Anda di halaman 1dari 4

APAKAH MELAYU AKAN TERUS MELAYU

Dr Mohd Ridhuan Tee

Pecah, pecah, pecah… sampai bilakah kita akan terus berpecah. Perpecahan umat
Melayu Islam sudah sampai ke akar umbi. Mutakhir, kerabat diraja dilanda dengan
perpecahan yang membawa kebimbangan patik. Ia turut terbawa-bawa dengan
pakar-pakar perubatan yang terlibat. Sebagai pacal yang hina dan rakyat jelata,
izinkan patik menyorot sedikit fenomena nasib Melayu di bumi Melayu. Apakah
petanda ini menunjukkan bahawa kita sudah tidak mampu bertahan lagi. Harap
dijauhkan oleh Allah SWT.

Dalam aspek apa pun, kita bermasalah. Politik, asyik berpecah. Ekonomi tidak
kuat, hanya lapan orang tersenarai daripada 40 orang terkaya di negara kita.
Pemilikan ekuiti bumiputera masih pada tahap di bawah 20 peratus. Mereka yang
kaya, hidup dengan caranya kayanya. Kadangkala lupa memandang ke bawah bak
kata pepatah, bila pandang ke langit, sudah lupa bumi yang dipijak. Dalam bidang
sosial, kita dilanda dengan pelbagai gejala yang menakutkan. Saya amat yakin anak
luar nikah yang dibuang dan dibunuh adalah dari kalangan kita. Tahun 2009 sahaja,
hampir 20 ribu anak luar nikah Islam dilahirkan dan didaftarkan. Ini belum termasuk
mereka yang menagih dadah, berada di pusat pemulihan, di penjara dan berbagai
tempat maksiat yang tidak senonoh dan gejala-gejala lain yang kita sedia maklum
seperti tidak solat, merempit, pergaulan bebas, liwat, hasad dengki, bercerai dan
sebagainya.

Setelah dicampur-campur, berapa jumlah sebenarnya umat Islam yang baik


dan berkualiti yang masih tinggal dan boleh diharapkan untuk menjayakan gagasan
1Malaysia?

Jika kita lemah di sana, kuat di sini, masih tidak mengapa. Sekurang-
kurangnya kita masih ada back up. Misalnya, ekonomi lemah, politik kuat boleh back
up atau sosial lemah, ekonomi kuat back up, begitulah timbal balik seterusnya. Ini
tidak, dari politik, sosial, ekonomi dan namakan apa sahaja bidang, boleh dikatakan
semua kita lemah. Kita lemah atas bawah, depan belakang, kiri dan kanan. Saya
tercari-cari di manakah sudut sebenarnya kita kuat? Apakah keadaan ini yang
menyebabkan orang lain mengambil kesempatan?

Kita lihat semangat Melayu tidak pernah luntur. Sedaya upaya mereka
cuba menghalau orang asing yang cuba menjajah mereka. Pejuang-pejuang
ketika itu sanggup gugur dan ada yang syahid di medan perang. Kekuatan ini
amat menakutkan Barat. Terfikir saya, ke manakah hilangnya kekuatan tersebut?
Apakah hari ini semangat tersebut telah hilang?

Apakah kita sengaja membiarkan ia hilang atau ada perkara lain yang masih
belum kita ketahui?

1
Ini menjadikan saya teringat protokol Yahudi Zionis yang mahu
menghancurkan Islam melalui pelbagai perancangan dan perencanaan mereka.
Saya pernah terbaca Resolusi Mesyuarat Cendekiawan Zionis di Brussels,
Switzerland tahun 1897. Intipati resolusi ini lebih kepada perancangan Zionis untuk
menakluk dunia dari pelbagai sudut. Sehingga kini, mereka tidak pernah putus asa
untuk menguasai dunia, bermula dengan menguasai Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan NGO antarabangsa.
Dengan cara itu mereka dapat menguasai ekonomi, politik, kewangan, sosial,
agama dan semuanya seperti yang dirancangkan. Tidak ada satu pun sejarah besar
dunia yang tiada kaitan dengan Yahudi. Sejarah dan bukti kini menceritakan segala-
galanya.

Di negara kita misalnya, jika kita tidak bijak menguruskan kepelbagaian kaum
di tanah air tercinta ini, sudah lama Yahudi Zionis mengambil kesempatan untuk
menapak. Mujur dengan kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu dan sekarang,
keharmonian kaum dapat dibentuk melalui penguatkuasaan undang-undang serta
dasar-dasar kerajaan walaupun ada segelintir yang menjadi gunting dalam lipatan
atau musang berbulu ayam.

Orang-orang Yahudi mempercayai bahawa mereka adalah tuan kepada dunia


ini dan mereka tidak pernah percaya kepada orang lain. Kalau boleh mereka
menghapuskan semua agama, terutama Islam dan seterusnya menjadikan orang
lain hamba mereka.

Berikut saya ringkaskan 24 protokol Yahudi untuk tatapan semua. Mudah-


mudahan kita dapat memperbetulkan diri untuk melihat di manakah kedudukan kita
sebenarnya. Apakah kita benar-benar telah menari di atas rentak yang telah
dimainkan oleh Yahudi agar kita menjadi lemah dan layu supaya kita dikuasainya.

Protokol Yahudi berpegang kepada sebaik-baiknya memerintah dengan


menggunakan kekerasan dan keganasan. Siapa kuat dia dapat. Pemerintah yang
berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Justeru, mereka akan cari
pemimpin yang tidak bermoral, tetapi pandai mentadbir. Matlamat mesti
menghalalkan cara. Yahudi akan cuba mempengaruhi negara-negara lain untuk
mengikut telunjuknya melalui bantuan-bantuan yang diberikan. Nilai satu nyawa
Yahudi bersamaan seribu nyawa orang lain. Caranya dengan memporak-
perandakan negara lain terutama kalangan negara Islam. Umat Islam hidup keadaan
nafsu-nafsi. Yahudi akan cuba menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama
serta mengikis daripada hati mereka prinsip ketuhanan dan jihad serta
menggantikannya dengan ilmu sekular serta lain-lain keperluan duniawi.

Sekiranya ada di kalangan bangsa lain cuba mengatasi bangsa Yahudi dari
segi sains, politik dan ekonomi, maka Yahudi mestilah menyekat mereka dengan
cara menimbulkan pelbagai bentuk syak wasangka dan perselisihan sehingga wujud
konflik sesama mereka. Iran adalah contoh terbaik sasaran Yahudi hari ini. Yahudi

2
sedaya upaya cuba menghapuskan Iran. Begitu juga mereka yang menjadi duri
dalam daging.

Bagi memastikan matlamat Yahudi ini tercapai, maka mereka bertindak


memusnahkan perusahaan bangsa lain, iaitu melalui cara merosakkan sumber
pengeluaran dengan memupuk tabiat suka kepada maksiat (kejahatan) dan
meminum arak di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan
golongan terpelajar dari kalangan bangsa lain. Kita lihat semua teknologi terkini
dikuasai Yahudi, kita hanya menjadi penonton dan pengguna. Apa yang berlaku di
Iraq dan Timur Tengah adalah contoh yang terbaik.

Penentangan

Orang-orang Yahudi akan menabur fitnah supaya timbul keraguan, kekacauan,


pertelagahan dan permusuhan sesama sendiri. Bila timbul penentangan terhadap
Yahudi, maka Yahudi mengambil kesempatan dengan menyambutnya melalui
ancaman kacau bilau dan peperangan secara total di seluruh dunia.

Pemerintah Yahudi dikelilingi oleh segolongan besar pakar-pakar ekonomi dan


orang Yahudi sendiri dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.
Yahudi akan membawa masuk racun 'liberalisme' ke dalam negara-negara lain
supaya menggugat kestabilan politik mereka. Pilihan raya diatur supaya dapat
memberi laluan kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat mewakili
mereka sebagai ejen Yahudi dalam melaksanakan rancangannya. Apakah
kemunculan pakatan parti ultra ada kaitan? Sama-sama kita fikirkan.

Penguasaan media antarabangsa dengan propaganda tertentu digunakan


sewenang-wenangnya hari ini atas dasar kebebasan atau hak asasi manusia. Kalau
bangsa lain diberikan permit menerbitkan 10 akhbar atau majalah, maka bangsa
Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana
ia adalah alat untuk mengubah fikiran masyarakat dunia agar menyebelahi
propaganda Yahudi.

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan


proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi bertindak menghapuskan golongan
korporat dari kalangan bangsa lain, di samping mengadakan spekulasi dan
menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan, kerana
semua ini akan menelan kekayaan mereka.

Untuk mengalih perhatian mereka daripada memikirkan persoalan politik, maka


ejen Yahudi akan membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan yang
melalaikan, seks bebas, filem dan bahan pornografi, sukan, pesta dan sebagainya,
sehingga mengalpakan kita daripada agama. Apabila mendapat kekuasaan, Yahudi
akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya.
Tidakkah apa yang berlaku di Palestin menjadi pengajaran kepada kita?

3
Selain itu, Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa
lain dengan kadar faedah yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan
menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi bangsa lain
akan lumpuh secara automatik kesan pertambahan hutang tersebut. Yahudi
menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk
menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan
menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli
sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada
Yahudi.

Saya teringat cerita Cina dahulu kala antara Mencius dan anak muridnya. Anak
murid ini mahu menguji kepandaian gurunya. Anak murid ini membawa seekor anak
burung dan bertanya kepada gurunya. "Adakah burung di tangannya itu hidup atau
mati?" Murid ini pandai, jika gurunya berkata hidup, dia akan genggam anak burung
itu sampai mati. Jika gurunya kata mati, dia akan longgarkan genggamannya supaya
burung itu hidup. Tujuannya, agar apa jua jawapan gurunya tetap salah. Tetapi
murid tidak tahu bahawa gurunya itu lebih bijak. Guru itu menjawab dengan
selamba, "masa depan burung itu terletak di tangan kamu".

Pengajarannya, masa depan anak bangsa negara kita terletak di tangan kita.
Marilah kita realisasikan kata-kata Mencius ini, tell me, I will forget. Show me, I may
remember. Involve me, I will understand. Hari ini tidak kira, apa jua ideologi dan latar
belakang kita, maruah agama, bangsa dan negara mesti diselamatkan daripada
tangan-tangan yang cuba menghancurkan kesucian.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Kumpulan Penyelidik Politik dan
Peradaban Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam
Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, 16 Mei 2010

Anda mungkin juga menyukai