Anda di halaman 1dari 2

SAJAK: KUDUP PERANG

1.0 Maksud
Rangkap 1
Peperangan akan mengakibatkan kezaliman dan penindasan serta membangkitkan
perasaan dendam antara satu sama lain. Namun begitu kita perlu bersyukur kerana
walau dihimpit kesengsaraan oleh perang masih ada insan yang berani untuk
bangkit berjuang walaupun dalam keadaan dikongkong dan disekat kebebasannya.
Dia juga masih dapat memberikan harapan masa depan yang lebih baik. Timbul
persoalan tentang siapakah pemimpin yang sejati.
Rangkap 2
Kita tidak sempat menganalisis dan berfikir untuk masa depan ketika konflik dan
pertarungan untuk memegang tampuk kekuasaan. Pertentangan menjadi
permusuhan yang menimbulkan pelbagai tafsiran yang mengelirukan. Timbul
persoalan siapakah yang akan memusnahkan pendusta?
Rangkap 3
Sekiranya pejuang tersebut seperti Tuah, kita masih tidak dapat menyanjunginya
sebagai seorang panglima yang paling gagah kerana keampuhan kesetiaannya
terhadap kerajaan bukan menjadi ukuran teguhnya neraca keadilan. Kadang-kadang
kesetiaan itu dimusnahkan oleh pengadu domba. Kesannya memberikan
kesengsaraan dan penderitaan serta menjatuhkan maruah negeri.
Sekiranya pejuang tersebut seperti Jebat, kita tidak boleh melabelkannya sebagai
pengkhianat kerana kita masih mengingati keadilan yang musnah kerana fitnah
yang bermaharalela. Ada orang mengaguminya sebagai tokoh pejuang.
Rangkap 4
Perebutan kuasa telah melenyapkan pelbagai tipu daya yang sering dikaitkan
dengan kepalsuan. Akhirnya, telah mengembalikan kebenaran kepada haknya,
memberikan kesejahteraan dan melenyapkan perasaan dendam.
2.0 Tema
Peperangan mengakibatkan kezaliman dan mencetuskan semangat perjuangan
- Peperangan menyebabkan kezaliman, penindasan dan perasaan dendam. Selain
itu, peperangan juga mencetuskan semangat perjuangan untuk menentang
kezaliman dan menegakkan keadilan.
3.0 Persoalan
1. Pengorbanan diri untuk orang lain
Contoh: kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan

2. Kesan peperangan
Contoh: dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah
membangkitkan perasaan dendam antara satu sama lain
3. Menegakkan keadilan
Contoh: menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman
dan penindasan demi menegakkan keadilan

4. Kesetiaan terhadap negara


Contoh: setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang
didiaminya

5. Penilaian perlu dibuat secara adil berdasarkan konteks


Contoh: Tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan
terhadap Tuah dan bukan penderhakaan kepada raja.

Anda mungkin juga menyukai