Anda di halaman 1dari 17

ISU BERKAITAN UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

ISU PENYALAGUNAAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA


(PENGHINAAN INSTITUSI BERAJA DI MEDIA SOSIAL)

1.0 PENGENALAN

Seiring dengan anjakkan dunia berteknologi pada masa kini yang memaparkan
perhubungan dunia tanpa sempadan. Ia merujuk kepada media sosial yang merupakan
sumber maklumat dimana berfungsi sebagai suatu set peralatan atas talian yang diakui
sangat berpengaruh masa kini (Bertot et al, 2012). Interaksi sosial berubah menjadi lebih
mudah dan cepat dengan adanya media sosial yang bertindak sebagai pusat pengumpulan
dan penyebaran maklumat. Pelbagai cara bagi membolehkan semua orang iaitu pengguna
untuk berhubung atau berurusan secara atas talian dengan bantuan teknologi komunikasi
moden tersebut. Menurut Breckon (2013), media sosial semakin berpengaruh sebagai
pusat buruan oleh pengguna yang cuba untuk mencari ataupun mereka yang berminat
untuk menghasilkan berita. Menurut Alan dan Simon (2011), media sosial telah
berkembang menjadi medan komunikasi bagi mengungkapkan pendapat dan sikap
peribadi oleh penggunanya.

Namun begitu, menurut Muhammad Adnan dan Siti Zobidah (2019), media sosial
pada hari ini bukan sekadar sebagai ejen sosialisasi namun telah disalahgunakan untuk
penyebaran pelbagai isu dan maklumat yang berbaur fitnah termasuklah isu-isu untuk
memecahbelahkan perpaduan kaum dan juga agama. Media sosial semakin ghairah
apabila dijadikan sasaran untuk disalahgunakan oleh pengguna yang tidak
bertanggungjawab dan bermoral. Menurut Ahmad Sauffiyan (2016), semakin ramai
pengguna yang telah memuatnaik berita palsu, pernyataan menghina mana-mana
individu sesuka hati, menyebarkan pendapat atau ideologi fahaman radikal.
Bagaimanakah isu seperti ini dapat dikekang dengan kepelbagaian undang-undang yang
sedia ada di negara kita? Hal ini dapat diperhatikan bahawa individu yang kerap kali
terlibat dengan penyalahgunaan medium media sosial ini menggunakan pernyataan hak
2

kebebasan bersuara untuk meraih simpati dan melepaskan diri daripada terus dikenakan
hukuman.
2.0 ISU PENYALAGUNAAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA

Di Malaysia isu media sosial yang sering disalahgunakan sudah menjadi suatu isu
yang biasa berlaku. Bermotifkan ingin meraih populariti dengan tidak bermoral sanggup
menyebarkan berita palsu atau fahaman berunsur hasutan yang boleh menggugat
keharmonian dn keselamatan negara. Menurut Ahmad Shamsul dan Rusniah (2015),
walaupun undang-undang sedia ada mengiktiraf hak kebebasan bersuara, tetapi ia
bukanlah bebas secara mutlak dimana tetap perlu mendasari kepada undang-undang yang
berkait dengannya. Menurut Balkin (2009), biarpun semua pihak bebas menyuarakan apa
yang diingini menerusi Internet, namun mahkamah di Malaysia juga diberikan kuasa
untuk menafsirkan perlembagaan dengan memberi keutamaan untuk melindungi hak
kebebasan asasi rakyat. Demikianlah cabaran semasa meneliti peruntukan undang-
undang yang sedia ada yang berkaitan dengan evolusi teknologi yang telah mengubah
cara berkomunikasi sesama manusia. Dengan kemunculan teknologi Internet, masyarakat
mula beralih kaedah berkomunikasi daripada menerusi media tradisional sama ada
penerbitan atau elektronik kepada media sosial.

Kebebasan secara menyeluruh hanya membawa kehancuran kepada manusia


walaupun pada hakikatnya kebebasan itu sendiri diiktiraf sebagai suatu keperluan dalam
masyarakat (Hardin, 2001). Dalam menjaga keamanan dan ketenteraman negara, suatu
perkongsian maklumat yang diambil dari individu lain tanpa kesedaran atau pengetahuan
pemilik khususnya di Internet yang mempunyai unsur hasutan serta fitnah merupakan
satu kesalahan di sisi undang-undang. Menurut Nadia (2014), tindakan undang-undang
boleh diambil sekiranya seseorang menghantar kenyataan di media sosial yang boleh
menjejaskan reputasi seseorang lain. Keberkesanan undang-undang sedia ada dapat
dinilai melalui peningkatan insiden-insiden penyalahgunaan media sosial. Statistik
insiden keselamatan siber yang dikeluarkan oleh CyberSecurity Malaysia telah
menunjukkan trend peningkatan kepada bilangan kes yang membabitkan keselamatan
siber di antara tahun 2015-2020 dan ia adalah fakta yang sangat membimbangkan.
3

Jadual 1: Statistik Insiden Keselamatan Siber 2015-2020

Bil Tahun Bilangan insiden yang dilaporkan


1. 2015 9915
2. 2016 8334
3. 2017 7962
4. 2018 10669
5. 2019 10772
6. Januari 2020 1074

Sumber: (CyberSecurity Malaysia, 2020)

2.1 ISU PENGHINAAN INTSTITUSI RAJA DI MEDIA SOSIAL

Penghinaan ke atas institusi Raja-raja Melayu, termasuk Yang di-Pertuan Agong


(YDPA) sudah menjadi kebiasaan yang terbiasa. Sejak wujudnya medium komunikasi
secara atas talian, sudah menjadi kebiasaan jika dibandingkan pada dahulu kala yang
sukar untuk didengari isu seperti ini timbul. Perbuatan menghina Yang Di-Pertuan
Agong (YDPA) dengan sengaja oleh penderhaka-penderhaka baik di dalam atau di luar
negara sudah berulang berkali berlaku bagaikan agenda tahunan yang telah dirancang
rapi oleh pihak tertentu. Begitu juga ia semakin menjadi-jadi sejak Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, menghina Raja-Raja Melayu adalah merupakan suatu
penderhakaan dan sekaligus menolak prinsip kedua Rukun Negara. Selain terdapatnya
pengkhianat yang terlepas, terdapat juga yang berjaya ditangkap dan dibicara,
selanjutnya timbul pula soal hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan penghinaan
yang dilakukan. Ini terbukti apabila pesalah tidak rasa serik dengan hukuman dan kes
seperti ini acap kali berulang.

Dimana maruah negara sedangkan seluruh rakyat yang mengaku sebagai


warganegara Malaysia wajib mendukung Rukun Negara dan dalam kes ini ia berkenaan
dengan prinsip kedua dalam Rukun Negara iaitu KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA. Rakyat yang cintakan negara wajib mentaati prinsip negara ini baik
4

Bumiputera, peribumi atau pendatang yang mendapat kerakyatan. Mereka wajib


mematuhi kelima-lima prinsip Rukun Negara tanpa terkecuali. Justeru, insiden
kebiadaban melampau oleh pihak pengkhianat ini, beberapa siri penghinaan yang
dilakukan oleh pihak tertentu terhadap YDP Agong. Insiden-insiden ini seolah-olah ada
gerakan terancang dan amat rapi yang mahu menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu,
bermula dengan menjatuhkan kreadibiliti individu Raja Melayu dan sedikit demi sedikit
menumbangkan atau melenyapkan terus sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan
di Malaysia dengan menggantikannya kepada sistem republik – kerajaan tanpa
kesultanan atau raja. Sorotan penghinaan ini boleh diimbau kembali dengan merujuk
kepada kenyataan-kenyataan keras Wan Ji dalam satu rakaman video sejak tahun 2010
yang terang-terangan menghasut rakyat membenci Raja dan Sultan sehingga turut
membuat satu perancangan untuk menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu pada tahun
2030. Dalam kertas pertuduhan, beliau didakwa telah mengeluarkan kata-kata berikut
terhadap Sultan Selangor khasnya dan terhadap Sultan-sultan lain umumnya melalui
laman Facebook beliau pada jam lebih kurang 10.00 pagi 8 November 2012:

i. “Jenis syaitan tak baca hadis Nabi…”


ii. “Bahana bodoh agama tapi nak jadi Ketua Agama…”
iii. “Perasan bagus, tapi bodoh agama…”
iv. “Buang je Sultan-Sultan ni…”
v. “Perabis duit rakyat…”
vi. “Si syaitan ni buat projek pembodohan…”
vii. “Bila orang bodoh, dia akan berkuasa…”
viii. “Firaun moden…”
ix. “Nak kaya dalam keadaan bodoh adalah (dengan) jadi Sultan…”
x. “Kalau di Malaysia, yang buat kerja (pembodohan) ni adalah UMNO dan
Sultan…”.

Mahkamah Tinggi telah mengenakan hukuman penjara 1 tahun ke atas beliau,


dengan mempertimbangkan faktor mens rea (niat) Wan Ji ketika memuatnaik kenyataan-
kenyataan berkenaan yang konsisten dengan perancangan beliau untuk menghapuskan
Institusi Raja-Raja Melayu pada tahun 2030 nanti. Namun hukuman penjara 1 tahun
amatlah ringan dan tidak setimpal dengan perbuatan biadabnya itu yang sepatutnya
5

dikenakan hukum maksimum penjara sehingga 3 tahun dan denda semaksimum yang ada
dalam peruntukan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.
Masyarakat memandang serius perbuatan menghina Raja-Raja Melayu oleh para
pelampau-pengkhianat negara, dan menyambutnya dengan membidas mereka melalui
media sosial, antaranya pada Julai 2019, apabila seorang tokoh politik yang juga bekas
banduan mahu berjumpa dengan Tun Mahathir untuk mendapatkan pembelaan terhadap
penderhaka Sultan.

Isu terkini berkaitan penyalahgunaan media sosial yang menghina Institusi


Beraja adalah pada akhir bulan Mei 2021, dimana gara-gara memuat naik video live
berkaitan lockdown penuh yang dianggap menghina Yang di-Pertuan Agong seorang
pemuda dilapor ditahan PDRM. Sebelum itu video yang diberi tajuk “Apa Yang
Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun Ini” di YouTube rasmi miliknya, pemuda
terbabit yang dikenali Iswardy Morni cuba menggambarkan baginda seakan-akan tidak
bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19. Pada video tersebut dinyatakan “Tuanku,
bangun tak, bangun tak bangun ini. Tahu tak apa sekeliling kita kes (Covid-19) jadi 8
ribu. Kita tahu makan di istana itu sedap, saya tidak pernah pergi kalau dijemput masuk
nak juga,”. Pemuda terbabit juga dikatakan membandingkan Yang di-Pertuan Agong
dengan Sultan Johor yang mencadangkan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) bersasar di Johor. Video live tersebut turut dilaporkan mendapat tontonan
sehingga 38,645 orang. Pemuda terbabit yang juga Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak
berusia 40-an ditahan di kediamannya di Kajang, Selangor. Menurut polis kertas siasatan
dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menjadi tanda tanya mengapa golongan seperti itu begitu berani sedangkan
mereka tahu ada ada hukuman (walaupun tidak berat) bakal dikenakan? Mesti ada
perancangan tertentu di sebalik semua kejadian ini. Sebagai contoh apabila berlaku
penghinaan terhadap Raja Thailand, didapati hukuman-hukuman yang dikenakan seperti
penjara 6 tahun, 18 tahun, 20 tahun dan 43 tahun. Ada juga yang dikenakan sehingga 87
tahun. Begitulah seriusnya negara jiran yang menjaga institusi monarki mereka. Negara
kita bagaimana? Penghinaan bukan dibuat sekali dua, tetapi banyak kali. Seolah-olah
tidak ada pengajaran yang diambil. Penghinaan dilakukan dalam kalangan rakyat negara
ini sendiri, bukan orang luar. Jika penelitian dibuat keatas media sosial dalam bahasa
6

bukan Melayu dalam bahasa mereka, lagi teruk. Bukan main lagi mereka mencerca dan
mengutuk. Kenapa terus dibiarkan? Jika ada yang ditangkap dan didakwa nanti, maka
bertempeklah pejuang-pejuang hak asasi manusia mahukan mereka dibebaskan tanpa
syarat. Apakah budaya seperti ini patut dibiarkan? Tidak dinafikan Raja-raja perlu
ditegur kerana mereka juga adalah manusia biasa, ada nafsu seperti manusia yang lain.
Kadangkala, mereka juga terlanjur akhlaknya, turut merebut kekayaan dan sebagainya,
tetapi teguran biarlah beradab. Tidak dinafikan juga hak kebebasan bersuara seperti
diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, namun semua ada hadnya.

3.0 PERBINCANGAN UNDANG-UNDANG DENGAN ISU

Pada kebiasaanya pesalah-pesalah media sosial seperti contoh–contoh yang


diberikan sebelum ini akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen
504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
(Akta 588) yang boleh dihukum di bawah seksyen 233 (3) akta sama yang membawa
hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya,
dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas
pensabitan. Akta utama dalam mengawal masalah di media sosial adalah Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 namun ia adalah tidak menyeluruh. Ini adalah kerana
dalam mengawal selia masalah penyalahgunaan media sosial terdapat keperluan untuk
merujuk kepada akta-akta lain seperti:
i. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,
ii. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998,
iii. Akta Tandatangan Digital 1997,
iv. Akta Jenayah Komputer 1997,
v. Akta Teleperubatan 1997,
vi. Akta Perdagangan Elektronik 2006,
vii. Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007,
viii. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010,
ix. Akta Rahsia Rasmi 1972,
x. Akta Hak cipta 1987 Pindaan 2012,
xi. Akta Hasutan 1948,
7

xii. Akta Fitnah 1957,


xiii. Kanun Keseksaan,
xiv. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan
xv. Akta Pencegahan Keganasan 2015

Tujuan utama kerajaan campur tangan dalam media internet adalah untuk
menjadikan internet sebagai satu medium yang harmoni dan mesra rakyat di mana tiada
unsur-unsur penyalahgunaan internet di samping menjadikan internet untuk membantu
kerajaan dalam pembangunan negara. Selain itu, secara sedar atau tidak, kebanyakan
jabatan dan agensi kerajaan dan swasta di Malaysia mempunyai peraturan kecil yang
dikenali sebagai Dasar ICT. Secara umumnya dasar tersebut lebih menekankan kepada
cara penggunaan dan penyelengaraan teknologi maklumat termasuklah rangkaian
internet. Setiap dasar itu mempunyai beberapa peraturan kecil penggunaan internet yang
boleh dikatakan lebih menjurus pada kawalan penggunaan internet.

Media sosial tidak menjadikan sempadan geografi dan bidang kuasa yang jelas.
Walau bagaimanapun, pengguna internet masih ada di kawasan bidang kuasa secara
fizikal dan masih tertakluk pada undang-undang di mana mereka berada. Sebagai contoh
orang X berada di kawasan Malaysia dan melayari internet dengan menggunakan
pelayan Singapura. Walau bagaimanapun, orang X masih tertakluk kepada undang-
undang negara Malaysia. Oleh itu, satu urusniaga atau aktiviti melalui internet
merangkumi tiga bidang kuasa iaitu:
i. undang-undang di mana pengguna menetap,
ii. undang-undang yang aplikasi pada tempat hos server atau hos pelayan terletak
dan
iii. undang-undang negara yang aplikasi terhadap orang atau perniagaan dimana
urusniaga dibuat.

Sebagai contoh, pengguna X di Malaysia yang membuat urusniaga dengan pengguna lain
di Jepun melalui satu pelayan di Singapura maka secara teorinya tertakluk pada undang-
undang ketiga-tiga negara ini sebagaimana mereka merujuk urusniaga yang dilakukan
(Muhamad Adnan, 2013).
8

Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


merangka Kod Kandungan yang mengandungi piawai dan amalan bagi industri
komunikasi dan multimedia, yang disediakan oleh Badan Industri Forum Kandungan
Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kod Kandungan ini mengandungi garis panduan
dalam penyediaan kandungan dan menggariskan tatacara kawalan kendiri yang boleh
menghasilkan wadah bagi melahirkan kreativiti, inovasi dan pembangunan sihat industri
yang sering berubah. Walau bagaimanapun, pematuhan kod ini adalah secara sukarela.
Media sosial kerap digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai tempat
meluahkan rasa tidak puas hati mereka, yang dikatakan sebagai ruang untuk mereka
menyuarakan pendapat, pandangan dan komen yang sememangnya tidak akan
dibenarkan bagi penerbitan kepada media cetak dapat dan boleh diungkapkan secara atas
talian. Komen dan pendapat mereka pula semakin berani dan liar berikutan kesukaran
pihak luar mengenal identiti penulis. Penggunaan nama samaran dan menggodam laman
web orang sudah menjadi kelaziman kini.

Kajian Noor Ismawati dan Mohd Yahya (2016), mendapati bahawa motivasi
utama pengguna media sosial untuk terus berkomunikasi di laman sosial ialah
kesekataan, kurang persempadanan dan penjimatan masa. Portal berita dalam talian juga
semakin popular, antaranya Malaysiakini, Malaysian Insider, Merdeka Review, Free
Malaysia Today, The Nut Graph dan blog Malaysia Chronicle. Semua portal berita ini
terus memberi ruang untuk penulis membuat komentar dan analisis, termasuk analisis
yang kritikal terhadap dasar kerajaan.

Kerajaan masih berusaha mengawal pemilikan media dalam talian, khususnya


melalui peruntukan pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948,
Perlembagaan Persekutuan dan beberapa akta lain. Sa’adiah Mat Alip (2015) mendapati
Facebook merupakan laman sosial yang paling popular digunakan kerana ia menjadi
pilihan utama responden iaitu sebanyak 53.9%, Instagram pula merupakan laman sosial
kedua yang menjadi pilihan responden iaitu sebanyak 30.0% dan diikuti dengan Twitter
sebanyak 15.6%. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai kaedah
menganalisis data daripada 2 laman Facebook, 1 blog dan 1 Twitter yang dijadikan ruang
menghina kedaulatan Sultan dan institusi Raja di Malaysia. Perbuatan-perbuatan
sedemikian adalah tidak patriotik dan tidak bertanggungjawab tersebut merupakan suatu
jenayah yang boleh mengakibatkan ketidaktenteraman awam.
9

4.0 CADANGAN DAN PENDAPAT

Media sosial yang merupakan media baharu yang perlu dikawal walaupun sifat
media ini berbanding dengan media tradisional. Kawalan media ialah cara membendung
sesuatu maklumat secara sengaja oleh suatu pihak tertentu dalam apa juga kaedah,
lazimnya oleh sesebuah kerajaan atau pemilik syarikat media. Menurut Wan Amizah
(2008), kawalan media ditakrifkan sebagai kaedah yang digunakan secara sengaja untuk
menyekat, menapis, membatalkan dan mengharamkan sebarang maklumat yang ingin
disampaikan oleh suatu organisasi media kepada orang ramai. Tambah beliau lagi,
kawalan merupakan satu proses penapisan maklumat dan idea-idea yang diedarkan dalam
kalangan sesuatu masyarakat. Penapisan bukan merupakan satu konsep yang baharu
dalam dunia moden sekarang. Hal ini kerana, penapisan telah muncul pada abad ke-20
melalui pemeriksaan buku, rancangan radio atau televisyen, filem, drama dan laporan
berita (Wan Amizah 2008). Konsep penapisan turut digunakan pada zaman purba di
mana masyarakat di zaman tersebut mempunyai adat resam, pantang larang, peraturan-
peraturan, cara berpakaian, unsur keagamaan. Oleh itu, penapisan digunakan untuk
mengawal selia elemen-elemen di atas.

Di Athens pula, di mana muncul system demokrasi, maka penapisan adalah


elemen terkenal sebagai satu cara untuk menguatkuasakan ortodoks. Plato merupakan
pemikir pertama yang memberikan rasional untuk penapisan intelek, agama dan seni.
Beliau turut melarang para ibu dari menceritakan cerita-cerita dongeng kepada kanak-
kanak (Plato 1892). Selain itu, di zaman Rom, kebebasan bersuara hanya dikhaskan
kepada golongan -golongan yang berkuasa (Laura Robinson 1940).

Kawalan turut wujud di zaman pemerintahan Qin Shi Huang di negara China.
Peggy Pancella (2008) mengatakan Qin Shi Huangdi merupakan maharaja pertama
China dan beliau sentiasa dikelilingi oleh tentera-tentera hebat. Qin Shi Huangdi adalah
maharaja yang begitu terdesak untuk mendapatkan kuasa sehingga beliau ingin
mengeluarkan arahan dari kubur selepas dia meninggal. Beliau adalah seorang
10

pemerintah yang sangat kejam dan tidak boleh menerima sebarang teguran, kritikan atau
pembangkang. Sekitar tahun 213BC, Maharaja Qin Shi Huangdi mula merasa takut
kerana mungkin sejarah akan menceritakan tentang keburukkan pemerintahan beliau.
Oleh itu, beliau mengarahkan semua buku-buku yang menceritakan tentang beliau untuk
diambil dan dibakar secara terbuka. Walau bagaimanapun, ada di antara ulama-ulama
dan pegawai-pegawai tidak bersetuju dengan tindakan Maharaja Qin Shi Huangdi dan
sebagai hukuman mereka ditanam secara hiduphidup. Daripada sejarah purba ini, maka
kita tidak boleh menafikan bahawa penapisan tidak wujud di zaman purba. Sebagai
contoh di atas, Maharaja Qin Shi Huangdi telah menyekat penyebaran maklumat dengan
menghapuskan buku-buku di zaman pemerintahan beliau.

Di Malaysia pula, bagi menyokong kemajuan dalam bidang siber maka kerajaan
telah melaksanakan Rang Jaminan MSC Malaysia 1996 (MSC Bill of Guarantees). Ini
bertujuan menggalakkan pertumbuhan industri berstatus MSC di Malaysia serta
pertumbuhan industry teknologi maklumat. “Tiada Penapisan Internet”, adalah perkara
ketujuh dalam perjanjian yang telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamed mantan
Perdana Menteri Malaysia melalui Kandungan Rang Jaminan tersebut (MSC, 2011).
Objektif dasar ini adalah bagi merealisasi wawasan Malaysia untuk menjadi hab ICT
yang utama di peringkat global, justeru kerajaan menyedari peranan penting internet
dalam mempercepat pertukaran maklumat dan inovasi, serta menyediakan landasan bagi
meneruskan penambahbaikan kualiti kerja dan hidup. Walaupun Kerajaan Malaysia tidak
membuat tapisan internet, namun Rang Jaminan MSC tersebut juga mengatakan ini tidak
bermakna sesiapa sahaja boleh menyebarkan kandungan yang tidak sah dan tanpa
menghiraukan undang-undang.

Kementerian dan agensi berkaitan dikehendaki mengambil langkah bersesuaian


bagi menguatkuasa undang-undang yang sedia ada. Kawalan dalam internet bukan
sesuatu yang sangat mudah dan apatah lagi dalam sebuah negara yang mengamalkan
kebebasan internet. Kajian Muhamad Adnan (2013), mendapati antara cabaran utama
yang dihadapi oleh pihak kerajaan Malaysia untuk mengawal internet adalah:
i. domain dan web hosting sesuatu laman sesawang didaftarkan di luar negara;
ii. sukar untuk mengesan atau mengenalpasti suspek;
iii. pendaftaran maklumat palsu;
iv. perkembangan teknologi yang sangat pantas; dan
11

v. sukar mengadakan pemantauan terhadap kandungan.

Hasil kajian Muhamad Adnan (2013), juga mendapati terdapat empat kebaikan utama
dengan mengadakan kawalan dalam internet iaitu:
i. membangunkan industri hiburan,
ii. mengawal isu-isu fitnah atau perkara yang tidak betul,
iii. melahirkan generasi yang berakhlak mulia serta
iv. dapat memperkasakan undang-undang negara.

Antara cadangan alternatif lain yang dirasakan sesuai untuk digunapakai bagi
memberikan pengajaran kepada pesalah dan juga pengguna lain supaya lebih berwaspada
di media sosial adalah menyarankan agar Parlimen memasukkan hukuman sebatan
sehingga 6 kali terhadap kesalahan di bawah Akta Hasutan. Peruntukan hukuman sebatan
diharap dapat meningkatkan pencegahan terhadap kecenderungan untuk menghina Yang
di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku tonggak pemerintahan negara dan ketua
agama Islam. Di samping itu tindakan terhadap mereka yang menghina kesucian ajaran
Islam perlu juga dikenakan hukuman yang lebih tegas dan dikuatkuasakan tanpa
kompromi selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan negeri-
negeri. Pengenalan hukuman sebatan di bawah Akta Hasutan tidak perlu dibimbangkan
kerana akta itu mempunyai peruntukan yang tidak membolehkannya digunakan secara
sewenang-wenangnya. Pemantauan serta tindakan yang lebih tegas dan pantas perlu
lakukan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut demi
memastikan Institusi Diraja, kedaulatan undang-undang dan ketenteraman awam kekal
terpelihara.

5.0 KESIMPULAN

Aspek politik, ekonomi dan sosiobudaya berperanan bagi sesebuah negara seperti
Malaysia memberi penekanan terhadap pembangunan media komunikasi (Asiah 2002).
Ia perlu mendasari keadaan semulajadi Malaysia yang mempunyai berbagai-bagai
budaya, agama dan bangsa. Peningkatan ekonomi dan nama baik Malaysia diseantero
12

dunia turut mempunyai pengaruh terhadap keperluan dan keinginan rakyat negara ini.
Perkara berkaitan penghinaan kepada Raja-raja bererti telah mengingkari ikrar sebagai
rakyat Malaysia terhadap prinsip yang terdapat dalam Rukunegara dan Perlembagaan
Persekutuan. Hak kebebasan yang diperkatakan sememangnya telah wujud dan
merupakan perkara utama bagi sistem negara berdemokrasi seperti negara ini. Namun ia
tidaklah sewenang-wenangnya disalahguna dengan menyuarakan rasa tidak puas hati
individu tertentu untuk disebarkan kepada sekalian rakyat. Ia seolah-olah cuba
menghasut pemikiran dan pendirian rakyat Malaysia kepada institusi raja yang sudah
lama diamalkan. Undang-undang sedia ada kini dilihat masih lagi tidak cukup kuat untuk
menghalang penghinaan seperti itu terus berlaku. Sudah sampai masanya pihak kerajaan
menggubal undang-undang atau peraturan baharu dengan hukuman yang lebih berat
dikenakan kepada pengkhianat-pengkhianat bangsa. Undang-undang dan hukuman
tersebut perlu digubal untuk menangani isu-isu seperti ini terjadi lagi dimasa akan
datang. Perkara seperti ini tidak boleh dipandang remeh, isu berupa hasutan dan
penghinaan, mempunyai kesan yang sangat besar dimana boleh merosakkan negara.
Malaysia sebagai negara berpelembagaan yang mengamalkan sistem raja dimana
meletakkan kedudukan raja sebagai kuasa tertinggi perlu melihat isu penghinaan kepada
institusi raja sebagai satu bentuk kesalahan yang berat serta tidak boleh dikompromi.
Jika tidak, pasti insiden seperti ini akan terus berulang dan berulang.
13

RUJUKAN

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia: Teori & Praktis. Shah Alam: Arah
Publications.

Ahmad Sarji. (2003). Wawasan 2020 Malaysia: Memahami konsep, implikasi dan
cabaran. Terj. Azwar Abd. Manan & Mohamad Abd Manaf. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Ahmad Sauffiyan Abu Hassan. (2016). DAESH: Kebangkitan Dan Pengaruh Media
Sosial. Jurnal Komunikasi Malaysian Jilid 32 (2) 2016: 381-404

Ahmad Shamsul Abd Aziz. (2017). Perlindungan hak cipta dan kebebasan bersuara
pengguna di Internet: suatu analisa mencari keseimbangan dalam pertembungan
dua hak ini di Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Utara Malaysia.
(tidak diterbitkan).

Ahmad Shamsul & Rusniah Ahmad. (2015). Undang-undang Hak Cipta dan Kebebasan
Bersuara , 1 LNS A xlv

Alan Branthwaite &Simon Patterson. (2011). The power of qualitative research in the era
of social media, Qualitative Market Research: An International Journal, Vol. 14
Issue: 4, pp.430-440, https://doi.org/10.1108/13522751111163245

Asiah Sarji. (2002). Penyiaran dan pembangunan pemaparan nilai-nilai murni dan tidak
murni melalui penyiaran: analisis teori. Seminar penyiaran dan masyarakat.
Universiti Putra Malaysia, Serdang. 5 September.
14

Balkin, Jack M. (2011).”Free Speech and Press in the Digital Age: The future of free
expression in a digital age,” Pepp.L.Rev 36 (2009):427444.Stefano, D.S., (2011).
Social media risks, CLJ Bulletin 36 (2011):1-5.

Bertot, J.C., Jaeger, P.T., & Hansen, D. (2012). The impact of policies on government
social media usage: issues, challenges and recomendtions. Government
Information Quarterl 29 (2012): 30-40.

Breckon, R. (2013), Social media’s legal criteria, dicapai atas talian di


http://www.cljlaw.com/arthighlight_1309SocialMediasLegalCriteria.pdf pada 16
Mac 2016

CyberSecurity Malaysia. (2020). Dicapai atas talian di


https://www.cybersecurity.my/en/index.html pada 1 Februari 2020

Hardin,G.(2001). “The Tragedy of the Commons,” The Social Contract. 26-35.

http://www.mscmalaysia.my/news/introducing-msc-malaysia-certified-solutions#bog7

Kent, K.E. (1975). Mass communication, information control and development: a general
systems theory analysis. Tesis Ph.D. University of Minnesota, Amerika Syarikat.

Lessig, L. (2006). Code and Other Laws of Cyberspace. New York: Basic Books

Mafis Mohd Samuri. (2012). Penghakisan nilai agama melalui doktrin hak asasi
manusia.http://www.muftiwp.gov.my/vl/doc/Doktrin_Hak_Asasi_Manusia.pdf.
[26 April 2013].

Mohamed Sharil Tarmizi. (2013). http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/


General/pdf/130524_Hina_Sultan_Trengganu.pdf
15

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff & Muammar Ghaddaffi Hanafiah. (2015). Impak Media
Baharu Terhadap Sistem Nilai Masyarakat Melayu di Malaysia. Jurnal
Komunikasi. Jilid 31(2): 33-46

MSC (2011). http://www.skmm.gov.my.

Muhammad Adnan Pitchan (2013). Kawalan Dan Kebebasan Dalam Sistem Internet:
Kajian Dari Perspektif Dasar Dan Amalan. Tesis Sarjana Falsafah. Tesis PhD.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Bangi. UKM.

Muhamad Adnan Pitchan. (2013). Kawalan dan Kebebasan dalam Sistem Internet:
Analisis dari Sudut Cabaran Kerajaan dan Pembangunan Negara. Kertas Kerja
yang dibentangkan pada Simposium Antarabangsa Falsafah Islam pada 21 dan 22
Mei 2013 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Muhammad Adnan Pitchan & Siti Zobidah Omar (2019). Dasar Keselamatan Siber
Malaysia: Tinjauan Awal Terhadap Kesedaran Netizen dan Undang-Undang,
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication Jilid 35(1) 2019: 103

Muhammad Adnan Pitchan, Wan Amizah Wan Mahmud, Shahrul Nazmi Sannussi, Ali
Salman (2015). Control and freedom of the Internet: Challenges faced by the
government. Journal of Asian Pacific Communication, 25(2), 243-252.

Muhammad Adnan, Siti Nur Husna, & Mohd Izhar Ariff. (2018). Teori Al-Daruriyyat
dan Penggunaan Media Sosial: Satu Perbincangan Konsep. Jurnal Komunikasi:
Malaysian Journal of Communication, 34(4), 75-92.

Nadia Abu Bakar. (2014). Social media privacy in the workplace. LNS (A) 1:cix.

Nazli Nawang & Aminuddin Mustaffa.(2017). Online News Portals in Malaysia; Should
They be Subjected to the Existing Traditional Media Laws? World Applied
Sciences Journal, 35((): 1718-1722.
16

Nazura Abdul Manap & Jasri Jamal (2003). Jenayah Komputer: Perbandingan Menurut
Akta Jenayah Komputer 1997 dan Prinsip Undang-undang Jenayah Islam. Jurnal
Undang undang dan Masyarakat 7, 15-36.

Nurhafilah Musa.(2017). Ulasan Perundangan Akta Pencegahan Keganasan 2015.


KANUN (1) 210-222.

Noor Ismawati Jaafar dan Mohd Yahya Mohamed Ariffin. (2016). Understanding Users’
Motivation To Continue Using Social Networking Sites (Sns). Jurnal
Komunikasi. Jilid 32 (2) : 590-605.

Ramachandra Ponnan and Mohd Nor Shahizan Ali. (2016). Social media issues
embedded in broadcasting: Malaysian experience. Journal of Social Sciences and
Humanities 10(1): 29-43.

Sa’adiah Mat Alip. (2015). Pemilihan Bahasa Dalam Komunikasi Di Laman Sosial.
Jurnal Komunikasi. Jilid 31(2) : 231-246.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. (2020). Dicapai atas talian di


https://www.mcmc.gov.my/en/home pada 1 Februari 2020

Utusan Malaysia (2015). Kebanyakan undang-undang media sudah usang, di capai atas
talian di http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kebanyakan-undang-undang-
8232-media sudah-usang-1.143772#sthash.wmhaXrag.dpuf pada 13 Mac 2016

Trading Economics (2012). http://www.tradingeconomics.com/malaysia/internet-users


wb-data.html UNESCO. (1948). Universal declaration of human rights.

Wan Amizah Wan Mahmud & Muhammad Adnan Pitchan (2017). Media Baharu dan
Institusi Raja di Malaysia: Kes Penghinaan Raja-raja di Media Sosial. Jurnal
Komunikasi Malaysian Journal of Communication. Jilid 33(1) 2017: 406-422
17

Wan Amizah Wan Mahmud. (2008). Perkembangan dan pembangunan sistem dan dasar
Penapisan filem di Malaysia. Tesis PhD. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Bangi. UKM.

Zixue Tai. (2012). The internet in China: cyberspace and civil society. New York: Taylor
& Francis Group

Anda mungkin juga menyukai