Anda di halaman 1dari 2

Karangan Jenis Pendapat

Pelupusan bangunan bersejarah atas alasan pembangunan telah


menghakis warisan negara kita.Berikan pendapat anda tentang cara-
cara mengekalkan bangunan bersejarah ini.Bagi sesebuah negara,
bangunan bersejarah adalah penting sebagai warisan masyarakat
yangmendukung negara tersebut. Negara kita juga adalah
tidak terkecuali dalam hal ini. Sememangnya, pengekalan
bangunan bersejarah adalah penting sebagai warisan
masyarakat kita sejak tertubuhnyaKesultanan Melayu Melaka
pada abad kelima belas lagi. Kini, banyak bangunan bersejarah
telahdilupuskan untuk membina bangunan baharu. Pelupusan
bangunan bersejarah atas alasan pembangunan telah
menghakis warisan negara kita. Bangunan bersejarah bukti
kukuh sesuatu peristiwa atau sejarah yang berlaku di negara
kita. Oleh itu, bangunan bersejarah perlu dikekalkan
dandipulihara. Bangunan bersejarah dapat dijadikan iktibar
atau panduan kepada generasi muda dan jugadapat dijadikan
bahan penyelidikan dan kajian tentang evolusi manusia yang
berlaku. Persoalannya,apakah cara dapat dilakukan untuk
mengekalkan bangunan bersejarah ini?Pertama, bangunan
bersejarah boleh dijadikan daya tarikan pelancong, contohnya
KotaCor
nwallis, Istana Kellis, Kota A’ Famosa, tapak kaki Hang Tuah,
Bangunan Sultan Abdul Samad
dan Penjara Pudu. Bangunan bersejarah perlu dipulihara
untuk tatapan pelancong asing. Bangunantersebut mempunyai
daya tarikan kerana berkaitan dengan sejarah yang telah berlaku di
negara kita.Umumnya diketahui para pelancong sama ada dari luar
atau dalam negara ingin melawat ke bangunan bersejarah.Selain
itu, bangunan bersejarah juga boleh diubah suai menjadi
bangunan muzium yangmemaparkan sejarah tertentu. Contohnya,
Istana Lama Kedah dijadikan Muzium Diraja Kedah
yangmerakamkan sejarah susur galur raja-raja yang memerintah
Kedah. Pada masa yang sama, seni binaBangunan Istana Lama
Kedah dapat dijadikan bahan tontonan generasi masyarakat
sekarang.Tambahan pula, bangunan bersejarah juga dapat
ditukar menjadi bangunan pentadbiran.Contohnya, Bangunan
Sultan Abdul Samad pernah dijadikan mahkamah. Dengan
ini, pihak berkenaan dapat mengurangkan kos pembinaan
baharu dan menjadi kebanggaan orang ramai yang pernah
berurusan di situ. Di samping itu, Bangunan Sultan Abdul
Samad juga menjadi mercu tandaKuala Lumpur.Justeru,
bangunan bersejarah juga boleh dijadikan rumah kebajikan
atau pusat jagaan. Badankebajikan tidak perlu menyewa atau
membina bangunan baharu. Mereka boleh mengubah
suai bangunan bersejarah mengikut keperluan tanpa
melupuskan bangunan tersebut. Dengan ini, golonganyang
kurang bernasib baik mendapat pembelaan.Di samping
itu, bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai pusat
perniagaan kalau bangunantersebut masih selamat digunakan.
Bangunan bersejarah akan menjadikan daya tarikan
kepada pelanggan. Peniaga juga dapat berniaga dalam suasana
yang berbeza.Kesimpulannya, bangunan bersejarah masih
memberikan manfaat. Bangunan bersejarahmerupakan
sebahagian warisan bangsa Malaysia. Tinggalan-tinggalan ini
tidak dapat ditukar gantidengan wang ringgit. Di dalamnya
tersingkap banyak kisah yang tidak dapat terperikan dalam
buku- buku sejarah. Oleh itu, semua pihak perlulah
bekerjasama mengekalkan dan memulihara
bangunan bersejarah.

Anda mungkin juga menyukai