Anda di halaman 1dari 2

PUNCA HUBUNGAN KELUARGA SEMAKIN RENGGANG

Institusi keluarga merupakan aset utama kepada pembentukan sebuah


masyarakat harmoni. Semua anggota keluarga saling mengenal dan mengambil
berat antara satu sama lain. Namun begitu, pada alaf baru ini, isu kekeluargaan
sering dipandang enteng dan menjadi sesuatu yang remeh bagi kebanyakkan ahli
masyarakat. Dunia tidak lagi mengambil berat tentang isu kekeluargaan, walaupun
pada hakikatnya, institusi keluarga amat penting bagi kehidupan manusia sejagat.
Seperti sedia maklum, ternyata banyak factor kerenggangan hubungan
kekeluargaan.
Pada pendapat saya, hubungan sebuah keluarga semakin renggang
disebabkan ahli keluarga sibuk bekerja dan melakukan urusan masing-masing. Hal
ini kerana, ibu bapa yang sibuk bekerja, manakala anak-anak pula sibuk bersekolah
dan mengikuti pelbagai program di sekolah. Tamsilannya, ahli keluarga jarang
berjumpa untuk meluangkan masa dan melakukan aktiviti riadah bersama walaupun
pada hujung minggu. Pada masa yang sama, anak-anak juga tidak mendapat kasih
sayang yang cukup daripada ibu bapa. Maka, tidak hairanlah jika anak-anak lebih
mementingkan hubungan bersama rakan-rakan. Seyogianya, ibu bapa hendaklah
menggunakan waktu hujung minngu dengan anak-anak supaya hubungan
kekeluargaan semakin erat.
Di samping itu, perbezaan taraf hidup menyebabkan ada ahli keluarga yang
tergamak menyisihkan ahli keluarga yang lain. Pada hari ini, rata-rata manusia
berfikiran kehidupan mereka bertuhankan wang. Pangkat dan harta kekayaan
menjadi salah satu daripada tahap pengukur kebahagiaan seseorang. Ahli keluarga
yang berjaya sehingga hidup mewah dan berjawatan tinggi selalu menyisihkan ahli
keluarga yang bekerja sebagai buruh. Keadaan ini disebabkan mereka tidak mahu
orang lain melihat keturunan mereka bekerja sebagai kuli atau tidak setaraf dengan
mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa cara hidup sesetengah keluarga terlalu sibuk
mementingkan material sehingga telah menyebabkan kerenggangan dalam
hubungan kekeluargaan.
Dari sudut yang lain, kerenggangan ahli keluarga juga disebabkan oleh
pergaduhan perebutan harta pusaka. Bahawa ini terbukti apabila carian di internet
menunjukkan lebih empat ratus ribu paparan berkisarkan perebutan harta. Terdapat
ahli keluarga yang menyimpan dendam terhadap ahli keluarga yang lain
sehinggakan ada yang nekad berpatah arang berkerat rotan dengan darah daging
sendiri. Isu ini juga dibiarkan, bukan sahaja menjadi duri dalam daging kepada ahli
kelurga tersebut malah kepada agama dan negara. Walaubagaimanapun, ia dapat
diatasi jika pemilik harta pusaka membuat wasiat lebih awal supaya berlakunya
keadilan antara satu sama lain. Oleh itu, ibu bapa hendaklah saling bantu membantu
antara satu sama lain supaya hidup dalam keadaan aman harmoni.
Kehidupan pada zaman moden menyebabkan ada dalam kalangan ahli
keluarga yang tidak pandai bersosial dengan orang lain terutamanya ahli keluarga
sendiri. Golongan ini takut dikatakan sombong kerana mereka tidak tahu memulakan

This study source was downloaded by 100000854522416 from CourseHero.com on 10-11-2022 09:11:51 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/147943023/KARANGAN-BM-KEKELUARGAANdocx/
perbualan apabila berdepan dengan ahli keluarga yang lain kerana segan atau
rimas. Ada juga sesetengah individu, mereka rasa malu dan suka bersendirian
sahaja. Mereka menjadi tidak pandai bersosial dengan orang lain kerana terlalu
banyak meluangkan masa dengan melayari laman sesawang. Oleh itu, jelaslah
bahawa ahli keluarga perlu berkomunikasi antara satu sama lain dengan meluahkan
masalah atau sebagainya supaya dapat diatasi Bersama.
Seterusnya, punca hubungan keluarga semakin renggang kerana mereka
terpaksa tinggal berjauhan dan jarang berjumpa. Setelah hidup berumah tangga ada
ahli keluarga yang terpaksa berhijrah ke daerah, negeri, atau negara lain. Apabila
sudah mempunyai ahli keluarga sendiri mereka fokus untuk membangunkan
keluarga sendiri menyebabkan mereka tidak ada masa balik ke kampung untuk
beramah mesra dengan ahli keluarga yang lain. Hal ini akan menyebabkan anggota
keluarga yang lain berkecil hati dengan tindakan tersebut. Contohnya, ibu bapa
berasa diri mereka diabaikan oleh anak-anak tidak pulang menziarahi mereka
setelah mendirikan rumah tangga. Oleh sebab itu, anak-anak tidak patut
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa mahupun mereka sudah
mempunyai keluarga sendiri.
Generasi pada masa sekarang tidak sepatutnya mengetepikan hubungan
kekeluargaan hanya semata-mata untuk mengejar status, darjat dan kebendaan.
Usaha untuk mengeratkan hubungan merupakan usaha yang murni dan dituntut
oleh agama. Walau apa pun yang terjadi dalam sesebuah keluarga, didikan agama
dan moral harus ditancapkan ke dalam jiwa anak-anak agar mereka mengamalkan
sikap-sikap yang terpuji. Ibu bapa juga perlu menjadi teladan yang baik kepada
anak-anak, seperti kata pepatah, ‘bapa borek, anaknya rintik’. Anak-anak sebagai
bakal pewaris kepimpinan negara harus dikuatkan jati dirinya dan diberikan tarbiah
sebagai penyuluh supaya mereka dapat terus berjalan pada jalan yang terang dalam
menghadapi masalah keluarga.

*651 pp

This study source was downloaded by 100000854522416 from CourseHero.com on 10-11-2022 09:11:51 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/147943023/KARANGAN-BM-KEKELUARGAANdocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai