Anda di halaman 1dari 3

1Orang berilmu seperti pepohon rendang.

Semakin lebat buahnya semakin menunduk


bagi memberi perlindungan kepada unggas yang memerlukan pertolongannya. Sir
Herbet Louis Samuel.

2Masa hadapan seorang pemuda lebih bergantung pada apa yang dilakukan pada waktu
senggangnya daripada waktunya bekerja. Tanpa Nama.

3Apa yang cemerlang tidak kekal, apa yang murni tidak abadi. Goethe.

4Yang paling sukar bagi manusia, adalah mengenal dirinya sendiri. Thales.

5Kalau anda ingin mengetahui nilai wang, cubalah meminjam. Sesiapa yang meminjam,
dia menghadapi penderitaan. Benjamin Franklin.

6Kenikmatan memberi maaf adalah lebih besar daripada kenikmatan membalas


dendam. Tanpa Nama.

7Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang
kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu. Junjungan
Mulia Nabi Muhammad S.A.W.

8Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang
tak berharta susah hati, di akhirat orang yang tidak beragama lebih sengsara. Saidina
Abu Bakar.

9Janganlah menunggu sampai memperoleh saat yang istimewa bagi berbuat baik,
usahakanlah menggunakan saat yang wajar. - Jean Paul Richte.

10Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang Muslim
sejati adalah kitab terbuka yang semua orang membacanya. Ke mana saja ia pergi, ia
adalah dakwah yang bergerak. - Asy Syahid Imam Hasan Al-Banna.

11Harapan adalah rahmat Tuhan bagi manusia, sekiranya bukan kerana harapan,
tiadalah wanita yang sedia melahirkan anak, dan tiadalah petani yang sedia menaburkan
benih. Nabi Muhammad S.A.W.

12Kuat dan jayanya suatu umat adalah kerana akhlaknya, apabila akhlaknya rosak maka
binasalah umat itu. - Al-Ghazali.

13Kita bahagia apabila kita memiliki benda-benda yang kita sukai, bukan kerana
memiliki benda-benda yang disukai orang lain, sebab kebahagiaan itu terletak dalam
selera, dan bukan benda-benda itu sendiri. La Rouchefocauld.

14Janganlah membanting pintu, siapa tahu kita perlu kembali melalui jalan itu lagi. Don
Herold.
15Orang yang memperhatikan aib orang lain menyebabkan dia tidak pernah mempunyai
waktu bagi mengetahui aibnya sendiri. La Bruyere.

16Orang perlu wang, tetapi juga ingin puas dan bangga dengan pekerjaannya. Saya
yakin orang bekerja demi kepuasan. - Akio Morita.

17Apabila anda berasa belum puas dengan apa yang anda miliki sekarang, maka anda
tidak berasa puas walaupun dunia seluruhnya menjadi milik anda. Seneca.

18Kebahagiaan sama dengan tidak memandang kesulitan-kesulitan kecil sebagai


malapetaka. Andre Malraux.
19Kita sering terpesona oleh kebahagiaan yang tampak dari jauh, akan tetapi
keterpesonaan itu menjadi berkurang apabila kebahagiaan itu didekati. T. H. Valden.
20Manusia sangat cepat dapat mengetahui, namun terlambat bagi mempraktikkannya.
Goethe.

21Burung-burung terjerat oleh kakinya sendiri, sedangkan manusia terjerat oleh


lidahnya. Thomas Fuller.

22Prasangka adalah nasihat yang paling tidak dapat dipercaya. - Napoleon Hill.

23Prasangka adalah pertimbangan yang bodoh. - Voltaire.

24Orang yang menganggap dirinya paling bahagia, memang benar-benar bahagia, tetapi
bagi orang yang menganggap dirinya paling bijaksana, biasanya orang yang paling tolol.
Colton.

25Orang yang tidak berasa bahagia dengan yang sedikit, selamanya tidak menemui
kebahagiaan. Abikors.

26Orang tidak maju, sebelum dapat meyakinkan dirinya sendiri dan bukan meyakinkan
orang lain. Tanpa Nama.

27Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal adalah sejalan dengan
usaha mereka menepati janji pada diri sendiri. - W. Clement Stone.

28Hati-hatilah berjanji bagi menjumpai seseorang pada jam yang ditetapkan, menepati
janji itu menjadi ukuran keluhuran budi anda. - Inayat Khan.
29Malas adalah keburukan bagi orang hidup. - Hukamah.

30Lelaki yang paling bahagia adalah yang beristerikan wanita yang baik. - Josh Billings.

31Apabila anda berasa bahagia, berbuatlah supaya orang lain juga berasa bahagia.
Orang yang berasa bahagia menghendaki supaya orang di sekelilingnya bahagia pula.
Rabindranat Tagore.

32Orang yang tidak pernah jatuh, itu biasa, tetapi setiap orang yang jatuh sanggup
bangun kembali, itulah yang luar biasa. - Mirabeau.

33Sesuatu yang tidak pernah bermula, tidak dapat berakhir. - Robert Henry.
34Setiap kecemerlangan dan kearifan saya, saya bayar dengan wang dan emas
sehingga hampir seluruh harta benda saya habis. Kesemuanya itu saya keluarkan bagi
mempelajari apa-apa yang saya ingin tahu. - Goethe.

35Bicarakanlah aib diri sendiri sebelum melakukan kecaman kepada orang lain. Dale
Carnegie.

36Apabila kesabaran dan rasa terima kasih adalah dua ekor unta betina, yang mana satu
perlu kutunggang tidak menjadi masalah. Umar Bin Khattab.

37Politik sama sahaja di mana-mana, mereka menjanjikan membuat jambatan, walaupun


di tempat itu tidak ada sungai. - Nikita Krushshew.

38Makin banyak kita belajar, makin insaflah kita betapa sedikitnya yang kita ketahui.
Kong Fu Tsu.

39Tersimpan kekuatan dasyat dalam keyakinan apabila orang yakin dia dilahirkan bagi
melaksanakan sesuatu yang nampak mustahil, maka hampir dapat dipastikan yang dia
sanggup melaksanakan hal itu sebelum dia meninggal dunia. - Henry Bulwer.
40Kesabaran adalah bunga yang tidak tumbuh di semua kebun. - Tanpa Nama.
41Bahagia itu adalah baik perangai, kuat ingatan, bijaksana akal, tenang dan sabar
menuju cita-cita. - Yahya Bin Kahlid Al Barmakil.
42Kesukaran dengan dunia ini adalah orang bodoh berasa yakin, sedangkan orang
cerdas selalu diliputi rasa ragu-ragu. - Bertrand Russel.
43Hancurnya kebahagiaan bukan kerana kecelakaan besar melainkan kerana hal-hal
kecil yang membahayakan yang datang berulang-ulang. E. Dimnet.

44Kebahagiaan tumbuh di dalam rumah kita sendiri dan tidak dapat dipetik daripada
taman orang lain. - D. Jerrold.

45Kebaikan dan pahala itu ialah cantik akhlak manakala keburukan dan dosa itu ialah
sesuatu yang tidak tenang pada hatimu dan kamu membenci manusia melihatnya.
Nabi Muhammad S.A.W.

Anda mungkin juga menyukai