Anda di halaman 1dari 11

PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM

KURSUS KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA


( KOD KURSUS : UQU 10103 & UQU 10503)

PENILAIAN KURSUS
1. Penilaian akan dilakukan berdasarkan Tugasan Individu, Laporan Tugasan Berkumpulan,
Tugasan Pembentangan Berkumpulan dan Ujian.
2. Agihan markah adalah seperti berikut:

Tugasan Individu – 15 %
Tugasan Berkumpulan (Laporan) – 35 %
Tugasan Berkumpulan (Pembentangan) – 20%
Ujian – 30 %

JUMLAH – 100%

ARAHAN UMUM
1. Tugasan Individu (Kuiz) akan dilaksanakan pada 15 Disember 2022, Khamis
[Minggu ke-11 Kalendar Akedemik (Pertemuan ke-10)].
2. Topik yang terlibat adalah Topik 6 iaitu ‘Perlembagaan dan Peruntukan Utama’ yang
akan disampaikan oleh Profesor Pelawat Pusat Pengajian Umum & Kokurikulum melalui
program wacana pada 11 Disember 2022 Jam 8.30 malam (sebarang perubahan akan
dimaklumkan kemudian).
3. Semua pelajar diwajibkan menyertai program wacana tersebut dan kehadiran
diambilkira.
4. Soalan kuiz akan diterbitkan melalui sistem AUTHOR UTHM selepas program tamat dan
akan ditutup selewatnya pada 15 Disember 2022, Khamis jam 11.00 malam.
5. Pelajar tidak akan diberikan sebarang markah sekiranya tidak menyertai program, tidak
mengambil kuiz atau lewat menjawab kuiz mengikut tempoh ditetapkan.
6. Pemarkahan akan diberikan berdasarkan rubrik berikut:-

Page 1 of 11
RUBRIK PENILAIAN TUGASAN INDIVIDU

RUBR HURAI
IK AN
CEMERLA
13 hingga 15 jawapan betul dalam aktiviti/ tugasan individu
NG ( 13
– 15 )
BAIK
10 hingga 12 jawapan betul dalam aktiviti/ tugasan individu
( 10 – 12 )
MEMUASK
7 hingga 9 jawapan betul dalam aktiviti/ tugasan individu
AN ( 7 –
9)
SEDERHA
4 hingga 6 jawapan betul dalam aktiviti/ tugasan individu
NA
(4–6)
LEMA
1 hingga 3 jawapan betul dalam aktiviti/ tugasan individu
H
(1 – 3)

Page 2 of 11
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
KURSUS KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
( KOD KURSUS : UQU 10103 & UQU 10503)

1. Taklimat pelarasan tugasan akan disampaikan pada pertemuan minggu ke 3 oleh Ketua
Penyelaras Kursus / Ketua Jabatan Sains Sosial PPUK. Tarikh dan masa akan dimaklumkan
kemudian.
2. Pelajar perlu menulis laporan tugasan berbentuk artikel secara berkumpulan. Bilangan
ahli kumpulan 7 hingga 10 orang sahaja. Pembahagian dan penetapan ahli kumpulan akan
ditetapkan pensyarah mengikut kaedah masing-masing dan perlu didaftarkan dalam
Sistem Author bagi memudahkan proses pemarkahan.
3. Tugasan berkumpulan pada kali ini adalah berhubung rapat dengan pilihan raya umum
yang akan berlangsung tidak lama lagi berdasarkan tema yang diperolehi setiap
kumpulan.
4. Perincian hasil tugasan :-
a. Penulisan artikel adalah sepanjang 10 hingga 12 halaman (tidak termasuk muka
hadapan-abstrak, rujukan dan lampiran)
b. Penulisan adalah berdasarkan Tema Tugasan yang ditetapkan pensyarah
masing-masing atau melalui undian.

Bil Tema
Pendaftaran pemilih secara automatik dan kesannya kepada kehadiran pengundi dalam
1.
pilihan raya

Pelaksanaan pilihan raya umum secara berasingan dan kesannya kepada ekonomi, politik
2.
dan sosial

3. Bahagian pilihan raya; Sikap rakyat Malaysia tidak menukar bahagian pilihan raya

4. Rasuah dalam Pilihan Raya

5. Peranan media sosial dalam pilihan raya

6. Pendidikan pengundi dan pendidikan sivik demokrasi di kalangan Rakyat Malaysia

7. Pengaruh luar dalam pilihan raya di Malaysia

8. Keyakinan parti-parti politik dalam pilihan raya di Malaysia

9. Keyakinan awam kepada Petugas pilihan raya

10. Pengundi bermaklumat dan kepentingannya

Perbandingan Sistem Pilihan Raya di Malaysia, Thailand, Indonesia, Amerika, United


11.
Kingdom

Perbandingan Pengurusan Pilihan Raya di Malaysia, Thailand, Indonesia, Amerika, United


12.
Kingdom

13. mana-mana skop kajian lain yang bersesuaian

Page 3 of 11
c. Setiap kumpulan perlu menyediakan tajuk tugasan masing-masing berdasarkan tema
yang diperoleh atau ditetapkan pensyarah.

Contoh :
Tema : Pendaftaran pemilih secara automatik dan kesannya kepada kehadiran
pengundi dalam pilihan raya
Tajuk : Faktor kehadiran pengundi muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15
d. Contoh kandungan penulisan artikel tajuk di atas adalah sebagaimana berikut :-

KRITERIA KANDUNGAN PENULISAN


Tajuk yang amat sesuai dan tepat. Abstrak perlu mengandungi 5
Tajuk, Nama Penulis & perkara berikut dengan tepat, teratur dan ayat berkualiti:
Abstrak - Latar Belakang
- Pernyataan Masalah
- Tujuan Kajian
- Signifikan Kajian
- Penyusunan Penulisan

Dengan merujuk artikel kajian terdahulu,


1. Pengenalan Latar Belakang ; Bincangkan kaedah daftar pemilih sebelum
automatik, perbahasan di parlimen, penguatkuasaan daftar
automatik dan sebagainya
Pernyataan Masalah ; Kaji dan analisis isu-isu berkaitan yang
dibangkitkan sehingga wujudnya sistem daftar pemilih secara
automatik
Tujuan Kajian ; jelaskan objektif penulisan artikel ini
Signifikan Kajian; nyatakan kepentingan artikel ini kepada pembaca

Dengan merujuk artikel kajian terdahulu,


1.2 Sorotan Literatur Bincangkan kajian-kajian terdahulu berkaitan proses pilihan raya di
luar dan dalam negara, pendaftaran automatik luar dan dalam
negara dan lain-lain berkaitan dengan tema.
Jelaskan metodologi yang digunakan dalam penyelidikan. Sebagai
2. Metodologi contoh, sekiranya metodologi pemerhatian yang digunakan maka
kumpulan boleh mencatat perkara berikut : Apa yang diperhatikan?
Siapa ahli-ahli yang menjalankan kajian? Bila? Di mana? Bagaimana
kajian dijalankan meliputi kaedah pengumpulan dan analisis data.
Metodologi yang dipilih perlu bersesuaian dengan tajuk yang
dipilih. Pelajar boleh mendapatkan pandangan pensyarah dalam
menetapkan metodologi yang bersesuaian.
3. Penemuan dan
Perbincangan Nyatakan dan analisis penemuan yang diperolehi daripada kajian
3.1 Penemuan pemerhatian oleh setiap ahli.

Bincangkan hasil dapatan dan kaitkan dengan Isu Semasa &


3.2 Perbincangan Cabaran.

Bincangkan rumusan yang tepat, teratur dan berkualiti dengan


4.0 Kesimpulan menyentuh rumusan konsep dan signifikan, menjawab tujuan,
implikasi kajian, limitasi kajian dan cadangan kajian lanjutan.
Rujukan 100% mengikut format APA Edisi ke-7 dan disusun
Rujukan mengikut turutan abjad.

Page 4 of 11
e. Prinsip kaedah ini adalah bersifat fleksibel dalam memberi ruang kepada pensyarah
dan pelajar untuk lebih kreatif dan kritis meneroka ilmu dalam kursus ini.
f. Isi kandungan tugasan ini boleh dibincangkan dalam pelbagai skop contohnya
daripada aspek sejarah, perkembangan semasa, evolusi dan transformasi dan tidak
boleh menyentuh isu-isu yang sangat sensitif sehingga boleh melanggar Akta
Hasutan.
g. Perlu dipastikan bahawa setiap tugasan yang diberikan itu perlu seiring dengan
pengisian ilmu yang dipelajari melalui topik yang berkaitan dalam kursus.
h. Perbincangan tugasan pelajar boleh menjurus kepada persoalan pokok mahupun
penelitian tentang faktor, proses, impak, dan cadangan dengan mengaitkan isu masa
kini sebagai contoh dan kesan kesinambungan daripada isu masa lalu.
i. Penilaian tugasan pelajar merangkumi elemen olahan idea, pandangan yang relevan,
keterlibatan dan sumbangan ahli-ahli dalam kumpulan.
5. Pelajar perlu menyediakan proposal penulisan tugasan dan perlu mendapatkan
persetujuan pensyarah sebelum memulakan penulisan. Proposal perlu disertakan dengan
muka hadapan, biodata setiap ahli (nama, no matriks, alamat semasa (kolej), alamat
kampung, emel, no. telefon, dan lain-lain) beserta gambar rasmi pelajar.
6. Penulisan artikel perlu menggunakan templat ditetapkan yang boleh didapati di
https://docs.google.com/document/d/1FXRoF0h_6o9Nyhjm0cfSJLQqW6x74Iu6/edit
7. Format penulisan tugasan ialah seperti berikut :-
a. Font Times New Roman bersaiz 11, langkau 1 baris, justify
b. Mengandungi abstrak (ringkasan penulisan), pengenalan, metodologi,
penemuan, perbincangan (huraian dan ulasan) dan kesimpulan.
c. Penggunaan jadual, rajah, peta, gambar sebagainya yang relevan dan berkaitan
penulisan digalakkan. Sila nyatakan sumber rujukan.
d. Menyenaraikan sekurangnya minimum 10 rujukan artikel jurnal terkini (tidak
termasuk rujukan lain seperti buku, akhbar dan lain-lain) di bahagian rujukan.
Format sistem APA (Edisi Ke-7).
8. Penghantaran Laporan Tugasan Berkumpulan dalam bentuk softcopy selewat-lewatnya
pada hari kuliah minggu 12 (kalendar akademik) / pertemuan 11 (1 hingga 5 Januari
2023) di dalam sistem AUTHOR UTHM. Penghantaran tugasan kumpulan dalam bentuk
bercetak tertakluk kepada arahan pensyarah masing-masing.
9. Laporan Tugasan Berkumpulan yang telah dihantar akan menjadi hak milik universiti
sepenuhnya, pelajar tidak boleh menuntutnya semula atau mana-mana bahagian dalam
kandungannya. Namun kredit nama pelajar yang terlibat dikekalkan.
10. Sila gunakan format muka hadapan dan rubrik pemarkahan tugasan berkumpulan
laporan ini adalah sebagaimana berikut :-

Page 5 of 11
TUGASAN

BERKUMPULAN TEMA :

TAJUK :

KOD KURSUS UQU 10103 / UQU 10503

NAMA KURSUS KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN


MUTAKHIR MALAYSIA

FAKULTI/ PUSAT PUSAT PENGAJIAN UMUM & KOKURIKULUM

1. NAMA (NO MATRIKS)

NAMA PELAJAR (NO.TELEFON) 2.

3.

SEKSYEN

NO. KUMPULAN

SEMESTER/ SESI

NAMA PENSYARAH

TARIKH HANTAR

Page 6 of 11
RUBRIK PENILAIAN LAPORAN TUGASAN BERKUMPULAN (35%)

Nama Kursus : Kursus Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia


Kod Kursus : UQU10103 / UQU10503
Semester/ Sesi : 1 / 20222023 Seksyen :
Kumpulan :
Nama Ketua Kumpulan
dan No. Matrik :
Tajuk Tugasan :

Markah
Pengetahuan - Kandungan 20%
/20
● Membahaskan permasalahan kajian yang melibatkan
isu sosial dengan jelas. Komen:
● Membincangkan latar isu sosial dalam hal yang dikaji
secara terkini.
● Menjelaskan metod yang digunakan mengikut standard
penulisan akademik.
● Menganalisis dan membincangkan dapatan kajian
terhadap isu sosial dengan terperinci.
● Membuat kesimpulan dengan baik.

Markah
Persembahan/ Gaya Penulisan 7.5%
/7.5
● Setiap topik disusun secara teratur.
● Isi utama dinyatakan dengan jelas. Komen:
● Penulisan butiran, contoh dan analisis yang teratur.
● Tiada kesilapan fakta.
● Tatabahasa, ejaan dan tanda baca adalah betul.

Markah
Pentadbiran 7.5%
/7.5
● Penulisan mengikut garis masa yang ditetapkan.
● Kekemasan dalam mengurus laporan dengan baik. Komen:
● Memenuhi halaman yang ditetapkan.
● Beretika dalam membuat rujukan dalam teks mengikut
panduan akademik.
● Bertanggungjawab membuat senarai rujukan dengan
lengkap.
Markah
Markah Keseluruhan 35%
/35

Ulasan Keseluruhan:

Tandatangan :
Nama Pensyarah :
Tarikh :

Page 7 of 11
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
KURSUS KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
( KOD KURSUS : UQU 10103 & & UQU 10503)

1. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil penulisan atau laporan tugasan


kumpulan mereka secara bersemuka atau menggunakan media.

2. Tempoh pembentangan antara 5 hingga 10 minit atau bergantung kepada arahan


pensyarah. Setiap kumpulan perlulah merujuk kepada pensyarah masing-masing
berkenaan pelaksanaan tugasan ini dari semasa ke semasa.

3. Kaedah pembentangan dibenarkan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing


seperti:-
✔ Dokumentari
✔ Lakonan
✔ Bual bicara / temu bual / forum
✔ Powtoon / Tik Tok
✔ Lain-lain teknik yang difikirkan sesuai.

4. Pemarkahan akan mengambil kira kreativiti pelajar, kelancaran, pengurusan


termasuk ketepatan masa, isi perbincangan, bahan / medium yang digunakan dan
kerjasama kumpulan.

5. Pembentangan media tugasan ini perlu dijalankan pada hari kuliah minggu ke-13 dan
minggu ke-14 (kalendar akademik) / pertemuan 12 dan 13 (8 hingga 19 Januari
2022) iaitu selepas penghantaran laporan bertulis tugasan kumpulan.

6. Medium pembentangan perlu dihantar kepada pensyarah dalam bentuk softcopy


melalui AUTHOR UTHM selepas sesi pembentangan. Sebarang kelewatan akan
menyebabkan markah ditolak.

7. Video tugasan pembentangan berkumpulan yang telah dihantar akan menjadi hak
milik universiti sepenuhnya bagi tujuan penerbitan dan sebagainya (jika ada), pelajar
tidak boleh menuntutnya semula atau mana-mana bahagian dalam kandungannya.
Namun kredit nama pelajar yang terlibat dikekalkan.

8. Rubrik penilaian pembentangan berkumpulan adalah sebegaimana berikut:-

Page 8 of 11
RUBRIK PENILAIAN TUGASAN PEMBENTANGAN BERKUMPULAN (20%)
Nama Kursus : Kursus Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia
Kod Kursus : UQU10103/ UQU 10503
Semester/ Sesi : 1 / 20222023
Seksyen :
Kumpulan :
Nama Ketua Kumpulan
dan No. Matrik :
Tajuk Tugasan
:

MARKAH /
KRITERIA PEMBENTANGAN 10% RATING
ULASAN
● Bahan persembahan adalah amat tersusun
atur dan amat menarik.
● Pembentangan adalah amat mantap. Cemerlang
● Pengurusan masa yang amat baik. 8 – 10
● Pembentangan menganalis isu/ permasalahan dengan
[Markah x Darab
mendalam berkaitan dengan tajuk.
2]
● Pembentangan mengaitkan isu kontemporari
dengan jelas terperinci.
● Bahan persembahan adalah tersusun atur dan
menarik.
● Pembentangan adalah mantap.
● Pengurusan masa yang baik. Baik
● Pembentangan menganalis isu/ permasalahan dengan
baik berkaitan dengan tajuk. 6–7
● Pembentangan mengaitkan isu kontemporari dengan [Markah x Darab
jelas. 2]

● Bahan persembahan adalah memuaskan.


● Pembentangan adalah memuaskan. Sederhana
● Pengurusan masa yang memuaskan.
● Pembentangan menganalis isu/ permasalahan dengan 4–5
memuaskan berkaitan dengan tajuk. [Markah x Darab
● Pembentangan mengaitkan isu kontemporari secara 2]
umum.
● Bahan persembahan kurang memuaskan.
● Pembentangan adalah kurang memuaskan.
● Pengurusan masa yang kurang Lemah
memuaskan. 2–3
● Pembentangan menganalis isu/ permasalahan
[Markah x Darab
dengan lemah berkaitan dengan tajuk.
2]
● Pembentangan mengaitkan isu kontemporari
dengan lemah.

Page 9 of 11
● Bahan persembahan sangat lemah isi
kandungan.
● Pembentangan adalah sangat lemah. Sangat Lemah
● Pengurusan masa yang sangat lemah. 0–1
● Pembentangan menganalis isu/ permasalahan
[Markah x Darab
dengan sangat lemah berkaitan dengan tajuk.
2]
● Pembentangan mengaitkan isu kontemporari
dengan sangat lemah.

Tandatangan :
Nama Pensyarah :
Tarikh :

Page 10 of 11
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
KURSUS KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
( KOD KURSUS : UQU 10103 & UQU 10503)

1. Ujian akan dilaksanakan pada 25 Jan 2023, Rabu jam 8.30 malam.

2. Pelajar diwajibkan hadir untuk melengkapkan keseluruhan pentaksiran Kursus


Pembangunan Muktakhir Malaysia. Kursus ini adalah kursus wajib di mana pelajar perlu
lulus untuk melayakkan pelajar bergraduan di akhir pengajian.

3. Ujian ini dijawab secara individu dan pelajar dilarang meniru. Pelajar yang didapati
meniru akan dikenakan tindakan tatatertib dan digagalkan.

4. Pelajar hanya diberi satu peluang sahaja mengikut tarikh dan masa yang akan
ditetapkan kemudian.

5. Ujian diadakan secara atas talian melalui sistem AUTHOR UTHM. Sebarang perubahan
kaedah penilaian akan dimaklumkan kemudian.

6. Pelajar perlu bersedia sepenuhnya pada hari penilaian. Pastikan liputan internet stabil
dan peralatan gajet seperti telefon bimbit, laptop, tablet berada dalam keadaan baik
(bateri penuh).

7. Semua butiran dan maklumat pelajar juga perlu diisi dengan lengkap dan tepat.

8. Panduan Ujian terkini akan diedarkan oleh penyelaras sebelum tiba hari peperiksaan.

9. Rubrik ujian adalah sebagaimana berkut :-

Markah Keterangan

Wajaran markah Ujian adalah Soalan adalah berbentuk Objektif sebanyak 80


berjumlah 30%. soalan. Tiada markah diberikan pada jawapan
yang salah.

Page 11 of 11

Anda mungkin juga menyukai