Anda di halaman 1dari 3

Skema Jawapan Percubaan Semester 1 (2021)

Bahagian A
1. A 11. D
2. A 12. D
3. C 13. C
4. B 14. C
5. A 15. A
6. B 16. D
7. C 17. B
8. C 18. A
9. D 19. B
10. C 20. D

Bahagian B
21. (a) Frasa” disuntik dengan sikap sabar” bermaksud diterapkan/ditanamkan dengan sikap sabar (1m)
(b) Frasa “kehadiran pihak penguat kuasa perlu dilihat dengan jelas” bermaksud kehadiran pihak
penguat kuasa iaitu polis/polis trafik/JPJ yang dating bertugas dapat dikesan. (1m)

22. Penulis menyatakan bahawa masih banyak pemandu yang tidak sedar bahawa mereka terdedah
kepada risiko kemalangan kerana..
- peraturan jalan raya telah diabaikan (1m)
- anak-anak kecil didukung oleh ibu bapa (1m)
- kanak-kanak tidak diletakkan pada kerusi keselamatan (1m)
- tidak memakai tali pinggang keledar (1m)

23. Kaedah terbaik untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya ialah
- Pemandu perlu disuntik dengan sikap sabar ketika di jalan raya. (1m)
- Pemandu mempunyai sikap berhemah terhadap pemanduan. (1m)
- Pihak berkuasa mengenakan kadar saman yang maksimum terhadap mereka yang
melakukan kesalahan jalan raya. (1m)
- Hukuman yang lebih berat kepada pemandu yang mengakibatkan kemalangan ,
kecederaan dan kematian kepada pengguna jalan raya yang lain. (1m)

24. Kesan yang timbul jika situasi ini iaitu kadar kemalangan maut tinggi yang membabitkan orang
muda yang berumur antara 16 hingga 25 tahun semakin meningkat ialah ... (20m)
IS 1 Sumber tenaga kerja akan berkurangan – produktiviti negara akan terjejas.
IS 2 Kekurangan bakal pemimpin negara yang berpotensi/ berbakat besar pada masa yang akan datang
IS 3 Siswa yang berpotensi cemerlang dalam dunia pendidikan kurang
IS 4 Mendatang impak yang besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan
Kehilangan insan yang tersayang.
IS 5 Kemajuan negara terjejas dalam jangka panjang
IS 6 Membebankan sesebuah keluarga – menjaga dan menguruskan hal-hal yang berkaitan tuntutan
insurans dan sebagainya.

Isi : 3 isi X 5 = 15m


Bahasa = 5m

Jumlah = 20 markah

Bahagian C
Soalan 25
 Pendahuluan
Barangan plastik, khususnya botol dan beg plastik memang banyak kita gunakan
dalam kehidupan seharian. Barangan tersebut merupakan bahan produk petrokimia yang sukar
dilupuskan. Penggunaannya dengan banyak memang mendatangkan masalah, khususnya
masalah alam sekitar.

 Isi-isi penting
1. Mengurangkan pengeluaran dan penggunaannya. Langkah mengenakan bayaran sebanyak 20
sen untuk sehelai beg plastik kepada pembeli barangan, sebagaimana yang dikenakan oleh
pasar raya kini wajar diteruskan. Sekurang-kurangnya, seseorang perlu berfikir dua kali
sebelum menyetujui bayaran tersebut.
2. Menggantikan beg atau bungkusan plastik dengan bahan yang mudah dilupuskan merupakan
langkah yang wajar. Penggunaan pembungkus kertas dan bahan plastik biodegradasi yang lebih
bersifat mesra alam juga merupakan satu langkah yang wajar diperluas.
3. Pengguna harus menggunakan semula sesuatu beg plastik untuk beberapa kali. Ini merupakan
satu langkah penjimatan di samping dapat mengurangkan jumlah penggunaan bahan tersebut.
4. Menukarkan beg plastik yang masih baik dengan barangan, wang atau perkhidmatan juga
perlu. Di luar negara, terdapat usaha menukarkan botol plastik dengan tiket bas, minuman, dan
barangan lain. Langkah ini mengujakan pengguna.
5. Mengitar semula barangan tersebut, sama ada dengan menghasilkan semula produk yang
sama atau produk yang lain perlu dilakukan. Dalam hal ini, ada pihak tertentu yang
menggunakan botol plastik terpakai untuk menghasilkan produk-produk seni yang menarik. Ini
wajar digalakkan.
6. Mengumpulkan barangan plastik secara berasingan dengan bahan buangan yang lain juga satu
usaha yang berkesan. Ini supaya usaha untuk melupuskannya dapat dilakukan dengan lebih
sistematik dan mudah.

 Kesimpulan
Kebanyakan langkah di atas dapat dilakukan oleh masyarakat secara individu. Ini bermakna jika
setiap kita melakukannya, usaha mengatasi masalah ini mempunyai potensi besar untuk berjaya.
Oleh itu, kesedaran harus diwujudkan dan diperluas kepada seluruh penduduk agar kesannya akan
lebih ketara.

Soalan 26
 Pendahuluan
Aktiviti sukan penting kepada setiap anggota masyarakat. Aktiviti sukan banyak mendatangkan
faedah. Banyak jenis aktiviti sukan boleh disertai oleh anak-anak. Terdapat pelbagai usaha yang
dapat dilakukan oleh ibu bapa.

 Isi-isi penting (skop kepada usaha ibu bapa sahaja)


1. Ibu bapa menunjukkan contoh atau teladan kepada anak-anak untuk bersukan – anak-anak
memang selalu mencontohi ibu bapa mereka.
2. Ibu bapa membelikan anal-anak peralatan sukan – anak-anak akan berminat untuk bersukan.
3. Ibu bapa menggalakkan ana-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan secara aktif
sejak kecil lagi – perkara ini akan menjadi kebiasaan.
4. Ibu bapa memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat
latihan – anak-anak akan lebih bermotivasi untuk bersukan.
5. Ibu bapa membeli majalah sukan yang diminati oleh anak-anak – anak-anak akan teruja untuk
menjadi atlet seperti dalam majalah tersebut.
6. Ibu bapa menonton rancangan sukan di televisyen bersama dengan anak-anak – anak-anak
akan mendapat inspirasi atau semangat untuk bersukan.

 Kesimpulan
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bergiat aktif
dalam bidang sukan. Harapannya agar anak-anak aktif bersukan dan dapat melahirkan masyarakat
yang sihat dan cergas.

Soalan 27
 Pendahuluan
Penyakit berjangkit – penyakit yang merebak daripada seorang kepada seorang yang lain. Contoh –
malaria, denggi, taun, AIDS, penyakit kelamin. Disebarkan oleh vector pembawa penyakit – lipas,
nyamuk, tikus, lalat, dan sebagainya. Memang berpunca daripada sikap masyarakat yang tidak
menjaga kebersihan. Terdapat juga punca-punca lain – turut dibincangkan.

 Isi-isi penting
1. Sikap masyarakat yang suka membuang sampah sarap di merata-rata tempat persekitaran
tempat tinggal – air bertakung – nyamuk membiak – mengakibatkan demam denggi dan
malaria – kawasan yang kotor dan berbau – membiakkan lalat dan tikus serta haiwan pembawa
penyakit.
2. Sikap masyarakat yang tidak berdisiplin serta mengamalkan seks bebas – merebaknya penyakit
kelamin, seperti cervictis, epididimitis, gonore, dan sebagainya – pengamal homoseksual atau
gay pula akan menyebarkan kuman HIV yang mengakibatkan AIDS
3. Sikap masyarakat yang suka berkongsi barangan peribadi – mengakibatkan merebaknya
penyakit kulit seperti kurap dan panau – penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan –
merebaknya penyakit AIDS.
4. Kecuaian pihak hospital dalam proses pemindahan darah bagi pesakit yang memerlukan –
darah mungkin mengandungi kuman HIV – pesakit akan mengidap AIDS sehingga
mengakibatkan kematian.
5. Tapak pembuangan sampah yang berdekatan dengan kawasan perumahan – akibat kelewatan
Majlis Perbandaran mengambil sampah menyebabkan sampah bertaburan diselongkar oleh
anjing liar – haiwan pembawa penyakit membiak seperti lipas dan tikus aktif di kawasan
sebegitu – masyarakat setempat terdedah kepada kencing tikus.
6. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perbandaran gagal memainkan peranan
untuk membangkitkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan diri dalam kalangan masyarakat
setempat – racun penyembur nyamuk tidak disembur di sesetengah kawasan yang menjadi
tempat pembiakan nyamuk pembawa penyakit.

 Kesimpulan
Sikap masyarakat amat penting untuk mengelakkan penyakit berjangkit. Amalan kebersihan
menjadi prasyarat utama mengelakkan penyakit berjangkit. Boleh menyebabkan kematian. Harus
dicegah sebelum kita terkena jangkitannya.

Anda mungkin juga menyukai