Anda di halaman 1dari 5

PERANCANGAN AKADEMIK

PRA SYARAT: TELAH MENGAMBIL 90 JAM KREDIT DAN KE ATAS

KOD KURSUS: BPMN3023


NAMA KURSUS: PENGURUSAN STRATEGIK
MAKLUMAT PENSYARAH: DR. MOHD RASHDAN BIN SALLEHUDDIN
rashdan@uum.edu.my
012-5790238

PENILAIAN KURSUS – 100% KERJA KURSUS

TUGASAN AUDIT STRATEGIK 30%


PEPERIKSAAN 1 20%
PEPERIKSAAN 2 30%
TUGASAN KAJIAN KES 20%

SINOPSIS
Kursus ini secara umumnya memberi penekanan kepada pengurusan daya kehidupan ataupun
kelangsungan sesebuah organisasi secara menyeluruh bagi menjamin kesinambungannya sebagai
sebuah entiti yang kekal dinamik dan berterusan. Proses pengurusan strategik ini biasanya dibahagikan
kepada tiga peringkat utama, iaitu: Penggubalan Strategi; Perlaksanaan Strategi; dan
Penilaian/Pengawalan Strategi. Pendekatan integrasi (integrated approach) atau pendekatan silang
fungsian (cross-functional approach) ditekankan dalam kursus ini.
Di peringkat penggubalan strategi, strategi-strategi korporat, perniagaan, dan fungsian yang berkesan digubal
berdasarkan kepada arah/halatuju organisasi. Objektif juga dijadikan panduan penting dan pembentukannya
berasaskan kepada faktor kekuatan/kelemahan (analisis realistik) dan peluang/ ancaman (analisis futuristik/
masa hadapan) yang dimiliki dan dihadapi oleh sesebuah organisasi itu. Di peringkat pelaksanaan strategi,
dibincangkan langkah-langkah penting untuk memastikan apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Manakala di peringkat penilaian/pengawalan strategi pula, ia memberi penekanan khusus
terhadap aspek-aspek penilaian, kawalan dan penambahbaikan terhadap strategi yang telah dilaksanakan.
OBJEKTIF KURSUS

Di akhir kursus, para pelajar akan dapat :

1. Menghubungkan teori dan konsep dengan amalan dengan memberi penekanan kepada usaha
meningkatkan kemahiran dalam merencanakan halatuju strategik organisasi

2. Mempelajari kaedah, teknik dan alat-alat analisis untuk mencapai penyelesaian secara strategik.

3. Melaksanakan audit strategik dengan mengesan masalah-masalah atau isu-isu utama and memberikan
cadangan untuk menyelesaikan masalah.

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri. Para pelajar diberikan modul kursus yang akan
menjadi rujukan utama untuk kursus ini. Modul kursus ini juga dilengkapi soalan-soalan sebagai latihan
untuk menguji kefahaman pelajar. Di samping itu, pelajar dinasihatkan agar mendapatkan bahan-bahan
bacaan lain, khususnya buku teks sepertimana yang dicadangkan bagi meningkatkan kefahaman pelajar
mengenai pengurusan strategik. Bacaan-bacaan tambahan juga digalakkan bagi meningkatkan
pengetahuan berkenaan perkembangan semasa, yang dapat membantu pelajar memahami kursus ini
dengan lebih mendalam.

Bagi membantu pelajar memahami isi kandungan modul dengan lebih jelas, empat kuliah pertemuan
bersemuka antara tenaga pengajar dan pelajar telah ditetapkan. Diharapkan pertemuan bersemuka
tersebut dapat dimanfaatkan sebagai peluang kepada pelajar untuk bertanya atau mendapatkan
penjelasan mendalam mengenai topik-topik yang telah dibaca. Oleh itu, pelajar dinasihatkan membaca
dan memahami kandungan modul sebelum menghadiri kuliah.

Jadual sesi pertemuan bersemuka disertakan dalam bahagian seterusnya. Walaubagaimanapun, jadual
tersebut tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, pelajar diminta sentiasa berhubungan dengan pihak PJJ-UUM
dan pensyarah kursus bagi mendapatkan maklumat terkini.

KURSUS AKAN DILAKSANAKAN SECARA “REMOTE LEARNING” MENGGUNAKAN WEBEX ONLINE.


SILA RUJUK MAKLUMAN DARI PIHAK PACE UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN LAPORAN AUDIT STRATEGIK


Pelajar diminta menyiapkan satu tugasan iaitu membentuk satu perancangan strategik. Setiap
pelajar dikehendaki menyediakan perancangan strategik berpandukan kepada format yang telah
ditetapkan. Penyerahan perancangan strategik pada pertemuan yang ke-4. Bagi mengelakkan
daripada timbulnya sebarang masalah, para pelajar dinasihatkan menghantar sendiri tugasan yang
telah disiapkan kepada tenaga pengajar pada pertemuan ke-4 itu. Tugasan yang dihantar lewat
dari tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima. Ia meliputi 30% daripada keseluruhan markah.

MAKLUMAT PEPERIKSAAN 1 DAN PEPERIKSAAN 2

PEPERIKSAAN 1
Peperiksaan 1 akan diadakan pada minggu berkaitan pertemuan ke 3 yang merangkumi bab 1
hingga bab 6. Masa diperuntukkan ialah 1 ½ jam. Format soalan dalam bentuk objektif dan/atau
struktur. Agihan markah sebanyak 20% daripada keseluruhan markah. Pelaksanaan: Secara
‘online’

PEPERIKSAAN 2
Peperiksaan 2 akan diadakan pada pertemuan ke 5 yang merangkumi semua bab. Masa
diperuntukkan ialah 2 ½ jam. Format soalan dalam bentuk objektif dan/atau struktur. Agihan
markah sebanyak 30% daripada keseluruhan markah. Pelaksanaan: Secara ‘online’.

MAKLUMAN TUGASAN KAJIAN KES (KUMPULAN)


Tugasan berbentuk kumpulan. Pelajar akan diberikan satu kes dan perlu menyelesaikan kes
tersebut secara kumpulan sebagai aktiviti dalam kelas. Agihan markah sebanyak 20%.
Pelaksanaan: Secara ‘online’.

RUJUKAN UTAMA
Modul BPMN3023. Pengurusan Strategik (2009). Sintok: Unit Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia.

RUJUKAN TAMBAHAN
Barney, H., & Hesterley, W. S. (2008). Strategic Management and Competitive Advantage: Concepts
and Cases (2nd ed.). Prentice Hall.
David, F. R. (2009). Strategic Management: Concepts and cases (12th ed.), Prentice Hall.
Dess, G., Lumpkin, G. T., & Eisner, B. A. (2009). Strategic Management: Text and Cases (4th ed.).
USA: McGraw Hill.
Haim, H. A. (2006). Pengurusan Strategik: Konsep dan Kes (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Prentice Hall. Hill, C.
W. L. & Jones, G. R. (2009). Theory of Strategic Management. (8th ed.), International Student
Edition. South-Western, Cengage Learning.
Hitt, I., & Hoskisson, P. (2005). Strategic Management, Competitiveness and Globalization: Concepts
and Cases (6th ed.). USA: Thomson Corporation. Khairuddin, H. (2005). Strategic Management (1st ed.).
Kuala Lumpur: Thomson Learning.
Thompson, R. Jr. & Strickland, A.J. (2004). Strategic Management: Concepts and Cases. 14th Edition.
New York: McGraw-Hill.
Wheelen, T. L. & Hunger, J. D. (2010). Strategic Management and Business Policy. (12th ed.). New
Jersey: Prentice Hall.
Zainal A. M. (1998). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Siri Pengurusan dan Pentadbiran Utusan
JADUAL PERTEMUAN PELAJAR PJJ UNTUK KURSUS BPMN3023

MODUL TEMPOH

PERTEMUAN 1 Pengenalan kepada kursus 4 JAM


Bab 1-Bab 4

PERTEMUAN 2 Bab 5-Bab 6 4 JAM

PERTEMUAN 3 Bab 7-Bab 8 4 JAM


Aktiviti: ‘Tugasan Kajian Kes’

Waktu Luar Kelas:


Peperiksaan 1: (Bab 1-Bab 6). 1 ½ jam
PERTEMUAN 4 Bab 9- Bab 10 4 JAM
Penyerahan Laporan Audit Strategik

PERTEMUAN 5 Peperiksaan 2 (Bab1-10) 2 ½ JAM

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN


BPMN 3023 PENGURUSAN STRATEGIK

1. Anda dikehendaki membuat satu perancangan strategik lengkap bagi organisasi sebenar.
Organisasi tersebut boleh terdiri daripada organisasi yang berada di sektor swasta ataupun awam.
(Membentuk perancangan strategik organisasi tempat anda bekerja amat digalakkan). Pastikan setiap
maklumat yang anda beri itu disokong dengan fakta sebenar iaitu bukannya andaian atau imiginasi anda.
Anda dinasihat untuk merujuk kepada Laporan Ekonomi, Pelan Induk Perindustrian, Laporan Statistik dan
sumber-sumber lain yang berkaitan untuk menyokong hujah-hujah yang diutarakan.

2. Tujuan perancangan strategik ini adalah untuk membantu syarikat atau organisasi membuat
perancangan masa depannya iaitu untuk tempoh 3 jangka masa iaitu - pendek, sederhana dan panjang.

3. Anda dikehendaki membuat penilaian persekitaran dalaman dan luaran - Analisis SWOT dan menggunakan
faktor-faktor penting dalam Analisis SWOT untuk membentuk Matrik TOWS. Anda juga dikehendaki
mencadangkan strategi-strategi untuk organisasi yang dipilih.

4. Laporan perancangan strategik ini mestilah ditaip dengan kemas menggunakan 'font' Times New Roman
MS bersaiz 12 pada langkau satu setengah menggunakan kertas A4. Halaman ringkas eksekutif ditaip
menggunakan 'font' Times New Roman bersaiz 12 pada langkau satu.

5. Senaraikan semua rujukan dan artikel yang digunakan pada halaman rujukan mengikut format APA terkini.
6. Lampiran yang disertakan hendaklah dicatatkan nombornya mengikut susunan daripada dalam laporan.

7. Jilidkan laporan anda menggunakan kaedah penjilidan biasa (comb/coil binding) [Tidak perlu jika
penghantaran melalui emel/portal]

8. Setiap helaian kertas laporan perlulah mempunyai kod dan nama kursus sebagai 'header' di sebelah kanan
dan nombor matrik sebagai 'footer' di sebelah kanan juga.

9. Laporan perancangan strategik ini mesti diserahkan kepada tenaga pengajar pada pertemuan ke 4.

PANDUAN DAN ARAHAN TAMBAHAN PENYEDIAAN TUGASAN BPMN3023 — PENGURUSAN STRATEGIK

Bab 1 : Profil Syarikat


Bab 2 : Profil Industri / Kementerian
Bab 3 : Penilaian Persekitaran Dalaman
Bab 4 : Penilaian Persekitaran Luaran
Bab 5 : Pembentukan Analisis SWOT & Matrik TOWS
Bab 6 : Cadangan Strategik & Penutup

Anda mungkin juga menyukai