Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS


(JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN, SOALAN TUGAS & PANDUAN
PEMARKAHAN)
TAHUN AKADEMIK 2018

Program : IJAZAH SARJANA MUDA Nama Pelajar:


PERGURUAN DENGAN
KEPUJIAN (PISMP)
Kod Kursus: PBKK3013 Semester/Tahun : SEMESTER 1 / TAHUN 1

Nama Kursus : TEORI KAUNSELING Ambilan : JUN 2018

Kumpulan : PISMP BIMBINGAN DAN


KAUNSELING

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Kajian Kes (35%) 29 Julai 2018 06 September 2018


2. Pembentangan berkumpulan (5%) 16 September 2018 11 Oktober 2018
3. Kuiz (10%) 10 Oktober 2018 10 Oktober 2018

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan teori-teori kaunseling secara umum dan spesifik dalam proses


kaunseling (C2, A2, PLO1)
2. Mengaplikasi teori-teori kaunseling dalam pengurusan kes secara kritikal (C3,
PLO1, PLO3, CTPS2)
3. Membandingbeza kelebihan dan limitasi sesuatu teori kaunseling melalui
pembentangan secara berkumpulan (C4, A3, PLO3, PLO4, PLO5, CTPS3, CS3,
TS4)
4. Menilai keberkesanan pelbagai pendekatan teori kaunseling dalam membimbing
menyelesaikan masalah klien (C5, A3, PLO3, CTPS5)

Kerja Kursus ini menangani Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Projek
Pelajar akan dapat :
1. Mengenal pasti kandungan teori kaunseling secara umum dan spesifik dalam
proses kaunseling.
2. Mengurus kes kaunseling melalui pengaplikasian teori yang berkaitan
3. Memberikan justifikasi mengenai kesesuaian sesuatu teori dalam mengurus
masalah klien.
4. Membuat pembentangan secara membanding beza kelebihan dan limitasi sesuatu
teori kaunseling.
Tugasan
Tugasan 1: Penulisan Kajian Kes (35%)

Gabungan teori yang asalnya daripada barat telah digabungjalinkan dan


disesuaikan dengan pengalaman, budaya, fahaman dan adat resam para
kaunselor. Gabungan dan penyesuaian ini dilihat menjadi lebih baik dan sesuai
dengan klien yang berlatarbelakangkan negara kita, Malaysia.
(Nor Shafrin & Rohany, 2013)

Anda dikehendaki membuat satu kajian kes berasaskan teori yang telah anda pelajari.
Penulisan kajian kes ini perlu merujuk kepada lampiran kes yang disediakan untuk tugasan
ini. Perincikan bagaimana anda menganalisis kes berkenaan

Panduan Pelaksanaan Tugasan


1.1. Tugasan ini adalah tugasan individu
1.2. Anda perlu mengumpul data secara kolaboratif
1.3. Panjang laporan tidak melebihi 1200 perkataan
1.4. Format penulisan tugasan anda adalah seperti berikut:
i. Font Arial 11
ii. Langkau satu setengah baris
iii. Rujukan mengikut format APA yang terkini
iv. Lampiran
1.5 Tentatif penulisan adalah bermula dari 29 Julai 2018 hingga 06 September 2018
1.6 Wajaran markah tugasan ini ialah 35%.

Tugasan 2: Pembentangan (5%)

Merujuk lampiran kes yang disediakan, anda dikehendaki membuat analisis kes yang
disediakan berdasarkan DUA teori kaunseling. Buat bandingbeza kelebihan dan limitasi
teori-teori tersebut dalam usaha untuk menjelaskan kes tersebut.

Panduan Pelaksanaan Tugasan :


2.1. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan (2 orang sekumpulan).
2.2. Anda boleh memaparkan dokumentasi dalam sebarang bentuk visual seperti
gambarajah, jadual, grafik dan gambar foto.
2.3. Jangka masa pembentangan ialah 15 minit (termasuk persembahan visual).
2.4 Tentatif pembentangan adalah bermula dari 16 September 2018 hingga 11 Oktober
2018. 2.5 Wajaran markah tugasan ini ialah 5%.

TUGASAN 3 : Kuiz (10%)


Anda dikehendaki menjawab kuiz yang terdiri daripada 10 soalan aneka pilihan dan 2 soalan
respon terhad.

Arahan Pelaksanaan tugas :


3.1. Tugasan ini dilaksanakan secara individu.
3.2. Jangka masa untuk menjawab soalan ialah selama 30 minit sahaja.
3.3. Merujuk kepada prosedur standard peperiksaan.
3.4. Tentatif kuiz adalah pada 10 Oktober 2018
3.5. Wajaran markah tugasan ini ialah 10%.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Bukti-bukti, bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan. Analisis orang biasa (layman) mesti dielak.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah
dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Hujah perlu disokong dengan bukti dan memberi andaian yang releven.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan

Kriteria Pemarkahan
Kerja kursus ini akan diperiksa mengikut rubrik yang disediakan

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.................................................... ............................................................
(ABDUL RAHMAN BIN KHALID) ( ROSLI BIN AHMAD )
Penyelaras Kursus PBK3013 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
IPG Kampus Darulaman IPG Kampus Darulaman

Disahkan oleh :

...........................................................
(ROSLI BIN ABDUL WAHAB)
Ketua Jabatan
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
IPG Kampus Darulaman

Anda mungkin juga menyukai