Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PENYEDIAAN TUGASAN LAPORAN (30%)

UHMS 1182 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Kursus ini dibangunkan sebagai pendedahan kepada penghayatan etika dan


peradaban merentasi pelbagai tamadun dan bangsa. Pelajar akan
didedahkan kepada isu dan permasalahan utama etika dan peradaban
dalam mendepani perkembangan dan kemajuan tamadun manusia

 Pelajar dikehendaki untuk menulis tugasan secara berkumpulan.


 Perincian tugasan:
o 20 muka surat minimum (tidak termasuk muka hadapan, biodata dan
gambar, isi kandungan, rujukan dan lampiran).
o Penulisan berdasarkan kepada tema yang diagihkan oleh pensyarah
masing-masing (Tema Tugasan di LAMPIRAN 1).
o Tema tugasan diperolehi melalui undian.
o Setiap kumpulan perlu menyediakan tajuk tugasan masing-masing
berdasarkan tema yang diperolehi.
o Berbincang dengan pensyarah masing-masing mengenai tajuk yang
ingin dipilih
 Tarikh penghantaran tugasan kumpulan dalam bentuk softcopy adalah
tertakluk kepada arahan pensyarah masing-masing.
 Pemarkahan akan diberikan mengikut rubric

KAEDAH KAJIAN

1. Setiap kumpulan perlu memilih satu organisasi atau beberapa organisasi


atau lokasi kajian
2. Perlu menentukan isu atau permasalahan utama berkaitan
isu-isu etika dan peradaban dalam kajian yang akan dilakukan
3. Menentukan kaedah kajian yang bersesuaian seperti temuduga / soalselidik /
lawatan / aktiviti program /analisis bahan internet /penyelidikan perpustakaan
dan lain-lain.
4. Sekiranya memilih kaedah Soal Selidik boleh dibuat melalui GOOGLE FORM.
Bilangan Responden yang dicadangkan (30 orang)
GARIS PANDUAN TUGASAN

Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 pelajar


(maksimum). Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan pembahagian
tugas dilakukan. Menjadi tanggungjawab ketua untuk melaporkan kepada pensyarah
sekiranya terdapat kes free rider.Bagi tujuan tugasan, ahli kumpulan perlu
berbincang dan menghasilkan proposal/draf secara bertulis. Perbincangan perlu
dibuat dengan pensyarah berkaitan dengan proposal/draf tersebut. Organisasi atau
lokasi yang telah dipilih perlu dihubungi dan fokus kajian perlu dikenalpasti.
Pelajar digalakkan berbincang dengan pensyarah bagi sebarang perkara
berkaitan tugasan.

FORMAT MENULIS TUGASAN

1. Penulisan tugasan adalah sebagaimana berikut:


 Isi kandungan (mengikut cadangan kandungan tugasan seperti di atas)
 Saiz tulisan: 12.
 Jenis tulisan: Times New Roman. Line spacing: 1.5
 Sistem rujukan sumber: catatan kaki (Footnote) auto dated.
 Kedudukan muka surat: bawah dan tengah.
 Bilangan muka surat: minima 20 halaman & 2,000 perkataan
(lampiran gambar tidak termasuk dalam kiraan mukasurat).
2. Kulit depan tugasan (Lampiran 2).
3. Softcopy tugasan perlu dihantar pada minggu ke 10 selewat-lewatnya
Tugasan mestilah dihantar pada masa yang ditetapkan dan kelewatan
menghantar tugasan akanmengurangkan markah pelajar.
4. Sumber rujukan dan kajian mesti mempunyai kredibiliti dari segi
akademik seperti bahan dari buku, artikel jurnal akademik, surat khabar,
majalah dari sumber yang boleh dipercayai.Kaedah temu ramah, pemerhatian
di lapangan dan kajian soal selidik adalah digalakkan.
5. Plagiarisme tidak dibenarkan, dianggap sebagai tidak sah
dan tidak akan diberikan sebarang markah. Petikan kata-kata,
pandangan ataupun tulisan orang lainperlu diberi pengiktirafan sumber
rujukan kepada penulis atau rujukan.
6. Pelajar dikehendaki membuat salinan tugasan untuk simpanan mereka.

KANDUNGAN TUGASAN

1. Kulit Depan
 Kod dan Nama Kursus
 Tajuk Kajian
 Seksyen Kuliah
 Semester dan Sesi Pengajian
 Nama Pensyarah
 Maklumat Ahli Kumpulan (Nama, Nombor Matrik dan Gambar)
2. Penghargaan
3. Pengenalan (Konsep atau latarbelakang kajian/ isu )
4. Objektif/Isu/Permasalahan Kajian
5. Lokasi Kajian / Organisasi
6. Skop Kajian
7. Kajian Literatur
 Penyelidikan Perpustakaan dan Lain-lain.Bahan Internet / Sumber
Sekunder
8. Metodologi Kajian
 Temubual/Soal Selidik / Lawatan / Aktiviti Program / Kajian
Lapangan/dan Lain-lain
9. Analisis Dapatan Kajian (Finding & Analysis)
 Kesan/Impak/Faktor/Pengaruh dan Lain-lain dapatan yang
berkaitan dengan kajian etika dan peradaban
 Implikasi dan Cadangan
10. Kesimpulan
11. Rujukan/Bibliografi
LAMPIRAN 1

TEMA UNTUK TUGASAN BERKUMPULAN

1. Ilmu Etika dan Peradaban

2. Teori-teori Etika

3. Etika dan Peradaban Dalam Kepelbagaian Tamadun: Islam dan Melayu

4. Etika dan Peradaban Dalam Kepelbagaian Tamadun: China, India dan Barat

5. Pemantapan Kesepaduan Nasional Menerusi Etika dan Peradaban

6. Perlembagaan Persekutuan Tiang Seri Etika dan Peradaban Di Malaysia

7. Penerapan Etika dan Peradaban Dalam Budaya dan Komunikasi Kontemporari

8. Peranan Etika dan Peradaban Dalam Mendokong Tanggungjawab Sosial

9. Cabaran Keterlestarian Etika dan Peradaban

 Ketua setiap kumpulan pelajar perlu mencabut undi untuk mendapat nombor
tema bagi tugasan kumpulan masing-masing.

 Tajuk-tajuk khusus untuk tugasan berkumpulan adalah dibina sendiri oleh


setiap kumpulan pelajar berdasarkan tema tugasan yang diperolehi melalui undian.

 Setiap kumpulan pelajar perlu berbincang dengan pensyarah masing-masing


berkaitan tajuk kajian

 Skop dalam tugasan berkumpulan pelajar tidak boleh menyentuh isu-isu yang
sensitif sehingga boleh melanggar Akta Hasutan.

 Perbincangan tugasan pelajar boleh menjurus kepada persoalan pokok,


mahupun penelitian tentang faktor, proses, impak dan cadangan dalam setiap
kajian, dengan mengaitkan isu masa kini sebagai contoh dan kesan
kesinambungan daripada sesebuah isu masa lalu
LAMPIRAN 2

LOGO KOLEJ

UHMS 1182 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


SEMESTER 2 (20202021)

TAJUK:
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM FILEM-…………..

NAMA PENSYARAH:

SEKSYEN:

BIL NAMA/ NO MATRIK AHLI KUMPULAN GAMBAR


1.

2.

3.

Anda mungkin juga menyukai