Anda di halaman 1dari 3

Falasi ialah kepalsuan atau kedustaan.

Namun, ada juga yang berpandangan bahawa sesuatu


hujah yang pada mulanya dianggap benar, tetapi kemudiannya hujah tersebut menjadi tidak sah
merupakan satu falasi. Dalam konteks pemikiran, falasi ialah kesilapan pada cara berfikir atau
satu rumusan yang tersilap.

Umpamanya, di akhir-akhir ini ramai pemimpin yang menyatakan kebimbangan


mengenai kesan media sosial yang dipengaruhi oleh falasi. Terdapat kecenderungan banyak
pihak yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu melalui Facebook,
Twitter dan Whatsapp yang diwujudkan untuk menyebar pelbagai kandungan palsu dan jelik.
Tindakan negatif ini sebenarnya boleh memberi kesan buruk terhadap sosial, ekonomi dan
keselamatan negara. Ternyata media sosial kini dilihat menjadi platform pihak tertentu untuk
menyebarkan fitnah yang ditular. Persoalan yang timbul ialah sama ada pihak yang yang sengaja
atau tidak sengaja mengetahui bahawa tindakan menular dan menyebarkan maklumat palsu
boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Walau apa pun yang dinyatakan berkaitan keburukan media ini, namun media sosial juga
pencetus kepada isu yang dibuat liputan media massa. Sebagai contoh, penyebaran video
berkaitan lagu Negaraku dalam versi bahasa Mandarin tidak berapa lama dahulu telah membuka
mata masyarakat tentang tahap kebertanggungjawaban media massa kepada masyarakat. Media
massa juga bertanggung jawab menyiarkan berita kontroversi berkaitan bendera berbucu lima
yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, penularan perhimpunan
memperingati Parti Komunis Malaya dan perjumpaan yang sinonim dengan abu mendiang Chin
Peng ke Malaysia dijuarai oleh penampilan media sosial yang menyedar dan menyentap perasaan
ramai pihak.

Adalah jelas bahawa media sosial merupakan wadah alternatif untuk dihidangkan kepada
masyarakat. Namun angkara sesetengah pihak menjadikan agenda jahat perlu mendapat
perhatian wajar. Tindakan sengaja mencipta dan menularkan maklumat palsu untuk menjatuhkan
reputasi atau imej individu, organisasi atau kerajaan dengan beri dan artikel tanpa fakta dan bukti
terdorong kepada unsur fitnah. Peristiwa tidak benar yang sama akan sering diulang atau diulang
tayang melalui rekabentuk baharu bagi memahat dalam pemikiran rakyat agar menimbulkan

1
kebencian rakyat kepada pemerintah dan pemimpin. Ia semata-mata berniat untuk
mempopularkan saluran berita sesuatu pihak serta membantu ahli-ahli politik tertentu
memperoleh keuntungan politik tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada pemikiran
rakyat.

Pada asasnya penyebaran maklumat palsu seperti ini merupakan satu kesalahan di bawah
undang-undang negara. Sedangkan tindakan menyebarkan maklumat negatif untuk membuat
atau mewujudkan kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik adalah
menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Di bawah
Seksyen 233 (1) akta yang sama, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk
menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika didapati bersalah mereka
boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya sekali.

Apa yang lebih membimbangkan, maklumat palsu dan berunsur fitnah itu diterima bulat-
bulat tanpa merujuk kepada sumber sahih dan kemudiannya menjadi viral sehingga boleh
menjejaskan keselamatan negara. Malahan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan media
sosial untuk menghangatkan unsur perkauman boleh menjejaskan keharmonian kaum. Mereka
yang tidak bertanggungjawab dan memberi perspektif tidak tepat tentang perkara sebenar yang
berlaku mengundang keresahan dan kebencian tanpa usul periksa. Kebetulan pula banyak isu
dalam negara ketika ini oleh pihak tertentu memberikan maklumat yang kelihatan seolah-olah
sahih. Urus tadbir kerajaan yang lebih telus dan cekap amat diperlukan supaya tidak ada ruang
untuk pihak tertentu mewujudkan ketidaktenteraman yang mampu mengundang perpecahan dan
mengancam keselamatan negara.

Selain tindakan penguatkuasaan, kerjasama dengan pihak pemberi perkhidmatan seperti


Facebook akan terus dipohon oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)
untuk memadam akaun-akaun palsu. SKMM perlu dituntut untuk mempunyai pelan tindakan
tersendiri dalam menangani isu sebegini. Satu kajian mendalam perlu dilakukan SKMM terhadap
kebebasan media sosial. Rakyat ingin mendengar lebih banyak tindakan berani yang diambil

2
oleh SKMM dan dilaporkan dalam media sebagai ingatan kepada rakyat agar lebih berhati-hati
dalam menyampaikan maklumat di media sosial.

SKMM juga sering meminta warga internet atau netizen menggunakan perkhidmatan
laporan penyalahgunaan yang disediakan di dalam laman sosial untuk melaporkan kandungan
yang didapati buruk, lucah serta palsu. Netizen diseru agar jangan cuma 'share' tetapi tidak
prihatin menyalurkan kepada medium yang betul iaitu 'share' kepada pihak penguat kuasa untuk
tindakan undang-undang. Tindakan SKMM melancarkan laman portal SEBENARNYA.MY,
sebuah portal yang memaklumkan kesahihan berita yang tular di media sosial semestinya
dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat. Ia adalah salah satu usaha dari kerajaan untuk
mengekang penyebaran berita palsu. Melalui SEBENARNYA.MY, maklumat yang berkaitan
akan dikumpul, dianalisa, disahkan dan dimuat naik dalam portal itu untuk rujukan rakyat tanpa
mengira latar belakang politik. Selain itu admin-admin grup di facebook seperti grup b40 dan
sebagainya hendaklah menapis kesemua post berkaitan falasi yang mempunyai unsur racist dan
sebagainya kerana ia boleh mengundang kemarahan bangsa-bangsa lain.Terlebih pula segelintir
pengguna media sosial Twitter yang selalu mengeluarkan thought mereka perlu dijauhkan kerana
segelintir dari mereka suka palatao terhadap sesuatu perkara seperti mereka yang mengetahui
segala-galanya.Di kala ini falasi sangat tersebar luas yang boleh membuat rakyat berasa ragu-
ragu akan info yang didengarinya.Akhir sekali, falasi boleh menyebabkan propaganda yang
dasyat yang dapat boleh memecahbelahkan rakyat.

Anda mungkin juga menyukai