Anda di halaman 1dari 18

NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

TEMA:

INTEGRASI
DAN
PERPADUAN

Dibina oleh:
Puan Salmiah binti Ramli
(rasahati)

1
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

SOALAN-SOALAN STPM TAHUN-TAHUN LEPAS


2013- 2020 (SEMESTER 1)

TEMA : INTEGRASI DAN PERPADUAN

TAHUN TEMA TAJUK

STPM S21- Selain dari aspek pemisahan fizikal, terdapat faktor-faktor lain yang
2014/2015 menghalang pengintegrasian dan perpaduan kaum di negara ini. Ulaskan
penyataan ini. (1 + 4)

STPM S22- Perpaduan kaum memainkan peranan yang penting untuk menjamin
2016/2017 keamanan negara. Lantaran itu, kerajaan hendaklah melaksanakan
pelbagai langkah untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di
negara ini. Jelaskan. (3 + 2/ 2 + 3)

S22-Sistem persekolahan mampu memupuk perpaduan kaum di negara


STPM ini. Namun demikian, peranan pelbagai pihak lain tidak boleh diketepikan.
2017/2018 Jelaskan. (1+ 4)
1. Peranan sistem persekolahan
2. Peranan Masy
3. Peranan Kerjaan
4. Peranan Keluarga
5. Peranan Pemimpin masyarakat.
6. Peranan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
7. Peranan Parti Politik pelbagai kaum.
8. Peranan Media Massa.

STPM S21- Perpaduan adalah penting untuk keharmonian dan kestabilan negara.
2019/2020 Pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk mengukuhkannya. Jelaskan.
(3 + 2)

2
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

INTEGRASI DAN PERPADUAN

Manfaat/ Kepentingan Perpaduan @ hidup bersatu padu (STPM 2019/2020)

1. Mewujudkan suasana yang aman dan harmoni.


 Rakyat sentiasa berasa selamat dan bebas bergerak.
 Perpaduan membolehkan segala urusan kehidupan harian dilaksanakan dengan licin dan lancar
 Rakyat berasa selamat semasa melakukan aktiviti harian
 Rakyat bebas melakukan aktiviti harian tanpa sekatan
 Suasana yang aman dan tenteram tanpa perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain dapat melahirkan
generasi yang cemerlang dari aspek sahsiah diri, rohani, mental dan fizikal.

2. Pemacu kepada perkembangan ekonomi/ dapat memajukan ekonomi.


 Aktiviti perdagangan dalam dan luar negara dapat dijalankan dengan baik untuk membangunkan negara.
 Hasil pengeluaran pelbagai sektor seperti pertanian dan pembuatan akan dapat ditingkatkan dan berkembang
maju.
 Sekiranya rakyat kita bersatu, pelabur asing tentunya berminat melabur dalam negara yang stabil dan
makmur.
 Para pelabur tidak perlu risau akan mengalami kerugian dalam pelaburan kerana perpaduan yang wujud
menjamin keamanan.
 Pelaburan ini akan membantu meningkatkan ekonomi negara kita.

3. Negara dapat ditadbir dengan baik


 Terdapat pelbagai kaum yang memimpin negara akan mewujudkan perasaan perkongsian yang bermakna
kepada kesejahteraan negara.
 Saling mempercayai antara kaum akan menghasilkan budaya dan etika kerja yang baik.

4. Dapat bekerja dan mencari rezeki dengan baik dan selesa.


 Hal ini demikian kerana perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dapat membantu pihak
kerajaan dan swasta mewujudkan pelbagai kemudahan dan peluang pekerjaan untuk rakyat.
 Kita juga tidak berasa takut untuk keluar bekerja di mana-mana sahaja.

5. Pelbagai adat dan budaya dapat dipelajari


 Rakyat beruntung kerana dapat mempelajari pelbagai warisan, budaya dan adat resam kaum lain
 Kekayaan kebudayaan yang dimiliki oleh negara akan menjadi kebanggaan rakyat untuk diperkenalkan
kepada masyarakat luar

Sikap positif masyarakat yang mengukuhkan perpaduan.

1. Sikap yang dapat menerima perbezaan budaya antara kaum.


 Masyarakat perlulah menerima perbezaan yang ada antara budaya pelbagai kaum.
 Setiap individu masyarakat perlu memahami budaya kaum-kaum lain.
 Pemahamanan budaya yang teguh akan menggalakkan sikap kerjasama dan mengukuhkan semangat
kejiranan.

2. Sikap Saling hormati-menghormati dan bertolak-ansur.


 Sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain
 Sikap bertolak ansur sesama bangsa dan agama yang berlainan amat dititikberatkan supaya pertelingkahan
antara kaum tidak wujud.
 Dengan ini, rakyat pelbagai kaum boleh bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama
masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.

3. Sikap yang mengamalkan budaya penyayang.


 Anggota masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam kehidupan akan sentiasa menghormati kaum-
kaum lain tanpa mengira perbezaan agama mahupun budaya.
 Dapat mengelakkan prasangka negatif antara kaum.
 Budaya penyayang dapat mempertahankan perpaduan antara kaum.

3
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

FOKUS 2020

Ancaman Untuk Mencapai Perpaduan

1. Berlainan agama
 Agama berlainan mewujudkan kepercayaan yang berlainan juga
 Kepercayaan yang berbeza menimbulkan masalah kerana pantang larang, adat dan amalan yang saling
bercanggahan.
 Kerajaan terpaksa mengamalkan dasar yang proaktif demi memastikan pelbagai kaum di negara ini saling
menghormati kepercayaan dan agama kaum lain

2. Masalah komposisi penduduk dan kawasan penempatan


 Lokasi dan penempatan yang berbeza
 Tinggal di bandar dan luar bandar dan penempatan mewah, sederhana atau rumah murah
 Menyebabkan rakyat tidak dapat berkomunikasi dengan baik

3. Pengaruh situasi politik negara


 Masalah kepelbagaian pengaruh dan pegangan politik rakyat menyukarkan usaha memupuk perpaduan
rakyat
 Terdapat ideologi atau fahaman politik yang berlainan
 Demi mencapai cita-cita politik isu perkauman dieksplotasikan
 Menagih sokongan mutlak kaum sendiri dengan berdiri atas isu perkauman.
 Memberikan kesan sampingan dan menjurus kepada masalah pengasingan hubungan rakyat

4. Tedapat akhbar pelbagai bahasa


 Terdapat akhbar diterbitkan khusus untuk tatapan sesuatu kaum menimbulkan syak wasangka kaum lain
 Setiap ahkbar akan memaparkan berita, budaya dan apa-apa jua perkembangan dengan menggunakan
huruf atau bahasa yang tidak difahami oleh kaum lain.
 Akhbar ini tidak mampu membantu kerajaan dalam menyemai semangat kecintaan kepada negara

5. Perkembangan media alternatif


 Tindakan blogger yang menyokong dan taasub melulu kepada sebuah parti sering menyerang parti lain
dengan isu sentitif
 Penggunaan media alternatif secara tidak bersemuka, tidak boleh ditegah hanya boleh diambil tindakan
turut menyemarakkan isu perkauman
 Isu sensitif dimanipulasi bagi menjatuhkan atau mengangkat seseorang pemimpin.

6. Usaha mengubah status quo


 Sikap tolak ansur antara kaum sudah lama terjalin , namun atas politik sempit sanggup mempersoalkan
perkara yang sudah dipersetujui bersama
 Penerimaan terhadap agama, bahasa, kedudukan raja-raja, hak istimewa suatu kaum dan banyak perkara
lagi semakin berani dipersoalkan dan dikritik dengan lantang
 Keberanian untuk mengubah kedudukan sedia ada yang telah diterima bersama akan menimbulkan rasa
curiga dan kemarahan suatu kaum terhadap kaum yang mempersoalkan status quo yang telah diterima
bersama
 Situasi ini mengancam perpaduan dan keharmonian kaum

Pihak yang cuba menjejaskan usaha mewujudkan perpaduan kaum:

1. Pihak media massa.


2. Pihak Parti-parti politik.
3. Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO).
4. Pihak Ibu Bapa.

4
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

FOKUS 2020

TRANSFOMASI SISTEM PENDIDIKAN

1. Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan


• Keseragaman sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa
pengantar.
• Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah
mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik yang lebih memahami antara satu sama lain dan mengelakkan
prasangka kaum.
• Pendedahan kepada nilai-nilai yang sama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu
membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya.
• Aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat yang disertai oleh kumpulan etnik membolehkan pelajar
berinteraksi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama.

2. Pendemokrasian pendidikan
• Memastikan agar semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka
bersekolah di bandar atau di luar bandar /antara Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan.
• Pelajar-pelajar berhak untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita.
• Dengan ini sekolah dapat memupuk proses integrasi antara etnik.

3. Pelaksanaan Sekolah Wawasan


• Sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan
agama.
• Membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama.
• Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang
berlainan etnik dan agama.
• Melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua
pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan
• pelaksanaan aktiviti.

4. Pelaksanaan sekolah satu aliran


• Sistem yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja di sekolah.
• Tidak akan menghapuskan bahasa ibunda kaum-kaum lain (dijadikan mata pelajaran elektif).
• Boleh bergaul secara meluas dan memahami budaya kaum-kaum lain.
• Semangat perkauman akan dapat dihapuskan.
• Pergaulan antara pelbagai etnik menjadikan mereka lebih bertoleransi antara satu sama lain.

Usaha Kerajaan Memupuk Perpaduan Kaum

1. Merapatkan jurang ekonomi antara kaum FOKUS 2020


 Pengagihan kekayaan yang adil dapat memupuk perpaduan rakyat.
 Pekerjaan yang luas disediakan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan
diantara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar.
 Prasangka dan rasa tidak puas hati dapat dikurangkan.
 Dengan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

2. Menyuntik nilai perpaduan melalui sistem pendidikan.


• Semua sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama, kurikulum yang sama, peperiksaan yang seragam dan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan
• Aktiviti kurikulum dan kokurikulum dapat memupuk nilai-nilai positif.
• Sukatan pelajaran yang menitikkan semangat kerjasama dan patriotik membantu menyemai sikap tolenrasi dan
hormat-menghormati antara kaum

3. Mewujudkan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai etnik.


• Bertujuan merapatkan hubungan antara kaum
• Contohnya menjalankan aktiviti kejiranan, program integrasi dan wilayah seperti lawatan sambil belajar
• Melalui aktiviti, anggota masyarakat akan berinteraksi dan mewujudkan perasaan kekitaan
• Pihak kerajaan menyokong aktiviti dengan menganjurkan dan memberikan peruntukan tertentu
• Program Khidmat Negara, Sukan, Gotong royong perdana, Rumah terbuka hari perayaan

4. Memperbanyak Program peningkatan kesedaran tentang kepentingan perpaduan.


• Melalui pendidikan disekolah secara langksung dan tidak langsung
• Melalui media massa, ceramah, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya
• Rakyat perlu diberi kesedaran tentang pentingnya perpaduan dalam sesebuah negara

5
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

5. Memastikan Penggunaan satu bahasa


• Pengetahuan dan penggunaan satu bahasa membolehkan setiap rakyat berkomunikasi sesama sendiri.
Perselisihan faham dapat dielakkan.
• Dengan penggunaan satu bahasa, setiap kaum dapat mengenali adat resam kaum-kaum yang lain serta
bekerjasama bagi membangunkan negara
• Sebagai bukti, penggunaan Bahasa Malaysia telah dapat menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Usaha Pihak Sekolah yang dapat memupuk perpaduan FOKUS 2020

1. Menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara.


 Buku latihan sekolah perlu mempunyai Rukun Negara supaya pelajar dapat membacanya dengan senang.
 Pihak sekolah perlu memastikan pelajar-pelajar dapat menghafal prinsip-prinsip Rukun Negara. Contohnya,
pelajar dikehendaki melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam perhimpunan mingguan sekolah.
 Ini akan menjadikan pelajar-pelajar saling hormat-menghormati serta memahami kebudayaan kaum lain dan
hidup secara yang muhibah.
 Keadaan ini secara langsung telah menanam unsur perpaduan dan intergrasi nasional didalam diri pelajar
melalui Rukun Negara yang dihafal dan diamalkan oleh mereka.

2. Dengan melancarkan Program Pendidikan dan kesedaran perpaduan.


 kempen, ceramah, seminar dan kem-kem motivasi yang berfokuskan perpaduan dan intergrasi national.
 pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kepentingan perpaduan di negara kita
 Contohnya,pelajar digalakkan menyertai kem-kem motivasi yang dianjurkan supaya dapat mempelajari dan
memahami konsep perpaduan yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah.
 Pelajar akan tahu akan kepentingan perpaduan dan intergrasi nasional kepada negara dan sekali gus akan
mengamalkannya.

3. Mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum


 Seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain di sekolah.
 Melalui cara ini, setiap pelajar dapat mempelajari adat resam serta kepercayaan kaum-kaum didalam
Malaysia.
 Ini akan menimbulkan rasa hormat di kalangan pelajar terhadap kaum yang lain selain dapat mengeratkan
persefahaman diantara pelajar-pelajar yang berlainan kaum.
 Salah faham dan perbezaan pendapat antara kaum akan dapat dielakkan kerana pelajar-pelajar telah
memahami budaya kaum lain.

4. Sekolah Penyayang
 Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua
Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa
dan Guru.
 Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang
suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih
sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.

5. Penyertaan Dalam Kokurikulum


 Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam.
Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan
pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam.
 Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari
penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan.

6. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan


 Sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara
 Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan
Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan.
 Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik,
pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum,
penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta
sambutan detik kemerdekaan.
 Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri
dan kebangsaan.
 Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah
berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi
dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

6
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

7. Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah


 Program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu
Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah
perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya.
 Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong,
persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya.
 Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri
pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum
dan keturunan.

Aktiviti Masyarakat Setempat Untuk memupuk Perpaduan FOKUS 2020

Program Pemuafakatan Masyarakat


Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-program ilmiah seperti
ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan Beradab, gotong royong, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Hari Keluarga dan Sukan Rakyat


Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua
peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina
persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat.

Acara kebudayaan dan kesenian


Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, boria, dikir barat,
persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain
dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.

Sambutan perayaan semua kaum


Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali
Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mengatur
program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama.
Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan
selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan
perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan.

Aktiviti Riadah
Setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak
Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti
yang boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma’al
Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum
dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat
menghormati sesama masyarakat.

Peranan Rakyat bagi mengukuhkan Perpaduan FOKUS 2020

Setiap tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan
tema sambutan yang silih berganti. Jika slogan tersebut dibaca dan diteliti, ia akan membawa satu mesej yang sama
iaitu kepentingan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama di negara ini agar hidup bersatu-padu, saling
menghormati antara satu sama lain serta saling membantu sesama jiran tetangga.

Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi
kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat
penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya
kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata.
Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?

Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk
persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan
dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”.

Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran tetangga. Dengan jiran yang berlainan bangsa dan
ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan.
Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati
keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.

7
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya
bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa,
mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan
permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka
dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-


padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-
kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelaja0r secara berkumpulan dalam
melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah.

Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan
pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja.
Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar,
misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-
pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat
memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.
Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi
berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang
dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam
diri mereka.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh
mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil
kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan
perpaduan.

Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini
melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen
Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti
ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi antara
jiran tetangga berlainan bangsa.

Langkah Kerajaan Memupuk Perpaduan Dalam Pelbagai Bidang

1. Menerusi bidang pendidikan


 Sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan melalui pelbagai cara.
 Sistem persekolahan yang sama bagi semua masyarakat pelbagai kaum
 Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
 Kurikulum yang sama
 Sukatan pelajaran yang seragam
 Peperiksaan yang seragam
 Kegiatan kokurikulum

2. Menerusi bidang Kebudayaan


 Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Dasar ini menjadi panduan pembentukan dan pengekalan identiti rakyat Malaysia.
 Memelihara keperibadian kebangsaan di samping mengekalkan kepelbagaian kebudayaan kaum.

3. Menerusi bidang Sukan


 Menyemarakkan semangat patriotik rakyat.
 Mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan antara negeri.

4. Menerusi bidang ekonomi


 Dalam aspek ekonomi perkara asas kepada perpaduan negara serta intergasi nasional ialah melalui Dasar
Ekonomi Baru(DEB).
 Strategi yang dilaksanakan melalui dasar ini ialah mengurangkan serta membasmi kemiskinan dengan
menambahkan peluang –peluang pekerjaan kepada semua rakyat-rakyat Malaysia serta mempercepatkan
proses penyusunan semula masyarakat.

8
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

5. Menerusi bidang politik


 Permuafakatan politik juga diwujudkan.
 Melalui perpaduan politik ini juga pertikaian asas yang berlaku dapat diatasi dan sebuah negara aman dan
makmur dapat diwujudkan.

Sikap Generasi Muda Yang Menjejaskan Usaha Perpaduan FOKUS 2020

1. Sikap yang sentiasa sibuk dengan urusan seharian.


 Sibuk dengan urusan harian dan kerjaya hingga tidak hiraukan perkara lain.
 Bersikap individualistik dan suka bersendirian.
 Kurang berkomunikasi sesama rakan dan jiran tetangga terutama antara pelbagai kaum.

2. Sikap selalu leka dengan gajet.


 Kebanyakkan generasi muda lebih suka menghabiskan masa dengan bermain gajet.
 Penggunaan gajet yang berlebihan menjadikan generasi muda lebih bersifat individualistik.
 Ada juga generasi muda menggunakan gajet untuk membuat provokasi kaum sehingga menimbulkan
perselisihan faham antara kaum.

3. Sikap tidak ambil peduli.


 Tiada kesedaran dan memandang remeh tentang kepentingan hidup bersatu padu dan perpaduan.
 Mengganggap bahawa perkara itu bukan perkara utama dan tidak berminat dengan perkara-perkara yang
boleh mengukuhkan perpaduan antara kaum.

Usaha menggalakkan generasi muda mementingkan perpaduan. FOKUS 2020

1. Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan.


 Penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga dan aktiviti
kesukarelawan lain.
 Dapat memberi peluang dan mendendahkan generasi muda untuk berkomunikasi , bekerjasama dan lebih
memahami adat resam dan budaya kaum-kaum lain.
 Dengan ini juga mereka lebih dapat bergaul mesra.

2. Memperbanyak Program peningkatan kesedaran dan pendidikan.


 Mempertingkatkan penyebaran maklumat berkaitan perpaduan kepada generasi muda.
 Menyebarluas kepentingan perpaduan dan kebaikan perpaduan diadakan secara berterusan melalui kempen
dan program serta ceramah-ceramah kesedaran.

3. Meningkatkan Peranan ibu bapa.


 Perpaduan rakyat juga bermula dari rumah.
 Ibu bapa perlu memberi pendidikan kepada anak-anak untuk berbaik-baik dengan kaum lain.
 Anak-anak haruslah diajar dan dididik untuk bertoleransi dan memahami budaya pelbagai kaum di Malaysia.
 Ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau
perayaan
 Hal ini dapat mengelakkan anak-anak bersifat perkauman apabila dewasa kelak.
 Anak-anak akan lebih senang bergaul dengan rakan kaum berlainan.

9
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

FOKUS 2020

Peranan Remaja bagi mengukuhkan Perpaduan

Remaja, sebagai pewaris negara ini dan mereka memainkan peranan penting untuk memupuk semangat perpaduan.
Mereka hendaklah memikul tanggungjawab besar ini kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Peranan pertama yang perlu dipegang oleh remaja ialah remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat
perpaduan dalam kalangan rakan sebaya. Remaja mesti menunjukkan sikap saling menghormati rakan-rakan yang
berbeza latar belakang budaya dan agama. Contohnya, remaja perlu menghormati amalan dan anutan agama rakan-
rakan. Di samping itu remaja perlu mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang sensitif dan dapat
menaikkan kemarahan rakan-rakan dari bangsa dan agama yang lain. Setiap perselisihan pendapat hendaklah diatasi
secara bijaksana dan berhemah, bak kata pepatah seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung
tidak berselerak. Oleh yang demikian, remaja perlu menjadi suri teladan untuk memupuk semangat perpaduan.

Selain itu, remaja juga hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Hal ini demikian
kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat
dihindarkan. Sebagai contoh. tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat
semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Remaja hari ini hendaklah diterapkan
dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar
daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah
tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Jadi, remaja mestilah mengambil iktibar
daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.

Peranan yang berikutnya ialah remaja mestilah mengasimilasikan budaya pelbagai kaum dalam kehidupan
seharian. Malaysia sangat unik kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya, kaum Melayu, Cina, dan
India merupakan tiga kaum yang dominan di negara ini. Selain itu, rakyat negara ini juga terdiri daripada etnik
peribumi yang tidak kurang pentingnya seperti Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asli, Penan, dan termasuk juga golongan
minoriti seperti Portugis, Siam, dan seumpananya. Remaja mestilah sanggup untuk menerima dan mengamalkan
budaya yang sesuai dengan kehidupan. Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang
tersendiri. Untuk merasai kemeriahannya, remaja mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh
rakan mereka dengan hati yang ikhlas, Jelaslah, asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh
dalam kalangan remaja di negara ini.

Selanjutnya, remaja hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan kelompok etnik sendiri. Sikap
etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri. Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan
dengan kaum-kaum lagi di negara ini. Remaja perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang
menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif. Remaja perlu
menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka. Contohnya, remaja tidak
harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan.
Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jika semangat ini dapat
diamalkan oleh setiap remaja, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan
yang rapuh.

Kesimpulannya, remaja bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting ke arah pemupukan semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Kita tidak mahu generasi mudah hari ini
mengabaikan peranan mereka untuk memupuk perpaduan dan menghancurkan negara yang bakal diwarisi kelak.

10
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Soalan:
Kepelbagaian sosiobudaya sememangnya berlaku di Malaysia dan kepelbagaian ini mendatangkan kebaikan tertentu.
Justeru, pelbagai langkah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat hendaklah diteruskan. Bincangkan

SKEMA: (5 +0 )

Pengenalan
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum seperti Melayu, Cina, India dan pelbagai suku kaum
Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kepelbgaian ini perlu diraikan dan bukan sebaliknya menimbulkan masalah
sehingga membawa perpecahan hidup dan Negara porak-peranda

BIL ISI HURAIAN


Manfaat Kepelbagaian Sosiobudaya
1 Mewujudkan integrasi • Masyarakat saling mengenali budaya etnik yang berlainan
• Saling menghargai dan menghormati kepelbagaian
• Mengeratkan silaturahim
2 Meningkatkan ekonomi • Kepelbagaian budaya dapat dijadikan produk pelancongan.
negara • Pelancong asing teruja untuk melihat/menikmati budaya
• Contohnya , pelancong asing ingin melihat persembahan budaya rakyat
Malaysia
• Berlaku kemasukan mata wang asing melalui sektor perhotelan,
pengangkutan dan industri kraf tangan
3 Meningkatkan • Setiap etnik mempunyai keistimewaan tertentu
pembangunan negara • Kelebihan tersebut boleh dimanfaatkan untuk pembangunan negara
• Kemahiran dan kekayaan yang dimiliki oleh sesuatu etnik boleh digunakan
• Contoh, menyediakan peluang pekerjaan melalui sektor perkilangan,
membangunkan negara mengikut bidang tertentu seperti mencanting
batik, menenun kain songket dan membuat tikar
Langkah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat
4 Merapatkan jurang  Pengagihan kekayaan yang adil dapat memupuk perpaduan rakyat.
ekonomi antara kaum  Pekerjaan yang luas disediakan dan pendapatan rakyat diseimbangkan
untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan
kawasan bandar dengan luar bandar.
 Prasangka dan rasa tidak puas hati dapat dikurangkan.
 Dengan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan
Nasional dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
5 Menyuntik nilai perpaduan • Semua sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama, kurikulum
melalui sistem pendidikan yang sama, peperiksaan yang seragam dan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan
• Aktiviti kurikulum dan kokurikulum dapat memupuk nilai-nilai positif.
• Sukatan pelajaran yang menitikkan semangat kerjasama dan patriotik
membantu menyemai sikap tolenrasi dan hormat-menghormati antara
kaum
6 Mewujudkan aktiviti • Bertujuan merapatkan hubungan antara kaum
kemasyarakatan yang • Contohnya menjalankan aktiviti kejiranan, program integrasi dan wilayah
melibatkan pelbagai etnik. seperti lawatan sambil belajar
• Melalui aktiviti, anggota masyarakat akan berinteraksi dan mewujudkan
perasaan kekitaan
• Pihak kerajaan menyokong aktiviti dengan menganjurkan dan
memberikan peruntukan tertentu
• Program Khidmat Negara, Sukan, Gotong royong perdana, Rumah
terbuka hari perayaan
7 Memperbanyak Program • Melalui pendidikan disekolah secara langksung dan tidak langsung
kesedaran tentang • Melalui media massa, ceramah, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan
kepentingan perpaduan sebagainya
• Rakyat perlu diberi kesedaran tentang pentingnya perpaduan dalam
sesebuah negara
8 Mewujudkan  Pengetahuan dan penggunaan satu bahasa membolehkan setiap rakyat
Penggunaan satu bahasa berkomunikasi sesama sendiri. Perselisihan faham dapat dielakkan.
 Dengan penggunaan satu bahasa, setiap kaum dapat mengenali adat
resam kaum-kaum yang lain serta bekerjasama bagi membangunkan
negara
 Sebagai bukti, penggunaan Bahasa Malaysia telah dapat menyatupadukan
rakyat pelbagai kaum di negara ini

11
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

FOKUS 2020
Punca Perubahan Sistem Kehidupan Masyarakat:-

Soalan:
Malaysia yang berpotensi untuk mengancam perpaduan kaum. Pelbagai langkah untuk melahirkan masyarakat yang
harmonis hendaklah dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.
Bincangkan.

Pengenalan
Perpaduan dan integrasi kaum merupakan asas keharmonian dalam sistem kehidupan. Pelbagai punca dikenal pasti
mengakibatkan perubahan dalam sistem kehidupan masyarakat.

Idea Huraian
Punca Berlakunya Perubahan Sistem Kehidupan Masyarakat
1. Sikap materialistik  Mewujudkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri tanpa
mempedulikan orang lain
 Sikap egoistik ini hanya boleh membawa kesan buruk dan
kerenggangan hubungan antara kaum
 Hanya bergaul dalam golongan sosial mereka sahaja.

2. Perkembangan teknologi  Teknologi moden yang berkembang pada masa ini mewujudkan
masyarakat yang antisosial
 Mengubah sistem kehidupan masyarakat dengan menjadikan kehidupan
manusia semakin terasing antara satu sama lain
 Teknologi dapat memenuhi kehendak masyarakat untuk berkomunikasi
dan berhibur hanya melalui media sosial.

3. Kesibukan bekerja  Masing-masing sibuk dengan pekerjaan menyebabkan hubungan antara


kaum terbatas
 Pergaulan semakin berkurang malahan tiada peluang untuk bertemu
antara satu sama lain

4. Perbezaan taraf hidup  Jurang perbezaan taraf hidup antara golongan kaya dengan golongan
miskin
 Golongan yang kaya menjadi lebih kaya manakala golongan miskin
kekal dalam kemiskinan
 Pengagihan yang tidak adil mengakibatkan orang miskin atau sederhana
tiada peluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka

5. Faktor migrasi dan  Migrasi dan urbanisasi merombak corak dan gaya hidup masyarakat
urbanisasi  Sesebuah kawasan luar bandar yang bercirikan tradisional akan lenyap
dan digantikan oleh kawasan bandar yang bercirikan kemewahan
 Masyarakat luar bandar terpaksa berhadapan dengan situasi seperti
tarafhidup yang tinggi
 Mereka perlu bersaing dengan masyarakat bandar untuk mendapatkan
kehidupan yang lebih baik

6. Sistem pendidikan  Sistem pendidikan empat aliran


pelbagai aliran  Aliran sistem vernakular yang khas untuk satu-satu kaum
 Perbezaan bahasa pengantar dan kekurangan interaksi menghalang
perpaduan kaum

Langkah Untuk Melahirkan Masyarakat Yang Harmonis/ Harmoni


7 Dasar Pendidikan Negara  Sekolah dan institusi pendidikan berperanan melahirkan masyarakat
yang bersatu padu
 Menggunakan kurikulum yang bersepadu
 Menggunakan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama
 Pelajar terlibat dengan aktiviti kokurikulum

8. Prinsip Rukun Negara  Berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara


 Dapat menyemai perasaan sayang dan cinta akan negara
 Perpaduan dan integrasi kaum akan menjadi kenyataan sekiranya
prinsip Rukun Negara menjadi pegangan hidup

12
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

9. Program riadah untuk  Setiap ahli masyarakat digalakkan menyertai program riadah yang
masyarakat dianjurkan oleh pelbagai pihak
 Cthnya, aktiviti senamrobik, Larian Merdeka, mencari harta karun dan
sebagainya
 Dapat berinteraksi dengan peserta yang pelbagai kaum
 Memahami erti perpaduan dan hormat menghormati sesame
masyarakat
10. Penyertaan dalam  Sambutan Hari Kebangsaan satu jalan ke arah perpaduan
sambutan Hari  Pelbagai kaum akan menyertai sambutan Hari Kebangsaan
Kebangsaan  Menambah ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai
kaum.

KESIMPULAN
Perubahan yang berlaku dalam kehidupan sesebuah masyarakat secara tidak langsung dapat mengancam perpaduan
dan integrasi kaum. Perpaduan dan integrasi kaum sangat penting bagi mewujudkan keharmonian sesebah negara.

Kepentingan Semangat Kejiranan

1. Mengukuhkan institusi masyarakat


 Jiran adalah asas kewujudan masyarakat.
 Masyarakat terhasil melalui hubungan rapat antara manusia yang saling berjiran.
 Anggota masyarakat belajar menghargai dan menghayati budaya tradisi rakyat berbilang kaum.
 Masyarakat tidak akan berfungsi dengan baik tanpa nilai-nilai murni dalam kehidupan
 Konteks ini penting dalam kehidupan masyarakat majmuk.

2. Memupuk perpaduan kaum


 Dengan semangat kejiranan, semua aktiviti dilakukan tanpa mengira warna kulit
 Hubungan tetangga berlainan kaum dapat menghindarkan perselisihan faham satu sama lain.
 Amalan ambil peduli atau prihatin terhadap keadaan atau masalah masyarakat boleh membantu
mengatasi kemelut serta kesulitan
 Kerjasama dan persefahaman yang wujud boleh membentuk perpaduan masyarakat
 Hubungan kejiran berlainan bangsa dan agama menuntut sikap saling memahami dan mengetahui
sedikit sebanyak mengenai jiran

3. Menyemai nilai-nilai murni


 Semangat kejiranan boleh membawa kepada penerapan nilai-nilai murni seperti bantu-membantu,
hormat-menghormati, jujur dan menghindari sikap yang buruk
 Jiran boleh menjadi tempat meluahkan masalah atau meminta bantuan apabila diperlukan
 Jiran boleh menghadiri majlis kenduri-kendara, rumah terbuka atau ziarah kematian

4. Membendung masalah sosial setempat


 Kegagalan masyarakat mengamalkan semangat kejiraan menjadi punca peningkatan jenayah dan
budaya tidak sihat setempat
 Penjenayah mengeksplotasi kelemahan masyarakat dalam memahami dan mengamalkan semangat
kejiranan untuk melakukan aktiviti mereka kerana mereka sukar dikesan

5. Meningkatkan keselamatan tempat tinggal .


 Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita.
 Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada waktu
kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi kita.
 Contoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara,
jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita.
 Penubuhan Kelab Rukun Tetangga yang membuat rondaan di kawasan perumahan di waktu malam
untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin.

13
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

IDENTITI KEBANGSAAN/SEMANGAT PATRIOTISME/ NASIONALISME

Soalan:
Pemeliharaan identiti kebangsaan sentiasa diberi perhatian oleh pemimpin negara. Terangkan usaha-usaha yang telah
dilaksanakan untuk tujuan tersebut.

Pengenalan
Selepas beberapa tahun selepas Merdeka, rakyat Malaysia masih belum mencapai kata sepakat tentang identiti negara
tercinta ini. Ia bukan sesuatu yang luar biasa. Kebanyakan negara lain, terutamanya yang berbilang kaum dan agama,
menghadapi cabaran yang sama

Bil Idea Huraian idea


Usaha Kerajaan dalam memelihara Identiti Kebangsaan
1 Memperkasakan Bahasa • Seperti kebanyakan Negara lain, bahasa dijadikan alat penting untuk
Melayu/ Bahasa mewujudkan identity nasional.
kebangsaan • Dalam masyarakat berbilang kaum walau di mana-mana, jika bahasa dapat
memudahkan komunikasi antara kaum dan budaya yang berbeza, ia akan
membantu proses interaksi dan integrasi.
• Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal.
• Menjadikan Bahasa Melayu mata pelajaran wajib lulus di peringkat
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
• peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, khususnya, amat
penting dari segi evolusi identiti nasional.
• Undang-undang dan peraturan berkenaan penggunaannya telah
dikuatkuasakan
2 Meningkatkan • Rukun Negara adalah ideology Negara.
penghayatan Rukun • nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara seperti perpaduan, keadilan,
Negara pendekatan liberal terhadap kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakat,
merupakan dimensi-dimensi penting dalam usaha kita membentuk identiti
rakyat dan negara Malaysia.
• Setiap perhimpunan rasmi biasanya dimasukkan acara ikrar Rukun Negara
• Memupuk sikap saling faham memahami, hormat menghormati dan
bertatasusila sesama rakyat semenjak kecil.

3 Memelihara lambang- • Lambang-lambang atau simbol yang mewakili negara


lambang negara • Seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara, bunga kebangsaan.
• Setiap lambang mempunyai maksud yang sinonim dan tertentu.
• Sikap menghina bendera Malaysia telah diambil perhatian yang serius oleh
kerajaan dengan memberi amaran atau mengambil tindakan undang-undang
terhadap pelakunya.

4 Memelihara warisan • Monumen/ tempat/ bangunan bersejarah dipelihara dan dipulihara dengan
negara baik
• Hasil-hasil nenek moyang dan kesultanan dijadikan warisan sejarah.
• Lambang dan bukti ketamadunan bangsa

5 Memelihara kebudayaan • Malaysia terkenal dengan keunikan dan kekayaan rakyatnya yang berbilang
negara kaum dan agama
• Mengadakan dan menyambut pesta kebudayaan dan keagamaan setiap agama
• Menyambut perayaan/ mengadakan rumah terbuka
• Dapat memberi kefahaman tentang budaya berbilang bangsa dan menjadi
lambang identiti rakyat dan negara.

6 Mengukuhkan • Pelbagai dasar telah dilaksanakan untuk mengukuhkan perpaduan rakyat


perpaduan negara • Sebarang tindakan menghasut supaya rakyat berpecah dan bermusuhan
akan diambil tindakan undang-undang
• Sukan dilihat menjadi satu wadah yang berkesan untuk menyatukan rakyat
• Penyertaan berbilang bangsa membentuk pasukan yang lebih mantap
• Rakyat Malaysia gemarkan sukan, berbangga dan memberi sokongan padu
kepada atlit Malaysia yang bertanding di peringkat antarabangsa

7 Menambah baik sistem • Mewujudkan Sekolah Wawasan


pendidikan negara • Menggalakkan enrolmen semua murid ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan
• Mewajibkan pengambilan mata pelajaran B. Melayu di sekolah-sekolah
• Memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

14
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

• Mewajibkan pengambilan mata pelajaran Sejarah.


• Menawarkan mata pelajaran bahasa lain dalam masa yang sama (seperti yang
dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan)

Menegak dan mengukuhkan identiti rakyat dan negara masih lagi merupakan cabaran besar terutamanya akibat
beberapa perkembangan semasa. Di peringkat domestik, sentimen kaum dan agama lebih ketara dan menjejaskan
usaha ke arah identiti nasional. Identiti nasional juga terancam akibat politik kepartian yang melampaui batas. Hal
ini menuntut rakyat Malaysia supaya menghayati dan mengamalkan sikap keterbukaan supaya akhirnya dapat
mempunyai jati diri bangsa Malaysia yang sebenar.

Skema: 5 + 0

MAKSUD SEMANGAT PATRIOTISME:

 Patriotisme berasal dari kata Patriot, yang artinya adalah: pecinta dan pembela tanah air.
 Patriotisme maksudnya adalah semangat cinta tanah air. Pengertian Patriotisme adalah sikap Untuk selalu
mencintai atau membela tanah air, seorang pejuang sejati, pejuang bangsa yang mempunyai semangat, sikap
dan perilaku cinta tanah air, dimana ia sudi mengorbankan segala-galanya bahkan jiwa sekalipun demi kemajuan,
kejayaan dan kemakmuran tanah air.
 Patriotisme juga dapat diartikan sebagai rasa kekaguman pada adat kebiasaan bangsanya, kebanggaan terhadap
sejarah dan kebudayaannya serta sikap pengabdian demi kesejahteraan bersama. Dalam patriotisme terkandung
pengertian rasa kesatuan sebagai bangsa.

Sikap Patriotisme

Sikap patriotisme dapat diwujudkan dalam semangat cinta tanah air dengan beberapa cara sebagai berikut.

1. Sikap Rela Berkorban Mempertahankan Negara


 Sikap rela berkorban mempertahankan negara diwujudkan dalam bentuk kesediaan berjuang untuk mengatasi
ancaman bangsa lain yang akan menjajah negara, ancaman dari dalam negeri, kegiatan yang dapat merugikan
negara, dan bencana alam yang dapat mengakibatkan kerusakan dan kehancuran negara.

2. Bersikap untuk Mengisi Kelangsungan Hidup Negara


 Sikap untuk mengisi kelangsungan hidup diwujudkan dengan kesediaan bekerja sesuai dengan bidangnya,
sehingga dapat meningkatkan darjat dan martabat, tujuan bangsa.
 Pembentukan jiwa patriotisme harus dilandasi oleh semangat kebangsaan atau nasionalisme (lihat Pengertian
Nasionalisme). Sebaliknya, jiwa nasionalisme dalam setiap pribadi warga negara perlu dilanjutkan dengan
semangat patriotik untuk mencintai dan rela berkorban demi kemajuan bangsa.

Kepentingan Semangat Patriotik

1. Mengekalkan kedaulatan negara.


 Generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif
seperti gejala sosial dan vandalisme.
 Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Generasi muda yang mencintai negara akan mempertahankan
negara dari dicerobohi negara asing. kesediaan berjuang untuk mengatasi ancaman bangsa lain yang akan
menjajah negara.
 Benteng pertahanan terakhir negara perlu mempunyai semangat cinta akan tanahair yang tinggi.
 Dengan ini kedaulatan negara akan terpelihara.

2. Pemangkin kemajuan negara.


 Semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
 Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara.
 Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan
negara.
 Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramai
pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia.
 Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup
rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.

15
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

3. Memupuk perpaduan negara.


 Semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada
kepentingan kaum.
 Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai program
pembangunan untuk kemudahan rakyat.

4. Menaikkan imej negara.


 Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun.
 Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi
di kalangan rakyat.
 Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan
semangat patriotisme di kalangan rakyat yang berbilang kaum.
 Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di
beberapa buah negara jiran.

Usaha Memupuk Semangat Patriotisme dalam masyarakat

1. Program pendidikan kesedaran tentang cinta akan negara.


 Pihak yang bertanggung!awab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran tentang menerapkan
semangat patriotik antara masyarakat.
 akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita.
 Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Oleh itu, Kementerian
Penerangan Malaysia,
 di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memaparkan tentang tokoh-tokoh perjuangan
negara untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat.
 media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama yang
berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

2. Meningkatkan Peranan Kerajaan.


 Mengadakan Program Kibar Jalur Gemilang pada hari Kebangsaan
 Menyambut Sambutan Hari Bersejarah negara seperti Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Pahlawan.
 Mengadakan pertandingan Lagu Patriotik peringkat kebangsaan.
 Mewujudkan lebih banyak tempat-tempat bersejarah bagi menimbulkan perasaan patriotik dan cintakan
negara dalam generasi muda.

3. Mempelbagaikan Peranan Sekolah.


 memupuk semangat patriotik se!ak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik
sebati dalam diri pela!ar.
 Pengaruh guru di sekolah turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa
rakyat negara ini semenjak kanak-kanak.
 Hal ini kerana guru-guru yang mengajar di sekolah boleh menekankan unsur-unsur patriotik di dalam kelas.
Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan
negara.
 contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya.
 Guru-guru juga boleh menerapkan semangat patriotik semasa berada dalam mata pelajaran Sejarah dan
Pendidikan Moral.
 Aktiviti persatuan atau kelab mengibar bendera Negeri dan Negara.

4. Memperkukuh Peranan Ibubapa.


 Pupuk dari kanak-kanak akan rasa cinta akan negara.
 ibu bapa juga harusnya mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-
tokoh terkenal yang ber!uang demi tanah air.
 Sebagai contoh, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari
kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air
semasa. Cuti sekolah dan sebagainya.
 Segala semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan
dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.

16
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Peranan Diri Sendiri

Kita juga seharusnya berasa diri amat bertuah kerana dapat hidup bernegara yang aman dan damai.

 Belajar mengagumi tokoh-tokoh agung dunia dan tokoh negara sendiri untuk lahir perasaan berbangga
kerana negara kita memiliki pemimpin yang berdedikasi. Dengan membuat perbandingan dengan masyarakat
pendatang yang dilayan sebagai warga kelas kedua apabila berada di negara orang akan lahirlah perasaan
sayang akan negara.

 Menyimpan cita-cita untuk menjadi insan yang berjiwa besar yang mahu mencapai kejayaan cemerlang
terutama dalam kerjaya yang terbilang dan mahu berkhidmat untuk negara.

 Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan
negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju
yang lain.

 Melawat tempat bersejarah. Sambil melawat ke tempat bersejarah, pemandu pelancong yang mengetuai
lawatan tersebut akan menceritakan tentang Kisah pahlawan zaman dahulu yang berjuang untuk
mempertahankan negara. Sesungguhnya, bangsa yang mulia ialah bangsa yang sentiasa berbangga terhadap
tanah air, seperti kata peribahasa Arab, Kasih akan negara adalah sebahagian daripada iman. Oleh itu, sedari
kecil binalah kekuatan semangat patriotik terhadap diri kita sendiri.

 Generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kera!aan. Program yang dipernuhi
dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan latihan berkumpulan.

 Program ini juga merupakan gabungan latihan ketenteraan dan memupuk semangat patriotik kepada mereka
kearah Cinta akan negara. Pelatih-pelatih akan dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti tanggungjawab,
kerjasama dan hormat-menghormati. Pelatih akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum,
budaya dan agama yang berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan elemen
yang penting dalam semangat samping itu, program ini akan dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal
kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaandan kedaulatan negara. Sebagai Contoh, remaja kini perlu
menyertai Program Latihan Khidmat Negara.

Punca Semangat Nasionalisme Semakin Luntur dalam kalangan masyarakat

Nasionalisme memperlihat sikap mental, dan tingkah laku individu atau masyarakat yang merujuk terhadap kesetiaan
atau pengabadian terhadap bangsa dan negara. Semangat nasionalisme perlu dipupuk dan dihayati dalam segenap
lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Ini adalah kerana remaja merupakan golongan yang mendukung
nasib bangsa, hala tuju sesebuah negara. Kita sebagai generasi era pasca modenisme, dilimpahi dengan bermacam
nikmat dan kesenangan. Kita perlu sedar segala apa yang kita nikmati sekarang ini adalah daripada pengorbanan dan
jerih perih yang ditempuhi oleh para pejuang dan rakyat demi mencapai kemerdekaan suatu ketika dahulu. Semangat
nasionalisme semakin kurang penghayatan khususnya golongan remaja. Banyak faktor-faktor yang mendorong kepada
lunturnya semangat dan penghayatan nasionalisme dalam masyarakat dewasa ini.

Kepentingan Diri Sendiri


Masyarakat kini lebih mementingkan kerjaya mereka, sibuk dengan urusan harian mereka yang menyebabkan mereka
tidak menghiraukan perkara lain. Bagi mereka perkara yang penting dalam hidup adalah berusaha untuk
menambahkan pendapatan dan mencari kekayaan semata-mata. Hal-hal lain kurang diberi perhatian, semangat dan
penghayatan nasionalisme kian pudar dalam kalangan masyarakat. Masyarakat kini tidak lagi menitikberatkan
semangat nasionalisme. Aktiviti seperti kempen-kempen kesedaran dan juga sambutan hari kebangsaan tidak lagi
mendapat sambutan.

Tiada Perasaan Cinta akan Negara


Masyarakat kini khususnya golongan remaja tidak disemai dengan nilai-nilai cintakan negara dan semangat
nasionalisme. Mereka kurang mendapat pendedahan tentang perjuangan dan pengorbanan jasa-jasa golongan
terdahulu yang telah bersusah payah menuntut kemerdekaan. Masyarakat kini tidak merasai kesusahan hidup semasa
zaman penjajahan dulu. Kita seharusnya bersyukur dapat hidup aman damai atas pengorbanan dan jasa golongan
terdahulu. Semangat nasionalisme, cinta akan negara perlu ada dalam segenap masyarakat kerana siapa lagi yang akan
mempertahan dan memperjuang nasib bangsa, negara jika bukan diri kita sendiri, rakyat Malaysia. Walaupun kita
terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, semangat dan perjuangan kita tetap sama kerana kita semua adalah rakyat
Malaysia.

17
NOTA INTEGRASI DAN PERPADUAN S1, 2020 Salmiah Ramli (rasahati) STK

Terpengaruh dengan Budaya Barat


Walaupun Malaysia sudah bebas merdeka, tidak lagi dijajah oleh kuasa barat, dalam tidak sedar mereka sebenarnya
sudah mula menguasai kita. Mereka tidak lagi menjajah dengan kuasa mahupun peperangan yang melibatkan
pertumpahan darah, sebaliknya dengan pengaruh budaya yang dibawa ke negara kita. Budaya barat banyak
mempengaruhi golongan remaja dan pemikiran mereka.
Mereka terikut-ikut dengan gaya berpakaian, pergaulan bebas, dan bermacam aktiviti yang lain yang mendorong
kepada gejala sosial yang serius. Budaya dan semangat nasionalisme terhadap negara tidak lagi diberi perhatian kerana
lebih gemar mengikuti budaya dan pengaruh daripada barat kerana menganggap mereka perlu berubah seiring dengan
peredaran zaman. Isu ini perlu diberi lebih penekanan kerana semakin lama dibiarkan, semakin ia melarat. Semangat
nasionalisme kian pudar dan lebih memburukkan keadaan mereka lebih mengagungkan budaya luar daripada cinta
akan budaya negara sendiri.

Kurang Menghayati Perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan


Generasi kini kurang menghayati semangat nasionalisme kerana mereka tidak merasai kepayahan hidup dan
pengorbanan para pejuang dahulu demi mencapai kemerdekaan. Masyarakat tidak mengenang jasa tokoh-tokoh
terdahulu. Malaysia kita yang aman dan makmur ini hasil daripada segala usaha mereka demi menuntut kemerdekaan.
Tokoh-tokoh tempatan kurang dikenali di kalangan masyarakat walaupun telah banyak berjasa kepada negara. Pihak
kerajaan, dan media massa seharusnya memberi pendedahan atas jasa tokoh-tokoh tempatan agar mereka tidak
dilupakan oleh generasi akan datang.

Leka Dengan Lambakan Hiburan


Di era serba moden dan canggih ini, kita disajikan dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Berhibur tidak
menjadi suatu kesalahan jika kita tahu menjaga batas-batas dalam berhibur. Akan tetapi hiburan yang melalaikan
banyak mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja terbabit dengan pelbagai aktiviti sosial yang tidak sihat
sehingga akhirnya meruntuhkan akhlak diri. Semangat nasionalisme semakin luntur dalam diri mereka. Generasi muda
sewajarnya lebih banyak membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara.

Pihak berwajib, kerajaan, dan juga swasta seharusnya berkerjasama antara satu sama lain untuk menganjurkan
program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, seperti kuiz kenegaraan, syarahan atau syair kemerdekaan
dan sebagainya. Usaha-usaha seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu menggalakkan minat generasi muda agar
lebih menghayati dan memahami semangat nasionalisme. Sebagai pendukung masa depan negara, generasi muda yang
terdiri daripada golongan remaja seharusnya menanam semangat nasionalisme dalam diri dan lebih memahami erti
agar dapat mendukung dan menjulang nama bangsa dan negara di persada dunia.

Nasionalisme Berasaskan Kaum


Malaysia umum mengetahui terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Secara kasarnya Malaysia terdiri daripada
kaum Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum seharusnya bukan menjadi faktor dalam mencapai kesepakatan dan
perpaduan. Semangat nasionalisme ini haruslah berasaskan kepada semangat setia dan cinta akan negara.
Kaum, bangsa mahupun agama seharusnya bukan menjadi penghalang kerana kita semua adalah rakyat Malaysia. Kita
seharusnya berbangga kerana walaupun dalam kepelbagaian bangsa dan agama, kita masih hidup dalam keadaan aman
dan damai. Dengan memahami dan menghayati semangat nasionalisme, hubungan sesama kaum akan lebih erat, dapat
mennyatupadukan semua kaum dan mengutuhkan perpaduan.

Pengaruh Media Cetak / Media Massa / Internet


Medium yang menyampaikan maklumat, berita dan sebagainya, seperti media cetak, media massa, dan juga internet
seharusnya dikawal dan ditapis. Hal ini kerana masyarakat mudah terpengaruh dengan apa yang mereka baca bahkan
melalui media cetak, media massa mahupun blog-blog ataupun halaman-halaman di internet. Zaman teknologi yang
berkembang pesat ini, banyak medium di internet yang telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab
bagi memburukkan martabat negara, dan memecahbelahkan kaum. Mereka membuat fitnah dengan sewenang-
wenangnya, kerana mereka tahu tiada siapa akan dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka. Pihak
kerajaan seharusnya memperkasakan undang-undang dan mengawal hal ini supaya pihak yang tidak
bertanggungjawab ini dikenakan tindakan yang setimpal atas perbuatan mereka. Media massa dan media cetak juga
seharusnya menyalurkan saluran maklumat yang telus kerana sebagai rakyat, kita berhak mendapatkan informasi yang
benar. Media cetak dan media massa juga seharusnya menyisipkan ruangan informasi berkenaan sejarah negara kita,
bukan hanya setakat memberi liputan berkenaan hal dan isu semasa sahaja. Pembacaan secara tidak langsung ini
sekaligus dapat menyemarakkan dan membangkit semangat nasionalisme dalam segenap masyarakat di Malaysia.

18

Anda mungkin juga menyukai