Anda di halaman 1dari 5

PERANCANGAN AKADEMIK

GMGA3033

OPERASI DASAR AWAM

KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN & PENGAJIAN ANTARABANGSA

0
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

No. Maklumat Kursus


1. Nama Kursus : OPERASI DASAR AWAM
2. Kod Kursus : GMGA 3033
3. Nama Staf Akademik : Prof Madya Dr Nur Syakiran Akmal Ismail
Email : nsai@uum.edu.my
Telefon : 0195752214 (mobile) / 04-9287933 (pejabat)

4. Rasional penawaran kursus ini dalam program:


Ini merupakan kursus elektif program BPM. Ia bertujuan mendedahkan para pelajar tentang
proses pembuatan dan perlaksanaan dasar awam.
5. Semester/Tahun Ditawarkan :
6. Jumlah Student Bersemuka SL TLT
Learning Time (SLT)
L = Lecture/Syarahan L T P O
T = Tutorial/Kumpulan
P = Praktikal
O = Lain-lain
7. Nilai Kredit : 3
8. Prasyarat: GMGA2023 DASAR AWAM
9. Objektif :

Pelajar diharap dapat


1. mengetahui matlamat penggubalan dasar awam.
2. mengetahui aspek-aspek proses dasar awam terutama proses mengenal pasti
masalah.dasar
3. memahami proses pembentukan isu kepada agenda kerajaan.
4. mengetahui strategi-strategi pelaksanaaan dasar.

10. Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat


1. membincangkan isu-isu semasa dasar awam
2. mengemukakan cadangan dasar yang bersesuaian
3. menghubungkaitkan matlamat dasar dengan proses pembuatan dasar.
4. membandingkan teknik-teknik penstrukturan bagi mengenal pasti masalah dasar.
5. menilai dasar yang dilaksanakan.

1
11. Sinopsis

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai operasi dasar awam
yang digubal oleh kerajaan atau sektor awam. Setiap peringkat pembuatan dasar awam akan
dianalisis secara terperinci. Analisis yang dikaji akan mengaitkan pelbagai isu sama ada
dari sudut ekonomi, politik dan sosial. Perkara yang akan dibincangkan ialah matlamat
dasar, pembentukan agenda, permasalahan dasar, teknik-teknik analisis dasar, perumusan
dasar, peramalan alternatif dasar, dan pemakaian dasar. Kursus ini juga akan mengkaji
konsep penilaian dasar awam seperti anggaran kos, keberkesanan kos, pertimbangan-
pertimbangan analitikal, dan kebolehlaksanaan dasar awam yang digubal.

12. Mod Penyampaian


Syarahan dan perbincangan kumpulan kecil.

13. Jenis dan Metod Pentafsiran :

Kerja Kursus: 60%


Peperiksaan Pertengahan Semester - 15% [Bab 1-3]
Tugasan Individu - 10%
Latihan Kumpulan I dan II – 25%
Pembentangan Kumpulan – 10%

Peperiksaan akhir: 40% [Bab 4 – 8]

14 Rujukan utama
Modul GMGA3033 Operasi dan Penilaian Dasar Awam

Rujukan Tambahan
Lester, J. P. & Stewart, J. Jr. (2008) Public policy: An evolutionary approach (3rd ed.).
Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning.

Stone, Deborah (2012). Policy paradox: The art of political decision making. New York:
W.W.Norton & Co.

Sabitha Marican. (1997). Dasar awam di Malaysia: Isu dan konsep. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

2
15 Maklumat Tugasan

TUGASAN INDIVIDU (10%)

Arahan:

1. Setiap pelajar perlu memilih satu keratan akhbar bertarikh antara 1 Januari 2019 – 15
Disember 2019 yang boleh diakses melalui internet.

2. Berdasarkan keratan akhbar tersebut:-


a. Kenal pasti isu utama yang dibincangkan dalam berita tersebut.
b. Apakah matlamat utama isu tersebut dibincangkan? (Kaitkan dengan bab 1)
c. Beri pandangan anda ke atas tindakan kerajaan terhadap isu tersebut.

Penulisan: 5 –10 mukasurat; langkau 1.5 (spacing); Font 12, Times New
Roman. Rujukan menggunakan format APA.

PEMBENTANGAN KUMPULAN – 10%

Pelajar perlu membentuk kumpulan antara 3-4 orang. Tugasan berkumpulan secara berperingkat
dan pembentangan hasil tugasan perlu dibentang pada setiap pertemuan.
Latihan & Perbincangan Kumpulan dan Pembentangan I (10%)
1.Berdasarkan dasar yang dipilih, apakah atau kenalpasti isu/masalah (policy problem) yang
cuba diatasi oleh kerajaan dengan kewujudan dasar tersebut.
2.Kenalpasti pihak yang terlibat dengan isu/masalah tersebut (policy actors/policy
stakeholders)
3.Strukturkan masalah tersebut menggunakan SATU (1) teknik seperti yang terdapat dalam
modul.
4.Perlu menyiapkan laporan berdasarkan hasil pembentangan. Penulisan antara 3-5
mukasurat.
Latihan & Perbincangan Kumpulan dan Pembentangan II (15%)
1.Berdasarkan dasar yang dipilih, bincangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan
(jalan penyelesaian atau strategi pelaksanaan)
2.Bincangkan masalah yang dihadapi kerajaan dalam melaksanakan tindakan/penyelesaian
dasar (masalah dalam pelaksanaan dasar).
3.Pada pandangan anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam mengatasi
masalah (policy problem) tersebut.
4.Perlu menyiapkan laporan berdasarkan hasil pembentangan.
5.Penulisan antara 3-5 mukasurat.

Tarikh hantar penulisan Tugasan Individu & Kumpulan – tertakluk kepada Pensyarah

Senarai Dasar Kerajaan (boleh pilih spesifik dasar/program)


Dasar Wanita Negara 2009
Dasar Teknologi Hijau

3
Dasar Persyarikatan Malaysia
Dasar Penswastaan
Dasar Warga Tua
Dasar Pemerdagangan Orang
Dasar Automatif Malaysia
Pelan Integriti Nasional
Dasar Kanak-Kanak
Dasar Kependudukan Malaysia ke arah 70 juta penduduk
Dasar Komuniti Negara

21 Jadual Pertemuan

JADUAL SESI PERTEMUAN DAN PEPERIKSAAN AKHIR


SEMESTER APRIL 2019 SESI JA191

Pertemuan Modul Tempoh

 Penerangan berkaitan kursus


1  Penerangan tentang tugasan 4 jam
 Bab 1 dan Bab 2
 Perbincangan & Latihan Kumpulan

 Bab 3, Bab 4 dan Bab 5


2
 Perbincangan & Latihan Kumpulan 4 jam
 Pembentangan

 Bab 6
2 jam 30 minit
 Perbincangan & Latihan Kumpulan
3
 Pembentangan 1 jam 30 minit
 Peperiksaan Pertengahan Semester

 Bab 7 dan Bab 8


4  Perbincangan & Latihan Kumpulan 4 jam
 Pembentangan

5  Peperiksaan Akhir Semester 2 ½ jam

Anda mungkin juga menyukai