Anda di halaman 1dari 5

FAKTOR-FAKTOR HEGEMONI DAN GLOBALISASI Melalui zaman perkembangan teknologi yang pesat ini , sedar mahupun tidak kita

kini sedang dipengaruhi oleh hegemoni dan juga globalisasi barat . Oleh itu ,timbul tanda tanya mengenai keadaan ini wujud pelbagai pertanyaan

antaranya,mengapakah pengaruh hegemoni barat ini telah berlaku dengan luas dan pesat? Apakah yang mennyebabkan keadaan ini berlaku ? Oleh yang demikian , kita perlu menganalisis factor factor yang menyebabkan keadaan ini berlaku .

FAKTOR SOSIAL Perkembangan globalisasi yang kian mengancam ini memerlukan kita untuk menganalisis factor- factor supaya kita dapat menyekat perkara ini dari terus berlaku. Factor-faktor globalisasi ini boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti media, ekonomi , politik dan sosial .Daripada sudut media , ia nya merupakan salah satu factor sosial kepada penyumbang berlakunya globalisasi barat dalam kehidupan kini . Barat sebagai pengasas alat komunikasi dunia dengan sendirinya mampu menjadi kuasa pertama yang mampu menghasilkan banyak syarikat-syarikat gergasi media cetak dan media elektronik. Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuhmusuh mereka Media ,dipengaruhi rapat kemajuan teknologi canggih yang dihasilkan mereka dan menjadi ikutan kepada sebuah Negara kecil seperti kita yang berkehendakan mengikuti pekembangan teknologi . Oleh itu , penyebaran maklumat menjadi lebih pantas . Barat yang mana menguasai media dan komunikasi memberi implikasi kepada dunia dengan Cable News Network (CNN), dan British Broad-Casting

Corporation (BBC . Maklumat yang disampaikan menjadi satu fakta yang diyakini oleh kita kerana ianya daripada satu siaran media yang berkapisiti tinggi dan menyeluruh di seluruh dunia . mereka dapat megolah sesuatu berita mengikut kaca mata mereka .Tanpa was-was dan perasangka kita menerima apa yang di zahirkan oleh mereka . Dalam pada masa sama , kepintaran Mark Zurkerberg yang menubuhkan laman sosial facebook mampu menyebarkan maklumat dengan lebih pantas . Disamping

itu , terdapat juga laman sosial lain yang seiringan dengannya seperti twitter ,myspace ,whassup, tagged dan instagram . laman social menjadi lebih dinamik dan komprehensif apabila teknologi menyambut aplikasi mereka didalam telifon pintar yang mudah dibawa kemana sahaja . Oleh itu , sebarang maklumat menjadi lebih cepat diterima oleh masyarakat pada masa kini . Disamping itu , iklan iklan yang diterbitkan dikaca televisyen juga merupakan salah satu daripada factor hegemoni barat berlaku ketika ini .Apabila dirujuk dari sudut ini , setiap iklan yang diterbit daripada produk barat mempunyai unsur-unsur yang sangat bertentangan dengan budaya masyarakat timur yang dipopulasi oleh masyarakat beragama islam yang mengamalkan amalan hidup yang murni dan beretika dalam kehidupan seharian . Sebagai salah satu daripada contoh yang diberikan adalah iklan syampu rambut yang menayangkan rambut untuk

menunjukkan keberkesanan produk tersebut . Daripada sudut perihal agama islam, ianya adalah aurat dalam berpakaian . Selain itu , drama-drama yang

dipertontonkan jua menayangkan kehidupan hidup masyarakat baraT yang mana menunjukkan norma kehidupan bebas yang mana tidak sesuai dengan

kelangsungan hidup masyarakat timur . Jelas membuktikan bahawa adanya unsur hegemini barat yang terserlah disitu . Contoh lain yang ingin turut digambarkan adalah seperti makan ,berpakaian ,adab-adab kehidupan dan sebagainya.

Majalah hiburan turut memberi faktor apabila kandungan majalah mampu mempengaruhi pembaca dengan tingkah laku dan mentaliti para pembaca . apabila diteliti dengan baik maka secara terang-terangan pelbagai aksi dan pakaian yang menjolok mata dimuatkan dalam majalah tersebut . ianya seakan-akan mahu mempengaruhi kita berpakaian seperti mereka . Malahan , seakan-akan mahu menunjukkan kehebatan mereka dalam dunia seni hiburan supaya kita memandang dan menyanjung mereka . contohnya majalah cosmopolitan , home dan seleb .

Dalam pada itu , media radio pada masa kini kedengaran kerancakkan dunia muzik rentak barat . ini menunjukkan seolah-olah kita sangat kagum dengan industry

muzik barat . namun ,sedar mahu pun tidak ,apabila diteliti maksud lirik lagu tersebut

dengan teliti banyak unsur-unsur negatif yang dibawa. Malahan , pergerakan industry muzik turut diikuti oleh video-video lagu . video video yang dihasilkan mereka kebiasannya menunjukkan tarian yang mengghairahkan serta pakaian yang menjolok mata untuk menarik perhatian masyarakat . Pengaruh video ini disokong oleh media seperti you tube dan laman video yang lain yang memudahkan para penonton mengikuti perkembangan mereka dengan lebih dekat dan up to date.

FAKTOR EKONOMI GLOBALISASI BARAT

Pengaruh globalisasi ini adalah yang berpunca dari pada perancangan zionis dan sekutunya yang mempunyai agenda tersendiri untuk mempunyai kuasa terhadap dunia . Antara cara yang berkesan dan tidak menimbulkan kekacauan dan menyeluruh adalah dengan menguasai ekonomi dunia . Cara barat yang bertitik tolak daripada menyebarkan pengaruhnya yang besar dengan menggunakan system ekonomi yang diamalkan oleh mereka . system ekonomi yang diamalkan mereka adalah system ekonomi kapitalis atau pasaran bebas yang memerlukan persaingan yang tinggi untuk menarik minat pelabur . Dengan mempunyai ramai rakan pelaburan mereka , pasaran ekonomi Negara lain boleh ditekan sesuka hati . Akibat daripada kelemahan tersebut , kuasa barat mempunyai peluang untuk mengusai ekonomi dunia dengan pengaruh hegemoni mereka . Contohnya Amerika Syarikat ataupun China lebih banyak memasarkan produk-produk mereka ke pasaran global. Bahkan, kebanyakan produk yang dijual di pusat membeli belah tempatan juga terdiri daripada pelbagai jenis produk-produk dari negara Barat. Tidak kiralah produk kecantikan, pemakanan, pakaian dan sebagainya. Produk-produk yang dipasarkan ini mampu menyumbangkan kadar lonjakan yang tinggi kepada ekonomi negara mereka dan seterusnya mampu menjadikan negara mereka sebagai negara maju . Apabila bertahun lamanya ,Negara tersebut menyumbang produk kepada Negara lain ,maka ianya telah

menjadi keperluan untuk masyarakat Negara tersebut . Sekiranya mereka bertindak menyekatnya ,maka Negara tersebut akan menjadi lemah dan timbul kekacauan . Untuk menyelamatkan keadaan ini . pemimpin Negara tersebut akan mengikut telunjuk yang diberikan Negara pengeluar. Globalisasi Barat ini berlaku juga disebabkan oleh kesan penjajahan mereka terhadap negara-negara yang lemah ketika berabad-abad lamanya dahulu. Negara Barat telah membawa perubahan dan kemajuan suatu ketika dahulu terhadap negara-negara yang dijajah. Maka akibat daripada penjajahan tersebut, ia telah meninggalkan kesan dan implikasinya terhadap masyarakat setempat yang masih mempunyai pengaruh daripada Barat. Dengan itu hegemoni Barat masih mempunyai pengaruh yang besar tehadap masyarakat . Dalam era globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi matawang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institutyang benar-benar menyebarkan Monetary globalisasi Fund (IMF), dan Bank menguasai Dunia, ekonomi World dunia Trade

iaituInternational

serta

Organization(WTO). Satu sistem ekonomi alternatif yang diperkenalkan oleh kerajaanMalaysia adalah sistem perbankan Islam.

FAKTOR POLITIK

Politik barat telah lama mempengaruhi dunia sejak bertahun-tahun lamanya . Bermula dengan penjajahan mereka yang berpaksikan moto gold,golry and , ianya memberi impak secara politik ,struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya . Namun , selepas akhir penjajahan pengaruh politik dan dominasi barat tidak hilang serta merta , contohnya dalam konteks kebebasan dan hak membuat keputusan dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa . ianya masih perlu merujuk kuasa asing

. Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Namun hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pad a hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom dan Perancis telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.Pelbagai isuisu yang berkaitan menunjukkan ketidakadilan dan keputusan akan mempengaruhi kuasa besar atau yang bersekutu dengannya .Terdapat juga pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB dan Konvensyen GENEVA . Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini kita dapat mengetahui banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan ekonomi, perang, pencabulan hakasasi serta penguasaan mereka dalam hal politik negara-negara Islam contohnya dalam isu Palestin , Iraq dan lain-lain . Sehingga kini masih tiada penyelesaian . Tindak tanduk mereka ,hanya mahukan negara tersebut terus berada dalam keadaan yang sebegitu tanpa mengubah keadaan dengan lebih baik . Sekiranya , terdapat negara islam lain yang mencampuri urusan tersebut . Tindakan mengancam negara tersebut pasti dilakukan serta merta . Keadaan ini , menghasilkan banyak negara yang tidak berpuas hati dan tidak mampu bersuara kerana keselamatan dan keharmonian negara pasti akan terancam . http://www.scribd.com/doc/68482978/Hegemoni-Dan-Globalisasi http://nidapink90.blogspot.com/2011/07/hegemoni-dan-globalisasi-barat.html

Anda mungkin juga menyukai