Anda di halaman 1dari 3

Esei Pengajian Am : Globalisasi

by eseipa on November 10, 2015 in Esei Pengajian Am, Pengajian Am, STPM

Globalisasi merupakan satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi
segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh
seluruh manusia di dunia ini.

Kesan Positif Globalisasi


Wujud hubungan yang erat antara negara
Hubungan yang erat dengan negara-negara lain dapat menjamin keselamatan negara
dari ancaman luar.
Bukan itu sahaja, kerjasama dalam pelbagai bidang juga dapat diwujudkan seperti
politik, ekonomi, dan sosial.
Pelbagai isu antarabangsa dapat ditangani bersama seperti isu alam sekitar, hak asasi
manusia, pemerdagangan manusia dan sebagainya.

Perkembangan Sistem Pendidikan negara


Sistem pendidikan negara akan terus berkembang maju dengan adanya internet.
Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di
luar negara.
Rakyat Malaysia dapat mengakses pelbagai maklumat berguna dalam pelbagai bidang
untuk kebaikan mereka seperti bidang perubatam. makanan berkhasiat dan pelbagai isu
semasa.
Rakyat Malaysia juga dapay berinteraksi dengan penduduk di seluruh dunia dan
bertukar-tukar maklumat dalam pelbagai bidang.

Ekonomi negara terus berkembang


Perdagangan bebas, pengaliran modal asing ke Malaysia wujud di negara ini dan hal ini
menggalakkan persaingan dan perluasan pasaran.
Kemasukan buruh mahir dan separa mahir ke Malaysia akan mempercepatkan
kemajuan negara.
Sebagai contohnya, syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga meningkatkan
pelaburan mereka ke seluruh dunia seperti Syarikat Telekom Malaysia dan Maybank.

Pemindahan Teknologi
Teknologi memainkan peranan penting dalam era globalisasi.
Hal ini demikian kerana pemindahan teknologi akan membantu mempercepat kemajuan
Malaysia dalam pelbagai bidang.
Teknologi baharu seperti teknologi nano, bioteknologi, teknologi maklumat dan lain-lain
akan mendominasikan kehidupan manusia akan datang dalam era globalisasi.

Kesan Negatif Globalisasi


Campur tangan dalam hal negara lain
Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk
menggulingkan kerajaan sedia ada sperti negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan, Mesir
dan lain-lain atas alasan mereka menggunakan senjata nuklear atau bersikap kuku besi.
Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap seteru
mereka.
Penggodaman sistem pertahanan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan sistem
pertahanan sesebuah negara.
Akibatnya, keselamatan negara diancam.

Peningkatan gejala sosial


Pengamalan seks bebas, bersekedudukan, pembuangan bayi, minuman keras, budaya
rock dan lepak yang menonjolkan budaya barat yang akhirnya melahirkan remaja yang
rosak akhlaknya.
Dalam sistem pendidikan akan berlaku peminggiran penggunaan bahasa Melayu dan
mengutamakn penggunaan bahasa Inggeris.
Remaja mementingkan budaya hedonism dan hibur-hiburan yang menonjolkan budaya
barat yang bertentangan dengan budaya tempatan.

Ancaman ke atas ekonomi negara


Penguasaan syarikat-syarikat multinasional meyebabkan syarikat-syarikat kecil terpaksa
gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan mereka dalam dan luar negara.
Produk tempatan tidak lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar negara
dan ini memberikan ancaman kepada industri kecil dan sederhana (IKS).
Serangan mata wang Malaysia dan manipulasi pasaran saham menyebabkan nilai mata
wang dan saham Malaysia jatuh teruk. Hal ini demikian akan menjejaskan keyakinan
pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia.

Penyalahgunaan teknologi moden


Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi nuklear
yang dibuat senjata nuklear ataupun kebocoran tenaga nuklear.
Teknologi pembuatan senjata moden telah banyak memusnahkan kehidupan manusia
berbanding kebaikannya.
Pengintipan yang dilakukan oleh negara maju melalui satelit untuk mendapatkan
maklumat negara-negara seteru mereka juga berlaku.

Kesimpulannya, cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi


muda yang berdaya tahun melalui ilmu dan kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai