Anda di halaman 1dari 4

US BANTU ANWAR JADI PM, PULANGAN AWALAN IMF DAN

CIA DIBERI MASUK KE MALAYSIA.

Ini adalah tulisan semula cheGuBard. Tulisan asal dua kali ditulis di facebook page
cheGUBard Original di mana bukan sahaja dipadamkan oleh penyedia med sos malah page
tersebut telah dipadamkan. Begitulah seriusnya maklumat yang ingin dikongsi ini maka
mohon bantu sebarkan dalam apa juga cara.

Figure 1video temuramah ini pernah tular tetapi


dipadamkan oleh provider med sos

Anwar agen Amerika bukanlah rahsia. Bukan sahaja pergerakan PKR banyak atas tajaan dan
didanai oleh agensi barat khususnya Amerika, ini ditegaskan oleh aktivis media antarabangsa
Angela Giuliano tanpa dijawab pihak Anwar. Hari ini kuda US ini sudah menjadi Perdana
Menteri Malaysia maka sudah tentu masa untuk melaksanakan misi Amerika itu.

Figure 2 tanpa selindung website rasmi Kementerian kewangan melaporkan bagaimana IMF hadir mengajar MOF
Tidak perlu diperkenalkan lanjut, umum sudah mengetahui bagaimana International
Monetary Fund (IMF) walaupun berselindung disebalik agensi UN tetapi wajahnya sebagai
agensi kewangan pro zionis dan sering terlibat dalam menjatuhkan ekonomi negara Islam
dan kemudian berlakon penyelamat bagi menjerut negara negara itu. Sejak 1997 ketika
bermula krisis ekonomi, Anwar memang mahu menyerahkan negara pada IMF namun tidak
dipersetujui oleh Dr Mahathir. Umno sangat memahami perkara ini dan menjadi benteng
penting dalam menyakinkan rakyat Bersama pertahan kedaulatan negara. Malangnya kini
IMF dilantik menjadi konsultan kepada Kementerian Kewangan. Tidak heran jika Steven Sim
Chee Keong selaku Timbalan Menteri Kewangan II dari DAP terlibat meraikan IMF tetapi
turut menjadi lembu cucuk idung kini ialah Ahmad Maslan. 11 Julai 2023 di Kementerian
Kewangan Ahmad Maslan telah memanggil wakil Kementerian Ekonomi, MITI, MIDA,LHDN,
JDKM dan bank negara untuk mendengar taklimat merangka dtrategi jangka masa pendek
memastikan keuntungan dalam negara. (gambar dilampirkan). IMF diwakili Zionis Artur
Swistak, Magerat Cotton, Doris Akol dan pasukan teknikal mereka. Maka persoalan adakah
kini Zionis ini bukan saja diberi kuasa akses kakitangan awam malah system maklumat dan
sebagainya. Malaysia bakal dijajah secara tidak sedar.

Figure 3 : sebahagian dari slaid ulasan program yang diserahkan dan turut ditaklimatkan pada saya
oleh pihak dalaman

Pada minggu akhir Ogos 2023, cheGuBard telah dihubungi oleh orang dalam Jabatan
Perdana Menteri dan orang dalam Malaysian External Intelligence Organisation (MEIO)
sebuah agensi risikan utama Malaysia. cheGuBard ditaklimatkan mengenai bagaimana
Malaysia melalui MEIO telah membenarkan Central Intelligence Agency (CIA) beroperasi di
Malaysia atas nama operasi Bersama OPS HADIR. Melalui OPS HADIR CIA dikatakan
menggunakan Malaysia sebagai tapak memantau Laut China Selatan (LCS). cheGuBard
menyakini maklumat ini dan minta semua mendesak penjelasan Anwar ? Sama ada ia betul
atau tidak.

Figure 4 : antara dokumen sulit berupa rel masej dari CIA

Penjelasan Anwar juga dituntut adakah benar Farhash Selvador (bekas SUPOL Anwar yang
dikenali sebagai blue air boy Anwar yang sentiasa bersaing dengan Rafizi) kini dilantik
sebagai Timbalan Ketua Pengarah MEIO. MEIO ialah organisasi penting risikan negara tidak
pernah diisi dengan lantikan politik dan orang politik. Selama ini pegawai kerajaan (mahupun
PTD) yang pakar dalam bidang keselamatan, risikan dan hubungan antara bangsa dilantik.
Adakah melantik Farhash maka boleh dilaksanakan perbagai agenda tanpa persoalan
walaupun merisiko negara, agama dan bangsa ? Sudahlah sebaik Anwar angkat sumpah
Farhash dilantik perbagai jawatan korporat mewah termasuk tauke judi Vincent Tan pecat
anaknya sendiri dengan menggantikan Farhash sebagai Pengerusi 7 eleven anak syarikat
berjaya.
Figure 5 : antara agensi berita negara asing yang melaporkan CIA beroperasi di Malaysia

Perkara pelibatan CIA ini rupanya telah pun dilaporkan di media asing di negara jiran
Indonesia, Filipina sehingga media Rusia. (rujuk gambar). Jika salah urus LCS mampu menjadi
pencetus perang dunia, hampir semua kuasa besar sudah meletakkan aset ketenteraan di
LCS. Kecuali Malaysia yang kapal persisir pun tak siap siap kerana skandal rasuah. Namun
dengan mengundang CIA (ajen provokator) Zionis dan menjadikan Malaysia sebagai basis
adalah sangat bahaya.
Apa yang Anwar mahu ? Menjadikan Malaysia medan perang ? Respon pemetaan baru
China baru baru ini disyaki ialah berpunca dari tindakan Malaysia membenarkan CIA
beroperasi disini.
Anwar ialah kuda Amerika yang membahayakan negara. Anwar lawan Zionis sokong Palestin
ia sama wayang seperti PRU 15 Anwar olok olok lawan Zahid dan Umno. Dimana tugas Zahid
ialah pastikan PKR menang besar dari Umno supaya Anwar boleh jadi PM dan Zahid akan
jadi TPM serta diselamatkan dari kes Mahkamah.

Selamatkan Malaysia. Mohon semua ahli parlimen desak penjelasan Anwar jika ia benar
Anwar ialah bapa pengkhianatan negara.

Ikuti
FB : https://www.facebook.com/profile.php?id=61551785310483&mibextid=ZbWKwL
Telegram channel : https://t.me/chegubard_ori
Tik tok : https://www.tiktok.com/@chegubard78?_t=8ha1XWARwR7&_r=1

Anda mungkin juga menyukai