Anda di halaman 1dari 10

SAJAK:

KUDUP PERANG
(TUAH SUJANA)
MAKSUD RANGKAP
RANGKAP 1:
Penyajak mengingatkan bahawa seseorang yang masih bergelar panglima perang akan
sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun,
penyajak masih berasa berterima kasih kerana berpeluang untuk menikmati kehidupan
sambil mencari-cari pahlawan sejati.
RANGKAP 2:
Penyajak sedar bahawa dia tidak sempat hidup dalam zaman perbalahan dan penuh angkara.
Oleh itu, dalam kekeliruan, penyajak tertanya-tanya akan orang yang membunuh pendusta.
RANGKAP 3:
Penyajak tidak mahu menyanjung Tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan Tuah
yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama
walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
RANGKAP 4:
Penyajak tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati
perjuangan Jebat dalam mempertahankan keadilan. Oleh itu, Jebat telah dianggap suci.
RANGKAP 5:
Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang
menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan
keganasan dalam kehidupan yang damai.
RANGKAP 6:
Penyajak sedar bahawa sehingga kini, masyarakat masih bertengkar untuk menentukan
pahlawan sebenar antara Tuah dengan Jebat.
• Persoalan tentang peperangan akan mewujudkan perasaan dendam.

• Persoalan tentang keadilan dan kesaksamaan yang selalu digugat


oleh pendustaan.

• Persoalan tentang perbalahan boleh menjadikan yang tidak benar


kepada benar.

• Persoalan tentang sikap tidak mahu memuji dan berpihak antara Tuah
yang setia dengan Jebat yang menuntut keadilan.

• Persoalan tentang kekeliruan dalam mengenal pasti orang sebenar


yang telah membunuh pendusta.
BENTUK SAJAK

Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.


Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.
Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama.
Setiap baris mempunyai dua hingga enam patah
perkataan.
Setiap baris terdiri daripada empat hingga tujuh belas
suku kata.
GAYA BAHASA

• untuk berlari dengan tangan bergari

• mewarnakan keindahan pada hodohnya


(perulangan vokal a)
• mengudupkan putik dendam (perulangan vokal u)
NILA
NILAI I
CONTOH/PENERANGAN

Keberanian Penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara


pahlawan dan pengkhianat.
Keadilan Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama. Prinsip
keadilan perlu ditegakkan bagi mengelakkan berlakunya
kezaliman.
Keinsafan Penyajak insaf bahawa peperangan dan perbalahan akan
menggugat kedamaian hidup
Kerajinan Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk membina
kebahagiaan hidup semula selepas peperangan perlu
dilakukan.
Kerjasama Perpaduan harus diusahakan bersama-sama agar rakyat di
dalam sesebuah negara dapat hidup dengan aman damai dan
sejahtera.
PENGAJARAN
PENGAJARAN

Anda mungkin juga menyukai