek

P(rob)BL (Pembelajaran Berteraskan Masalah)::

Para pengkaji telah memberi banyak definisi kepada kaedah Pembelajaran Berdasarkan
Masalah P(rob)BL ini. Namun, rata-rata, semua definisi yang diberikan mempunyai satu
landasan persamaan. Bagi tujuan kertas kerja ini, definisi yang akan digunakan adalah yang
dibuat oleh Finkle dan Top (1995), yang menyatakan bahawa P(rob)BL ialah “pembangunan
kurikulum dan sistem pengarahan yang secara serentak membangunkan strategi
menyelesaikan masalah dan landasan disiplin pengetahuan dengan meletakkan peranan
pelajar sebagai pemain utama penyelesai masalah, yang dihadapkan dengan pelbagai masalah
yang mencerminkan keadaan dunia sebenar.” Ini bermaksud, P(rob)BL ialah sebuah model
reka bentuk pengarahan dan satu variasi kepada Pembelajaran Berdasarkan Projek. Kaedah
ini juga amat rapat dengan Pembelajaran Berdasarkan Siasatan.
Masalah dunia sebenar amat jarang sekali selari dengan masalah yang disediakan
secara struktural kepada pelajar. Oleh itu, keupayaan untuk menyelesaikan masalah yang
disuguhkan kepada pelajar berdasarkan persekitaran sekolah tidak mampu mempersiapkan
pelajar secara tuntas dari segi kemahiran pemikiran kritikal. Masalah dunia sebenar ini
mempunyai banyak ketidakpastian dan sentiasa berubah: matlamat yang rencam, konteks,
kandungan, kendala dan angkubah yang tidak diketahui, yang akan mempengaruhi langkah-
langkah menyelesaikan sesuatu masalah. Untuk berjaya, pelajar perlu diberikan latihan
menyelesaikan sesuatu masalah yang benar-benar akan mereka hadapi dalam dunia realiti ini,
yang melampaui jidar bilik darjah. Kemahiran-kemahiran yang didedahkan kepada pelajar

8
inilah yang menjadi matlamat kaedah P(rob)BL ini. Dengan kaedah ini, pelajar mengalami
pengalaman yang tulen.

Ciri-ciri P(rob)BL:

P(rob)BL ini sememangnya merupakan satu kaedah sosial dan usaha sama dan
mengajar pelajar ‘soft-skills’ yang penting dan juga domain kandungan dan kemahiran yang
khusus. Kaedah ini berfokus kepada berpusatkan-pelajar dan memberi pelajar tanggungjawab
dan kebebasan bergerak sendiri secara progresif dalam menentukan pencarian menyelesaikan
masalah. Kaedah ini juga menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Dalam P(rob)BL,
masalah yang disuguhkan menjadi pemacu kurikulum. Kaedah ini tidak menguji kemahiran
tetapi membantu membangun kemahiran yang diperlukan. Masalah yang diberikan tidak ada
jawapan yang satu: masalah diselesaikan melalui proses yang diulang yang akan membuat
andaian bahawa semua angkubah yang menyumbang kepada masalah itu dapat berubah. Jadi,
apabila satu angkubah berubah, maka kaedah menyelesaikan masalah akan turut disesuaikan
dan jawapan kepada masalah tersebut juga akan mengalami perubahan.

Terdapat banyak variasi yang disarankan oleh mereka yang ahli dalam bidang P(rob)BL
ini. Di sini akan diperturunkan beberapa model P(rob)BL dan terpulang kepada pengguna
untuk menyesuaikan dengan keadaan. Perincian kepada model-model ini boleh didapati di
dalam buku-buku rujukan yang disenaraikan.

Edwin Bridges (1992) telah menyarankan dua versi P(rob)BL yang telah beliau gunakan:

• P(rob)BL Simulasi-masalah:

Menggunakan pendekatan main peranan dalam menghadapi masalah yang relevan


untuk memperkenalkan dan mempelajari pengetahuan baharu. Kaedah ini menekankan
tiga tujuan utama:

o Mengembangkan kemahiran domain-khusus


o Mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah
o Pemerolehan pengetahuan domain-khusus

• P(rob)BL Berpusat kepada Pelajar

Pendekatan ini mempunyai tujuan yang sama dengan yang di atas, tetapi menyertakan
satu lagi tujuan: menanam kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Dunia perubatan
berkembang dengan pesat. Oleh itu, para doktor diwajibkan untuk sentiasa
memperkemaskan ilmu yang sedia ada dengan keadaan semasa. Namun untuk masa
kini, dapat dikatakan bahawa semua kerjaya memerlukan peningkatan ilmu dari masa
ke semasa. Jadi, menanamkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat menjadi
relevan kepada semua pelajar jika mereka ingin terus kekal relevan dalam kerjaya
mereka.

9
Perbezaan yang agak ketara antara kedua-dua versi ini adalah dari segi tanggung jawab
yang dibebankan kepada pelajar. Dalam versi yang kedua ini:

• Pelajar sendiri yang menentukan isu pembelajaran yang ingin mereka terokai.
• Pelajar menentukan kandungan yang ingin mereka kuasai
• Pelajar menentukan dan mengenal pasti sumber yang bakal digunakan

Dalam lain perkataan, versi ini memberikan pelajar kebebasan mutlak dalam semua isu
pembelajaran. Dalam versi pertama pula, pelajar yang menentukan bagaimana hendak
menggunakan maklumat dan ilmu baharu dengan sesuai untuk mengatasi masalah yang sedia
ada.

Kepentingan P(rob)BL:

Kaedah P(rob)BL telah menjadi popular kerana memberikan banyak manfaat kepada
pembelajaran pelajar. P(rob)BL boleh diajarkan dengan menggabungkan teori-teori kognitif dan
konstruktif sosial yang telah dikembangkan oleh Piaget dan Vygotsy. Menurut García-Famoso
(2005), “P(rob)BL telah digunakan buat pertama kalinya dalam tahun 60an di Fakulti Sains
Kesihatan, Universiti McMaster (Kanada) dan di Sekolah Perubatan, Universiti Case Western
Reserve (US). Matlamat utamanya berganda: untuk mengembangkan kemahiran
menyelesaikan masalah dan juga membawa pembelajaran dekat dengan masalah perubatan
yang sebenar.”

Sejak ini, kaedah P(rob)BL ini telah digunakan secara meluas di semua peringkat
sekolah, dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat Institusi Pendidikan Tinggi. Kepentingan
kaedah ini amat banyak namun di sini, akan diperturunkan beberapa kepentingan yang dapat
diraih daripadanya.

Melalui P(rob)BL, pelajar dapat mempelajari:

• Menyelesaikan masalah kehidupan sebenar: Mempelajari cara menyelesaikan masalah


yang relevan dan mengikut konteks selaras dengan kemahiran di tempat kerja,
membangunkan daya usaha kendiri, keghairahan dan keupayaan dalam melaksanakan
tugas.
• Cekap dalam menyelesaikan masalah: Membangunkan keupayaan mencari pelbagai
sumber dan menilai sumber yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.
• Pembelajaran kendiri: Guna-khidmat secara berkesan kemahiran pembelajaran belajar-
mandiri dan motivasi-diri dan juga berfikiran secara proaktif guna untuk terus
menjadikan belajar sebagai kebiasaan sepanjang hayat.
• Pemantauan-diri: Berterusan memantau dan menilai kecukupan pengetahuan yang
mereka ada dan juga kemahiran menyelesaikan masalah, berlatih menggunakan
kemahiran berfikir secara kritikal.
• Kerja berpasukan: Kerjasama yang berkesan sebagai seorang ahli kumpulan,
kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan dan juga kemahiran bersosial dan beretika.

Daripada apa yang telah disenaraikan, kemahiran-kemahiran ini adalah antara


kemahiran asas yang diperlukan dalam diri setiap pelajar untuk mempersiapkan mereka

10
menghadapi cabaran abad ke-21 ini. Inilah juga yang menjadi aspirasi pemerintah dan
Kementerian Pendidikan.

Strategi P(rob)BL:

P(rob)BL ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan dapat mencerminkan perbezaan
berhubung dengan apa yang ingin dipelajari (matlamat pembelajaran), bagaimana sesuatu itu
ingin dipelajari, dan juga siapakah kumpulan sasaran pelajar ini. Di sini, akan dikongsi lima
strategi P(rob)BL seperti mana yang disarankan oleh Duffy dan Cunningham (1996).

i. Masalah sebagai panduan: Pendekatan ini melibatkan penggunaan masalah sebagai


cara fokus kepada perhatian pelajar. Strategi ini pada asasnya menumpukan dan
mengarah pembacaan yang ditetapkan oleh guru untuk mencerakinkan masalah dan
kemudian menerapkannya kepada masalah tersebut. Langkah ini ada persamaan
dengan memberikan soalan-soalan panduan sebelum pelajar disuruh membaca
sesuatu makalah sebagai kerja rumah.

ii. Masalah sebagai ujian: Menggunakan bahan bacaan yang telah ditetapkan oleh guru
untuk diterapkan kepada masalah yang diberikan. Langkah ini direka untuk
memudahkan pemindahan pengetahuan dan mendedahkan salah tanggap kepada
masalah yang diberikan. Langkah seterusnya akan difikirkan, sama ada perlu
diberikan langkah-langkah pemulihan untuk membetulkan keadaan. Langkah ini
serupa dengan menggunakan soalan ulasan pada akhir aktiviti bacaan yang diberikan.

iii. Masalah sebagai contoh: Langkah ini digunakan untuk menekankan isi-isi penting
atau pendirian yang terdapat dalam bacaan yang telah ditetapkan oleh guru.

iv. Masalah sebagai kendera proses: Di sini, masalah kurang digunakan sebagai
kendera untuk mengajar kandungan yang telah ditetapkan lebih awal. Masalah di sini
digunakan sebagai wahana untuk memudahkan kemahiran-kemahiran berfikiran
kritikal, pembelajaran kendiri dan bekerjasama

v. Masalah sebagai rangsangan kepada aktiviti yang tulen: Di sini, masalah


digunakan sebagai mekanisme untuk memudahkan pemindahan konsep, pengetahuan
dan kemahiran kepada keadaan yang berbeza. Oleh itu, melalui strategi ini,
kemahiran dapat dibangunkan dalam konteks masalah yang diberikan.

Penggabungjalinan P(roj)BL dan P(prob)BL

Kalau diteliti kedua-dua kaedah ini, akan didapati banyak persamaan dari segi
pelaksanaan dan juga matlamat yang ingin dicapai. Namun kalau digabungkan kedua-dua
kaedah ini, satu sinergi baharu dapat dihasilkan dan produk yang bakal dihasilkan akan menjadi
lebih bermutu.

Dalam kaedah P(prob)BL, para pelajar diberikan masalah yang khusus oleh guru dan
mereka diminta untuk menyelesaikan masalah tersebut. Diharapkan daripada proses

11
menyelesaikan masalah tersebut, para pelajar akan dapat meraih pengetahuan baharu dengan
kesedaran bahawa perlunya menimba pengetahuan ini daripada pelajaran. Ini bermakna,
autonomi yang diberikan kepada pelajar agak terbatas, terutama dari segi permasalahan yang
ingin diselesaikan.

Kaedah P(roj)BL pula memberikan autonomi yang lebih kepada pelajar dalam segi
projek apa yang ingin dilakukan dan bagaimana projek itu akan dilaksanakan. Tugas guru
hanyalah sebagai pemudah cara dan penasihat sahaja. Garis panduan yang umum akan
diberikan kepada pelajar untuk memastikan mereka berada di landasan yang betul.

Apabila digabungjalinkan kedua-dua kaedah ini, guru boleh membuat perbincangan


yang mendalam berhubung dengan projek yang ingin dilakukan dan masalah yang bakal pelajar
huraikan haruslah yang bersifat dunia nyata. Dalam setiap tahap penghasilan projek tersebut,
setiap pelajar perlu membuat muhasabah diri untuk menilai apakah kebaikan dan keburukan
dalam tindak tanduk mereka pada tahap tersebut. Mereka perlu memberikan cadangan
bagaimanakah tahap tersebut dapat diperbaiki seandainya mereka perlu melakukannya sekali
ini. Ini akan memberikan mereka pengalaman menilai agar kesalahan/kesilapan yang sama
tidak berulang.

Sekiranya guru dapat menganyam kedua-dua kaedah ini sesuai dengan daya kebolehan
dan keupayaan pelajar, maka hasil pembelajaran yang ingin diperoleh akan dapat dikecap.
Mungkin pada peringkat awal, guru harus melakukan proses pemerancahan untuk
menyesuaikan pelajar kepada kaedah ini. Sekiranya segala perancangan awal telah dapat
dilaksanakan, maka semuanya akan berjalan secara automatik.

Contoh penggunaan P2BL

Dalam bahagian ini, contoh-contoh yang bakal digunakan diambil daripada teks sastera
yang digunakan oleh pelajar yang mengambil kertas 9558/2, Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu peringkat H2, GCE ‘A’. Buku-buku teks yang digunakan dan bilangan karya yang dikaji
dalam setiap buku tersebut ialah:

• Novel – Restu oleh Ismail Kassan


• Bacalah Dalam Bahasamu Jilid A
o karya – 3 cerpen, 5 sajak dan 2 drama
• Bacalah Dalam Bahasamu Jilid B
o Karya – 3 cerpen, 5 sajak dan 1 drama

Hanya beberapa karya dari setiap genre yang akan digunakan sebagai contoh dalam
penggunaan kaedah ini untuk memberikan gambaran ringkas. Selebihnya, guru boleh
menggunakan budi bicara sendiri untuk memaksimumkan penggunaannya untuk menepati
matlamat pengajaran yang ingin dicapai. Berhubung dengan kemahiran yang ingin
diketengahkan, guru tidak perlu memperkenalkan semua kemahiran untuk satu-satu tugasan.
Fokuskan kepada kemahiran-kemahiran tertentu dalam setiap tugasan bersesuaian dengan
kebolehan dan kemampuan pelajar. Perlu diingat kaedah ini digunakan untuk memberikan
pembelajaran alternatif, bukan untuk membebankan pelajar. Natijahnya pelajar akan meraih
pengetahuan dan ilmu baharu yang mampu digunakan untuk menyelesaikan masalah yang
bersifat dunia nyata.

12
Contoh tugasan daripada Novel Restu

• Guru boleh memberikan tugasan untuk pelajar melakonkan semula setiap bab
dalam novel ini. Pelajar harus memberikan perincian kepada apa yang tertera
dalam setiap bab ini. Penilaian boleh berdasarkan kepada kejituan tafsiran yang
dibuat. Kesesuaian penggunaan bahasa juga boleh dijadikan bahan ujian.

• Pelajar boleh dicabar untuk memikirkan apakah kemungkinan yang akan terjadi
sekiranya salah satu daripada angkubah faktor kejayaan Ikram diubah. Pelajar
perlu memberikan alasan-alasan dengan sokongan isi kejadian sebenar
sebagaimana yang dilaporkan di akhbar atau yang terdapat di internet.

• Buat kajian tentang proses menanam nanas dari peringkat awal hinggalah kepada
saat hasilnya dituai. Juga apakah kegunaan buah ini di samping mengumpulkan
peribahasa/pantun Melayu yang ada hubungan dengan nanas dan memberikan
pencerakinan kepada peribahasa/pantun tersebut.

• Membuat pelan tindakan cara terbaik untuk mengatasi kebobrokan sistem


masyarakat kampung yang terdapat dalam novel tersebut.

• Membuat kajian tentang persamaan masalah masyarakat kampung seperti mana


yang digambarkan dalam novel tersebut dengan masyarakat kampung sekarang ini.

Contoh tugasan daripada Cerpen

Sahabat oleh Anwar Ridhwan:

• Mencari kesamaan kesusahan dan kepayahan yang digambarkan dalam cerpen


tersebut terhadap mereka yang menuntut di luar negara dengan keadaan sebenar.
Pelajar diminta membuat perbandingan menuntut di tiga negara asing yang berbeza,
mungkin ada yang di barat dan di Timur Tengah.

Paku Payung Limau Mandarin oleh Azizi Hj Abdullah:

• Membuat pelan tindakan atau program untuk membantu ‘Aku’ mengajar Midun
dengan apa cara sekalipun, dan bagaimana kebajikan Midun dan keluarganya
dapat dibantu.

Gajah Putih oleh Zakaria Ali

• Memikirkan satu bahan yang menggantikan gajah putih dan orang-orang sekeliling
memberikan pendapat masing-masing seperti mana yang digambarkan dalam
cerpen tersebut. Sebagai contoh, sekiranya ditemui sebuah kawasan hutan yang
pokoknya berusia ribuan tahun, apakah yang akan dilakukan oleh: pengusaha
perabot, ahli sejarah, pakar ekonomi, pengusaha syarikat pelancong dan lain-lain
lagi.

13
Contoh tugasan daripada sajak

Kebanjiran oleh A. Samad Said

• Membuat satu pelan tindakan bagi menolong mangsa malapetaka dalam satu-satu
kawasan. Pelan ini mestilah yang bersifat jangka pendek dan juga jangka panjang.

Kebahagiaan Rumah tangga oleh A. Wahab Ali

• Membuat tinjauan berhubung dengan faktor-faktor yang akan membuat seseorang


rasa bahagia. Tinjauan ini haruslah melibatkan golongan remaja, dewasa dan
warga emas. Kemudian buat perbandingan tentang faktor-faktor ini dan cerakinkan
kewajarannya.

Guruku oleh Muhammad Hj Salleh

• Mencari sajak-sajak yang berkisar kepada tema guru, seperti sajak Guru Oh! Guru
oleh Usman Awang. Dengan berbekalkan maklumat ini, buat tinjauan berhubung
dengan apakah yang akan dijadikan sebagai guru oleh seseorang itu berdasarkan
usia mereka. Kemudian buat perbandingan.

Contoh tugasan dari Drama

Waktu Sesudah Itu oleh Othman Hj Zainuddin

• Buat satu pelan tindakan cara untuk mengenang jasa Nenek Hendon sekiranya dia
tidak meninggal dunia. Pelajar harus mencari bagaimanakah wira-wira
kemerdekaan diraikan dan diberikan ganjaran oleh negara-negara lain dan usulkan
cara yang sesuai untuk Nenek Hendon.

Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata

• Membuat kajian tentang masyarakat Minangkabau di Singapura.


• Membuat perbandingan kritikal antara Adat Temenggung dan Adat Perpatih.

Pada setiap tahan tugasan ini, pelajar diperlukan untuk membuat muhasabah peribadi
dan kumpulan. Dan pada akhir setiap tugasan yang diberikan, setiap kumpulan diminta untuk
membuat pembentangan di hadapan teman-teman. Semasa pembentangan ini, sesi soal
jawab akan diadakan supaya pelajar-pelajar lain dapat meraih manfaat daripada tugasan teman
yang dibuat.

14
Penutup

Kedua-dua kaedah ini dapat digunakan untuk sebarang mata pelajaran. Terpulang
kepada guru untuk menggunakan budi bicaranya dalam menentukan seluas mana tugasan ini
hendak dilakukan. Jangka masa yang diperuntukkan juga akan bergantung pada sebesar
mana skop tugasan ini.

Sebenarnya, kalau diteliti dengan lebih mendalam, melaksanakan kaedah ini tidaklah
sesukar yang difikirkan. Pelajar-pelajar sudah pun didedahkan dengan kerja projek bersepadu
dalam subjek-subjek lain sejak dari sekolah rendah. Pada peringkat maktab rendah, guru
hanya perlu memperluaskan skop dan bahan-bahan sumber rujukan agar menjadi lebih
mencabar. Pelajar diingatkan supaya menggunakan segala kemahiran melakukan penyelidikan
yang telah mereka pelajari melalui mata pelajaran kerja projek.

Usaha ini memerlukan iltizam setiap guru. Dan sekiranya banyak sekolah yang
melaksanakan kaedah ini, mungkin susulan daripada kegiatan ini adalah mengadakan sesi
perkongsian dan persembahan kumpulan-kumpulan terbaik setiap sekolah. Pendedahan begini
akan mendatangkan kebaikan yang amat besar kepada semua pihak.

Semoga usaha yang tidak seberapa dalam berkongsi sedikit pengetahuan ini dapat
mendatangkan manfaat kepada semua.

ANJAKKAN PARADIGMA

15
Bibliografi

Bridges, Edwin, dengan bantuan daripada Philip Hallinger. PROBLEM-BASED LEARNING FOR
ADMINISTRATORS. Eugene, Oregon: ERIC Clearinghouse on Educational
Management, University of Oregon, 1992. 164 ms. ED 347 617.

Bridges, E. M., & Hallinger, P. (2006) Problem-based learning in leadership education. Teaching
& learning [0887-9486] Année: 2006 volume: 1996 numéro:68 ms:53

Brindley, L., 2006; ‘A world of contrasts: information literacy in the digital world’. LILAC 2006, 29
March 2006.

Byrnko, B. 2006; ‘Of Millennials and mashups’. Information Today 23(4) 2006, ms. 29.

Duffy, T. M., dan Cunningham, D. J., (1996). Constructivism: Implications for the design and
delivery of instruction, In D. H. Jonassen, (Ed.) Handbook of Research for Educational
Communications and Technology, NY: Macmillan Library Reference USA

Finkle, S.L. Torp, L.L., “Introductory Documents”, Illinois Math and Science Academy, 1995.

Futureworks: Trends and Challenges for Work in the 21st Century" (U.S. Department of Labor),
http://www.edutopia.org/teachingmodules/PBL/whypbl.php

García-Famoso (2005). Problem-based learning: a case study in computer science, m-ICTE


2005. PDF, dimuaturun pada May 2011.

Jones, S. 2002; dipetik daripada Oblinger, D. 2003. Boomers, Gen-Xers & Millennials:
Understanding the new students. Educause, July/August 2003. [http://www.
educause.edu/ir/library/pdf/ERM0342.pdf] Dirujuk pada 7 April 2011, ms. 36-47.

Nurdadilla Farhanna Bt Jamaludin dan Supli Affendi Bin Rahim; Kajian Kesan Pembelajaran
Berasaskan Projek Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Kemahiran Hidup Di Universiti
Pendidikan Sultan Idris; kertas projek, Jabatan Pendidikan Teknik/Vokasional Fakulti
Teknikal Dan Vokasional, UPSI Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

Pew Research Centre, http://pewresearch.org/

UNESCO Report on International Commission on Education for the twenty-first Century,


http://portal.unesco.org/education/en/ev.php

16

Anda mungkin juga menyukai