Anda di halaman 1dari 2

Penyebaran berita palsu melalui media massa sering berlaku.

Jelaskan kesan buruk


amalan ini dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pada realitinya,isu berkaitan dengan penyebaran berita palsu sentiasa dibincangkan


dalam kalangan masyarakat.Hal ini disebabkan ,media sosial telah disalahgunakan
oleh segelintir masyarakat yang tidak beretika untuk menyebarkan berita palsu yang
boleh mendatangkan kesan negatif kepada individu,keluarga,masyarakat dan
negara.Misalnya, media sosial yang popular dalam kalangan masyarakat seperti
facebook, Instagram dan lain-lain. Hal ini sudah akan menimbulkan impak negatif
kepada minda masyarakat dan negara jika penyebaran berita palsu berlaku.
Persoalannya, apakah kesan buruk jika mengamalkan penyebaran berita palsu dan
langkah-langkah untuk mengatasi penyebaran-nya melalui media sosial? (88 pp )

Ternyata kesan penyebaran berita palsu akan menyebabkan rusuhan antara kaum.Hal
ini dikatakan demikian kerana,berita palsu disebarkan yang akan menyentuh perkara
sensitif iaitu keagamaan dan perkauman. Sebagai contohnya,terdapat sebahagian
golongan menganggap orang cina merupakan “pembawa” wabak-wabak
penyakit.Kesannya,berita palsu telah mewujudkan kebencian dan provokasi antara
kaum.Sehubungan dengan itu,penyebaran berita palsu menyebabkan kehancuran
perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.Oleh itu jelaslah bahawa,penyebaran
berita palsu melalui media sosial akan menyebabkan kejadian rusuhan antara kaum
berlaku. ( 79 pp )

Kesan penyebaran berita palsu yang lain merupakan kes-kes jenayah sosial akan
meningkat.Oleh sebab itu,media sosial yang tidak dikawal menyebabkan berita palsu
yang mengandungi unsur-unsur pornografi,perjudian dan penipuan dipaparkan dalam
media sosial.Buktinya,banyak pemuda menyebarkan berita palsu untuk mendapatkan
duit lebih seperti laman web judi bola dan lain-lain.Impaknya, mangsa-mangsa akan
tertarik akan ganjaran tersebut dan sanggup menghabiskan duit untuk berjudi
sehingga mendapat ganjaran yang lebih besar.Sejajar dengan itu,mangsa akan
melakukan kes jenayah sosial untuk mendapatkan lebih banyak duit.Memang tidak
dapat dinafikan bahawa,kes jenayah bertambah akibat penyebaran berita palsu.( 96 pp
)

Selain itu,penyampaian berita yang tidak sahih juga akan terlibat mengaibkan
individu dan keluarga.Hal ini disebabkan oleh pesalah telah memalukan diri dan
keluarga apabila didenda oleh pihak berkuasa akibat penyebaran berita palsu melalui
media sosial.Contohnya,pesalah akan didenda maksimum sebanyak RM50,000 atau
penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.Impaknya,keluarga akan terlibat
dalam pembayaran denda tersebut malah imej sendiri dan keluarga akan
terjejas.Ekoran daripada itu,keluarga pesalah akan dibincangkan oleh masyarakat dan
dipinggirkan oleh masyarakat.Huraian di atas jelas membuktikan bahawa,penyebaran
maklumat palsu bukan sahaja terlibat mengaibkan individu malah sama juga anggota
keluarga. ( 99 pp )
Antara langkah untuk mengatasi berita palsu termasuklah masyarakat perlu menyiasat
kesahihan sesuatu maklumat. Hal ini dikatakan demikian kerana dikhuatiri sesuatu
maklumat tidak benar sehingga menyebabkan berlaku salah kefahaman antara
masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat perlu melayari internet untuk memastikan
sesuatu maklumat itu sahih atau tidak sahih dan bertanya kepada ahli keluarga.
Kesannya tiada berlakunya kesalahan fahaman antara masyarakat. Rentetan daripada
itu, masyarakat terhindar daripada maklumat tidak benar. Oleh sebab itu jelaslah
bahawa, masyarakat perlu menyiasat kesahihan sesuatu maklumat merupakan salah
satu langkah untuk mengatasi penyebaran berita palsu. ( 86 pp )

Langkah yang lain ialah masyarakat perlu berfikir secara rasional sebelum berkongsi
sesuatu maklumat. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat mengelakkan penyebaran
maklumat palsu atau tidak tepat. Sebagai contoh, masyarakat perlu menilai konteks
yang terdapat dalam sesuatu maklumat. Kesannya, maklumat tersebut dapat dikongsi
dengan seluruh orang . Rentetan daripada itu, masyarakat dapat memahami
keseluruhan konteks maklumat. Oleh sebab itu jelaslah bahawa, masyarakat perlu
berfikir secara rasional sebelum berkongsi sesuatu maklumat merupakan salah satu
langkah untuk mengatasi penyebaran berita palsu. ( 76 pp )

Langkah yang lain merupakan penguatkuasaan undang-undang daripada pihak


kerajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat segelintir golongan takut untuk
menyebarkan berita palsu apabila terdapat undang-undang yang ketat. Sebagai
contoh, kerajaan mengetatkan dasar dan undang-undang yang berkaitan dengan
penyebaran berita palsu. Kesannya, tiadanya penyebaran berita palsu berlaku dalam
kalangan masyarakat. Rentetan daripada itu, penguatkuasaan undang-undang dapat
mengekalkan keamanan dan keselamatan masyarakat. Oleh sebab itu jelaslah
bahawa, penguatkuasaan undang-undang daripada pihak kerajaan merupakan salah
satu langkah untuk mengatasi penyebaran berita palsu. ( 79 pp )

Kesimpulannya, penyebaran berita palsu melalui media massa merupakan perbuatan


yang tidak bermoral. Perbuatan ini menimbulkan pelbagai kesan kepada semua
golongan. Oleh itu, peranan kita dalam mengatasi perbuatan ini merupakan langkah
permulaan bagi mengatasinya. Kita percaya sekiranya segala usaha kita laksanakan
sudah pasti perbuatan ini dapat diatasi dengan jayanya. (47 pp )

650 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai