Anda di halaman 1dari 10

2.

Pengenalan
Kehadiran pendatang asing telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat di
Malaysia. Kesan-kesan ini turut menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pendatang
asing ini. Tenaga kerja asing memang telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan
kini. Ada masyarakat yang menganggap pekerja asing ini penting dan ada yang
menganggap mereka sebagai pengacau yang harus dibuang jauh. Keadaan ini diburukkan
dengn isu ini turut dimainkan oleh media massa yang menang menangguk di air keruh.
Jadi adakah pekerja asing hanya membawa kesan buruk atau memang ada hikmah
disebalik kehadiran pekerja luar negara?
Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysia mengalami perkembangan
ekonomi yang tinggi sehingga wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul
masalah kekurangan tenaga kerja. Penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan
tertentu yang kritikal seperti perladangan, industri pembinaan, pembantu rumah dan
pekerja kilang. Oleh itu, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing sama ada sah
atau secara haram yang manpu memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang
memuncak. Kebanyakan pekerja asing di Malaysia, terutamanya terdiri daripada
Indonesia, Bangladesh, Nepah, China, Filipina dan sebagainya. Semakin ramai pekerja
asing semakin tinggilah kebarangkalian untuk meningkatnya jenayah di negara kita.
Sudah pasti kejadian jenayah ini akan menyukarkan kehidupan rakyat biasa.
Sebanyak 2.5 juta atau 25 peratus daripada keseluruhan 11 juta pekerja di
negara ini terdiri daripada rakyat asing termasuk yang masuk secara
haram.
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh
_03.htm).

3. Latarbelakang / sorotan kajian


Kemiskinan dan ketidakmanpuan untuk mendapatkan nafkah merupakan punca
utama di sebalik perpindahan pencari kerja dari satu Negara ke Negara lain. Pekerja asing
lebih berminat bekerja di Malaysia disebabkan kemakmuran dan kestabilan ekonomi kita.
Kekurangan tenaga kerja tempatan juga membuka peluang kepada penduduk asing
mencari rezeki di sini. Kekacauan atau keperangan berlaku di negara mereka
menyebabkan kemerosotan ekonominya menyebabkan mereka berhidup dalam keadaan
yang menyulitkan menjadi salah satu punca bagi mereka berhijrah ke negara asing untuk
mencari rezeki dan keamanan hidupnya.
Berdasarkan laporan Jabatan Imigrasi Malaysia, sehingga 30hb Jun 1992,
jumlah penduduk Indonesia tanpa izin yang telah mendaftarkan diri kepada
pihak berkuasa di Malaysia adalah hampir 500,000 orang. Jumlah ini
merupakan peratus terbesar (83.24 %) daripada keseluruhan migran tanpa
izin yang telah mendaftarkan diri kepada pihak pemerintah di Malaysia
(Rajah 1.1).
Rajah 1.1
Pendatang Tanpa Izin Berdasarkan Negara Asal dan Jenis Pekerjaan di Malaysia
N
o

Negara Asal

Jenis Pekerjaan
P. Rumah Pertanian Pembina
an

Jumlah
(Bilanga (Peratus)
n)
342,226
91.93
309,905
83.24
22,518
6.05
9,389
2.52
411
2
1

ASIA TENGGARA
1 Indonesia
39,087
88,681 182,137
2 Negara Thai
3,563
14,029
4,926
3 Myammar
99
500
8,790
4 Filipina
117
5
289
5 Singapura
2
6 Brunei
1
Sumber: Jabatan Imigrasi Malaysia, Kuala Lumpur (1993)
(Hidayat Purnama, 2002, Pendatang tanpa izin Indonesia di Malaysia: Suatu eksploitasi
tenaga pekerja di Asia Tenggara, Southeast Asian Journal of Social Sciences, Jilid 21,
Nombor 1, muka surat 36-70. Jabatan Imigresen Malaysia (1993).

Keselamatan sosial terancam antara kehadiran pekerja asing terutama secara


haram telah menyebabkan kadar jenayah di negara ini semakin meningkat seperti ragut ,
rompakan, rogol, mencuri, berkhalwat, berzina dan mengganggu keharmonian
masyarakat Malaysia. Ada pekerja asing yang datang ke sini tidak mempunyai pekerjaan
untuk tempoh tertentu dan jenayah menjadi tempat untuk mereka memperoleh sedikit
wang bagi membiayai kehidupan diri dan keluarga.
Mengikut statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman baru-baru ini, jumlah jenayah
melibatkan pendatang asing sehingga Ogos 2007 ialah sebanyak 3,704 kes
iaitu 1,261 kes jenayah kekerasan dan 2,443 kes jenayah harta
benda.Sepanjang 2006, sebanyak 6,018 kes jenayah kekerasan dan harta
benda melibatkan warga asing dicatatkan. Ini termasuk 1,004 kes samun,
manakala mendatangkan kecederaan (106), ugutan jenayah (61), bunuh
(59), cabul kehormatan (39), rogol (37), peras ugut (33) dan merusuh (29).
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.
htm)
Penyakit-penyakit berbahaya akan merebak dengan meluas seperti AIDS, tibi,
penyakit kelamin dan sebagainya. Banyak antara mereka berasal daripada kawasan
mundur, kesihatan mereka kurang terjamin telah menjadi pembawa penyakit ke negara
kita. Hubungan mereka secara sekual dengan pelacur tempatan mempercepatkan
jangkitan AIDS.
Dalam sektor ekonomi, pekerja asing yang bekerja di Malaysia akan menghantar
wang balik ke negara asal mereka setiap bulan akan menyebabkan sumber untuk
membangunkan semula ekonomi negara secara efektif. Oleh itu keadaan ini tidak sihat
terutama untuk jangka masa panjang atau ketika negara dalam kegawalan ekonomi.

Kehadiran pendatang asing tanpa izin menimbulkan masalah perumahan.Mereka


akan mendiri kawasan perumahan secara haram.
Telah sekian lama negara kita menghadapi masalah setinggan, terutamanya di
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Petaling Jaya.
Dalam usaha kita mencapai status negara maju, pelbagai strategi dan langkah
perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi yang berbangkit
daripada pertamabahan jumlah setinggan.Ketidakselesaan tinggal di kawasan
yang sesak akan membawa kesan sosial yang negatif. Keadaan yang
melemaskan akan mendorong penghuninya untuk melakukan jenayah dan
kekerasan kerana itu merupakan satu cara untuk melepaskan ketegangan
emosi dengan mudah.
(Halimah Abdul Rahman, 2006, 111 Contoh Karangan Bahasa Melayu STPM
Edisi Semakan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Selangor, ms 166-167)
Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas seperti sistem
pembuangan sampah dan air kumbahan menyebabkan pencemaran alam sekitar
berlaku.Selain itu,pembangunan dan imej negara kita akan terbantut kerana kemunculan
setinggan ini.
Kes penderaan kanak kanak dan warga tua yang uzur oleh pekerja asing sebagai
pembantu rumah sering berlaku

disebabkan ketidaksabaran menjaga

kanakkanak,

pesakit orang tua, dianiayai oleh majikan secara fizikal dan seksual selain diungutkan
diperlakuan seperti hamba. Disebaliknya penderaan pekerja asing oleh majikan juga
berlaku. Pembantu rumah yang tidak dapat memberi mutu perkerjaan atau perkhidmatan
yang tidak seperti diharapakn oleh majikan yang mengeluarkan belanja yang besar untuk
proses mendapat pembantu.
Isu perbahasan mengenai bagaimana untuk mengendalikan pekerja
pembantu rumah asing kini menjadi semakin hangat. Ini berikutan
pengumuman oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam,
majikan dikehendaki supaya memberikan pembantu rumah asing mereka
cuti sehari.

Apapun keputusan yang dibuat berhubung pembantu asing mestilah adil


dan penuh perikemanusiaan. Jika kita tidak dapat melayan pekerja asing
dengan sempurna, adalah lebih baik bagi negara ini tidak menggunakan
khidmat mereka daripada mendera mereka yang berlaku secara berulang
kali.( http://www.malaysiakini.com/letters/107004)
4. Analisis Isu
Ilmu dan nilai moral agama penting kepada pendatang asing memberi panduan
yang terbaik dalam menguruskan setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya
seperti dalam agama Islam jika berlandaskan kepada Al Quran dan Al Salmah.Agama
menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umat seperti tahap
kesabaran yang tinggi terutamanya melayani kerenah kanak dan orang tua. Kebanyakan
pendatang asing yang tidak berpendidikan dan mempunyai pegangan agama yang longgar
kerana majoriti mereka mempunyai latar kebelakangan sosiaekonomi yang rendah dan
taraf pelajran yang rendah mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan untuk melakukan jenayah
supaya mendapatkan wang secara cepat dan senang. Pendatang asing harus mempunyai
pegangan agama yang kuat seperti pekerja Indonesia yang beragama Islam dan Kristian
akan memahani kedua-dua agama menyebarkan umat melakukan perkara-perkara yang
baik sama ada dalam bentuk ucapan atau perlakuan supaya memperolehi kerelaan
Tuhan.Umat yang melakukan perkara yang baik dalam agama akan mendapat pahala jika
disebaliknya akan mendapat dosa.
Pekerja asing harus mempunyai nilai moraliti sosial yang mnerupakan persetujuan
atau perjanjian sosial di antara masyarakat dengan ahli-ahlinya meneruskan perlakuan
yang diterima dan mengelakan daripada perkara-perkara negatif atau sikap anti sosial
.Teori keperibadiannya terdiri daripada konsep-konsep seperti keberanian, kejujuran,
kesabaran dan kebijaksanaan dalam pembentukan hidup yang bermoral. Sikap kejujuran
bagi pekerja asing supaya mendapat kepercayaan oleh majikanyan atau penduduk

tempatan dan tidak dianggap sebagai pengacau yang harus dibuang jauh. Pekerja asing
juga bertanggungjawab melaksanakan tugas diri dengan menurut keperibadian doktrin
jalan tengah yang menggalakkan perbuatan dan pemikiran yang
senderhana untuk menjauhi dirinya daripada tindakan dan pemikiran yang menlampau
dan keterlaluannya.
Sikap mementing diri sendiri sebagai keutamanan kepada sebarangan tindakan
yang mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada dirinya secara mental dalam teori
Egoisme yang diasaskan okeh Nietzche(1996). Sikap Egoisme pendatang asing yang
menganggap diri amat penting dalam proses perkembangan ekonomi negara kita.
Setengah daripada mereka boleh membulikan majikan yang kena bergantung mereka
untuk melaksanankan kerja seharian seperti kena diminta barulah nak mulai kerjanya.
Sikap cemburu akan kejayaan dan kesenangan orang lain mendorongkan mereka teribat
dalam kejenayahan seperti merompak, pecah rumah dan penderaan dan sebagainya. Bagi
membendung berleluasnya jenayah nilai hidup yang harmoni, kesabaran, ketenangan dan
bertimbang rasa perlu dipupuk oleh rakyat Malaysia dan pekerja asing.
Nilai prinsip kewajipan yang diasaskan olej Kant(1979) yang menyarankan
individu melaksanakan tanggungjawab semata-mata kerana amalan itu merupakan satu
tanggungjawab kepada dirinya. Majikan tempatan harus mengetahui kewajipannya
terhadap pekerja asing seperti membayar gaji yang berpatutan, memberikan layanan atau
manfaat yang adil tanpa mengira pekerja asing atau tempatan. Prinsip kewajipan dan
tanggungjawab merupakan amalan suatu tanggugjawab bagi pendatang asing supaya
tidak senang dipengaruhi oleh rakan-rakannya dalam kegiatan niat yang tidak baik.

Etika bagi pendatang asing iaitu kelakuan yang baik, kewajipan moral,
tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciri-ciri kehidupan yang baik penting dalam
kehidupan mereka sama ada dalam negara sendiri atau negara lain. Etika yang baik akan
dihormati, disukai dan disayangi oleh orang ramai. Tingkah laku seperti bekerjasama,
bersopan santun dan menepat masa yang dianggap baik dan patut diamalkan oleh
pendatang asing di dalam sesuatu masyarakat. Kehidupan masyarakat akan menjadi
aman damai, sihat, saling saying-menyayangi antara satu sama lain dan penimbulan
perkelahian antara kaum dapat dielakkan.
Pendatang asing yang membantu dalan proses penyiapkan projek-projek
pembinaan disebabkan keberanian dan kesungguhan mereka untuk bekerja walaupun
risiko bekerja di tapak bina adalah tinggi dan dibayar dengan gaji yang rendah jika
dibandingkan dengan pekerja tempatan.bagi mengikut Teori Utilitarianisme iaitu tingkah
laku moral yang menghasilkan kebahagian atau kebaikan yang maksimum kepada semua
pihak. Walaubagaipun hidupnya susah dan mengalami ketegangan kerja , mereka percaya
pada usaha dirinya akan membawa kebahagian dan kesenangan kepada keluarganya
seperti menghantar wang balik ke kampungnya. Demi mencapai kejayaan, warga asing
perlu memegang prinsip dengan menempuhi cabaran dan kesusahan sebelum kita
mencapai kejayaan atau kebahagiaannya.
Pendudukan tempatan mempunyai pandangan yang berlainan tentang kedatangan
pendatang asing di megara ini sama ada baik atau buruk yang berunsur moral, politik,
sosial, ekonomi, nilai yang terlibat dikenali sebagai nilai subjektif. Nilai subjektif iaitu
nilai yang diterima atau ditolak oleh seorang berdasarkan kepada pandangannya sendiri.
Pandangan setengah orang mengatai kehadiran warga asing akan membawa kesan buruk

kepada negara kita seperti peningkatan dalam masalah sosial, penyakit dan kadar jenayah
di kawasan berkenaan ini akan menyebabkan penduduk berasa tertekan. Disebaliknya
pandangan daripada sesetengah penduduk tempatan berasa kedatangan pendatang asing
juga membawa kebaikan kepada negara seperti memenuhi keperluan tenaga buruh negara
terutama dalam sektor yang tidak diminati penduduk tempatan ,wujudnya persaingan
yang sihat antara pekerja tempatan dan asing dan meningkatkan imej negara.
5. Kesimpulan Isu
Kesimpulannya, pendatang asing boleh memusnahkan dan menyelamatkan
negara. Pihak jabatan dan pemimpin-pemimpin yang terlibat dan berkuasa untuk
menangani isu pendatangan asing seperti cara menentukan sektor pekerjaan untuk mereka
dan memghadkan kebanjiran pekerja asing yang melebihi dari sepatutnya yang
merisaukan banyak pihak. Mutu, ilmu dan kemahiran pekerjaan meningkat dengan
wujudmya persaingan antara pekerja tempatan dan asing menyebabkan ekonomi negera
diminati oleh pelabur asing. Pendidkan moral amat penting kepada pendatang asing
dalam kehidupannya supaya tidak senang dipengaruhi oleh niat-niat yang tidak sihat.
Nilai-nilai murni seperti kesederhanaan, toleransi, saling menghormati, keikhlasan,
bertimbang rasa dan saling faham-memahami antara penduduk tempatan dan penduduk
asing menjadi tulang belakang perpaduan rakyat. Mereka yang mempunyai pegangan
agama yang kuat akan menjadi seorang insan yang disukai oleh orang ramai. Ajaran
agama yang bertujuan mengajar umat-umat berbuat baik dan saling sayang-menyayangi
sesama makhluk Tuhan manakala melakukan perkara yang jahat tidak dibenarkan.

6. Rujukan
Nizam Yatim, 2007, Isu Pekerja Asing:Iklan Pekerja Tempatan Hanya
Seminggu , 18/10/2007, Kuala Lumpur, Utusan Malaysia , Malaysia, daripada
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm)

Hidayat Purnama, 2002, Pendatang tanpa izin Indonesia di Malaysia: Suatu


eksploitasi tenaga pekerja di Asia Tenggara, Southeast Asian Journal of Social
Sciences, Jilid 21, Nombor 1, muka surat 36-70. Jabatan Imigresen Malaysia (1993).

Sharilfuddin Saari, 2008, Pekerja Asing Didaftar Ikut Kawasan, 06/02/2008,


Kuala Lumpur, Utusan Malaysia, Malaysia, daripada
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm)

Halimah Abdul Rahman, 2006, 111 Contoh Karangan Bahasa Melayu STPM Edisi
Semakan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Selangor, ms 166-167

S M Mohamed Idris, 2009, Layan Pekerja Asing Dengan Perikermanusiaan, Malaysia


Kini, 22/06/09, daripada http://www.malaysiakini.com/letters/107004

Anda mungkin juga menyukai