Anda di halaman 1dari 15

Masalah remaja lari dari rumah semakin berleluasa

Posted on 25 Mac, 2008 by admin

Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat
kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah
semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai
langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku.

Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada berlakunya masalah ini. Antaranya ialah
terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan pelajar terikut-ikut dengan perangai rakan
karib mereka. Seandainya rakan mereka suka berfoya-foya mala mereka cukup mudah untuk
turut berfoya-foya bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. Rakan
karib yang sering pulang lewat alan mempengamhi mereka untuk turut pulang lewat. Begitu
juga sekiranya rakan karibnya lari dari rumah mereka alan mengikutinya. Justeru, mereka
akan berasa seronok dan tidak lagi mahu pulang ke rumah ibu bapa mereka. Terdapat juga
segelintir daripada mereka yang mulai bekerja dan memulakan penghidupan barn dengan
bekerja sendiri. Perkara yang paling mengecewakan apabila ada anak gadis yang terlibat
dengan gejala lari dari rumah ini.

Antara punca lain berlakunya gejala ini ialah kurangnya pegangan agama di kalangan
mereka yang terlibat. Agama memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengajar
seseorang itu menjadi nanusia yang berguna. Agama Islam khususnya, melarang penganutnya
mengingkari dan meninggalkan ibu bapa sewenang-wenangnya. Sebaliknya, apabila
seseorang itu mengabaikan ajaran agama alan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada
pengaruh luar sehingga terjebak kepada masalah lari dari rumah. Sesetengah ibu bapa yang
tidak mempunyai pegangan agama gagal mendidik anak mereka mentaati ajaran agama,
justeru apabila berlaku masalah ini, mereka begitu mudah meninggalkan keluarga mereka.

Selain daripada itu, remaja lari dari rumah berlaku akibat keretakan sesebuah rumah
tangga yang dibina sekian lama. Apabila berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara ibu
dan bapa menyebabkan anak-anak mereka alan berasa bosan. Perseteruan antara ibu bapa
yang membawa perceraian juga merupakan punca utama berlakunya kes anak-anak lari dari
rumah. Apabila ibu atau bapa mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara anak-anak
mereka ini alan menyebabkan anak-anak akan berasa diri mereka tersisih. Mereka cuba untuk
mencari hiburan dan ketenangan. Jika tindakan lari dari rumah mampu memberikan
ketenangan dan kebahagiaan dalam diri maka mereka sanggup melakukannya. Golongan ini
sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kebahagiaan dalam hidup mereka.

Sesetengah keluarga mempunyai saiz rumah yang terlalu kecil. Hal ini menyebabkan
rumah mereka terlalu sempit. Kadang-kadang remaja lelaki terpaksa tidur di ruang tamu.
Bilik-bilik lain dihuni oleh ibu bapa dan anak perempuan. Lama-kelamaan timbul rasa bosan
di hati mereka. Mereka alan mencari rumah lain yang mampu memberikan keselesaan untuk
mereka. Akhirnya jika ada rakan- rakan yang mengambil tindakan lari dari rumah untuk
tinggal di rumah yang lebih selesa mala mereka alan mengikutnya.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga keluarga yang amat miskin. Remaja yang
sering keputusan duit alan cuba mencari kemewahan dengan mencari pekerjaan. Mereka
sanggup bekerja di mana sahaja walaupun dengan tangga gaji yang rendah. Hal ini kerana
mereka ingin menikmati kemewahan. Oleh itu, jika ibu bapa gagal memberikan kemewahan,
remaja itu alan mengambil tindakan lari dari rumah sebagai jalan penyelesaian.

Gejala ini boleh ditangani jika semua pihak mengambil inisiatif dengan bersungguh-
sungguh. Antaranya ialah ibu bapa hams memastikan pergaulan anak-anak mereka agar tidal
melampaui batas.. Seandainya anak-anak mereka berkawan dengan rakan yang dicurigai, ibu
bapa hams bijak menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi rakan sebaya sebegini.

Selain daripada itu, ibu bapa juga harus meningkatkan pemahaman terhadap amalan
agama. Hal ini kerana apabila seluruh keluarga teat kepada perintah agama, mereka takut
untuk melakukan kesalahan dan kejahatan. Hal ini kerana setiap perlakuan yang menyalahi
ajaran agama akan mendapat dosa. Justeru, anak-anak yang dididik dengan ajaran agama
akan dapat menghindari diri mereka daripada tindakan nekad tersebut.

Pihak berkuasa, khususnya pihak polis boleh menangkap remaja-remaja yang lari dari
rumah. Seandainya terdapat ibu bapa yang membuat aduan di balai polis, mereka harus
menyelesaikan dan mencari maklumat bagi menangani masalah ini dengan segera. Tindakan
berlengah-lengah alan menambahkan kebuntuan bagi menyelesaikan masalah ini. Tindakan
menangkap dan menjatuhkan hukuman dirasakan mampu menyelesaikan masalah ini dengan
baik.

Oleh itu, gejala remaja lari dari rumah ini dapat dibendung jika semua pihak memai
peranan masing-masing. Sikap menyalahkan orang lain dianggap gagal menangani masalah
ini. Dengan ini masalah ini dapat diatasi, gejalaitu tidak akan berleluasa di kalangan remaja
masa kini.

Cari
Cari

Teori Psikoanalitik/Psikoanalisis Sigmund Freud | Utama | Psikologi Abnormal:


Kecelaruan Sakit (Pain Disorder)

Masalah Lari Dari Rumah Di Kalangan Remaja: Jenis, Punca, Kesan, Langkah
Mengatasi, Statistik dan Teori-teori psikologi/sosiologi yang berkaitan dengan
masalah remaja lari dari rumah

1.0 Pengenalan

Golongan belia sememangnya tidak dapat lari daripada terdedah kepada masalah-masalah
sosial yang berlaku dalam suasana di persekitaraan pada hari ini. Salah satu isu yang
dikaitkan dengan golongan belia yang rata-ratanya terdiri daripada remaja dan pelajar ialah
masalah lari dari rumah. Isu ini dilihat menjadi semakin berleluasa pada masa kini sehingga
ia dilihat telah menjadi asam garam kepada golongan remaja yang bermasalah. Masyarakat
pada hari ini memandang golongan belia sebagai golongan yang mudah terdedah dengan
masalah sosial, sehingga ada yang melabelkan golongan belia di negara ini sebagai golongan
yang telah rosak moralnya kerana tenggelam dengan masalah-masalah, misalnya seperti
masalah lari dari rumah yang akan dibincangkan ini. Dalam hal ini kita tidak boleh
menyalahkan golongan belia semata-mata kerana sebenarnya terdapat beberapa faktor
mengapa golongan belia terlibat dengan kes lari dari rumah ini. Perkara ini seharusnya perlu
dilihat dari sudut yang lebih mendalam dan bukannya melalui tanggapan-tanggapan awal
yang negatif semata-mata.

Bagi membincangkan secara lebih mendalam mengenai isu masalah lari dari rumah
dikalangan belia ini, pengertian dan definisi perlu dinyatakan terlebih dahulu untuk tujuan
memahami dengan lebih terperinci. Secara umumnya kita mengetahui bahawa belia yang lari
dari rumah adalah belia yang meninggalkan rumah dengan serta merta tanpa memberitahu ibu
bapa kemana hala tujuan mereka. Dalam istilah bahasa Inggeris lari dari rumah disebut
sebagai runaway. Menurut Loh Kha Bee (2009), lari dari rumah ialah satu tingkah laku atau
perbuatan meninggalkan rumah tanpa restu daripada ibu bapa menuju ke satu tempat yang
biasanya tidak diketahui oleh ahli keluarganya. Golongan belia adalah merupakan golongan
yang paling banyak dikaitkan dengan tingkah laku lari dari rumah ini, kebanyakan daripada
mereka meninggalkan rumah dengan memasang niat tidak akan pulang semula ke rumah lagi.
Sesetengah daripada golongan remaja tersebut biasanya akan kembali dalam jangka masa
tertentu seperti dalam masa beberapa hari, beberapa minggu, beberapa bulan dan bertahun-
tahun malahan ada juga yang tidak kembali langsung sehingga diklasifikasikan sebagai orang
hilang.

Secara umumnya individu yang lari dari rumah adalah mereka yang berasa putus asa dan
tidak gembira apabila berada di dalam rumah (Santrock, 2005). Daripada huraian tersebut
kita dapat mengetahui bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan belia berasa putus
asa dan tidak gembira ketika berada di dalam rumah, semua itu sebenarnya dipengaruhi oleh
faktor-faktor persekitaraan. Jika ditinjau dari sudut bilangan kes pula, tingkah laku lari dari
rumah ini amat membimbangkan dan menjadi semakin serius. Rangkaian Kebangsaan bagi
Khidmat Belia misalnya telah membuat anggaran bahawa setiap tahun lebih kurang 1.3 juta
belia terlibat dengan kes meninggalkan rumah (Neubeck & Neubeck, 1999). Jumlah tersebut
membuktikan kepada kita tentang betapa seriusnya masalah sosial yang melibatkan golongan
remaja ini.

2.0 Jenis-jenis tingkah laku lari dari rumah

Tingkah laku lari dari rumah dapat dibahagikan atau dikategorikan kepada beberapa jenis.
Profesor Madya Dr. Mohd Fadzil Che Din yang merupakan Pengarah Institut Sosial Malaysia
menjelaskan bahawa isu remaja dan pelajar lari dari rumah yang semakin berleluasa pada
masa kini dapat dibahagikan kepada lima jenis kategori.

Daripada lima kategori lari dari rumah tersebut, salah satu jenis atau kategori lari dari rumah
tersebut ialah pelajar yang keluar dari rumah selepas berakhir waktu sesi persekolahan.
Remaja atau pelajar yang keluar dari rumah ini meninggalkan rumah bagi tujuan
menghabiskan masa dengan melepak bersama rakan-rakan sebaya di sesuatu tempat,
contohnya melepak di pusat membeli belah, restoran, kedai-kedai makan, pusat hiburan dan
sebagainya lagi. Punca utama remaja keluar dari rumah bagi kategori lari dari rumah ini ialah
disebabkan mereka merasakan ketidakselesaan apabila berada di dalam rumah. Lazimnya
mereka akan berasa kekurangan seperti kurang seronok apabila mereka berada di rumah dan
sentiasa memikirkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menghiburkan di luar rumah
bersama rakan-rakan. Bagi jenis tingkah laku lari dari rumah ini, remaja biasanya akan
pulang semula ke rumah menjelang lewat petang setiap hari. Jangka waktu remaja lari dari
rumah ini dilihat amat singkat, namun masalah ini boleh juga dikategorikan sebagai tingkah
laku lari dari rumah.

Bagi jenis tingkah laku lari dari rumah yang kedua pula, remaja yang digolongkan dalam
kategori ini ialah remaja yang sengaja keluar rumah dalam jangka masa beberapa hari
dengan memberi alasan kepada ibu bapa bahawa mereka terlibat dengan aktiviti-
aktiviti yang berkaitan dengan kerja sekolah. Lazimnya mereka akan meminta kebenaran
daripada ibu bapa tetapi tidak memaklumkan secara tepat ke mana mereka hendak pergi. Bagi
kategori tingkah laku lari dari rumah ini, remaja dilihat cuba berbohong kepada ibubapa
mereka bahawa mereka perlu melakukan tugas-tugas yang baik atau berfaedah. Hal ini
menyebabkan ibu bapa tidak teragak-agak untuk memberikan kebenaran kepada anak-anak
untuk keluar dari rumah disebabkan tujuan mereka keluar dari rumah adalah baik.
Sebenarnya tujuan remaja berbuat demikian adalah untuk melepaskan keinginan mereka agar
dapat menghabiskan masa yang banyak bersama-sama rakan untuk berhibur. Remaja seperti
ini cenderung menumpang di rumah rakan-rakan sebaya yang mempunyai keluarga yang
lebih menerapkan nilai-nilai kebebasan berbanding suasana remaja yang lari dari dari rumah
tersebut yang mungkin hidup dalam konkongan daripada ibu bapa. Jangka waktu remaja lari
dari rumah bagi kategori ini dilihat lebih panjang sedikit iaitu dalam masa beberapa hari
berbanding dengan tingkah laku remaja lari dari rumah kategori yang pertama.

Kategori tingkah laku remaja lari dari rumah yang ketiga adalah lebih kurang sama dengan
kategori yang kedua, apa yang membezakannya ialah dari segi bagaimana remaja membuat
alasan untuk keluar dari rumah. Dalam situasi ini remaja biasanya akan menjadikan
orang-orang yang dikenali oleh keluarganya seperti abang, kakak, keluaga angkat,
abang angkat sepupu dan sebagainya dengan memberi alasan bahawa remaja tersebut
keluar bersama-sama mereka. Alasan yang mengaitkan untuk keluar bersama-sama dengan
ahli-ahli keluarga, saudara atau kenalan-kenalan tersebut sebenarnya adalah sebagai satu
lesen kepada remaja untuk keluar dari rumah dan tidak pulang dalam tempoh jangka masa
selama beberapa hari ataupun beberapa minggu. Lazimnya ibu bapa akan membenarkan
anak-anak mereka keluar rumah apabila mereka keluar bersama-sama orang yang mereka
kenali. Sebenarnya semua itu hanyalah sebagai satu alasan yang diberikan oleh remaja,
sebaliknya apabila mereka telah diberikan kebenaran untuk keluar, mereka akan melencong
ke destinasi lain, contohnya melepak di rumah kawan sepuas-puasnya selama beberapa hari.
Bagi kategori ini, jangka waktu remaja lari dari rumah adalah sama dengan kategori kedua
tingkah laku remaja lari dari rumah tadi, namun jangka masa lari dari rumah tersebut boleh
menjangkau sehingga kepada beberapa minggu.

Seterusnya ialah kategori yang keempat, bagi kategori ini punca remaja lari dari rumah
tidak dapat dikenal pasti. Remaja yang lari dari rumah dalam kategori ini boleh dikatakan
mempunyai struktur kekeluargaan yang lemah, hal ini kerana struktur keluarga yang lemah
dan longgar akan mempengaruhi perkembangan anak-anak. Remaja yang lahir dalam suasana
kekeluargaan ini akan menyebabkan remaja menjadi bebas, mereka bebas pergi ke mana
sahaja yang mereka kehendaki dan akan pulang semula ke rumah mengikut kehendak
mereka. Selain itu, remaja seperti ini juga lazimnya inginkan kebebasan dimana mereka
hanya pulang ke rumah selepas tempat yang ditujui remaja tersebut sebenarnya adalah lebih
teruk jika dibandingkan dengan persekitaraan di rumah. Sebagai contohnya remaja yang lari
dari rumah tersebut dijadikan mangsa dera atau mangsa seks oleh pihak-pihak dan individu
tertentu sama ada di dalam rumah ataupun di luar rumah. Keadaan ini menyebabkan remaja
seperti ini akan sentiasa berubah-ubah sama ada ingin duduk di rumah ataupun duduk di luar
rumah. Dari segi jangka masa remaja lari dari rumah bagi kategori ini pula adalah tidak tentu,
dimana ia bergantung kepada remaja tersebut selama mana mereka akan berada di dalam
rumah ataupun berada di luar rumah. Semua ini adalah bergantung bagaimana bentuk
persekitaraan yang diterima oleh remaja, jika remaja tersebut merasakan mereka dilayan
dengan buruk di rumah maka mereka akan memutuskan untuk lari dari rumah dan sebaliknya
jika mereka dilayan dengan buruk apabila berada di luar rumah maka mereka akan kembali
semula ke rumah.
Bagi kategori tingkah laku lari dari rumah kelima pula ia melibatkan kes yang lebih tegar.
Remaja yang lari dalam kategori ini diklasifikasikan sebagai pelari tegar kerana
mereka keluar dan lari dari rumah dengan tujuan untuk tidak ingin kembali langsung
ke pangkuan keluarga. Lazimnya kes-kes seperti ini adalah melibatkan remaja yang
menghadapi konflik dalam diri dan dengan orang lain. Sebagai contohnya remaja tersebut
menginginkan kebebasan yang sepenuhnya tanpa ada apa-apa kongkongan daripada ibu bapa.
Remaja yang lari dari rumah secara tegar juga boleh disifatkan sebagai mereka yang lari
mengikut ajakan daripada rakan sebaya, bagi remaja yang bercinta tetapi cinta tersebut tidak
direstui oleh keluarga masing-masing mereka akan cenderung untuk lari dari rumah. Situasi
seperti ini menyebabkan remaja membuat keputusan untuk meninggalkan rumah akibat
kecewa dengan sikap ibu bapa mereka. Oleh sebab jenis tingkah laku lari rumah ini
diklasifikasikan sebagai kes lari dari rumah tegar maka jangka waktu mereka lari dari rumah
juga adalah begitu panjang sehingga mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun lamanya.

3.0 Punca masalah remaja lari dari rumah

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan belia lari dari rumah. Salah satu punca utama
tersebut ialah tekanan yang dihadapi dalam keluarga tersebut. Dari segi aspek
psikologikal, ibu bapa di rumah tidak dapat memahami perasaan yang dialami oleh anak-
anak, apa yang mereka inginkan dan apa yang mereka perlukan. Ibu bapa kurang
mengendahkan kepentingan keperluan belia dari segi psikologi contohnya seperti keperluan
keselamatan dan dimiliki, keperluan kepada autonomi, keperluan kompentensi perasaan dan
penghargaan kendiri serta keperluan untuk difahami (Neubeck & Neubeck, 1999). Sebaliknya
apa yang berlaku ialah keadaan tegang yang disebabkan oleh tekanan yang dihadapi oleh ibu
bapa menyebabkan hubungan dalam keluarga menjadi semakin tegang. Keadaan keluarga
seperti ini akan menyebabkan berlakunya perkara-perkara seperti keganasan dalam rumah
tangga, penderaan fizikal, penderaan seksual dan sebagainya lagi yang memberikan kesan
emosi yang mendalam terhadap anak-anak. Kegagalan ibu bapa dalam memberikan perhatian
dan kasih sayang yang sewajarnya sehingga mengabaikan keperluan anak-anak telah menjadi
pendorong kepada belia untuk melarikan diri dari rumah. Setelah dari rumah, mereka akan
melakukan apa sahaja perkara yang mana mereka tidak dapat sewaktu berada di dalam rumah
(Santrock, 2005).

Masalah yang berlaku dalam keluarga ini dilihat sebagai punca utama mengapa golongan
belia terdedah dengan kes-kes lari dari rumah. Hasil kajian yang dijalankan di negara ini yang
dilakukan oleh Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN)
mendapati bahawa kira-kira sepuluh peratus daripada ibu bapa di negara ini tidak
menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin bagi membimbing dan mencorak
anak-anak ke arah kebaikan, situasi ini menyebabkan kes lari dari rumah semakin hari
semakin meningkat dan berada pada tahap yang membimbangkan. Presiden PIBGN,
Mohammad Ali Hassan menjelaskan bahawa kebanyakan alasan yang diberikan oleh ibu
bapa khususnya golongan bapa yang bekerja ialah mereka sering sibuk di tempat kerja,
sehingga menyebabkan waktu untuk meluangkan masa bersama anak-anak sangat terbatas,
sebaliknya apa yang berlaku ialah tugas tersebut diserahkan pula kepada pembantu rumah
ataupun isteri yang tidak bekerja. Kajian yang dijalankan ini juga mendapati bahawa ibu bapa
berkomunikasi dengan anak-anak kurang daripada 30 minit setiap hari, hal ini mengakibatkan
jurang antara ibu bapa dan anak-anak semakin besar sehingga akhinya anak-anak lebih berasa
selesa untuk mencari rakan di luar rumah bagi meluahkan perasaan mereka.

Punca yang menyebabkan golongan belia terlibat dengan isu lari dari rumah ialah akibat
terpengaruh dengan rakan sebaya. Sudah menjadi kebiasaan bahawa setiap remaja akan
terdedah dengan persekitaraan tertentu dan salah satunya ialah pergaulan dengan rakan
sebaya. Rakan sebaya ini adalah merupakan individu yang paling rapat dengan remaja, oleh
itu hal ini akan menyebabkan remaja akan cenderung untuk mudah terpengaruh dengan rakan
sebaya mereka. Rakan sebaya itu mungkin saja boleh terdiri daripada rakan-rakan sewaktu
berada di sekolah ataupun rakan-rakan yang berada di lingkungan kawasan tempat tinggal
remaja tersebut. Lazimnya remaja akan mudah menerima nasihat yang negatif ataupun
mudah terikut-ikut dengan perangai negatif rakan sebaya mereka. Sebagai contohnya remaja
mungkin akan menerima nasihat daripada rakan sebayanya bahawa lari dari rumah dan
mencari kebebasan di luar adalah lebih baik berbanding dengan duduk di rumah dikawal oleh
ibu bapa. Dalam hal ini pemikiran remaja boleh dikatakan masih belum cukup matang dan
rasional sehingga menyebabkan mereka menerima bulat-bulat nasihat dan ajakan negatif
daripada rakan sebaya mereka. Remaja juga cenderung terpengaruh dengan perangai rakan
sebaya, misalnya jika rakan sebayanya itu gemar mencari hiburan di luar rumah, kesannya
remaja juga akan mudah terikut-ikut dengan perangai rakannya itu sehingga sanggup
melarikan diri dari rumah semata-mata mencari kepuasan bersama rakan sebaya mereka.

Punca lain yang dilihat menyebabkan golongan belia dan remaja terbabit dengan kes lari dari
rumah ialah disebabkan oleh masalah yang berlaku di sekolah. Dalam suasana sekolah
terdapat beberapa keadaan yang dapat memberi tekanan kepada remaja sehingga sanggup lari
dari rumah. Antara faktor-faktor tersebut ialah harapan yang terlalu tinggi daripada guru
terhadap pelajar atau remaja tersebut, selain itu tekanan terhadap remaja juga boleh timbul
apabila prestasi akademik yang dicapainya berada di tahap rendah, situasi seperti ini akan
menjadikan remaja menjadi takut jika prestasi akademiknya yang rendah diketahui oleh ibu
bapa, kesannya remaja mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Selain itu terdapat juga
pengalaman-pengalaman yang berlaku di sekolah menyebabkan remaja rasa tertekan, antara
pengalaman tersebut adalah seperti remaja dilabel secara negatif oleh guru, dihalang daripada
menerima sebarang peneguhan seperti pujian, didiskriminasi atas sebab status
sosioekonominya yang rendah, disingkirkan atau dihalau dari memasuki kelas, dirotan oleh
guru dan sebagainya lagi (Neubeck & Neubeck, 1999). Kelemahan gabungan di antara
masalah keluarga dan masalah di sekolah ini seperti ini akhirnya akan menyebabkan remaja
cenderung lari dari rumah bagi menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka.

Sebenarnya banyak lagi punca yang menyebabkan mengapa golongan belia atau remaja lari
dari rumah antaranya ialah seperti terpengaruh dengan budaya barat yang mengagung-
agungkan konsep liberalisme atau kebebasan dalam kehidupan sosial, remaja-remaja di
luar negara khususnya di barat dilihat bebas untuk mengamalkan cara hidup mereka mencari
hiburan sehingga sanggup meninggalkan rumah. Punca lainnya ialah seperti kurangnya
pegangan agama dimana remaja sanggup meninggalkan rumah tanpa memaklumkan kepada
ibu bapa, tindakan remaja seperti ini dilihat tidak menghormati ibu bapa. salah satu isu yang
menarik disini ialah mungkin ada yang mengaitkan status sosioekonomi keluarga yang
rendah juga sebagai punca berlakunya kes lari dari rumah ini. Menurut Santrock (2005),
masalah lari dari rumah di kalangan remaja tidak semuanya berlaku di kalangan masyarakat
yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah, sebaliknya ia berlaku atas kemahuan
remaja sendiri akibat daripada beberapa masalah lain yang timbul seperti masalah dalam
keluarga. Bagi remaja yang hidup dalam status sosioekonomi yang sederhana, lari dari rumah
adalah merupakan sebagai satu cara mereka lari daripada ibu bapa yang dirasakan bersikap
hipokrit dimana masyarakat memandang mereka sebagai keluarga yang memegang nilai
moral yang tinggi, namun sebaliknya apa yang berlaku ialah remaja tersebut hidup dalam
suasana keluarga yang longgar daripada apa yang dianggap sebagai keluarga yang ideal.

4.0 Kesan dan risiko remaja yang terbabit dalam masalah lari dari rumah

Golongan belia atau remaja yang lari dari rumah akan menyebabkan beberapa kesan buruk
berlaku khususnya terhadap remaja yang lari tersebut. Kajian yang dijalankan sebelum ini
mendapati beberapa masalah yang akan timbul apabila remaja lari dari rumah, kebanyakan
remaja yang lari dari rumah cenderung melibatkan diri dengan penyalahgunaan bahan,
mereka didapati menghisap rokok, meminum alkohol dan menyalahgunakan beberapa
jenis dadah berbanding remaja yang tidak terlibat dengan masalah lari dari rumah
(Grenee, Ennet, & Ringwaltz, 1997).

Remaja yang lari dari rumah akan mengalami risiko penyalahgunaan bahan dan juga
jenayah keganasan lain. Remaja lazimnya akan mudah terperangkap dengan masalah-
masalah seperti dadah, alkohol, jenayah, pelacuran, pornografi dan sebagainya lagi. Situasi
seperti ini berlaku apabila remaja lari dari rumah, remaja menjadi bebas tanpa kongkongan
daripada mana-mana pihak termasuklah ibu bapa. kebebasan itulah yang menyebabkan
remaja akan cuba mencari keseronakan bersama-sama rakan sebaya mereka. Hal ini
menyebabkan remaja mudah terdedah dengan pengambilan pelbagai jenis dadah seperti
syabu, ganja, pil ecstacy, heroin dan sebagainya lagi. Salah satu jenis dadah yang sering
disalahgunakan oleh remaja ialah syabu atau istilah lainnya dipanggil sebagai Ice, dadah ini
adalah merupakan sejenis dadah perangsang methamphetamine yang paling popular
disalahgunakan (Clinard & Meier, 2004). Selain itu, remaja seperti ini juga akan cenderung
melibatkan diri dengan pengambilan alkohol, pengambilan bahan ini sering dikaitkan dengan
tujuan untuk berhibur bersama rakan-rakan yang lain. Kesannya ialah remaja mungkin akan
jadi tertagih dengan alkohol sehingga boleh menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak di
kalangan remaja yang lari dari rumah dan menerima pengaruh-pengaruh seperti ini.

Remaja yang lari dari rumah juga terdedah kepada salah laku atau jenayah yang
berkaitan dengan jenayah seksual. Bagi golongan dan remaja yang lari dari rumah
khususnya remaja perempuan, mereka akan cenderung melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti
pelacuran, pornografi, menjadi mangsa keganasan seks dan sebagainya lagi. Remaja
perempuan yang lari dari rumah akan menyebabkan mereka tidak dapat menanggung kos
perbelanjaan seharian, situasi seperti ini akan menyebabkan golongan gadis ini terdesak
untuk menjual tubuh badan sendiri atau melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran dan
pornografi, kesan yang paling serius sekali ialah mereka mungkin akan terdedah kepada
sindiket-sindiket pelacuran yang menjual gadis tempatan ke luar negara (Loh Kha Bee,
2009). Golongan remaja perempuan yang lari dari rumah juga cenderung menjadi mangsa
seksual. Menurut Cauce (2004), remaja perempuan yang lari dari rumah dalam lingkungan
umur 13, 14, dan 15 tahun lebih banyak menjadi mangsa seksual berbanding dengan remaja
perempuan yang berumur lebih daripada 17 tahun. Ini disebabkan mereka masih belum
matang dan tidak mampu mempertahankan diri dalam mengurangkan risiko-risiko yang
mungkin mereka akan hadapi. Situasi-situasi seperti ini akan menyebabkan membawa kepada
beberapa lagi masalah seperti komplikasi dan gangguan psikologi yang mungkin akan
dihadapi oleh golongan belia dan remaja yang terlibat dalam kes lari dari rumah ini.

Antara kesan komplikasi penyakit yang mungkin dihadapi oleh remaja yang terlibat
dalam kes lari dari rumah ini ialah seperti penyakit kelamin, kehamilan di luar
perkahwinan, jangkitan penyakit HIV/AIDS dan sebagainya lagi. Penyakit dan masalah
ini adalah disebabkan oleh kesan daripada aktiviti sosial yang dijalankan oleh remaja yang
lari dari rumah. Penyakit kelamin seperti sifilis adalah merupakan penyakit yang biasa
dihadapi oleh mereka yang melakukan hubungan seks tanpa mengambil langkah keselamatan
seperti pengunaan sarung kondom, dimana ia adalah merupakan penyakit yang mudah
berjangkit kepada remaja yang sering bertukar-tukar pasangan. Kehidupan sosial yang bebas
terhadap remaja yang lari dari rumah ini akan menyebabkan beberapa lagi masalah seperti
kehamilan di luar perkahwinan, perkara-perkara seperti ini sudah tentu akan menyebabkan
keruntuhan moral dan akhlak yang berlaku di dalam masyarakat. Akhir sekali ialah remaja
seperti ini akan mudah terdedah kepada penyakit serius seperti AIDS pembawaan virus HIV.
Berdasarkan satu kajian yang dijalankan terhadap golongan remaja yang lari dari rumah ini,
dilaporkan bahawa remaja lelaki dan remaja perempuan yang menjadi mangsa seksual
didapati lebih berisiko menghidapi penyakit pembawaan HIV berbanding daripada remaja
yang bukan merupakan mangsa seksual (Grenee, Ennet, & Ringwaltz, 1999).

Selain itu remaja yang lari dari rumah juga cenderung menghadapi masalah dari sudut
psikologikal seperti kemurungan, tekanan, kecelaruan tingkah laku, mencederakan diri
sendiri dan akhirnya melakukan percubaan membunuh diri. Masalah psikologi yang
dihadapi oleh mereka ini mungkin disebabkan oleh masalah yang timbul akibat daripada
tindakan mereka yang lari dari rumah. Lazimnya perasaan-perasaan seperti rasa menyesal,
menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan nasib yang menimpa dirinya akan memberikan
kesan terhadap emosi remaja. Sebagai akibatnya remaja-remaja seperti ini akan mengalami
kecelaruan yang disebut sebagai proses pencacatan-kendiri (self-mutilation), pencacatan-
kendiri adalah merujuk kepada tindakan menyakiti atau mencederakan diri sendiri. kajian
yang dijalankan sebelum ini mendapati bahawa sebanyak 69 peratus daripada remaja yang
terlibat dalam masalah lari dari rumah adalah mereka yang didapati mengalami masalah
pencacatan-kendiri, iaitu salah satu masalah psikologi yang akan memberi kesan terhadap
kesihatan fizikal mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang
ketara dari segi jumlah bilangan remaja lelaki dan remaja perempuan lari dari rumah yang
menghadapi kecelaruan pencacatan-kendiri (Tyler, et al., 2003).

5.0 Langkah mengatasi remaja lari dari rumah dan intrevensi yang berkaitan

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil sebagai cara untuk membendung remaja
daripada terlibat dengan masalah dan kes lari dari rumah. Salah satu langkah mengatasi
masalah ini ialah dengan memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Kita sedia maklum
bahawa salah satu punca utama yang menyebabkan remaja lari dari rumah adalah disebabkan
oleh masalah keluarga yang berlaku di dalam rumah. Bagi mengelak anak-anak atau remaja
lari dari rumah, ibu bapa sepatutnya haruslah memahami perasaan anak tentang apa yang
mereka inginkan dan apa yang diperlukan oleh mereka dari sudut pendekatan emosi dan
psikologikal dan bukannya dengan hanya memberikan anak-anak keperluan material semata-
mata. Ibu bapa seharusnya sedar dan tidak menganggap bahawa dengan hanya memberi
keperluan material seperti memberi mereka wang, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya
sudah cukup menjadikan anak-anak mereka berasa bahagia. Sebenarnya anak-anak atau
remaja juga menginginkan keperluan dari sudut psikologi seperti keperluan keselamatan dan
dimiliki, keperluan kepada autonomi, keperluan kompentensi perasaan dan penghargaan
kendiri serta keperluan untuk difahami (Neubeck & Neubeck, 1999). Jika ibu bapa
mengambil berat terhadap perkara-perkara ini sudah tentu remaja tidak akan memberontak
sehingga sanggup lari dari rumah. Ibu bapa seharusnya melibatkan diri sepenuhnya dengan
mengambil tahu masalah anak-anak mereka. Kasih sayang dan kemesraan daripada ibu bapa
sudah tentu dapat memberikan kebahagiaan kepada anak-anak sekaligus mengelak mereka
daripada terjerumus ke dalam masalah lari dari rumah.

Langkah yang kedua ialah dengan memantau peranan yang dimainkan oleh rakan
sebaya. Ibu bapa seharusnya mengambil tahu pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka.
Hai ini adalah untuk memastikan anak-anak mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya yang
tidak baik. Kita sedia maklum bahawa rakan sebaya adalah merupakan individu yang paling
rapat dengan remaja, oleh itu remaja akan cenderung terikut dengan tingkah laku yang
dilakukan oleh rakan sebaya tidak kiralah tingkah laku dan perbuatan itu baik atau tidak.
Menurut Newman (1980), remaja lazimnya akan membuat persepsi bahawa rakan sebaya
adalah satu-satunya kumpulan yang wujud, dimana rakan sebaya dipersepsikan sebagai
tempat dimana remaja menyempurnakan keperluan sosial mereka dan memberi mereka satu
perasaan dihargai. Dalam hai ini katakanlah remaja tersebut menghadapi konflik dengan ibu
bapa ini menyebabkan remaja tersebut tidak teragak-agak untuk lari dari rumah dan pergi ke
tempat rakan sebaya mereka. Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa seharusnya tahu anak-
anak mereka berkawan dengan siapa dan menghalang mereka bersahabat dengan rakan
sebaya yang tidak baik.

Satu lagi cara untuk mengatasi remaja lari dari rumah ialah melalui peranan yang
dimainkan oleh masyarakat. Dalam hal ini pihak-pihak yang berkait secara langsung
dengan remaja seperti guru-guru di sekolah dan jiran-jiran seharusnya bersama-sama
membendung masalah ini. Unit-unit masyarakat seperti kaunselor dan guru-guru di sekolah
perlu memainkan peranan penting dalam mengesan pelajar bermasalah kerana mereka
cenderung untuk melarikan diri dari rumah, pihak-pihak itu seterusnya perlu cuba untuk
mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini. Selain itu terdapat juga beberapa
langkah yang boleh diambil oleh unit-unit masyarakat yang lain seperti jiran tetangga untuk
bersama-sama membendung masalah ini. Jiran tetangga seharusnya perlu menanam semula
nilai hidup kolektivisme dimana masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran lain boleh
diselesaikan secara bersama-sama. Dalam hal ini masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh
sahaja membiarkan remaja hanyut dan terjebak dengan masalah sosial seperti ini.

Seterusnya ialah peranan yang dimainkan oleh media. Media memainkan peranan penting
dalam perkembangan remaja yang boleh memberi kesan positif dan juga kesan negatif, media
membantu dalam mendapatkan maklumat berguna yang berguna kepada kita, namun
sebaliknya media juga boleh memberi kesan yang negatif. Remaja biasanya akan mudah
terpengaruh dengan aksi-aksi negatif yang sering dipaparkan dalam media tidak kira sama
ada yang dipaparkan dalam media elektronik seperti televisyen mahupun media bercetak
seperti majalah dan sebagainya lagi. Sebagai contohnya apabila remaja menonton filem-filem
barat yang memaparkan kehidupan-kehidupan remaja barat yang berpusatkan kepada
kebebasan dan keseronokan sehingga ada yang sanggup lari dari rumah, remaja-remaja
tempatan cenderung terpengaruh dengan budaya kehidupan mereka. Dalam situasi ini ibu
bapa seharusnya memantau dan mengawasi aktiviti anak-anak dalam perkara ini, contohnya
ialah memberi bimbingan kepada anak-anak semasa menonton sesuatu rancangan televisyen
dimana terdapat beberapa perkara dan maklumat negatif yang perlu dielakkan daripada terus
sampai kepada anak-anak.

Akhir sekali ialah langkah-langkah yang dijalankan oleh institusi-institusi yang terlibat
dalam kemasyarakatan. Pada masa kini terdapat beberapa institusi telah ditubuhkan yang
berfokuskan kepada golongan belia khususnya terhadap remaja. Institusi atau pertubuhan
yang ditubuhkan melalui agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan ini membantu
mengelak golongan remaja di negara ini terbabit dengan masalah-masalah sosial seperti
masalah lari dari rumah ini. Institusi seperti ini juga perlu menggalakkan lebih ramai lagi
remaja untuk menyertai program atau aktiviti yang dianjurkan. Program seperti bengkel
kepimpinan, ceramah, kem perkhemahan, aktiviti sukan, aktiviti keagamaan, aktiviti
kemasyarakatan, khidmat sosial komuniti dan sebagainya lagi dapat memberi manfaat yang
berguna kepada remaja sekaligus dapat mencegah remaja terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang
tidak sihat, hal ini kerana masa yang ada lebih ditumpukan kepada kegiatan yang berfaedah
berbanding kegiatan yang tidak berfaedah.

6.0 Statistik-statistik yang berkaitan dengan kes remaja lari dari rumah

Berdasarkan statistik pada tahun 2009, kebanyakan remaja lari dari rumah adalah disebabkan
oleh faktor mengikut kekasih. Dianggarkan sebanyak 99.9 peratus orang hilang atas sebab
mengikut kekasih adalah terdiri daripada golongan perempuan, namun begitu terdapat juga
kes dimana golongan belia lelaki yang lari dari rumah mengikut kekasih. Kesemua kes
tersebut adalah melibatkan bumiputera bukan Islam. Salah satu fakta yang menarik disini
ialah kebanyakan kes lari atau kes golongan perempuan dilarikan oleh teman lelaki adalah
golongan remaja yang berusia dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun.

Berdasarkan statistik yang diterima daripada pihak polis pula, kes berkaitan dengan lari dari
rumah menunjukkan sebanyak 2, 540 kes adalah disebabkan oleh faktor lari bersama teman
lelaki, 1 857 kes disebabkan oleh faktor terpengaruh dengan rakan-rakan, sebanyak 1 529 kes
disebabkan oleh faktor masalah dalam keluarga dan sebanyak 1 371 lagi lari dari rumah
disebabkan oleh faktor ingin kebebasan. Daripada jumlah kes tersebut, didapati bahawa
remaja Melayu adalah golongan yang paling ramai sekali terlibat dalam kes lari dari rumah
iaitu 10, 489 kes jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Analisis yang dibuat
menunjukkan bahawa faktor terpengaruh dengan rakan-rakan adalah faktor utama remaja
Melayu terlibat dengan kes lari dari rumah manakala bagi remaja Cina pula, faktor utama
yang menyebabkan mereka terlibat dengan kes lari dari rumah adalah disebabkan oleh faktor
masalah dalam keluarga (Loh Kha Bee, 2009).

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Institut Sosial Malaysia (ISM) di sebuah pusat
kebajikan dan perlindungan di ibu negara, rata-rata remaja yang ditemui dan ditemubual
mengaku lari dari rumah di antara tiga hingga empat kali, terdapat juga remaja yang
mengakui bahawa mereka lari dari rumah sehingga tujuh kali dalam satu tempoh tertentu.
daripada maklumat tersebut didapati bahawa 70 peratus daripada mereka lari dari rumah
adalah bertujuan menjalankan aktiviti lepak bersama rakan-rakan dengan berjalan-jalan tanpa
hala tuju. Kira-kira 10 peratus daripada jumlah remaja yang ditemui tersebut pula mengakui
melakukan aktiviti-aktiviti negatif yang lebih serius, contohnya seperti menghidu gam
bersama rakan-rakan.

7.0 Teori-teori psikologi/sosiologi yang berkaitan dengan masalah remaja lari dari
rumah

7.1 Teori pembelajaran

Sutherland (1992) (dlm. Clinard & Meier, 2004), telah menjelaskan bahawa tingkah laku
devian adalah disebabkan oleh pembelajaran dan bukannya disebabkan oleh faktor-
faktor seperti kurangnya kecerdasan, masalah dalam fungsi otak dan sebagainya. Salah
satu teori yang dikaitkan dengan teori pembelajaran dan tingkah laku devian ini ialah teori
peneguhan (Reinforcement Theory) yang dikemukakan oleh Akers (1985, 1998). Beliau
menerangkan bahawa tingkah laku devian adalah disebabkan oleh pembelajaran
berasaskan peneguhan atau ganjaran.

Bagi situasi masalah remaja lari dari rumah ini, remaja yang terlibat dalam kegiatan ini
mereka mempelajarinya melalui saluran-saluran media massa seperti dalam televisyen
dan media cetak yang lain. Apabila mereka mengetahui kisah-kisah tersebut seperti filem
barat yang memaparkan mengenai kehidupan remaja di sana, mereka mendapati bahawa lari
dari rumah ini boleh membawa kepuasan dan kebebasan yang lebih kepada remaja
berbanding duduk di rumah tinggal bersama dengan keluarga. Sebenarnya terdapat elemen
peneguhan dalam situasi ini iaitu kebebasan yang mereka akan alami apabila mereka
lari dari rumah.

Keadaan seperti ini dapat dikaitkan dengan pembelajaran pemerhatian yang diutarakan oleh
Albert Bandura. Menurut Marof dan Haslinda (2003), pembelajaran pemerhatian
dinamakan sebagai permodelan dimana ia terhasil apabila manusia memerhatikan
tingkah laku orang lain dan mencatatkan konsekuen tingkah laku tersebut. Dalam
situasi ini remaja tempatan boleh dikatakan menjadikan remaja barat sebagai model mereka.
Remaja akan menjadi terikut-ikut dengan cara hidup dan prinsip kebebasan atau liberalisme
yang diamalkan dalam masyarakat barat tersebut.

7.2 Teori kawalan

Teori yang mula diutarakan oleh Kornhauser (1978), menerangkan bahawa tingkah laku
devian adalah disebabkan oleh kekurangan kawalan terhadap individu daripada
kumpulan-kumpulan tertentu seperti keluarga, komuniti ataupaun masyarakat yang
hidup bersama-sama dengan individu tersebut. Hirschi (1969) (dlm. Clinard & Meier,
2004), telah mengemukakan istilah ikatan (Bond) yang yang mengandungi empat
perkara iaitu kedekatan (attachment), komitmen (commitment), penglibatan
(involvement), dan kepercayaan (belief). Kesemua perkara tersebut dapat menghindari
tingkah laku devian, jika perkara tersebut tidak berlaku maka tingkah laku devian
akan berlaku.

Dalam situasi masalah remaja lari dari rumah ini, remaja yang tidak mendapat kawalan
sepatutnya daripada kumpulan tertentu seperti daripada ahli keluarga akan mudah
terjebak dengan masalah sosial ini. Sebagai contoh disini, seseorang remaja tersebut
mempunyai keinginan untuk mencari kebebasan dan ingin lari daripada kongkongan ibu bapa
di rumah serta ingin lari daripada tekanan-tekanan yang dihadapi dalam keluarganya, dalam
masa yang sama pula kawalan dan perhatian daripada ahli keluarga indvidu tersebut adalah
kurang, keadaan ini akan menyebabkan remaja tersebut mengambil kesempatan ini untuk lari
dari rumah.

Kawalan daripada kumpulan yang mempunyai kedekatan dengan remaja tersebut sebenarnya
sangat penting kerana ia dapat mengelak individu tersebut daripada terlibat dengan masalah
lari dari rumah di samping menyediakan sokongan sosial kepada anak-anak. Hal ini kerana
kumpulan tersebut seperti ahli keluarga, saudara mara, jiran dan sebagainya dapat
membetulkan apa sahaja perkara yang salah yang dilakukan oleh remaja seperti ini. Misalnya
dalam situasi tadi, ahli keluarga seperti ibu bapa seharusnya memberi nasihat kepada remaja
tersebut bahawa lari dari rumah boleh membawa keburukan kepada diri sendiri. Namun apa
yang sebaliknya berlaku pada masa kini ialah ibu bapa hanya mementingkan aspek emosi dan
material mereka sendiri sehingga akhirnya mereka gagal untuk memberi anak-anak mereka
perhatian dan apa yang mereka perlukan (Santrock, 2007). Situasi seperti ini menyebabkan
aspek kawalan dalam keluarga itu menjadi longgar sehingga menyebabkan remaja terbabit
dalam masalah ini.
7.3 Teori labelan

Teori yang diperkenalkan oleh Becker (1963) menerangkan bahawa tingkah laku devian
adalah disebabkan oleh tindakan kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat yang
menetapkan peraturan dan kebenaran kepada orang yang melakukan kesalahan
(Clinard & Meier, 2004). Tindakan melabel seseorang seseorang sebagai pesalah akan
menyebabkan orang yang dilabel sebagai pesalah itu kehilangan semangat untuk mencapai
penyempurnaan kendiri dan berasa putus asa, walaupun mereka telah insaf dengan kesalahan
yang telah dilakukan oleh mereka.

Masalah remaja lari dari rumah ini juga boleh dikaitkan dengan teori labelan ini. Sebagai
contoh dalam situasi ini, terdapat kelompok tertentu yang terus melabel remaja yang telah
insaf dan sedar akibat kesilapan mereka mengambil kerputusan untuk lari dari rumah. Hal ini
sedikit sebanyak menyebabkan mereka berasa berputus asa dengan sikap orang-orang seperti
ini. Walaupun mereka telah berazam untuk mengubah cara hidup mereka dan tidak
ingin melakukan perbuatan itu lagi, namun labelan yang dikenakan terhadap mereka
ini menyebabkan mereka merasakan seolah-olah masyarakat tidak mahu menerima
diri mereka. Labelan yang dikenakan juga boleh melibatkan terhadap orang-orang terdekat
remaja yang lari dari rumah itu, sebagai contoh label turut dikenakan terhadap
keluarganya seperti melabel ibu bapa remaja tersebut kerana tidak mampu menjaga
anak-anak mereka dengan baik. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan remaja ini berasa
malu, mereka tidak berpuas hati dengan labelan yang dikenakan terhadap dirinya dan
keluarganya, sebagai tindak balasnya remaja terus mengulangi tingkah laku lari dari rumah.

Tindakan melabel remaja ini merupakan faktor mengapa remaja lari dari rumah. Sebagai
contohnya di sekolah tindakan guru-guru melabel secara negatif kepada pelajar akan
menyebabkan pelajar tersebut menghadapi tekanan sehingga sanggup lari dari rumah
(Neubeck & Neubeck, 1999). Situasi-situasi seperti ini menjelaskan menunjukkan kepada
kita bahawa pengaruh labelan atau stigma yang diberikan kepada seseorang remaja akan
menyebabkan mereka cenderung terjebak dengan masalah sosial seperti dalam masalah lari
dari rumah ini.

8.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya isu berkenaan remaja lari rumah ini telah mendatangkan beberapa
masalah tehadap golongan belia dan remaja yang terdapat di negara ini. Kes-kes remaja lari
dari rumah semakin hari semakin membimbangkan kita. Apa yang diharapkan ialah majoriti
golongan remaja di negara ini tidak terjerumus dengan masalah-masalah sosial seperti ini,
kita sedia maklum bahawa golongan ini adalah merupakan bakal pemimpin pada masa akan
datang yang mana menjadi modal insan untuk mengerakkan pelbagai aspek pembangunan
dari segi ekonomi, sosial dan sebagainya lagi. Jika kebanyakan remaja pada masa kini
tenggelam dengan masalah seperti ini, maka sudah tentu negara kita akan ketandusan
golongan pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu penulisan berkenaan remaja yang
terlibat dengan kes lari rumah ini telah membincangkan aspek-aspek ini dari pelbagai sudut.
Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti menyebabkan remaja terlibat dengan
masalah ini, kesannya banyak kesan-kesan negatif yang mungkin dihadapi oleh remaja yang
terlibat dalam kes lari dari rumah ini. Risiko-risiko yang dihadapi oleh remaja ini perlu
diatasi melalui beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung. Program-program intrevensi yang dijalankan diharapkan
dapat membantu usaha-usaha yang dijalankan bagi mencegah golongan remaja terjebak
dalam masalah kes lari dari rumah ini. Dari sudut psikologikal dan sosiologikal pula terdapat
beberapa teori yang dikenal pasti boleh dikaitkan dengan tingkahlaku lari dari rumah di
kalangan remaja ini

Anda mungkin juga menyukai