Anda di halaman 1dari 3

Perkara 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan memberikan penekanan serta hak

dan kebebasan asasi bagi rakyat di Malaysia.


Perkara 10(1)(a) menjelaskan bahawa setiap warganegara mempunyai kebebasan
bercakap dan bersuara. Warganegara Malaysia telah diberikan kebebasan dalam
memberi buah fikiran serta pendapat, walau bagaimanapun ia tertakluk juga dengan
tahap sensitiviti buah fikiran dan pendapat tersebut yang dilontarkan.
Sebagai contoh, sejak wujudnya zaman cyber ini, manusia bukan hanya bebas
bersuara di jalanan, malah disambung pula di laman sosial dan media massa
melalui internet. Perkara ini telah menjadi perdebatan yang tiada penghujung bukan
setakat di dalam negara, perkara ini juga menjadi isu dunia. Pada masa kini,
kebebasan bersuara melalui media sosial merupakan perkara “trending” yang dilihat
agak melampaui batas. Bagi mereka, perkara ini merupakan prinsip hak asasi dan
kebebasan sebagai hak mutlak manusia, sebarang sekatan yang dikenakan oleh
Kerajaan terhadap pengaliran maklumat dianggap sebagai pencabulan hak asasi
manusia.
Jika dilihat kini, terlalu ramai golongan yang taksub dalam melontarkan pandangan
sendiri melalui media sosial sehingga tidak melihat kepada kesan yang bakal
dihadapi di kemudian hari. Mereka melontarkan pandangan tanpa melihat kepada
batasan sepatutnya. Terdapat maklumat yang disampaikan menerusi media sosial
terutamanya youtube, facebook, twitter dan blog dilihat tidak mengambil kira
pelbagai faktor yang menyentuh soal kemanusian.
Yang terbaharu adalah isu berkenaan Kerajaan Malaysia sedang berusaha
megekang wabak COVID-19, dan terdapat lebih 200 pelarian Rohingya dihalang
untuk masuk ke Malaysia oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Tentera
Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM). Perkara ini telah menjadi isu dunia dan telah menjadi perdebatan di antara
NGO-NGO yang menyokong pelarian Rohingya agar dibawa masuk ke Malaysia.
Malah, ada juga yang terdesak membuat video youtube dan menyuarakan pendapat
bahawa Kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang zalim kerana telah melayan
pelarian dengan teruk sekali.
Penyebaran berita palsu dan pandangan tidak berasas ini, walaupun dilihat sedikit
bilangannya, jika ia disalurkan secara tidak berhemah akan menyebabkan suasana
yang tidak baik sehingga menyebabkan negara dipandang serong oleh dunia luar.
Selain itu, isu perkauman dan agama juga akan menjadi sulit, kerana tindakan yang
tidak bertanggungjawab dengan menggunakan kebebasan bersuara ini umpama api
dalam sekam. Ia dilihat seolah-olah perkara tersebut baik, sebenarnya ia akan
memberi impak yang sangat buruk kepada semua pihak.
Di negara ini, terdapat pelbagai undang-undang telah digubal untuk membendung
kegiatan kebebasan bersuara yang tiada batasan ini sehingga menyebabkan
berlaku fitnah dan menjadikan suasana tidak tenteram, selain itu mengambil kira
faktor keselamatan dan ketenteraman awam. Selain Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998, khusus untuk membendung kegiatan penyaluran maklumat di alam
maya, banyak undang-undang lain yang berkaitan bagi menyekat gejala tidak sihat
yang boleh mencetuskan pelbagai gejala buruk.
Ini termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Jenayah Komputer 1997,
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988 dan Akta Hak Cipta
1987 dan sebagainya yang mempunyai fungsinya tersendiri.
Semasa merangka sebarang jenis perundangan di Malaysia, kerajaan harus
memastikan hak asasi berkaitan kebebasan bersuara kekal subur dalam negara.
Undang-undang yang diwujudkan hendaklah dilihat dapat membendung suasana
kebencian dalam negara bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan
menyalahgunakan kebebasan bersuara yang telah diberikan berdasarkan Perkara
10(1)(a).
Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, sebarang ucapan yang tidak
dikawal atau berita yang dikeluarkan melalui media sosial yang tidak ditapis akan
menyebabkan berlaku huru-hara. Banyak perkara yang sensitif melibatkan
hubungan antara agama dan kaum. Sekiranya ada pihak yang gagal menjaga
sensitiviti itu, konflik dan pergaduhan akan mudah berlaku hingga menyebabkan
negara kucar-kacir.
Walaupun kewujudan Perkara 10(1)(a) ini dilihat seumpama semua warganegara
bebas untuk bersuara, namun ia tidak seharusnya dilihat atau disalah tafsirkan
sebagai undang-undang yang boleh digunakan untuk membendung kebebasan
rakyat Malaysia bersuara serta meluahkan pendapat masing-masing.
Pihak kerajaan harus memastikan hak asasi setiap rakyat Malaysia untuk bersuara
kekal terjamin. Kebebasan bersuara adalah penting untuk setiap manusia di atas
muka bumi kerana melaluinya mereka dapat melakukan pelbagai perkara.
Jika sesebuah masyarakat dan negara dicabul haknya untuk bersuara, agak sukar
sebenarnya untuk melihat masyarakat itu akan terus maju ke hadapan. Kebebasan
individu untuk bersuara juga penting bagi mengekalkan semangat demokrasi yang
telah lama diamalkan di Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Hak setiap rakyat Malaysia untuk bersuara juga jelas termaktub dan dilindungi di
bawah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Bahagian II dalam Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan dengan jelas mengenai kebebasan asasi setiap
warganegara.
Salah satu bentuk kebebasan asasi yang jelas dilindungi adalah kebebasan setiap
rakyat untuk bercakap, berhimpun dan berpersatuan seperti terkandung dalam
Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Setiap jenis kebebasan termasuk kebebasan untuk bersuara dan memberi pendapat
adalah asas kepada kewujudan demokrasi dalam sesebuah negara.Perlembagaan
Persekutuan
Walau bagaimanapun, setiap jenis hak asasi yang telah diperuntukan termasuk
kebebasan untuk bersuara tidak bersifat mutlak.
Perkara 10 (2) Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukkan bahawa 'Parlimen
boleh melalui undang-undang mengenakan apa-apa sekatan yang didapatinya perlu
atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana
bahagiannya, hubungan baik dengan negara lain, ketenteraman awam atau prinsip
moral dan sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau
mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang
penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan'.
Dengan ini, pihak Parlimen boleh mengenakan sekatan terhadap kebebasan
bersuara melalui undang-undang jika mendapati sekatan itu perlu demi menjaga
kepentingan keselama-tan Persekutuan, hubungan baik dengan negara lain,
ketenteraman awam atau prinsip moral.
Walaupun kebebasan bersuara boleh dihadkan berdasarkan peruntukan Perkara 10
(2) Perlembagaan Persekutuan, namun ia tidak bermakna kerajaan boleh merangka
sebuah undang-undang bagi menutup terus kebebasan setiap rakyat Malaysia untuk
bersuara.
Oleh itu, cadangan pihak kerajaan untuk mewujudkan sebuah akta bagi
membendung ucapan kebencian di Malaysia perlu memastikan bahawa hak setiap
rakyat Malaysia untuk bersuara masih kekal wujud, terjamin serta dilindungi.
Pada masa yang sama setiap ucapan yang diluahkan oleh mana-mana individu
dapat menjaga kompleksiti, sensitiviti, dan kemajmukan yang sudah lama wujud
dalam masyarakat di Malaysia.
Pada tahun 2018, pihak Kerajaan pada ketika itu telah mengumumkan untuk
memansuhkan Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dan menggantikannya dengan undang-
undang baharu. Pemansuhan akta ini sebenarnya dilihat boleh memberi impak
positif dan negatif kepada negara. Impak positifnya ia dapat memberi lebih banyak
ruang dan peluang kepada rakyat untuk tampil lebih berani bersuara dan meluahkan
pendapat masing-masing. Pada masa yang sama, ia akan memberi kesan buruk
kerana selama ini akta ini lah yang membantu mengelakkan sebarang perkara tidak
diinginidaripada berlaku dalam negara kita yang boleh menyebabkan negara kita
menjadi huru-hara dan menjadi kucar kacir.

Anda mungkin juga menyukai