Anda di halaman 1dari 6

PENTAKSIRAN AKHIR

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

MATRIC NO. :
I/C NO. / PASSPORT NO. :
COURSE CODE/NAME : GMGA2023 / DASAR AWAM
LECTURE GROUP :
LECTURER’S NAME : SHARIFUZAH OSMAN
EXAMINATION DATE & : 10 OGOS 2020 (ISNIN) (8 PAGI) hingga
TIME 27 OGOS 2020 (KHAMIS) (11 MALAM)

ARAHAN:

1. Pentaksiran akhir ini mengandungi DUA


Untuk kegunaan pensyarah (2) soalan.
QUESTION MARKS
2. Calon dikehendaki menjawab semua
NO. soalan.
1i
1ii 3. Jawapan hendaklah ditaip (font Arial atau
Times New Roman saiz 11, 1.5 spacing).
1iii
2i 4. Selain bacaan yang disertakan, calon
2ii dibenarkan untuk merujuk mana-mana
bahan bacaan yang bersesuaian bagi
2iii menulis jawapan.
5. Calon tidak dibenarkan untuk berbincang
atau bertukar jawapan. Sebarang unsur
PLAGIAT adalah dilarang.
6. Jawapan yang telah siap perlu dimuat naik
TOTAL di Online Learning sebelum atau pada 27
OGOS 2020 jam 11 MALAM.
7. Formatkan kepada file PDF sebelum
dimuatnaik ke Online Learning.
8. Patuhi arahan patah perkataan yang telah
dinyatakan.
9. Isi maklumat peribadi yang diperlukan
dengan TEPAT.
10. Amanah kepada diri sendiri dan Tuhan
amat penting.
11. Jangan tinggalkan banyak ruangan
KOSONG. Jimatkan ruang!
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Question SEMESTER : Take - Home
No. SESSION : J A 2 0 1
Examination

MATRIC NO. :

ARAHAN: Jawab SEMUA soalan.

SOALAN SATU

Berdasarkan Petikan bertajuk ‘R.AGE Kumpulan Wartawan Muda Yang Membawa Perubahan Terhadap Jenayah
Seksual Kanak-Kanak Di Malaysia’;

i. nyatakan LIMA (5) aktor dasar yang terlibat.


(5 markah)

a) Parlimen.
b) Perdana Menteri dan Menteri-menteri/ Eksekutif.
c) Birokrat/ Pentadbir Awam = Agensi-agensi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan
Perdana Menteri.
d) NGO seperti Women’s Centre for Change (WCC) Pulau Pinang.
e) Pihak Media = R.AGE dan Star Media Group.

ii. jelaskan secara ringkas LIMA (5) bentuk sokongan dasar yang digunakan oleh R.AGE bagi mendapatkan
sokongan terhadap dasar yang dikemukakan.

(15 markah)

Bentuk sokongan dasar yang digunakan oleh R.AGE bagi mendapatkan sokongan
terhadap dasar yang dikemukakan adalah yang pertama melalui siasatan menerusi aplikasi chat
pada telefon pintar keatas jenayah rogol yang terdapat di Malaysia. Hasil dapatan pada laman
web R.AGE mendapati sebanyak 80% jenayah rogol adalah yang melibatkan jenayah rogol
terhadap kanak-kanak (pedofilia). Seterusnya menjalankan kempen Predator In My Phone 1 bagi
mengumpulkan bahan bukti yang lebih kuat seperti mengnalpasti jumlah sebenar pelaku jenayah
tersebut. Segala eksperimen yang dilakukan kumpulan ini menggunakan aplikasi chat seperti
facebook, WhatsApp, WeChat dan lain-lain lagi.
Turut sama R.AGE melibatkan suara padangan daripada pihak NGO yang tiada
kepentingannya dalam kerajaan. Pihak NGO yang terlibat adalah Women’s Centre for Change
(WCC) Pulau Pinang. Seterusnya, mendapatkan sokongan dasar daripada pakar-pakar

2
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Question SEMESTER : Take - Home
No. SESSION : J A 2 0 1
Examination

MATRIC NO. :

professional seperti aspek tindakan perundangan iaitu pihak peguam. Manakala ahli kriminologi
bertindak dalam memberikan maklumat dan konsultasi berkenaan perihal jenayah, penganalisisan
serta penyelidikan berkaitan jenayah tersebut.
Mendapatkan pengesahan dan sokongan menerusi agensi-agensi kerajaan yang terlibat
iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Polis Diraja
Malaysia (PDRM), dan Jabatan Perdana Menteri. Setiap agensi mempunyai pembahagian tugas
terhadap mengikut skop masing-masing bagi membolehkan pembuatan keputusan yang rasional
diambil.
Sokongan dasar berikutnya adalah menerusi penglibatan orang awam dalam kempen MPs
Against Predators (MP Menentang Pemangsa Seksual Kanak-kanak). Kempen tersebut dijalankan
dalam bentuk petisyen yang menggalakkan orang awam bersama-sama melobi ahli parlimen agar
RUU tersebut dapat dibentangkan diperingkat parlimen. Menggunakan saluran media seperti
telefon, facebook, youtube, twitter dan laman web bagi mencapai objektif tersebut. Bagi
memperkuatkan kempen melobi turut melibatkan beberapa selebriti terkenal Malaysia.
Seterusnya sokongan dasar yang diperolehi adalah berdasarkan bantuan secara sukarela
oleh 30 orang kakitangan yang terdiri daripada wartawan Star Media Group daripada unit-unit
seperti The Star, Star2, StarMetro, The Star TV dan mStar. Menggunakan saluran perhubungan
telefon bagi mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli Parlimen.

iii. jelaskan mengapa sokongan majoriti ahli-ahli parlimen perlu diperoleh oleh R.AGE? Panjang penjelasan
anda tidak boleh melebihi 150 patah perkataan.

(10 markah)

R.AGE perlu mendapatkan sokongan majoriti ahli-ahli parlimen bagi memudahkan undang-
undang itu diluluskan. Terdapat sebanyak tiga bacaan RUU diterangkan di Dewan Rakyat
sebelum ia ke proses seterusnya. Bacaan kali kedua dilakukan dimana prinsip am RUU tersebut
dibahaskan dan pada ketika ini ia memerlukan sokongan majoriti mudah dengan suara atau belah
bagi dikalangan ahli Dewan Rakyat. Jumlah keseluruhan ahli kerusi di Dewan Rakyat adalah
sebanyak 222 kerusi dimana hanya memerlukan undian ahli majoriti mudah sebanyak 112 sahaja.
Usul yang diusahakan oleh R.AGE itu berjaya mendapat sokongan seramai 115 orang Parlimen,
seterusnya akan dibentangkan ke Dewan Negara dan tiga bacaan sepertimana yang dilakukan
3
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Question SEMESTER : Take - Home
No. SESSION : J A 2 0 1
Examination

MATRIC NO. :

sebelum ini berulang lagi. Selanjutnya, RUU tersebut akan dipersembahkan kepada Yang di-
Pertuan Agong bagi diperkenankan selama 30 hari. Sesudah itu, RUU tersebut dikira telah berjaya
diluluskan sebagai undang-undang yang boleh berkuatkuasa. Sesuatu undang-undang boleh
dikuatkuasakan hanyalah apabila dimasyhurkan di dalam Warta Kerajaan.

SOALAN DUA

Kluster Sivagangga merupakan kluster terbaru dalam kes COVID-19 di Malaysia. Dengan merujuk kepada rujukan
yang bersesuaian;

i. senaraikan LIMA (5) dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengekang penularan virus COVID-
19 daripada kluster tersebut.
(5 markah)

a. Contract Tracing dijalankan secara menyeluruh dengan membuat Active Case Detection
pengesanan kes secara aktif terhadap kontak yang pernah berada dekat dengan individu yang
disahkan dijangkiti COVID-19.

b. Proses nyah kuman dan nyah cemar giat lakukan oleh Kemenrterian Kesihatan Malaysia di
segenap bahagian kawasan yang diyakini mempunyai perkaitan dengan kluster tersebut.

c. Kerajaan mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran


(TEMCO) Targetted Enhancement Movement Control Order bagi beberapa lokasi yang rata-
ratanya telah pun terkena jangkitan.

d. Pihak Polis diarahkan menjalankan sekatan jalan raya (SJR) laluan masuk dan keluar selama 24
jam dikawasan yang terlibat dan rondaan dilakukan dengan lebih kerap disekitarnya bagi
memastikan semua penduduk mematuhi arahan yang diberi.

e. Pemberitahuan situasi atau berita terkini berkenaan kluster tersebut dari semasa ke semasa
kepada orang awam. Serta masyarakat diminta supaya mematuhi SOP yang disediakan.

4
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Question SEMESTER : Take - Home
No. SESSION : J A 2 0 1
Examination

MATRIC NO. :

ii. cadangkan DUA (2) tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-
19 daripada kluster tersebut. Penjelasan perlu dihurai dalam lingkungan 150-200 patah perkataan sahaja.

(10 markah)

Pertama, kerjaan perlu lebih tegas dari aspek dalam membendung penularan virus
tersebut terus tersebar sehingga boleh mengakibatkan lock down sepertimana yang negara kita
hadapi sebelum ini. Kerajaan perlu mengarahkan semula kuarantin secara berpusat kepada
individu-individu yang pulang ke Malaysia sepertimana yang dilaksanakan sebelum ini. Punca
kewujudan kluster-kluster terbaharu seperti Sivagangga di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang adalah
kerana ketidakpatuhan rakyat Malaysia terhadap arahan kuarantin serta SOP yang telah
diarahkan. Orang ramai perlu patuh terhadap segala arahan yang diberi contohnya pemakaian
pelitup muka sebaik keluar rumah dan perlulah membiasakan diri dengan gaya hidup normal
baharu demi melindungi diri sendiri. Segala langkah-langkah pencegahan yang dirasakan penting
dan perlu pada hendaklah dilaksanakan setiap masa bagi mengelak dijangkiti virus tersebut.
Keduanya, sekatan jalanraya oleh barisan pertahan negara di kawasan atau daerah yang
sudah dikenalpasti dijangkiti virus tersebut. Sekiranya masih terdapat individu yang disyaki
dijangkiti atau penduduk di kawasan yang dijangkiti ingkar arahan, tindakan undang-undang yang
lebih keras perlu dilaksanakan. Sepertimana penguatkuasaan pemakaian alat pelitup muka
(facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh kerjaan bermula pada 1 Ogos 2020,
tindakan saman bernilai RM1000 bakal dikenakan kepada orang awam yang ingkar mematuhi
arahan tersebut. Bagi mengelakkan penyebaran virus COVID-19 bagi kluster ini, tindakan yang
lebih berat boleh dikenakan terhadap apa jua kesalahan yang berkaitan dengan
ketidakpematuhan SOP contohnya kegagalan menggunakan aplikasi MySejahtera samada premis
perniagaan ataupun pelanggan. Kegagalan tersebut mengakibatkan kesukaran kerajaan daripada
proses pengawasan dan pengesanan terhadap kontak yang tersebut.

iii. huraikan penularan COVID-19 kluster Sivagangga dengan menggunakan SATU (1) daripada konsep
berikut:
a) Kegagalan pasaran, ATAU
b) Kegagalan kerajaan

Panjang huraian anda adalah dalam lingkungan 200-300 patah perkataan sahaja.
(10 markah)

5
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Question SEMESTER : Take - Home
No. SESSION : J A 2 0 1
Examination

MATRIC NO. :

b) Kegagalan pasaran

Kegagalan pasaran mempunyai kaitan dengan pencarian yang tidak cekap dari aspek
seperti masa, perincian informasi, pasaran tidak kompetitif, masalah ejen utama atau luar negara.
Kewujudannya kerana dikawal selia sendiri oleh organisasi, berbanding penglibatan kerajaan
hanya dalam pasaran tertentu. Usaha kerajaan bagi mengelakkan penularan virus COVID 19
dengan mengarahkan individu-individu yang baru pulang dari luar negara untuk menjalani Perintah
Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Sekiranya individu-individu tersebut gagal
mematuhi arahan maka kerajaan akan mengenakan hukuman keatas pesalah. Dasar kerajaan ini
dapat mengelak penularan virus COVID 19 (barang awam) tetapi terpaksa mengorbankan sedikit
barang persendirian. Antara sebab kegagalan adalah termasuk eksternelity, barangan awam dan
kewujudan skala ekonomi. Malaysia merupakan antara negara yang berjaya dalam menghalang
penularan virus COVID 19 dan pengurusan kesan keatas ekonomi secara total. Akan tetapi, akibat
wujudnya kluster terbaru seperti Sivagangga menyebabkan kerajaan kerugian lebih
RM1,000,000,00 dikawasan TEMCO (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar).
Kluster tersebut telah mengakibatkan spill over keatas beberapa kawasan sekeliling melibatkan 3
buah negeri. Tahap keyakinan pengguna, pelabur tempatan dan asing dilihat masih belum pulih
sepenuhnya terhadap ekonomi negara. Seandainya PKP terpaksa dilaksanakan semula rentetan
kluster tersebut, ia mungkin boleh dilakukan secara bersasar. Antara risiko ekonomi negara jika
COVID-19 menular kembali hingga kerajaan terpaksa mengarahkan PKP semula adalah aktiviti
ekonomi akan terhenti dan memberi kesan kepada kejutan penawaran apabila aktiviti pengeluaran
tersekat, lantas memberi impak langsung terhadap peniaga, terutamanya punca pendapatan dan
isu aliran tunai. Akan bertambah lagi rakyat yang dibuang kerja, tahap pengangguran semakin
tinggi dan pendapatan rakyat terutamanya golongan B40 akan lebih terkesan. Seterusnya akan
memberi kesan terhadap kejatuhan menerusi permintaan domestik dalam ekonomi,
perkembangan industri utama terbantut, terutamanya industri pelancongan, perindustrian dan juga
pertanian. Sekaligus akan menyekat pertumbuhan ekonomi menerusi permintaan domestik.

(283 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai