Anda di halaman 1dari 57

Isi Kandungan

1. Cara-cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya


2. Faedah Perniagaan dalam Talian
3. Faedah Membaca
4. Isu Pencemaran Plastik
5. Faedah Gotong-royong
6. Faedah Melancong di Malaysia
7. Cadangan Mempopularkan Kembali Permainan Tradisional
8. Cara Menangani Stres
9. Budaya Sukan
10. Kebaikan Membeli Barangan Buatan Malaysia
11. Cabaran Memajukan Sektor Pertanian
12. Cara-cara Membendung Budaya Hedonisme
13. Cara-cara Memupuk Amalan Menabung
14. Cara-cara Memupuk Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Masyarakat
15. Cara-cara Mengurangkan Tabiat Merokok dalam Kalangan Remaja
16. Cara-cara Anda Menunjukkan Semangat Patriotisme
17. Cara-cara Mewujudkan Masyarakat Penyayang
18. Ciri-ciri Murid Cemerlang
19. Jenis Hobi dan Manfaatnya
20. Kebaikan Bekerja Sambil Belajar
21. Kebaikan Pendidikan Maya
22. Kepentingan ICT
23. Kepentingan Memartabatkan Permainan Tradisional
24. Kepentingan Mempelajari Sejarah
25. Kesan Penggumaan Telefon Pintar Kepada Golongan Remaja
26. Membaca Jambatan Ilmu
27. Peranan-peranan Ibu Bapa dalam Meningkatkan Kecemerlangan Akademik Anak-anak
28. Peranan Pelbagai Pihak dalam Memartabatkan Bahasa Melayu
29. Peranan Remaja dalam Pembangunan Negara
30. Usaha Memupuk Amalan Membaca dalam Kalangan Remaja
31. Usaha-usaha Memajukan Sektor Pertanian
32. Usaha-usaha Memajukan Sektor Pelancongan Negara
1) Cara-cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Salam sejahtera sahabatku, Haiqal.

Muktahir ini, kadar kemalangan jalan raya di bumi Jalur Gemilang ini semakin meningkat
umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Isu negara ini amat serius ibarat retak menanti belah;
seperti telur di hujung tanduk. Persoalannya, apakah cara-cara untuk mengelakkan berlaku
kemalangan jalan raya?

Antaranya, ibu bapa perlu menjadi uswah terbaik kepada anak-anak dengan mematuhi
peraturan di jalan raya seperti memakai tali pinggang keselamatan dan tidak melebihi had laju yang
ditetapkan semasa memandu. Ibu bapa tidak seharusnya sentiasa menganggap undang-undang yang
digubal mengongkong kehidupan kita dan enggan mematuhinya kerana bagaimana acuan, begitulah
kuihnya; ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Rasulullah S.A.W bersabda, “Anak-anak
umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau
Majusi.” Jelaslah bahawa kulawarga haruslah mengajar anak-anak undang-undang jalan raya supaya
aspirasi kemalangan sifar di Malaysia boleh dicapai.

Selanjutnya, adiwarna jika pihak kerajaan sentiasa mengadakan kempen kesedaran untuk
mendedahkan masyarakat kotemporari tentang kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya.
Kerajaan berperanan untuk membimbing mereka ke arah betul dengan menyebarkan maklumat dan
artikel tentang faktor berlakunya kemalangan jalan raya beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan
ini, ketidaktepatan fakta yang mampu menjejaskan minda masyarakat dapat dibetulkan. Menurut
kata Lao Tze, “Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.” Tempiasnya, masyarakat akan
berwaspada semasa menggunakan jalan raya kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya dan pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.

Cucur badak buah melaka,

Buat hidang kaum kerabat.

Tiada gunanya berlumba-lumba,

Biar lamba asalkan selamat.

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Pandu cermat jiwa selamat, semoga kes kemalangan
jalan raya negara yang ibarat duri dalam daging dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Haiqal
2) Faedah Perniagaan dalam Talian

Salam sejahtera sahabatku, Haiqal.

“Zaman beralih, musim bertukar,” begitu bunyi peribahasa yang menunjukkan bahawa e-
perdagangan telah menjadi penyumbang utama dalam industri perniagaan disebabkan
perkembangan bidang ICT. Perniagaan atas talian atau dikenali sebagai e-dagang telah
membenarkan sesiapa sahaja melakukan urusan jual beli secara maya. Persoalannya, apakah
kebaikan-kebaikan perniagaan dalam talian?

Antara kebaikan perniagaan dalam talian ialah perniaga tidak perlu mencari premis untuk
melakukan perniagaan. Hal ini dikatakan demikian kerana segala proses jual beli secara maya boleh
berlaku di skrin komputer atau telefon bimbit sahaja. Tempiasnya, para peniaga boleh menjalankan
perniagaan pada kos yang paling minimum kerana kita hanya memerlukan satu laman web sahaja.
Sudah terang lagi bersuluh, tidak dapat dinafikan bahawa kos untuk memulakan sesebuah
perniagaan dalam talian lebih rendah berbanding dengan perniagaan konvensional.

Selanjunya, perniagaan dalam talian membolehkan para perniaga menjalankan operasi


secara besar-besaran tanpa batasan geografi. Misalnya, para peniaga boleh memasarkan produk
mereka ke pasaran global melalui pelbagai aplikasi perniagaan atas talian seperti Lazada, Shopee
dan sebagainya. Kita bukan sahaja boleh memperkenalkan jenama produk Malaysia ke seantero
dunia, malah juga dapat meningkatkan ekonomi negara. Hal ini bertepatan dengan aforisme sambil
menyelam minum air.

Kapal berlabuh di lautan sisi,

Hujan turun tidak diramal.

Internet pembawa maklumat terkini,

Revolusi global mula diperkenal.

Setakat sahaja perbicangan saya hari ini. Semoga semua pihak bersinergi untuk
memperkenalkan perniagaan maya kepada golong masyarakat kerana kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya dan pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke
seberang. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Haiqal
3) Faedah Membaca

Slogan Membaca Jambatan Ilmu tetapi aib sekali rakyat Malaysia meluangkan masa untuk
membaca tidak lebih tiga jam seminggu berbanding rakyat Jepun yang membaca melebihi 10 jam
seminggu. Persoalannya, apakah faedah yang akan diperoleh apabila masyarakat mengamalkan
amalan membaca?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, amalan membaca dapat menambah ilmu pengetahuan
kerana seseorang yang banyak membaca akan berpendidikan tinggi. Kita mengetahui perkembangan
isu-isu semasa dari dalam atau luar negara supaya tidak seperti katak di bawah tempurung. Menurut
kata mantan Descartes, “Membaca buku bermutu ibarat berdialog dengan orang-orang berhebat
atau pemikir-pemikir besar”. Oleh itu, kita haruslah rajin membaca supaya negara kita akan layak
bersaing dengan negara maju.

Selanjutnya, membaca dapat merangsangkan fikiran kita kerana kita mampu melakukan
kodifikasi apabila membaca bahan bacaan daripada pelbagai sumber. Kita akan memerah otak
secara lebih mendalam semasa membuat penilaian terhadap perkara sesuatu dan berfikiran logik.
Natijahnya, membaca dapat membantu kita menyelasaikan masalah dengan rasional. Jauh
perjalanan luas pemandangan, jelaslah bahawa amalan membaca sememangnya dapat meluaskan
horizon pemikiran kita supaya kita dapat bersaing dengan badai kehidupan.

Burung terbang matahari terbit,

Roti sedap minum susu.

Amalan membaca banyak manfaat,

Rakyat berilmu negara maju.

Akhirulkalam, amalan membaca merupakan kunci ilmu yang mampu merealisasikan aspirasi
negara. Menurut kata Voltaire, “Buku mampu membakar semangat sesuatu bangsa dan mengubah
dunia.” Semua pihak haruslah bersinergi untuk memperkenalkan budaya membaca kepada generasi
muda dengan aforisme kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya; pengayuh sayang
dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.
4) Isu Pencemaran Plastik

Alam sekitar merupakan khazanah kita yang tidak ternilai dan Joseph Jouber pernah berkata,
“Dalam kesederhanaan selalu ada kebersihan dan keangguhan.” Aib sekali terdapat 300 juta tan sisa
pepajal digunakan setiap tahun tetapi hanya 9% sisa plastik dikitar semula pada tahun 2012.
Persoalannya, apakan kesan pencemaran plastik kepada alam sekitar?

Antara kesan pencemaran plastik ialah plastik berpotensi untuk menghalang aliran air
terutamanya di longkang kerana pihak kerajaan tidak membersihkan kawasan-kawasan secara
berkala. Golongan marhaen yang bersikap individualistik seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing biasanya sukan membuangnya ke longkang dan sungai. Lama-lama, kawasan
sumber air akan tersumbat dan menyebabkan banjir kilat. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah
mengadakan kempen kesedaran seperti “Hentikan Pencemaran Plastik” untuk menggalakkan
golongan marhean mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan harian.

Selain itu, lebih 250 spesies hidupan marin terancam dengan pencemaran plastik. Menurut
kajian, terdapat 100,000 kehidupan marin mati terperangkap dengan plastik dan plastik sering
dianggap sebagai makanan oleh haiwan dan ikan. Hal ini telah mengakibatkan populasi akuatik
semakin berkurangan dan kemulut tersebut bagai retak menanti belah; seperti abu di atas tunggul.
Tegasnya, sekiranya masyarakat buang yang keruh, ambil yang jernih dengan mengurangkan
penggunaan plastik, maka masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Roti coklat sedap makan,

Burung terbang sayang keluarga.

Kurang plastik jauh pencemaran,

Alam ceria hidup bahagia.

Akhirulkalam, semua pihak haruslah bersinergi untuk menangani isu pencemaran plastik
sebelum nasi menjadi bubur. Moga-moga, negara kita akan menjadi bebas daripada belenggu
pencemaran dan sentiasa berada dalam keadaan bersih serta ceria kerana kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya dan pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke
seberang.
5) Faedah Gotong Royong

Salam sejahtera sahabatku, Haiqal.

Amalan gotong-royong selalu dilakukan oleh nenek moyang kita sebelum menjalankan majlis
kenduri atau perkahwinan. Namun begitu, budaya ini semakin luntur dan dilupakan bagai kacang
lupakan kulit; bagai ulat lupakan daun. Persoalannya, apakah faedah yang kita peroleh semasa
melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong?

Antara kemaslahatan prima ialah kita dapat memupuk semangat kejiranan antara satu sama
lain semasa melakukan aktiviti gotong-royong. Kita dapat menjalinkan hubungan erat dengan jiran
tetangga kita semasa menyiapkan tugasan bersama-sama. Hal ini bertepatan dengan aforisme berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Muktahir ini,
masyarakat hiterogen taasub mencari nafkah hidup bagai enau belukar, melepaskan pucuk masing-
masing. Apalah ertinya jika negara maju membangun sedangkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat semakin pudar. Jiran Sepakat Membawa Berkat, aktiviti gotong-royong merupakan inti
kepada perpaduan kaum yang perlu dijunjung oleh setiap warganegara Malaysia.

Selanjutnya, kita dapat menjamin kebersihan kawasan persekitaran jika kita kerap
menjalankan aktiviti gotong-royong supaya dapat membanteras pembiakan nyamuk Aedes. Endemik
denggi semakin hari semakin merunsing fikiran dan ketenteraman masyarakat kita. Janganlah kita
bersikap seperti sudah terhantuk baru terngadah; sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna kerana mencegah lebih baik daripada merawati. Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Sesungguhnya kebersihan itu separuh daripada iman.” Tegasnya, organisasi seperti Rukun
Tetangga seharusnya menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan masing-masing untuk
memastikan kawasan kediaman menjadi bersih dan ceria kerana Rumahku Syurgaku.

Air mengalir dalam terusan,

Mengairi sawah beratus relung.

Bekerjasama segala urusan,

Tanda bersatu bergotong-royong.

Setakat in sahaja perbincangan saya. Semoga saudara Haiqal sentiasa melibatkan diri dalam
aktiviti gotong royong. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Haiqal
6) Faedah Melancong di Malaysia

Salam sejahtera sahabatku, Haiqal.

Malaysia merupakan sebuah destinasi pelancongan tropika yang indah. Kementerian


Pelancongan, Seni dan Budaya telah merangka pelbagai usaha untuk memastikan perkembangan
sektor pelancongan di Malaysia mencapai sasaran yang diimpikan. Persoalannya, apakah
kemaslahatan melancong di Malaysia?

Antaranya, kita dapat menyemarakkan semangat cinta akan bumantera dan mempelajari
sejarah tempatan kerana Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Menurut kata
mantan Karl Marx, “ Revolusi adalah lokomotif sejarah.” Kita dapat menghayati tempat bersejarah
tanah air seperti Kota A’ Famosa dan Tugu Negara kerana keunikan bangunan sejarah tidak akan
pupus ditelan zaman walaupun terus tenggelam dek bangunan mencakar langit sebab tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas. Rentetan itu, bangunan sejarah warisan silam mampu mengingatkan
kita tentang segala pahit-maung yang dilalui oleh para pahlawan untuk menentang penjajah persis
kata biar putih tulang, jangan putih mata; Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

Selain itu, kita dapat memajukan sektor pelancongan domestik apabila kita melancong di
Malaysia. Kepesatan perkembangan industri pelancongan domestik bagai cendawan tumbuh selepas
hujan telah membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia. Perniagaan kecil-
kecilan untuk menjual cenderamata juga dijalankan di destinasi pelancongan. Tambahan pula, rakyat
akan menggunakan kemudahan yang ditawarkan di Malaysia seperti hotel dan pengangkutan awam.
Tempiasnya, ekonomi negara dapat dimajukan dan secara tidak langsung negara kita mampu
bersaing dengan negara maju seperti berdiri sama tegak, duduk sama rendah; bersukat sama paras,
bertimbang sama berat.

Mentari serlah ceria sinaran,

Nyanyi burung riang bersama

Bercuti rehat bersama keluarga,

Tempat menarik dalam bumantera.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya. Semoga saudara Haiqal tidak akan kecewa
apabila bercuti di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Haiqal
7) Cadangan Mempopularkan Kembali Permainan Tradisional

Permainan tradisional merupakan warisan Nenek Moyang kita yang tidak ternilai harganya.
Ironinya, muktahir ini kegilaan masyarakat terhadap permainan elektronik telah menyebabkan
permainan tradisional semakin dipinggirkan. Sudah menjadi obligasi semua rakyat Malaysia untuk
berganding bahu mempopularkan kembali permainan tradisional.

Ibu bapa boleh memainkan permainan tradisional seperti wau, congkak dan gasing bersama-
sama anaknya. Melalui pendedahan permainan tradisional kepada anak muda, mereka akan lebih
menghargai keistimewaan permainan tradisional tersebut kerana tak kenal maka tak cinta. Generasi
muda akan menyedarkan bahawa betapa pentingnya mengekalkan permainan tradisional kerana ia
telah melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu negara.

Selanjutnnya, pihak sekolah boleh menubuhkan kelab permainan tradisional dalam kegiatan
kokurikulum. Dengan ini, cara bermain pemainan tradisional yang tepat dapat diperkenalkan kepada
murid-murid supaya dapat menjadi hobi mereka. Pertandingan permainan tradisional juga boleh
diadakan supaya dapat memberikan peluang untuk murid-murid melibatkan diri dalam permainan
tradisional dan mencungkil bakat baharu.

Seterusya, pihak kerajaan haruslah merancangkan filem-filem atau drama yang memasukkan
elemen permainan tradisional. Bak kata pepatah, “Sambil menyelam minum air”. Dengan
penambahan kreativiti dalam mempromosikan permainan tradisional, pastilah kita dapat memupuk
minat masyarakat terhadap permainan tradisional dan secara tidak langsung dapat
mempopularkannya di Malaysia.

Tuntasnya, semua pihak haruslah bersinergi untuk mempopularkan kembali permainan


tradisional supaya warisan nenek moyang ini tidak pupus ditelan zaman. Marilah kita melestarikan
khazanah ini dari masa ke masa kerana biar mati anak, jangan mati adat.
8) Cara Menangani Stres

Di Malayisa, kemelut kesihatan mental adalah seperti ibarat retak menanti belah; abu di atas
tunggul kerana kadar bunuh diri meningkat antara sembilan ke 12 orang dalam populasi seramai
100000 orang berbanding lapan pada 1980-an. Aib malu sekali masih ramai golongan marhean
memantang enteng terhadap isu kesihatan mental yang serius ini. Oleh itu, anjakan paradigma perlu
dilakukan segera sebelum nasi menjadi bubur?

Antara tanda kemurungan ialah seseorang akan mudah tersinggung dan hilang keyakinan
diri. Mereka akan kerap memikirkan tidak mahu meneruskan kehidupan harian sehingga mengalami
kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap kerja atau perbualan. Lebih-lebih lagi, mereka akan
cuba membunuh diri sekiranya menghadapi kemurungan yang terlalu serius. Penyakit mental boleh
menjurus kepada peningkatan kadar bunuh diri di seluruh dunia dengan satu kematian dalam setiap
40 saat.

Slogan “Badan Cergas Otak Cerdas”, kita haruslah sentiasa melakukan aktiviti fizikal untuk
menjaga kesihatan mental kerana kesihatan seseorang dan gaya hidup yang diamalkannya adalah
simbiosis. Kita dapat mengeluarkan toksin badan dan meningkatkan hormon dopamin supaya
sentiasa berfikiran positif, bak peribahasa sambil menyelam minum air atau sambil berdendang,
biduk hilir. Menurut Rasulullah SAW, “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk
menunaikan hak terhadap tubuh kamu.” Kita haruslah berkongsi perasaan dengan orang yang
dipercayai seperti kaunselor atau pakar psikologi untuk mendapat nasihat bernas daripada mereka.
Tempiasnya, kita dapat mengelakkan masalah jiwa kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kesihatan mental diri kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Menurut kata Mahatma Gandhi, “ Kesihatan merupakan
kekayaan yang sebenar.” Slogan “Rakyat Sihat, Negara Maju”, kita harus sedar bahawa kesihatan
mental amat penting untuk membangunkan negara maju.
9) Budaya Sukan

Slogan “ Badan Cergas Otak Cerdas”, begitulah bunyi slogan yang begitu signifikan dengan
budaya sukan. Aib sekali hanya 40 peratus golongan marhean di Malaysia yang membudayakan
sukan dalam kehidupan mereka menurut kajian Kementerian Melia dan Sukan.

Sebagai pembuka tirai perbincangan, adiwarna jika pihak kerajaan dapat sering mengadakan
kempen sukan seperti Bulan Sukan Negara dengan slogan “Majulah Sukan untuk Negara”. Antara
aktivti yang dapat dianjurkan ialah pertandingan bola sepak, pertandingan bola jaring dan senam
robik. Gelanggang dan taman perlu dilengkapi dengan faksiliti yang sempurna. Tempiasnya, pihak
kerajaan dapat membebaskan masyarakat daripada belenggu kegelapan dan kejahilan dengan
membimbing mereka yang memandang enteng terhadap budaya sukan ke arah betul kerana kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya; pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan
sampai ke seberang.

Selanjutnya, kesihatan masyarakat akan terjaga kerana mereka akan berpeluh semasa
bersukan sehingga dapat mengeluarkan toksin badan dan mengelakkan diri daripada penyakit kronik.
Kita juga dapat mengurangkan stres dan menenangkan emosi supaya sentiasa berfikiran positif.
Slogan “Rakyat Sihat, Negara Maju”, kestabilan fizikal, mental dan spiritual dalam golongan rakyat
amat penting dalam pembangunkan negara maju. Ingatlah kata Mahatma Gandhi, “Kesihatan adalah
kekayaan sejati, bukanlah emas atau perak.” Izharnya, golongan marhean akan sedar bahawa
kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai kerana sudah terhantuk baru tengadah.

Akhirulkalam, masyrakat haruslah mengamalkan budaya sukan secara menyeluruh. Menurut


kata Lao Tze, “Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.” Kita perlulah menagih komitmen
yang serius untuk menyokong budaya sukan dan berpaksikan prinsip peribahasa hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih serta janganlah sekali-kali bagai melepaskan batok di tangga.
10) Kebaikan Membeli Barangan Buatan Malaysia

“Belilah Barangan Buatan Malaysia” begitulah bunyi laungan kempen yang sering
berkumandang melalui corong-corong radio demi meniup dan membangkitkan kesedaran
masyarakat tentang kebaikan membeli barangan tempatan. Masih ramai yang mengerling enteng
terhadap produk buatan Malaysia walaupun pada hakikatnya kualiti barangan tempatan sebenarnya
mampu bertanding dan bersaing dengan barangan import. Persoalannya, apakah kebaikan yang
akan kita peroleh apabila membeli barangan buatan Malaysia ?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, kebaikan membeli barangan buatan Malaysia dapat
dikaji secara mendalam dari perspektif pembangunan industri tempatan. Membeli barangan
tempatan merupakan teras kejayaan Malaysia menggapai lonjakan masa depan dalam bidang
industri. Kita dapat meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan menggalakkan remaja melibatkan
diri dalam bidang usahawan tempatan. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak industri tempatan
telah muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan pada mutakhir ini. Selagilah kita menyokong
para usahawan tempatan, selagi kita meyumbang kepada peluang pekerjaan yang banyak, selagi kita
dapat merancakkan industri tempatan. Tegasnya, membeli barangan buatan Malaysia dapat
memajukan industri tempatan supaya dapat menjadi sesebuah negara industri.

Seterusnya, membeli barangan buatan Malaysia dapat mengurangkan aliran keluar wang
asing. Andai kata banyak duit yang dibelanjakan ke luar negara berbanding di dalam negara, nilai
mata wang ringgit Malaysia pasti akan merundum. Pengurangan aliran keluar mata wang asing
dapat menstabilkan ekonomi negara kerana dapat menarik minat pelabur asing untuk melabur di
Malaysia. Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus membendung masalah inflasi. Jelaslah
bahawa apabila rakyat tempatan mengutamakan dan membeli produk tempatan untuk memenuhi
keperluan harian mereka, sebenarnya kita telah berjaya mengawal mata wang kita daripada
mengalir ke luar negara.

Selanjutnya, membeli barangan buatan Malaysia dapat memupuk semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat hiterogen. Marcapada ini, walaupun pelbagai barangan import telah
membanjiri pasaran tempatan, produktiviti dan pengeluaran barangan tempatan yang bermutu
tinggi juga tidak kurang daripadanya. Produk buatan Malaysia merupakan lambang kebanggaan
dalam sanubari rakyat Malaysia. Dengan menggalakkan angkatan muda membeli barangan buatan
tempatan sejak kecil lagi, tentulah mereka dapat menyedari bahawa sebenarnya slogan “Malaysia
Boleh” bukanlah sesuatu persis kata-kata mutiara sahaja. Sesungguhnya, menyokong barangan
buatan Malaysia dapat menyemarakkan semangat cinta akan negara yang kental dalam kalangan
masyarakat.
Sebagai melabuh tirai perbincangan, memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli
barangan buatan Malaysia dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Hal ini dikatakan demikian
kerana harga barangan tempatan biasanya lebih murah berbanding barangan import kerana bebas
daripada cukai tambahan. Buktinya, sebanyak 10 hingga 15 peratus cukai telah dikenakan ke atas
barangan import dan menyebabkan harga barangan dua kali ganda lebih mahal daripada harga asal.
Oleh itu, rakyat Malaysia tidak seharusnya naif dengan barangan import yang berjenama sehingga
menghabiskan wang, sebaliknya kita perlu merafakkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dapat
membeli barangan tempatan yang murah dan kualitinya bermutu tinggi. Tegasnya, membeli
barangan tempatan dapat meringankan beban golongan keluarga yang berpendapatan rendah.

Tuntasnya, membeli barangan buatan Malaysia membawa pelbagai kemaslahatan kepada


seluruh rakyat Malaysia. Usaha kolaboratif dalam kalangan rakyat dan semua pihak yang
berkepentingan perlulah digembleng untuk menyokong produk buatan Malaysia dan
memasarkannya ke perdana antarabangsa. Wahai rakyat Malaysia, marilah kita bergerak bersama-
sama demi merealisasikan dan melestarikan Misi Nasional!
11) Cabaran Memajukan Sektor Pertanian

Roti coklat sedap makan,

Burung tebang matahari terbit.

Sektor tani hasil lumayan,

Negara maju ekonomi meningkat.

Sektor pertanian berpotensi untuk menjadi penjana ekonomi baharu Malaysia andai kata
kita menekankannya tetapi masyarakat konvensional ini masih mempunyai stigma fikiran bahawa
pertanian adalah suatu pekerjaan yang kuno dan tidak mendatangkan hasil yang lumayan. Mutakhir
ini, masyarakat yang individualistik dan materialistik bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing sibuk mengejar duniawi dan ukrawi sehingga mengabaikan industri ini. Persoalannya,
selain daripada masalah kekurangan ilmu pengetahuan dan faktor alam semula jadi, apakah
masalah-masalah lain yang dihadapi untuk memajukan sektor pertanian?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, kekurangan modal yang merupakan asas terpenting
untuk memulakan pertanian merupakan salah satu masalah yang dihadapi untuk memajukan sektor
pertanian. Kewujudan agensi-agensi kerajaan seperti Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
(MARDI) tidak memberi pinjaman yang berkadar faedah rendah kepada para petani. Kerajaan yang
terlepas pandang akan potensi industri ini telah menyebabkan industri pertanian bergelut untuk
terus bernafas sehingga mereka terpaksa gulung tikar dan hidup miskin bagai kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang atau sehelai sepinggang. Pada hakikatnya, banyak generasi muda telah
bersedia untuk melibatkan diri dalam sektor pelancong dan sanggup menghadapi pancaroba dunia
persis kata mutiara dayung sudah di air, perahu sudah di tangan tetapi mereka gagal kerana
kekurangan modal. Oleh itu, kerajaan disaran supaya menambah peruntukan untuk modal kerja
petanian dalam Bajet 2023 bagi membolehkan mereka dapat beroperasi mengikut kapasiti yang
diperlukan negara. Tempiasnya, dengan adanya peruntukan bajet yang mencukupi, pastilah sektor
pertanian domestik dapat dimajukan sehingga menjadi intan payung murba Malaysia.

Selain itu, cabaran memajukan sektor pertanian negara ialah kekurangan teknologi
pertanian yang moden. Aib sekali kerana industri pertanian mengalami kelembapan dalam kemajuan
kerana kaedah tradisional yang masih digunakan oleh syarikat perladangan tidak menghasilkan
produk yang berkualiti dalam kuantiti yang banyak. Lebih-lebih lagi, kos untuk mengubah kaedah
pertanian yang terlalu tinggi akan menjadi bebanan syarikat pertanian. Maka, mereka masih
mengekalkan kaedah tradisional kerana tidak mahu mengambil risiko kerugian. Perkembangan
sektor pertanian kita tidak akan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi; bersukat sama paras,
bertimbang sama berat dengan negara dunia pertama dalam era tekonologi ini. Oleh itu, teknik
pertanian yang terkini haruslah diperkenalkan kerana zaman beralih, musim bertukar. Tempiasnya,
syarikat pertanian akan sanggup mengambil risiko untuk melakukan anjakan paradigma supaya hasil
pertanian dapat menjadi lebih berkualiti kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya; pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, kekurangan tenaga buruh telah menjadi cabaran dalam
usaha memajukan sektor pertanian. Mentaliti masyarakat konvensional yang kurang berminat dan
bersilengah terhadap industri ini menganggap industri ini membosankan dan meletihkan sehingga
mengakibatkan kesuraman sektor pertanian ibarat hidup segan mati tak mahu. Menurut kata
mantan Soekarno, “Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya saya gegarkan dunia ini.” Aib sekali
remaja yang berilmu dan berpendidikan masih tidak mengubah pandangan yang negatif dan enggan
berkecimpung dalam industri ini seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mengadakan pameran pertanian tempatan untuk membangkitkan
gelombang kesedaran masyarakat tentang kepentingan memajukan sektor pertanian. Menurut kata
mantan Socretes, “Kesedaran walaupun sesaat sahaja lebih penting daripada menulis sepuluh buah
buku.” Izharnya, negara kita mampu menjadi pusat dagangan dunia dalam membekalkan barang
dagangan seperti hasil pertanian ke suluruh pelosok dunia melalui ekspo perdagangan.

Pisang emas buah tempatan,

Berkelah di pantai gembira.

Pertanian pembekal sumber makanan,

Berkembang maju rakyat bahagia.

Akhir sekali, semua pihak haruslah berusaha mencari formula atau mekanisme untuk
memajukan industri pertanian sebelum nasi menjadi bubur. Walaupun hal ini bukannya senang,
matlamat ini tetap dapat direalisasikan kerana berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Menurut kata Lao Tze, “Perjalanan seribu batu
bermula dari satu langkah.” Wahai rakyatku, marilah kita bekerjasama untuk memajukan sektor
industri pertanian!
12) Cara-Cara Membendung Budaya Hedonisme

“Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Sri Kandi Negara,” begitulah bunyi gelombang laungan slogan
yang menggambarkan berapa besarnya harapan negara terhadap angkatan muda namun harapan
tersebut mulai sirna apabila budaya hedonisme semakin subur bersarang dalam jiwa dan minda
generasi muda. Apalah ertinya jika negara maju tetapi muflisnya nilai-nilai murni. Persoalannya,
apakah alpukah yang harus kita lakukan untuk membendung budaya hedonisme?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, satu wahana yang konkrit untuk membendung budaya
hedonisme ialah menanam sikap berdisiplin dalam diri sendiri. Hal ini demikian kerana remaja yang
berumur baru setahun jagung mudah tergelincir daripada landasan keimanan. Kita dapat mendapati
bahawa budaya hedonisme telah menjadi ideologi gaya hidup bebas dalam kalangan generasi muda
mutakhir ini. Oleh itu, kawalan disiplin yang ketat terhadap diri sendiri dapat menjernihkan lagi
kebobrokan remaja yang semakin keruh. Remaja juga wajarlah menjauhkan diri daripada pengaruh
rakan sebaya yang negatif, sebaliknya memilih kawan yang berhemah tinggi dan bermoral. Jadi,
sikap berdisiplin dapat menggelakkan remaja terjerumus ke budaya hedonisme.

Selain itu, peranan ibu bapa amat signifikan dalam usaha membendung budaya hedonisme.
Ibu bapa haruslah meluangkan masa dan bersantai bersama-sama anak supaya anak dapat
meluarkan isi hati serta masalah yang dihadapi olehnya kepada ibu bapa. Andai kata ibu bapa rakus
mengejar kemewahan hidup sehingga menyebabkan ketandusan kasih sayang anak, sudah pasti
mereka akan mencari haluan lain untuk melepaskan diri daripada kepompong ketidakselesaan. Ibu
bapa juga seyogialah menjadi teladan kepada anak mereka dengan berkelakuan baik kerana ibu
bapa merupakan pencorak karakter utama anak-anak. Hal ini bertepatan dengan aforisme
bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jelaslah bahawa kulawarga yang harmonis mampu membentuk
anak-anak bersahsiah mulia sekali gus menggelakkan mereka terlibat dalam budaya hedonisme.

Selanjutnya, pihak sekolah juga memainkan peranan dominan dalam usaha membendung
budaya hedonisme. Pihak sekolah haruslah melantik guru kaunseling yang berkelayak dan
berpengalaman untuk memantapkan keberkesanan kaunseling bagi murid-murid yang sering
cenderung kepada keseronokan. Dengan ini, murid-murid dapat mendambakan mutiara kejayaan
dan bukannya catatan imej buruk dengan budaya hedonisme. Pihak sekolah juga boleh mewujudkan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya pertemuan yang kerap antara ibu bapa dan guru-guru
boleh diadakan khasnya bagi pelajar yang bermasalah dan sekali gus ibu bapa dapat menerima
teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. Tegasnya, pihak sekolah haruslah bersikap
proaktif untuk membendung budaya hedonisme dalam kalangan remaja.
Sebagai melabuh tirai perbincangan, pihak kerajaan wajar melaksanakan aktiviti kempen
secara agresif supaya dapat membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat tentang keburukan
budaya hedonisme. Aktiviti yang boleh dilakukan termaksuklah mengadakan ceramah, edaran
pamplet dan program motivasi supaya dapat memberi bimbingan kepada generasi muda yang
bersalah. Kempen tersebut haruslah dijalankan secara berterusan dan diberikan keutamaan kerana
selagi kempen yang dijalankan hanya secara suam-suam kuku, maka selagi itulah kempen kesedaran
tersebut tidak akan berjaya disebabkan ketidaksampaian mesej sebenar. Jadi, penganjuran kempen
kesedaran merupakan satu prakarsa mampan yang mampu mengatasi budaya hendonistik secara
holistik.

Sebagai akhirul kalam, semua pihak haruslah bersinergi untuk membenamkan budaya
hedonisme kerana persis kata mutiara “Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang
melayang”. Apa-apa jua yang kita rancang perlu menagih komitmen dan pengertian yang serius
supaya kemelut sosial yang kritikal ini dapat dikekang daripada menjadi duri dalam daging. Wahai
rakyatku, marilah kita bergerak bersama-sama bagi membangunkan generasi yang berketerampilan,
bersahsiah mulia dan berilmu!
13) Cara-cara Memupuk Amalan Menabung

“Sediakan paying sebelum hujan”, begitulah bunyi peribahasa yang begitu signifikan dengan
amalan menabung. Tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung dapat membantu kita semasa
masa kecemasan untuk mendepani kos hidup yang semakin kompleks dan mencabar. Namun begitu,
generasi muda kini masih memandang enteng kepada amalan menabung dan menganggap amalan
ini tidak bermakna. Oleh itu, kita haruslah melakukan anjakan paradigma untuk memupuk amalan
menabung dalam kalangan anak muda kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna. Persoalannya, apakah alpukah untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak
muda?

Sebagai mukadimah, ibu bapa haruslah menjadi uswah terbaik kepada anak-anak mereka
untuk memupuk amalan menabung dalam jiwa mereka. Misalnya, ibu bapa boleh menghadiahkan
tabung untuk anak mereka dan menjadikan amalan menabung sebagai budaya keluarga. Hal ini
dikatakan demikian kerana peribadi ibu bapa akan diciplak habis-habisan anak-anak mereka bak kata
peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Menurut sabdah Nabi Muhammad S.A.W, “Anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang
menentukan coraknya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Tambahan pula, ibu bapa
haruslah mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Tempiasnya, anak-anak
akan berjimat-cermat dan tidak sanggup membelanjakan semua wang perbelanjaan harian untuk
mengejarkan materialistik dunia. Sesungguhnya, bukankah Ibu bapa yang membawa anak-anak ke
alam fana ini bertanggungjawab untuk memupuk amalan menabung sehingga berakar umbi dalam
hati anak-anak?

Menurut Melson Mandela, “Pendidikan adalah senjata paling ampuh untuk mengubah
dunia.” Begitulah ungkapan yang memanifestasikan pihak sekolah bertanggungjawab untuk
mendedahkan kemaslahatan amalan menabung dalam kalangan generasi muda. Amsalnya, pihak
sekolah boleh mengadakan Kempen Menabung untuk mengajar murid-murid tentang cara-cara
memupuk amalan menabung dalam kehidupan seharian. Murid-murid boleh berkongsi cara sendiri
untuk menyimpan wang supaya mereka sedar bahawa sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit; sehari
selembar sebenang, lama-lama jadi kain. Socretes, seorang falsafah Rom pernah berkata,
“Kesedaran walaupun sesaat sahaja lebih penting daripada menulis sepuluh buah buku.” Alma mater
berperanan untuk membebaskan anak muda daripada belenggu kegelapan dan kejahilan dengan
membimbing mereka ke arah betul seperti meluntur buluh, biarlah daripada rebungnya. Dengan ini,
murid-murid akan mengubah pandangan yang negatif dan mempunyai tanggapan baik terhadap
amalan menabung sehingga berkecimpung dalam tabiat ini kerana tak kenal maka tak cinta. Jelaslah
bahawa pihak sekolah berperanan untuk menambahkan aroma wangi jalinan pemupukan amalan
menabung dalam kalangan murid.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, adiwarna jika pihak kerajaan boleh mewujudkan
pelbagai pakej simpanan yang menarik untuk menggalakkan golongan muda membuat simpanan di
bank sejak kecil lagi supaya membawa faedah yang lumayan. Malahan, pihak kerajaan boleh
menyebarkan maklumat dan artikel tentang amalan menabung di media sosial persis kata
peribahasa mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Hal ini dikatakan demikian kerana
golongan marhean kini masih kurang mempunyai maklumat dan pengetahuan tentang amalan
menabung bagai katak di bawah tempurung. Akibatnya, revolusi pemikiran yang lebih agresif dan
proaktif dapat diwujudkan. Menurut kata mantan Confusius, “Orang yang berpengaruh besar
haruslah menanggung tugas yang lebih susah untuk membantu mereka yang lebih lemah bagi
mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera tanpa musibah.” Inisiatif tersebut haruslah
diberikan keutamaan kerana selagi inisiatif yang dijalankan hanya secara suam-suam kuku, maka
selagi itulah usaha tersebut akan gagal disebabkan ketidaksampaian mesej sebenar. Hal ini
bertepatan dengan aforisme kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan pengayuh
sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang. Izharnya, pihak kerajaan berupaya
menjadi wadah yang efisien dalam usaha memupuk amalan menabung dalam kalangan anak muda.

Cucur badak buah melaka,

Pisang goreng sedap makan,

Tabiat menabung amalan mulia,

Pasti terjamin masa hadapan.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bersinergi untuk memupuk tabiat menabung dalam
kalangan remaja. Menurut kata Lao Tze, “Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.” Apa-
apa jua yang dirancang haruslah menagih komitmen yang serius dan berpaksikan prinsip peribahasa
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih serta janganlah sekali-kali bagai melepaskan batok di
tangga. Wahai rakyatku, marilah kita bergerak bersama-sama untuk memupuk tabiat menabung
supaya dapat membina impian masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
14) Cara-Cara Memupuk Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Masyarakat

“Cintailah Negara Kita,” begitulah slogan yang menunjukkan misi menyuburkan semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat penting untuk membina jati diri bangsa. Semangat
patriotisme yang sekian lama terjalin wajarlah ada tautan hingga ke penghujung zaman. Apalah
ertinya negara maju sekiranya semangat patriotik tidak diletakkan seiring dengan arus
pembangunan. Persoalnya, apakah alpukah yang perlu dilaksanakan untuk memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat hiterogen?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, peranan ibu bapa amat vital dalam memupuk
semangat patriotik dalam sanubari anak muda keranan peribadi ibu bapa akan diciplak habis-
habisan anak-anak mereka bak kata peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ke manakah
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Menurut kata Hadis, “anak-anak umpama kain putih, ibu bapa
yang menentukan coraknya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Aib sekali remaja masa
kini kian alpa sebab semenjak kecil lagi mereka sudah menghirup udara segar hasil kemerdekaan dan
kotak memori mereka tidak lagi mengimbas nastalgia silam semasa zaman penjajahan Jepun. Oleh
itu, ibu bapa tidak seharusnya sibuk mencari nafkah hidup seperti kera di hutan disusui, anak di
pangkuan dilepaskan dan sebaliknya harus mengajak anak-anak ke tempat bersejarah tanah air
seperti Kota A’Famosa semasa cuti sekolah untuk berkongsi sejarah Malaysia dengan mereka. Ibu
bapa juga haruslah melibatkan diri bersama anak-anak untuk menyambut sambutan Hari
Kemerdekaan Malaysia. Tempiasnya, mereka akan mengenangkan jasa pahlawan Malaysia dan
menghayati prinsip Rukun Negara. Jelaslah bahawa ibu bapa merupakan uswah yang terbaik kepada
anak muda yang umur baru setahun jagung untuk menjiwai patriotisme yang kental dalam diri
mereka.

Selanjutnya, pihak sekolah haruslah mementingkan subjek Sejarah dan Bahasa Melayu
supaya murid-murid dapat menerapkan unsur-unsur patriotik melalui medium bahasa kebangsaan
dan sekali gus mengetahui sejarah Tanah Melayu dalam proses mencapai kemerdekaan. Uslub ini
merupakan formula ampuh untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dan menyemai sikap cinta
akan negara dalam jiwa mereka. Melalui pembelajaran dan pengajaran subjek-subjek tersebut,
semangat tokoh-tokoh silam seperti Tok Janggut dan Mat Kilau yang sanggup berjuang bermati-
matian hingga ke titisan darah yang terakhir demi mempertahankan tanah tumpah darah pasti dapat
mengalir dalam darah para remaja. Menurut kata mantan George Bernard Shaw, “Patriotisme
adalah keyakinan anda bahawa negara ini lebih unggul dari semua negara lain kerana anda
dilahirkan di dalamnya.” Remaja akan sanggup mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan
negara dengan berpegang kepada prinsip peribahasa Melayu pandang undur sebelum berjuang; biar
putih tulang jangan putih mata. Sesungguhnya, penekanan subjek Sejarah dan Bahasa Melayu dapat
menambahkan aroma wangi jalinan pemupukan semangat patriotik yang berkobar-kobar dalam
kalangan generasi muda.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, adiwarna jika pihak kerajaan dapat menganjurkan
pelbagai kempen cinta akan negara supaya dapat menyemarakkan semula semangat patrotisme
dalam kalangan masyarakat dan mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-masing kayuh
terhadap negara kita. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah Bulan Kemerdekaan, Bulan Bahasa
Melayu, program motivasi dan sebagainya. Kementerian Komunikasi dan Multimedia haruslah
menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti rencana
tentang perjuangan kemerdekaan negara. Secara implisitnya, negara akan menjadi agung di mata
dunia sekiranya warganya sanggup melindungi kemakmuran negara. Kempen-kempen tersebut
haruslah diberikan keutamaan kerana selagi kempen yang dijalankan hanya secara suam-suam kuku,
maka selagi itulah kempen tersebut akan gagal disebabkan ketidaksampaian mesej sebenar. Hal ini
bertepatan dengan aforisme kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan pengayuh
sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang. Jadi, penganjuran kempen kesedaran
merupakan satu prakarsa mampan yang mampu memupuk semangat patriotisme.

Akhirulkalam, semua pihak haruslah bersinergi untuk memupuk semangat patriotisme


dalam kalangan masyarakat. Menurut kata Lao Tze, “Perjalanan seribu batu bermula dari satu
langkah.” Apa-apa jua yang dirancang haruslah menagih komitmen yang serius dan berpaksikan
prinsip peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih serta janganlah sekali-kali bagai
melepaskan batok di tangga. Wahai rakyatku, marilah kita bergerak bersama-sama untuk membina
impian masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
15) Cara-Cara Mengurangkan Tabiat Merokok Dalam Kalangan Remaja

“Pemuda Harapan Bangsa, Pemuda Sri Kandi Negara”, begitulah bunyi gelombang laungan
slogan yang menggambarkan betapa besarnya harapan negara terhadap angkatan muda namun
harapan tersebut mulai sirna apabila tabiat merokok semakin subur bersarang dalam jiwa dan minda
kalangan remaja ibarat retak menanti belah. Apalah ertinya jika negara maju tetapi muflisnya nilai-
nilai murni dan tiada niawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka.
Persoalannya, apakah alpukah yang harus kita ambil untuk mengurangkan tabiat merokok dalam
kalangan remaja?

Sebagai pembuka tirai perbicangan, peranan ibu bapa amat vital dalam usaha
mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan generasi muda kerana peribadi ibu bapa akan
diciplak habis-habisan anak-anak mereka bak kata peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya;
ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Menurut sabdah Nabi Muhammad S.A.W, “Anak-
anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani
atau Majusi.” Ibu bapa haruslah menjadi idola kepada anak-anak dengan mengelakkan diri daripada
tabiat merokok dan sentiasa menerangkan keburukan tabiat merokok kepada anak-anak. Tambahan
pula, ibu bapa juga haruslah menyemai ajaran agama kepada anak-anak kerana tanpa pegangan
agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia. Menurut kata mantan Albert Einstein, “Agama
tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh,” Tempiasnya, pegangan agama
yang kuat dapat menjadi petunjuk jalan dalam kehidupan pelajar supaya mereka dapat membezakan
antara kaca dengan permata. Jelaslah bahawa ibu bapa merupakan uswah yang terbaik kepada anak
muda yang umur baru setahun jagung untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan anak
muda.

Selanjutnya, pihak sekolah juga memainkan peranan dominan dalam usaha mengurangkan
tabiat merokok dalam kalangan remaja. Pihak sekolah haruslah mengenakan hukuman berat dan
tindakan yang tegas sekiranya mendapati pelajar yang merokok. Misalnya, pihak sekolah boleh
melantik guru kaunseling yang berkelayak dan berpengalaman untuk memantapkan keberkesanan
kaunseling bagi murid-murid yang terlibat dalam gejala merokok. Dengan ini, murid-murid dapat
mendambakan mutiara kejayaan dan bukannya catatan imej buruk dengan tabiat merokok.
Kerjasama antara ibu bapa dan guru-guru melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) amat
digalakkan supaya pertemuan yang kerap boleh diadakan khasnya bagi pelajar yang bermasalah
sekali gus ibu bapa dapat menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. Hal ini
bertepatan dengan aforisme hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Tegasnya, pihak sekolah haruslah bersikap proaktif
supaya delinkuen sosial ini dapat dikekang daripada menjadi duri dalam daging.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, adiwarna jika pihak kerajaan dapat menganjurkan
Kempen Antirokok supaya dapat membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat tentang
keburukan tabiat merokok. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah mengadakan ceramah, edaran
pamplet dan program motivasi supaya dapat memberikan bimbingan kepada anak muda yang
bersalah. Tempiasnya, remaja akan sedar bahawa tabiat merokok mempunyai risiko memudaratkan
kesihatan diri mereka dan memberikan kesan sampingan seperti penyakit barah paru-paru, kanser
mulut dan sebagainya. Ingatlah kata Mahatma Gandhi, “Harta sejati adalah kesihatan, bukan emas
dan perak.” Kempen-kempen tersebut haruslah diberikan keutamaan kerana selagi kempen yang
dijalankan hanya secara suam-suam kuku, maka selagi itulah kempen tersebut akan gagal
disebabkan ketidaksampaian mesej sebenar. Hal ini bertepatan dengan aforisme kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan
sampai ke seberang. Secara implisitnya, negara akan menjadi agung di mata dunia sekiranya
mempunyai warga yang berakhlak mulia dan berketerampilan. Jadi, penganjuran kempen kesedaran
merupakan satu prakarsa mampan yang mampu mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan
remaja.

Akhirulkalam, semua pihak haruslah bersinergi untuk mengurangkan tabiat merokok dalam
kalangan remaja. Menurut kata Lao Tze, “Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.” Apa-
apa jua yang dirancang haruslah menagih komitmen yang serius dan berpaksikan prinsip peribahasa
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih serta janganlah sekali-kali bagai melepaskan batok di
tangga. Wahai rakyatku, marilah kita bergerak bersama-sama untuk membina impian masa depan
yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
16) Cara-cara Anda Menunjukkan Semangat Patriotisme

“Cintailah Negara Kita,” begitulah slogan yang menunjukkan misi menyuburkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat vital untuk membina jati diri bangsa dan citra budaya.
Semangat patriotik yang sekian lama terjalin wajarlah ada tautan hingga ke penghujung zaman.
Apalah ertinya negara maju sekiranya semangat patriotik tidak diletakkan seiring dengan arus
pembangunan kerana umpama telur sesangkar, pecah satu pecah semua. Persoalannya, apakah
cara-cara yang dapat saya lakukan untuk menunjukkan perasaan cinta akan negara?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, saya dapat menunjukkan semangat patriotik dengan
melawat ke tempat bersejarah tanah air seperti Kota A’ Famosa dan Tugu Negara semasa cuti
sekolah dengan kulawarga saya kerana keunikan bangunan sejarah warisan silam tidak akan pupus
ditelan zaman walaupun terus tenggelam dek bangunan mencakar langit sebab tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas. Aib sekali remaja masa kini kian alpa sebab semenjak kecil lagi mereka sudah
menghirup udara segar hasil kemerdekaan dan kotak memori mereka tidak lagi mengimbas nastalgia
silam semasa zaman penjajahan Jepun. Rentetan itu, bangunan sejarah yang lapuk dan usang
mampu mengingatkan saya tentang segala pahit-maung yang dilalui oleh para pejuang nasionalis
untuk menentang penjajah dan betapa pahitnya rakyat Melaka pada tahun 1511 terpaksa
mempertaruhkan nyawa untuk merampas kembali bumi Melaka yang dijajah oleh Portugis. Menurut
kata mantan George Bernard Shaw, “Patriotisme adalah keyakinan anda bahawa negara ini lebih
unggul dari semua negara lain kerana anda dilahirkan di dalamnya.” Izharnya, saya dapat
menunjukkan perasaan sayang akan tanah tumpah darah kita apabila saya menghayati tempat
bersejarah tanah air.

Selanjutnya, saya akan mementingkan subjek Sejarah dan Bahasa Melayu supaya dapat
menerapkan unsur-unsur patriotik melalui bahasa kebangsaan dan sekali gus mengetahui sejarah
Tanah Melayu dalam proses mencapai kemerdekaan. Ingatlah kata Muhammad Salleh, “Bangsa itu
diperibadikan bahasanya.” Uslub ini merupakan formula ampuh untuk memartabatkan bahasa
kebangsaan dan menunjukkan sikap cinta akan negara. Melalui pembelajaran subjek-subjek tersebut,
semangat tokoh-tokoh silam seperti Tok Janggut dan Mat Kilau yang sanggup berjuang bermati-
matian hingga ke titisan darah yang terakhir demi mempertahankan bumantera pasti dapat mengalir
dalam darah saya. Menurut kata mantan David McCullough, “Sejarah adalah siapa kita dan mengapa
kita seperti ini.” Tempiasnya, saya akan sanggup mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan
negara dengan berpegang kepada prinsip peribahasa Melayu pandang undur sebelum berjuang; biar
putih tulang jangan putih mata. Habis, penekanan subjek Sejarah dan Bahasa Melayu dapat
menambahkan aroma wangi jalinan pemupukan semangat patriotik yang berkobar-kobar dalam diri
sendiri.

Sebagai melabuh tirai perbicangan, saya akan menyokong usaha dan kempen yang
dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menjadikan batu loncatan yang mampu melahirkan seorang
insan yang sanggup mempertahankan kedaulatan negara. Misalnya, saya akan menyokong kempen
Belilah Barangan Buatan Malaysia supaya saya menyedari bahawa sebenarnya slogan “Malaysia
Boleh” bukanlah sesuatu persis kata-kata mutiara sahaja. Membeli barangan tempatan merupakan
teras kejayaan Malaysia menggapai lonjakan masa depan dalam bidang industri dan produk buatan
Malaysia haruslah menjadi lambang kebanggaan dalam sanubari masyarakat hiterogen. Tambahan
pula, saya juga akan menyertai Bulan Kemerdekaan dan Bulan Bahasa Melayu untuk
menyemarakkan semula semangat patrotisme dan mengelakkan sikap masing-masing perahu,
masing-masing kayuh terhadap negara kita. Secara implisitnya, negara akan menjadi agung di mata
dunia sekiranya warganya sanggup melindungi kemakmuran negara sebab seikat bak serih,
serumpun bak serai. Jelaslah bahawa saya dapat menunjukkan perasaan cinta akan negara melalui
pelibatan kempen-kempen yang dianjurkan oleh kerajaan.

Akhirulkalam, terdapat banyak alpukah yang dapat saya lakukan untuk menunjukkan
perasaan cinta akan negara. Menurut kata Lao Tze, “Perjalanan seribu batu bermula dari satu
langkah.” Apa-apa jua yang kita rancang perlulah menagih komitmen yang serius dan berpaksikan
prinsip peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih serta janganlah sekali-kali bagai
melepaskan batok di tangga. Ingatlah bahawa aspirasi Malaysia untuk membina impian masa depan
yang lebih cemerlang, gemilang dan terbllang dapat dicapai sekiranya masyarakat hiterogen
menjiwai semangat patriotik yang kental.
17) Cara-cara Mewujudkan Masyarakat Penyayang

“Keluarga Malaysia”, begitulah laungan slogan yang mengajak masyarakat hiterogen di


Malaysia bergerak sebagai sebuah masyarakat yang penyayang. Apalah ertinya jika negara maju
membangun sedangkan nilai-nilai murni sebagai peradaban bangsa tidak diletakkan seiring dengan
agenda negara. Menurut sabdah Nabi Muhammad S.A.W, “Tidak beriman seseorang itu selagi dia
tidak kasihkan saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.” Persoalnya, apakah alpukah
yang boleh kita lakukan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang?

Sebagai pembuka tirai perbicangan, peranan ibu bapa yang dianggap formula yang cukup
mujarab amat vital dalam usaha mewujudkan masyarakat penyayang. Ingatlah kata Profesor Diraja
Ungku Aziz, “Rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan
profesor pertama bagi mereka.” Andai kata Ibu bapa rakus mengejar kemewahan hidup seperti kera
di hutan disusui, anak di pangkuan dilepaskan sehingga menyebabkan ketandusan kasih sayang anak,
sudah pasti mereka akan mencari haluan lain untuk melepaskan diri daripada kepompong
ketidakselesaan. Ibu bapa haruslah menjadi idola kepada anak-anak dan mencurah kasih sayang
kepada anak muda seperti menatang minyak yang penuh supaya menjiwai sifat kasih sayang dalam
anak-anak. Peribadi ibu bapa akan diciplak habis-habisan anak-anak mereka bak kata peribahasa
bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Rasulullah
S.A.W bersabda, “Anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknya sama ada
menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Slogan Rumahku Syurgaku, jelaslah bahawa kulawarga yang
harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia sekali gus mewujudkan masyarakat yang
penyayang.

Selanjutnya, pihak sekolah juga haruslah memberikan ajaran agama kepada murid-murid
kerana tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia. Pengajaran ilmu dan nilai-
nilai murni haruslah selaras dengan norma masyarakat kini bagi memastikan kerohanian yang
mantap dalam diri anak-anak. Persis kata mutiara Albert Einstein, “Agama tanpa ilmu adalah buta,
manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.” Pendidikan agama yang dapat menjadi santapan
rohani generasi muda membolehkan murid-murid memperoleh ilmu duniawi dan ukhrawi yang
seimbang dan menjamin sakinat berpanjangan. Hal ini demikian kerana setiap agama akan mengajar
umatnya supaya mencurah kasih sayang kepada setiap manusia dan makhluk ciptaan Tuhan.
Tempiasnya, pegangan agama yang kuat dapat menjadi petunjuk jalan dalam kehidupan pelajar
supaya mereka dapat membezakan antara intan dengan kaca. Benteng keegoan yang menebal di
dada remaja seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing pasti akan mudah
diruntuhkan. Izharnya, pihak sekolah haruslah mementingkan pendidikan agama supaya dapat
menerapkan sifat positif seperti sikap prihatin dan bertolak ansur dalam kalbu mereka untuk
mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang berpaksikan dengan peribahasa alang-alang
berminyak biar licin; alang-alang berdakwat biar hitam.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, adiwarna jika pihak kerajaan dapat menganjurkan
kempen kesedaran seperti Penganjuran Curahan Kasih, Minggu Keluarga Bahagia dan Program Anak
Angkat supaya dapat membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat tentang betapa pentingnya
nilai kasih sayang dalam kehidupan kita. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah mengadakan
ceramah, edaran pamplet dan aktiviti bermasyarakat supaya dapat menjalinkan kemesraan dan
ikatan kasih sayang dalam kalangan masyarakat hiterogen ibarat yang tua dihormati, yang muda
disayangi. Tempiasnya, revolusi pemikiran yang lebih agresif dan proaktif boleh dilakukan supaya
rakyat memilik minda kelas pertama yang berpegang kepada falsafah hidup penyayang. Menurut
katan mantan Ahmad Syauqi Bey, “Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih
utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.” Kempen-kempen tersebut haruslah
diberikan keutamaan kerana selagi kempen yang dijalankan hanya secara suam-suam kuku, maka
selagi itulah kempen tersebut akan gagal disebabkan ketidaksampaian mesej sebenar. Hal ini
bertepatan dengan aforisme kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan pengayuh
sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang. Secara implisitnya, negara akan menjadi
agung di mata dunia sekiranya mempunyai masyarakat yang berakhlak mulia dan penyayang. Jadi,
penganjuran kempen kesedaran merupakan satu prakarsa mampan yang mampu mewujudkan
masyarakat penyayang.

Akhirulkalam, semua pihak haruslah bersinergi untuk mewujudkan masyarakat penyayang.


Menurut kata Lao Tze, “Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.” Apa-apa jua yang
dirancang haruslah menagih komitmen yang serius dan berpaksikan prinsip peribahasa hendak
seribu daya tak hendak seribu dalih serta janganlah sekali-kali bagai melepaskan batok di tangga.
Wahai rakyatku, marilah kita bergerak bersama-sama untuk menjadi adiwangsa yang mampu
menongkah arus kebejatan sosial.
18) Ciri-Ciri Murid Cemerlang

“Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah
ungkapan keramat yang dilontarkan oleh Presiden Indonesia, Soekarno yang menggambarkan
betapa gahnya peranan remaja dalam menentu pembangunan sesebuah negara. Tidak dapat
dinafikan bahawa para pelajar yang cemerlang dan holistik berupaya untuk menghadapi pelbagai
pancaroba globalisasi. Persoalannya, apakah ciri-ciri yang perlu diapilkasikan supaya dapat menjadi
seorang murid yang cemerlang?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, pelajar cemerlang sentiasa menggembleng segala


potensi yang ada dalam diri mereka untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran mereka dengan
menetapkan matlamat pembelajaran yang munasabah. Sasaran yang dibuat bukan sekadar cakap
kosong, tetapi dibuktikan menerusi strategi dan usaha yang berterusan. Misalnya, mereka akan
menumpukan perhatian semasa guru mengajar di kelas dan memastikan latihan yang diberikan oleh
guru disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Bahkan seorang pakar psikologi pernah menukilkan
bahawa “Lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka
memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.”
Tambahan pula, pelajar yang cemerlang biasanya akan mengulang kaji setiap hari supaya dapat
menguasai subjek tersebut dengan baik dan mengaktifkan memori jangka masa panjang. Hal ini
bertepatan dengan aforisme belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Jelaslah bahawa murid-
murd haruslah belajar secara bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai kecemerlangan dalam
akademik.

Selain itu, seorang murid yang cemerlang juga akan melibatkan diri secara aktif dalam aspek
kokurikulum. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab
permainan dan badan beruniform dapat membina kecemerlangan sahsiah dan personaliti yang
unggul seperti sikap terbuka untuk menerima pandangan orang lain dan mempraktikkan elemen
tolak ansur. Pelajar cemerlang akan menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai kesempatan bagi
menggilap bakat kepemimpinan apabila mereka memegang jawatan yang penting dalam aktiviti
kokurikulum. Potensi seseorang pelajar juga dapat dikembangkan supaya berpeluang untuk
mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat daerah atau antarabangsa. Secara tidak
langsung, pelajar tersebut dapat meningkatkan imej sekolah dan berupaya memberikan motivasi
kepada murid-murid lain. Hal ini berpaksikan dengan peribahasa sambil menyelam minum air. Sudah
terang lagi bersuluh, aktiviti kokurikulum merupakan wahana bagi aplikasi pengetahuan dan
kemahiran kurikulum yang mampu melahirkan murid-murid cemerlang.
Sebagai akhirul kalam, para murid haruslah berusaha untuk menjadikan seorang pelajar
cemerlang kerana benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau; umpama minyak setitik, di laut
sekalipun timbul juga. Apa-apa jua yang kita rancang perlu menagih komitmen dan pengertian yang
serius supaya dapat melahirkan generasi muda yang bertamadun. Wahai rakyatku, marilah kita
bergerak bersama-sama bagi melahirkan murid-murid yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan
berilmu!
19) Jenis Hobi dan Manfaatnya

“Tak kenal maka tak cinta”, begitu bunyi kata-kata pujangga warisan bangsa yang
menggambarkan hobi mampu memenuhi minat kita dan mewarnai kehidupan kita dengan
keseronokan. Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, hobi ditakrifkan sebagai aktiviti kegemaran yang
dilakukan oleh seseorang pada waktu lapang supaya dapat mengelakkan diri daripada melakukan
perkara sia-sia. Persoalannya, apakah jenis hobi yang boleh kita lakukan dan manfaatnya?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, kita boleh mengamalkan amalan membaca seperti
novel, akhbar, sastera dan sebagainya sebagai hobi kita. Kalau kita membaca selama 15 minit sehari,
otak kita mampu memproses lebih satu juta perkataan dalam masa setahun. Hobi membaca dapat
mematangkan fikiran kita kerana kita mampu melakukan kodifikasi apabila membaca bahan bacaan
daripada pelbagai sumber. Slogan Bangsa Membaca Bangsa Berjaya, hobi membaca sememangnya
dapat meluaskan horizon pemikiran kita supaya kita dapat bersaing dengan badai kehidupan dan
dapat mencetuskan idea-idea yang bernas. “Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya
gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan keramat yang dilontarkan oleh Presiden Indonesia,
Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja yang berilmu dan berkelayak akan
menentu pembangunan sesebuah negara. Jadi, kita perlulah menerima fakta bahawa hobi membaca
buku boleh membina minda berilmu, saling tidak tumpah seperti peranan makanan berkhasiat untuk
menghasilkan badan yang sihat.

Selain itu, kita boleh menjadikan aktiviti sukan yang membolehkan seseorang mencapai
kesihatan dari segi fizikal dan mental sebagai hobi kita. Hal ini dikatakan demikian kerana peluh dan
toksik dalam badan kita dapat dirempes keluar apabila kita bersukan serta tahap kardio kita juga
akan bertambah baik. Natijahnya, kita dapat mengelakkan diri daripada menjangkiti penyakit kronik
dan obesiti. Akitiviti sukan juga dapat mengurangkan stres kita dan membolehkan kita menjadi
seseorang yang berfikiran positif. Mahatma Gandhi pernah berkata, “Kesihatan adalah kekayaan
sejati, bukanlah emas atau perak.” Slogan “Rakyat Sihat, Negara Maju”, kita harus sedar bahawa
hobi bersukan mampu mengekalkan kesihatan individu yang merupakan aset yang tidak ternilai.
Izharnya, kestabilan fizikal, mental dan spiritual dalam seseorang dapat dicapai apabila menjadikan
aktiviti sukan sebagai hobi kita.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, hobi mendengar muzik dapat mendatangkan banyak
kemaslahatan kepada individu. Kita haruslah mengakui hakikat bahawa muzik ialah elemen yang
tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita. Muzik berperanan vital untuk anak-anak dalam proses
pembelajaran kerana dapat memperkuat hubungan belahan antara otak kanan dengan otak kiri.
Tempiasnya, fungsi otak dapat dioptimumkan dan kemahiran visual serta verbal mereka dapat
ditingkatkan. Tambahan pula, terdapat kajian menunjukkan bahawa mendengar muzik yang
mempunyai tempo yang perlahan bukan sahaja dapat menenangkan fikiran kita, malahan dapat
memberikan kesan positif kepada pendengar dari segi kesihatan. Misalnya, lagu-lagu klasik mampu
mengurangkan stres seseorang individu dan memulihkan sesiapa yang menghadapi masalah
insomnia. Melakukan tugasan sambil mendengar muzik juga membolehkan kita lebih bermotivasi
dan dapat menyelesaikan tugas dengan lebih pantas serta efektif. Sudah terang lagi bersuluh, hobi
mendengar muzik mampu meningkatkan kualiti hidup kita.

Sebagai akhirul kalam, terdapat pelbagai jenis hobi yang boleh kita pilih supaya dapat
mendatangkan kemaslahatan kepada diri sendiri. Kita haruslah menjadikan hobi yang kita minati
sebagai sebahagian yang bermakna dalam kehidupan kita dan berpaksikan prinsip peribahasa
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih dan janganlah sekali-kali bagai melepaskan batok di
tangga. Wahai rakyatku, marilah kita bijak memilih hobi yang bermanfaat supaya dapat mewarnakan
jiwa diri sendiri.
20) Kebaikan Bekerja Sambil Belajar

“Kehidupan Itu Pengalaman,” begitulah laungan slogan yang begitu signifikan dengan
amalan bekerja sambil belajar dalam kalangan pelajar kerana jauh perjalanan luas pemandangan.
Ironinya, masyarakat pada masa kini masih dibelenggu dan dikongkong oleh pemikiran yang jumud
serta berpendapat bahawa bekerja sambilan akan membazirkan masa remaja dan mengabaikan
pelajaran mereka. Persoalanya, apakah kebaikan-kebaikan yang akan kita peroleh daripada
pekerjaan tersebut?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, amalan bekerja sambil belajar dapat membantu
remaja dari segi kewangan. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita mempunyai pendapatan
sendiri, kita berupaya untuk menampung kos pengajian di universiti dan membayar sewa rumah.
Dengan ini, anak-anak muda dapat meringankan bebanan kewangan yang ditampung selama ini oleh
ibu bapa. Kita juga boleh menyimpan sebahagian wang daripada gajinya di dalam bank untuk tujuan
pendidikan mereka pada masa kelak supaya tidak perlu membuat pinjaman untuk melanjutkan
pelajaran pada masa depan. Hal ini berpaksikan dengan peribahasa sedikit-sedikit, lama-lama jadi
bukit dan sehari selember benang, lama-lama menjadi kain. Kita patut menguruskan gaji yang
didapati dengan bijak dan berjimat-cermat semasa perbelanjaan supaya kita tidak akan akur kepada
ledakan arus materialistik yang melanda masyarakat. Jelaslah bahawa bekerja sambilan sebagai
remaja dapat mengukuhkan aspek kewangan diri mereka.

Selanjutnya, amalan bekerja sambil belajar dapat menambah kemahiran diri. Kita boleh cuba
keluar dari zon selesa dengan memilih bidang pekerjaan yang mencabar supaya dapat melihat bakat
yang terpendam dalam diri sendiri dan sekali gus meningkatkan kemahiran kita. Menurut kata
seorang cendekiawan, “Jangan takut mencuba perkara baharu dalam kehidupan. Kalau kota berjaya,
Alhamdulillah. Kalau gagal, kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan.” Misalnya, amalan
bekerja sambilan dapat mengasah kemahiran berkomunikasi dan skil sosial kita supaya dapat
menunjukkan karisma kita dalam pelbagai aspek kepimpinan dan mencungkil bakat kepimpinan kita.
Kemahiran tersebut adalah amat berharga kerana kita dapat mengimplemetasikannya dalam
kehidupan pada masa kelak. Sudah terang lagi bersuluh, melakukan kerja sambilan dapat menambah
kemahiran diri kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Sebagai melabuh tirai perbicangan, bekerja sambil belajar telah membolehkan kita membina
kecemerlangan sahsiah dan personaliti yang unggul. Hal ini dikatakan demikian kerana seorang insan
yang cemerlang bukan sahaja harus pakar dalam bidang pekerjaannya, tetapi juga patut memiliki
akhlak dan kelakuan yang tinggi. Misalnya, apabila kita perlu berfokus semasa waktu bekerja tanpa
melakukan perkara sia-sia dan berani menghadapi ranjau-ranjau kehidupan yang bakal mewarnai
hidup kita, sikap amanah dan tabah dapat dipupuk dalam diri sendiri. Menurut kata mantan Horne,
“Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.” Tempiasnya, kita akan sedar
bahawa hidup ini tidak semestinya menjamin kejayaan tanpa usaha yang gigih kerana rajin dan
usaha tangga kejayaan dan genggam bara api biar sampai jadi arang. Tambahan pula, pemikiran
kreatif, inovatif dan kompeten dalam seseorang individu juga dapat diaplikasikan melalui amalan
bekerja sambil belajar kerana dia akan belajar untuk mencetuskan idea baharu yang mampu
memberikan kesan terhadap produktiviti organisani. Jadi, amalan bekerja sambil belajar dapat
mengubah personaliti kita dan membolehkan kita mengapikasikan sifat majmudah dalam kehidupan
supaya pembangunan modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur dapat menjadi
saudara kembara kepada pembangunan negara maju.

Akhirulkalam, terdapat pelbagai kemaslahatan yang dapat kita peroleh daripada pekerjaan
sambilan yang kita pilih. Apa-apa jua yang kita rancang untuk menggalakkan para pelajar bekerja
sambil belajar perlu menagih komitmen supaya dapat melahirkan generasi muda yang bertamadun.
Hal ini betepatan dengan aforisme benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau; umpama minyak
setitik, dilaut seklipun timbul juga. Wahai rakyatku, marilah kita bergerak bersama-sama bagi
melahirkan generasi masa depan yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu!
21) Kebaikan Pendidikan Maya

“Zaman beralih, musim bertukar”, begitu bunyi kata-kata pujangga warisan bangsa yang
menggambarkan pendidikan konvensional kini telah bertukar wajah dan sistem pendidikan maya
telah diperkenalkan di Malaysia supaya dapat meningkatkan kualiti sistem pembelajaran dan
memanfaatkan teknologi maklumat (ICT) seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysa 2013-2025. Ironinya, masih ramai orang tidak mahu melakukan transformasi
minda dan menunjukkan minat terhadap pendidikan maya kerana tak kenal maka tak cinta.
Persoalannya, apakah kebaikan yang akan kita peroleh apabila menjalankan pendidikan maya?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, pendidikan maya membolehkan kita menyampaikan


ilmu pengetahuan dengan lebih mudah dan interaktif. Hal ini dikatakan demikian kerana kita boleh
menggunakan powerpoint dan audio visual sebagai alat bantu mengajar supaya dapat memudahkan
para pelajar untuk memahami topik-topik yang diajar. Kita dapat menggunakan webinar atau
aplikasi panggilan video seperti Zoom, Google Meet dan sebagainya untuk menjalankan pendidikan
maya. Aplikasi penstriman video seperti Youtube juga telah menjadi salah satu cabang pendidikan
secara maya yang semakin mendapat perhatian oleh murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran
atau mempelajari teknik baharu. Cara pengajaran dan pembelajaran yang berinovasi ini amat
berbeza daripada pendidikan secara bersemuka dan mampu menarik minat murid dengan gaya
persembahan yang ditunjukkan supaya mereka tidak berasa bosan dalam proses pembelajaran
dalam talian. Sudah terang lagi bersuluh, pendidikan maya membolehkan kita menjalankan sesi
pembelajaran yang kondusif.

Selanjutnya, pendidikan maya telah memudahkan kita mengakses bahan pembelajaran di


Internet. Memang tidak dinafikan bahawa Internet merupakan kutubkhanah maya yang menyimpan
khazanah ilmu pengetahuan. Hal ini dikatakan demikian kerana semua bahan pembelajaran dapat
disediakan dalam bentuk cakera padat dan boleh dimuatturunkan melalui laman sesawang. Misalnya,
buku elektronik telah menjadikan suatu wahana pendekatan interpersonal antara guru dengan
pelajar. E-buku bukan sahaja dapat memuatkan sekurang-kurangnya 300 naskhah buku, malahan
dapat melakukan pemprosesan kata dan hamparan data. Tempiasnya, penggunaan buku elektronik
ini dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah dan mampu menangani
masalah beg sekolah pelajar yang terlalu berat. Hal ini bertepatan dengan aforisme sambil
menyelam minum air. Izharnya, pendidikan maya dapat memudahkan proses pembelajaran kita.
Sebagai melabuh tirai perbincangan, pendidikan maya telah membuka peluang kepada
pendidikan jarak jauh tanpa batasan. Kiita boleh menonton rakaman pengajaran pada bila-bila masa
di rumah ataupun mana-mana tempat mengikut keselesaan sendiri. Misalnya, walaupun guru atau
pensyarah berada di luar negara, pelajar yang menetap di Malaysia masih boleh menyertai kelas
yang diadakan secara maya. Oleh hal yang demikian, golongan masyarakat seperti suri rumah dan
pesara dapat terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menghadiri institusi pendidikan dan secara
tidak langsung memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang hayat yang digalakkan oleh kerajaan.
Hal ini bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W., ”Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke
liang lahad”. Jelaslah bahawa pendidikan maya sememangnya dapat meluaskan horizon pemikiran
kita dengan sekadar klik di laman sesawang kerana jauh perjalanan luas pemandangan.

Sebagai akhirul kalam, terdapat banyak kemaslahatan yang akan kita peroleh sekiranya kita
memanfaatkan sistem pendidikan maya. Lao Tze pernah menukilkan bahawa perjalanan seribu batu
bermula dari satu langkah. Usaha mengembangkan sistem pendidikan maya haruslah diberikan
komitmen yang serius dan berpaksikan prinsip peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu
dalih serta janganlah sekali-kali bagai melepaskan batok di tangga. Wahai rakyatku, marilah kita
bergerak bersama-sama bagi membangunkan sistem pembelajaran abad ke-21 yang berkualiti!
22) Kepentingan ICT

Sedasawarsa ini, momentum pembangunan yang pesat sedang melanda dunia dan negara
kita telah melakukan anjakan paradigma agar menjadi negara ICT. Kemudahan jalur lebar yang
disediakan oleh kerajaan telah dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Persoalannya, sejauh
manakah bidang ICT telah memudahkan urusan kehidupan harian kita?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, perkembangan dalam bidang ICT memudahkan kita
untuk berhubung dengan orang lain. Kalau kita membandingkan kemajuan teknologi komunikasi
dalam era 60-an, surat yang dihantar mengambil masa berminggu-minggu untuk sampai ke
destnasinya tetapi kini segala-galanya telah berubah lantaran kemajuan ICT yang melimpah-ruah
membolehkan kita menghantar e-mel dalam sekelip mata ibarat kilat yang menyambar. Kejauhan
tidak lagi menjadi penghalang untuk menjadikan hubungan semakin akrab bagai isi dengan kuku.
Data-data dan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan dan Komunikasi
mendedahkan bahawa penggunaan panggilan video melalui aplkasi Whatsapp, Skype dan
sebagainya telah meningkat dua kali ganda dalam tahun 2021. Jelaslah bahawa ICT menghampirkan
manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempadan.

Selain itu, penggunaan ICT dapat memudahkan perkongsian maklumat. Hal ini dikatakan
demikian kerana pelbagai maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan dan kerja dapat
diperoleh dengan mudah dalam Internet. Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke
seantero dunia. Sebagai contoh, akhbar atas talian membolehkan kita tidak ketinggalan untuk
mengetahui perkembangan semasa yang berlaku di dalam dan luar negara yang berkaitan dengan
politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Dengan ini, masyarakat yang sentiasa peka dengan
perkembangan dan pergolakan dunia dapat diwujudkan dan menggelakkan diri daripada menjadi
katak di bawah tempurung. Jadi, perkembangan teknologi maklumat mampu menyebar maklumat
terkini dalam pelbagai bidang secara luas dan menyeluruh.

Selanjutnya, perkembangan bidang ICT meningkatkan keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran murid-murid di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana guru-guru boleh
menyampaikan maklumat kepada murid-murid dengan lebih berkesan apabila menggunakan ICT
sebagai alat bantu mengajar. Misalnya, pihak sekolah boleh menggunakan Papan Pintar untuk
memaparkan imej kompter ke papan dan mengedit imej menggunakan pen khas. Penggunaan
powerpoint dan video juga memudahkan para pelajar untuk memahami topik-topik yang diajar. Cara
pengajaran dan pembelajaran yang berinovasi ini mampu menarik minat murid dengan gaya
persembahan yang ditunjukkan melalui ICT supaya mereka tidak berasa bosan dalam proses
pembelajaran. Izharnya, perkembangan ICT dalam bidang pendidikan telah meningkatkan kualiti
pendidikan negara kita.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, perkembangan bidang ICT dapat menjanakan ekonomi
melalui perniagaan dalam talian atau dikenali sebagai e-dagang yang membenarkan sesiapa sahaja
melakukan urusan jual beli secara maya. Tidak dapat dinafikan bahawa e-perdagangan telah menjadi
penyumbang utama dalam industri perniagaan secara umnya. Sebagai contoh, para peniaga boleh
memasarkan produk mereka ke pasaran global melalui pelbagai aplikasi perniagaan atas talian
seperti Lazada, Shopee dan sebagainya. Secara tidak langsung, peluang perniagaan dan
perkhidmatan dapat ditambah dan ekonomi negara dapat dimajukan. Jelaslah bahawa penggunaan
ICT dalam perniagaan dapat memajukan bidang e-perdagangan dan sekali gus memajukan ekonomi
negara.

Sebagai akhirul kalam, perkembangan bidang ICT telah membolehkan negara kita merintis
jalan ke arah kecemerlangan dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang pendidikan, sains dan
industri. Semua pihak haruslah menyokong perkembangan bidang ICT supaya dapat menggapai
kemajuan dan lonjakan masa hadapan negara yang lebih cemerlang. Wahai rakyatku, marilah kita
berlapang dada untuk menerima segala perubahan untuk merealisasikan dan melestarikan Misi
Nasional!
23) Kepentingan Memartabatkan Permainan Tradisional

Permainan tradisionall seperti wau dan congkak telah melambangkan adat, budaya dan
identiti sesuatu bangsa. Ironinya, kegilaan remaja terhadap permainan elektronik telah
menyebabkan permainan tradisional semakin dipinggirkan dan kemelut ini ibarat retak menanti
belah; seperti abu di atas tunggul. Natijahnya, lama-kelamaan karya ini akan hilang ditelan zaman
jika usaha memartabatkannya bagai melepaskan batok di tangga. Oleh itu, kita haruslah melakukan
anjakan paradigma untuk mempopularkan permainan tradisional supaya tidak pupus ditelan zaman
kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Persoalannya, apakah kepentingan
memartabatkan permainan tradisional?

Antara kepentingan memartabatkan permainan tradisional ialah kecemerlangan sahsiah dan


personaliti yang unggul dapat dibentuk dalam generasi muda. Tidak dapat dinafikan bahawa
permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan yang tidak formal yang amat tinggi nilainya.
Ingatlah kata mantan Jawaharlal Nehru, “Budaya adalah pelebaran fikiran dan jiwa.” Misalnya,
remaja mampu mengatapsi permainan tradisional dengan teknologi moden supaya dapat
memperkenalkan permainan tradisional di seantero dunia. Pemikiran kreatif, inovatif dan kompeten
dalam seseorang remaja amat vital untuk memacu pembangunan negara yang gemilang. Tambahan
pula, seorang remaja akan bersikap terbuka untuk menerima teguran dan pandangan orang lain
supaya dapat mencapai kemenangan dalam permainan tradisional. Jadi, sifat majmudah yang
dipupuk melalui permainan tradisional mampu mengubah personaliti remaja supaya pembangunan
modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur dapat menjadi saudara kembara
kepada pembangunan negara maju.

Antara kepentingan memartabatkan permainan tradisional ialah kita dapat memupuk


semangat perpaduan dalam kalangan hiterogen. Lebih baik daripada asyik bermain permainan
komputer secara bersendirian, kita boleh bermain permainan tradisional secara berpasukan tanpa
mengira kaum dan bangsa serta menjalinkan hubungan erat antara satu sama lain bagai isi dengan
kuku; bagai dakwat dengan kertas. Dengan ini, remaja akan mempraktikkan elemen tolak ansur yang
merupakan formula ampuh membina perpaduan kaum untuk mencapai konsep “Keluarga Malaysia”
yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Hal ini bertepatan dengan
aforisme hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; seikat bak sirih, seikat bak sirih. Tidak
hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat dan keharmonian
negara dapat dipelihara. Menurut kata mantan Gary Vaynerchuk, "Warisan lebih besar dari mata
wang". Secara tidak langsung, generasi muda akan menyedari bahawa permainan tradisional
merupakan warisan Nenek Moyang kita dan nilai tradisi dapat dipupuk dalam kalbu mereka. Jelaslah
bahawa bukankah permainan tradisional dapat menambahkan aroma wangi jalinan pemupukan
semangat perpaduan yang berkobar-kobar dalam diri sendiri?

Selanjutnya, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong asing untuk melawat
ke Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana para pelancong tidak akan ketinggalan menggali
khazanah negara yang berbeza selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi negara yang
beriklim tropika dan merasai kelazatan juadah pelbagai kaum. Amsalnya, kita boleh
memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing melalui pertandingan permainan
tradisional dan program pertukaran budaya. Tempiasnya, mereka akan cinta akan permainan
tradisional dan bermainnya dengan seronok kerana tak kenal maka tak cinta. Lebih-lebih lagi,
pendapatan negara dapat dijana melalui industri permainan tradisional seperti sambil menyelam
minum air. Deduksinya, permainan tradisional dapat menjadikan salah satu tarikan dalam industri
pelancongan.

Akhirulkalam, terdapat seribu satu kepentingan memartabatkan permainan tradisional maka


sudah menjadi obligasi semua rakyat Malaysia untuk berganding bahu mempopularkan kembali
permainan tradisional persis kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya; pengayuh
sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang. Menurut kata Lao Tze, “Perjalanan
seribu batu bermula dari satu langkah”. Marilah kita melestarikan khazanah ini dari masa ke masa
kerana biar mati anak, jangan mati adat. Tepuk dada tanya selera kerana jika usaha yang dilakukan
sekadar hangat-hangat tahi ayam dan tidak bersikap hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,
adakah mimpi akan menjadi realiti?
24) Kepentingan Mempelajari Sejarah

Mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
mulai tahun 2013 tetapi masih banyak beranggapan bahawa Sejarah merupakan suatu mata
pelajaran yang susah dan membosankan. Menurut kata mantan David McCullough, “Sejarah adalah
siapa kita dan mengapa kita seperti ini.” Selama 65 tahun menghela udara kemerdekaan negara,
tidak dapat dinafikan bahawa kita semakin dihidangkan dengan pencapaian nusa yang semakin gah
di sarwajagat. Apalah ertinya negara maju sekiranya sejarah dipinggirkan oleh masyarakat.
Persoalannya, apakah kepentingan mempelajari sejarah dalam kalangan angkatan muda?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, penghayatan terhadap sejarah dapat menyuntik


semangat patriotik dalam sukma angkatan muda kerana mereka dapat menerapkan unsur-unsur
patriotik melalui medium bahasa kebangsaan dan sekali gus mengetahui sejarah Tanah Melayu
dalam proses mencapai kemerdekaan. Aristotle pernah berkata, “Mendidik fikiran tanpa mendidik
hati bukanlah pendidikan sama sekali.” Melalui pembelajaran dan pengajaran sejarah Malaysia,
semangat tokoh-tokoh silam seperti Tok Janggut dan Mat Kilau yang sanggup berjuang bermati-
matian hingga ke titisan darah yang terakhir demi mempertahankan tanah tumpah darah pasti dapat
mengalir dalam darah para remaja. Menurut kata mantan George Bernard Shaw, “Patriotisme
adalah keyakinan anda bahawa negara ini lebih unggul dari semua negara lain kerana anda
dilahirkan di dalamnya.” Tempiasnya, mereka akan mengenangkan jasa pahlawan Malaysia yang
telah berhempas pulas mencari jalan terbaik demi kesejahteraan dan kedamaian hidup kita kerana
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Remaja akan sanggup
mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara dengan berpegang kepada prinsip
peribahasa Melayu pandang undur sebelum berjuang; biar putih tulang jangan putih mata. Jelaslah
bahawa penekanan subjek Sejarah dapat menambahkan aroma wangi jalinan pemupukan semangat
patriotik yang berkobar-kobar dalam kalangan generasi muda.

Selanjutnya, generasi muda dapat mengambil iktibar daripada peristiwa masa dahulu supaya
dapat mengelakkan diri daripada mengulangi sesuatu kesilapan bak kata pepatah sesat di hujung
jalan, balik ke pangkal jalan. Aib sekali remaja masa kini kian alpa sebab semenjak kecil lagi mereka
sudah menghirup udara segar hasil kemerdekaan dan kotak memori mereka tidak lagi mengimbas
nastalgia silam semasa zaman penjajahan kuasa asing. Menurut kata mantan seorang ahli falsafah,
George Santayana, “Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya.” Pada hakikatnya,
peristiwa-peristiwa sejarah yang terdahulu mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat.
Misalnya, peristiwa penjajah British yang menggunakan tipu muslihat untuk meluaskan kawasan
jajahan mereka di tanah air kita telah memberikan pengajaran kepada generasi muda supaya tidak
mudah mempercayai orang asing. Intihannya, generasi yang bakal memacu masa hadapan negara
dapat memperbaiki kesilapan masa lalu dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Hal ini
bertepatan dengan aforisme yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan bahawa pengalaman masa lampau merupakan satu rujukan
untuk dijadikan teladan dalam merencanakan masa hadapan.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, semangat perpaduan dapat disemai dalam jiwa
generasi muda apabila mereka mempelajari Sejarah. Titik hitam 3 Mei 1969 yang meragut banyak
nyawa dan perpaduan negara itu ibarat telur di hujung tanduk; seperti abu di atas tunggul telah
menyedarkan kita bahawa betapa pentingnya perpaduan masyarakat hiterogen Malaysia. Hal ini
bertepatan dengan aforisme hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan mempelajari sejarah, kepahlawan dan
keberanian pejihad-pejihad negara yang dikenali sebagai idola menjulang kedaulatan negara akan
menyemarakkan semangat perpadauan dalam kalbu golongan marhean kerana mereka tidak akan
dangkal ataupun seperti katak di bawah tempurung berkaitan sejarah jihad pahit hempedu negara.
Ingatlah kata seorang pensyarah Profesor Emeritus, “Dalam usaha ke arah mewujudlan negara yang
kuat, teguh dan makmur, pengalaman sejarah Malaysia wajar diketahui dan diambil teladan.” Secara
implisitnya, negara akan menjadi agung di mata dunia sekiranya warganya sanggup melindungi
kemakmuran negara sebab seikat bak serih, serumpun bak serai. Izharnya, kita mampu mencapai visi
kudsi “Keluarga Malaysia” melalui pembelajaran sejarah Malaysia.

Akhirikalam, generasi muda haruslah mementingkan pembelajaran sejarah Malaysia kerana


sejarah merupakan khazanah yang sanggup mendewasakan kita. Menurut kata Lao Tze, “Perjalanan
seribu batu bermula dari satu langkah.” Generasi muda haruslah menagih komitmen yang serius dan
berpaksikan prinsip peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih serta janganlah sekali-
kali bagai melepaskan batok di tangga semasa mempelajari sejarah. Wahai anak muda, marilah kita
belajar sejarah dengan kesyukuran dan kehormatan kerana pengalaman ialah guru yang terbaik.
25) Kesan Penggunaan Telefon Pintar Kepada Golongan Remaja

“Zaman beralih, musim bertukar”, begitulah bunyi persis kata peribahasa yang begitu
signifikan dengan penggunaan telefon pintar. Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan
oleh teknologi maklumat dan komunikasi. Negara kita telah melakukan anjakan paradigma untuk
memajukan penggunaan telefon pintar. Persoalannya, apakah kesan positif dan negatif penggunaan
telefon pintar dalam kalangan remaja?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, penggunaan telefon pintar telah memudahkan remaja
mengakses maklumat yang diperlukan. Hal ini dikatakan demikian kerana pelbagai maklumat yang
diperlukan untuk menyiapkan tugasan dan kerja dapat diperoleh dengan mudah dalam Internet
terutamanya semasa pelaksanaan PDPR. Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke
seantero dunia. Misalnya, akhbar atas talian membolehkan kita tidak ketinggalan untuk mengetahui
perkembangan semasa yang berlaku di dalam dan luar negara yang berkaitan dengan politik,
ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Tempiasnya, remaja yang sentiasa peka dengan
perkembangan dan pergolakan dunia dapat diwujudkan dan mengelakkan diri daripada menjadi
katak di bawah tempurung. Jadi, penggunaan telefon pintar mampu menyebar maklumat terkini
dalam pelbagai bidang secara luas dan menyeluruh.

Memetik asitah nirmala seterusnya, penggunaan telefon pintar telah memudahkan


komunikasi antara remaja dengan rakan-rakan atau saudara mara. Data-data dan statistik yang
dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan dan Komunikasi mendedahkan bahawa penggunaan
panggilan video melalui aplkasi Whatsapp, Skype dan sebagainya telah meningkat dua kali ganda
dalam tahun 2021. Hal ini telah membuktikan bahawa kejauhan tidak lagi menjadi penghalang untuk
menjadikan hubungan semakin akrab bagai isi dengan kuku; bagai dakwat dengan kertas. Remaja
boleh menggunakan telefon pintar untuk menghubungi insan tersayang yang berada jauh di mata
tetapi dekat di hati. Jelaslah bahawa penggunaan telefon pintar telah memudahkan komunikasi
remaja dengan menjadikan dunia bagaikan tiada sempadan.

“Bagai galah di tengah arus”, peribahasa yang dapat digambarkan mengenai sikap anak
muda yang menyalahgunakan telefon pintar. Kita perlu menerima hakikat bahawa penggunaan
telefon pintar juga mendatangkan kemudaratan. Ketaasuban penggunaan telefon pintar telah
menyebabkan remaja terdedah kepada pengaruh atau anasir yang tidak sihat. Misalnya, budaya di
negara asing yang banyak bergaul bebas dan tidak mempunyai pegangan agama yang kuat akan
menimbulkan tanda tanya dalam kalangan remaja. Anak muda yang baru berumur setahun jagung
akan terpengaruh dan terjebak dalam gejala-gejala sosial kerana tidak mempunyai jati diri yang
kukuh. Tegasnya, penggunaan telefon pintar mampu menjadi duri dalam daging kerana ia mampu
mempengaruhi mereka ke arah yang tidak diingini.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, anak muda telah terikut-ikut nafsu yang teringin untuk
mengamalkan cara hidup hedonisme sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar
dan anak, bak kata peribahasa ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kecainya harapan ibu bapa terhadap
anaknya apabila mendapati mereka mengalami gangguan atma yang disebabkan oleh taasub
penggunaan telefon pintar sehingga menyebabkan mereka tidak lagi fokus kepada akademik. Afdal
yang negatif ini dikhuatiri akan mengubah perangai mereka apabila dewasa nanti dan gagal
menjamin sakinat berpanjangan. Jim Rohn pernah berkata, “Disiplin adalah jambatan antara cita-cita
dengan pencapaiannya.” Arbitrari yang dilakukan mendapati bahawa prestasi akademik pelajar akan
merosot kerana kekurangan inisiatif dan semangat yang membara selepas ketagihan penggunaan
telefon pintar semakin serius bagai layang-layang putus tali; ibarat kapal tanpa nakhoda. Izharnya,
ketagihan terhadap penggunaan telefon pintar tidak boleh dipandang remeh oleh masyrakat
marhaen.

Akhirulkalam, penggunaan telefon pintar telah membawa implikasi positif dan negatif.
Menurut kata mantan Albert Einstein, “Semangat manusia harus menang atas teknologi.” Generasi
muda yang merupakan cerucuk utama pembangunan negara haruslah menjadi tuan kepada telefon
pintar dan bukanlah sebaliknya. Bangunlah wahai rakyat, marilah kita memanfaatkan telefon pintar
dengan alpukah yang ibarat genggam bara api, biar sampai jadi arang; alang-alang mandi biar basah
walaupun memerlukan komitmen yang bukan kepalang!
26) Membaca Jambatan Ilmu

“Membaca Jambatan Ilmu”, begitulah bunyi gelombang slogan yang menggambarkan


betapa pentingnya amalan membaca. Aib sekali suatu kajian profil membaca oleh Perpustakaan
Negara Malaysia pada tahun 2013 menunjukkan bahawa purata pembacaan generasi muda
kotemporari ini hanya dua naskhah buku setahun sahaja. Persoalannya, apakah faedah yang akan
diperoleh apabila generasi muda mengamalkan amalan membaca?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, amalan membaca merupakan uslub berkesan untuk
menambah ilmu pengetahuan. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang yang banyak membaca
akan mudah ke arah berpendidikan tinggi. Membaca buku membolehkan kita mengetahui
perkembangan isu-isu semasa dari dalam atau luar negara supaya tidak menjadi seperti katak di
bawah tempurung. Sekiranya kita cakna dengan maklumat berkenaan, sudah pasti kita menjadi
orang berilmu yang dihormati dan diperlukan dalam kalangan masyarakat kotemporari. Pemikir
tersohor, Descartes menekankan bahawa membaca buku bermutu ibarat berdialog dengan orang-
orang berhebat atau pemikir-pemikir besar. Jadi, generasi muda perlulah menerima fakta bahawa
amalan membaca buku itu boleh membina minda berilmu, saling tidak tumpah seperti peranan
makanan berkhasiat untuk menghasilkan badan yang sihat.

Selain itu, membaca dapat meningkatkan daya kreativiti seseorang kerana informasi yang
kita terima dapat membantu kita mengembangkan kreativiti otak. Secara tidak langsung, kita
berupaya untuk membuat suatu inovasi melalui daya imaginasi dan kreativiti tersendiri. Slogan
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya, Voltaire pernah menegaskan bahawa buku mampu membakar
semangat sesuatu bangsa dan mengubah dunia. Seseorang yang meneroka pelbagai ilmu mampu
mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang karya sastera kerana membaca
dapat menambah perbendaharaan kosa kata seseorang dan memberikan kita idea-idea yang baharu
dan kreatif dalam menulis novel dan cerpen. Izharnya, membaca merupakan kunci ilmu yang mampu
merealisasikan aspirasi negara utuk bertambah maju.

Selanjutnya, membaca dapat mematangkan fikiran kita juga kerana generasi muda yang
berpengetahuan mampu melakukan kodifikasi apabila membaca bahan bacaan daripada pelbagai
sumber. Kita akan didorong untuk memerah otak secara lebih mendalam semasa membuat penilaian
terhadap perkara sesuatu dan berfikiran logik. Natijahnya, minda kita akan menjadi lebih sihat
kerana membaca merupakan santapan otak yang penting dan membolehkan kita dapat berfikiran
rasional dan kritis. Jauh perjalanan luas pemandangan, jelaslah bahawa amalan membaca
sememangnya dapat meluaskan horizon pemikiran kita supaya kita dapat bersaing dengan badai
kehidupan.
Sebagai melabuh tirai perbincangan, amalan membaca buku dalam kalangan generasi muda
mampu membangunkan sebuah negara yang maju. Rakyat yang berilmu akan mencerminkan
kemajuan sesebuah negara dan melahirkan rakyat bertamadun tinggi. Misalnya, negara Jepun yang
penduduknya mengamalkan amalan membaca sebagai budaya mereka telah berjaya mencipta
pelbagai jenis barangan automatik. Jepun telah menjadi sebuah negara yang dihormati di sejagat
dunia kerana mereka mempunyai kepelbagaian ilmu yang dapat mencetuskan idea yang bernas dan
kreatif . “Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah
ungkapan keramat yang dilontarkan oleh Presiden Indonesia, Soekarno yang menggambarkan
betapa gahnya peranan remaja yang berilmu dan berkelayak akan menentu pembangunan sesebuah
negara. Oleh itu, kita haruslah rajin membaca supaya negara kita akan layak bersaing dengan negara
maju.

Sebagai akhirul kalam, amalan membaca memang tidak ada kerugian dan telah memberikan
banyak kemaslahatan kepada generasi muda. Semua pihak haruslah bersinergi untuk
memperkenalkan budaya membaca kepada generasi muda sejak kecil lagi supaya mereka
menyedarkan kepentingan amalan membaca. Hal ini bertepatan dengan aforisme kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan
sampai ke seberang. Wahai rakyatku, marilah kita mengamalkan budaya membaca agar masyarakat
yang celik ilmu dapat dilahirkan.
27) Peranan-peranan Ibu Bapa dalam Meningkatkan Kecemerlangan Akademik Anak-Anak

“Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Sri Kandi Negara,” begitulah bunyi gelombang laungan
slogan yang menggambarkan berapa besarnya harapan negara terhadap angkatan muda. Tunas-
tunas bangsa merupakan cerucuk utama pembangunan negara yang akan mengambil alih tonggak
dan teruja pemerintahan watan pada dekad yang mendatang dunia bak kata peribahasa kecil jangan
disangka anak, besar jangan disangka bapa. Namun begitu, harapan tersebut mulai sirna apabila
budaya hedonisme semakin subur bersarang dalam jiwa dan minda generasi muda. Oleh itu, anjakan
paradigma perlu dilakukan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Persoalannya, apakah peranan-peranan ibu bapa dalam meningkatkan kecemerlangan akademik
anak-anak?

Sebagai mukadimah, ibu bapa haruslah membentuk sikap disiplin dalam kalbu anak-anak
supaya mereka tidak terikut-ikut nafsu mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab diri sendiri
dalam pelajaran kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jim Rohn pernah berkata, “Disiplin adalah
jambatan antara cita-cita dengan pencapaiannya.” Amsalnya, Ibu bapa boleh membantu merancang
aktiviti anak-anak dan menentukan waktu jadual pembelajaran supaya mereka menelaah lubuk ilmu
ibarat lebah menghimpun madu dan anai-anai makan kayu. Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak
mereka mengikuti mana-mana program seminar SPM yang disyorkan oleh alma mater. Nabi
Muhammad S.A.W bersabda, “Anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknya
sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Tempiasnya, remaja yang umur baru setahun
jagung akan menanam sikap berdisiplin dalam diri sendiri supaya dapat menjernihkan lagi
kebobrokan remaja yang semakin tergelincir daripada landasan keimanan dan menjadikan budaya
hedonisme sebagai ideologi gaya hidup bebas. Jelaslah bahawa anak muda yang mampu berpegang
pada sifat disiplin akan berjaya dalam kehidupan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
atau hati hendak semua jadi.

Selanjutnya, ibu bapa haruslah mementingkan ajaran agama dalam anak muda supaya dapat
meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak kerana tanpa pegangan agama, maka akan
goyalah kehidupan manusia. Peranan agama paling dominan kerana pegangan agama yang kukuh
menjadi penyuluh dan petunjuk jalan dalam kehidupan anak muda supaya sentiasa berada pada
jalan kebenaran. Dengan ini, remaja akan cuba lari daripada sesawang negatif yang membelenggu
masa depan mereka kelak dan mengelakkan diri daripada menjadikan budaya hedonisme sebagai
ideologi gaya hidup bebas. Mereka juga akan mengubah pandangan yang negatif terhadap
pembelajaran dan sanggup menerjuni lautan ilmu yang saujana mata memandang. Sudah tentulah
peribadi yang luhur dapat mengelakkan mereka daripada dikontaminasi oleh elemen subversif dan
terbabas daripada norma-norma masyarakat timur ibarat layang-layang putus tali. Ingatlah kata
Albert Einstein, “Agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.”
Jelaslah bahawa pegangan agama dalam anak muda amat vital supaya mereka dapat membezakan
antara kaca dengan permata dan membina generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, ibu bapa haruslah memberikan tunjuk ajar dan motivasi
kepada anak mereka apabila mereka menghadapi masalah dalam akademik sekolah supaya mereka
tidak mudah berputus asa. Ibu bapa perlu memberikan kesedaran terhadap anak mereka bahawa
apabila mereka menjumpai masalah dalam proses belajar, mereka harus gagah menghadapinya agar
masalah tersebut dapat diselesaikan. Ahli falsafah China, Lu Jiuyuan pernah berkata, “Sekiranya kita
menghadapi masalah semasa belajar, hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan kita telah
meningkat.” Ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak mereka bertanya soalan semasa
menghadapi masalah dalam proses pembelajaran kerana malu bertanya sesat jalan; segan
mengayuh perahu hanyut. Dengan ini, remaja akan memiliki kekuatan fizikal dan mental yang
ampuh supaya berupaya untuk menempuhi segala kekangan dan mampu bersaing dengan badai
kehidupan kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan; gading mana yang tidak meretak. Sekiranya
anak muda selalu menghindarkan diri daripada melakukan kesilapan, mereka akan sentiasa berada
dalam zon selesa dan tidak mampu menaikkan prestasi diri dalam pelajaran. Izharnya, bimbingan
dan dorongan ibu bapa amat penting untuk melahirkan generasi muda yang holistik.

Sebagai akhirul kalam, ibu bapa memainkan peranan vital dalam meningkatkan
kecemerlangan akademik anak-anak. “Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya
gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan keramat yang dilontarkan oleh Presiden Indonesia,
Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja dalam menentu pembangunan
sesebuah negara. Ibu bapa perlu menagih komitmen dan pengertian yang serius supaya dapat
melahirkan generasi muda yang bertamadun, berketerampilan dan berilmu kerana benih yang baik,
campak ke laut menjadi pulau dan umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga.
28) Peranan Pelbagai Pihak dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

“Bahasa Jiwa Bangsa,” begitulah bunyi gelombang laungan slogan yang menggambarkan
bahasa kebangsaan merupakan jati diri dan identiti rakyat Malaysia. Sudah menjadi obligasi setiap
rakyat Malaysia untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Persoalannya, apakah peranan pelbagai
pihak dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, peranan ibu bapa amat signifikan dalam usaha
memartabatkan bahasa kebangsaan. Ibu bapa sewajarlah bertutur dengan anak-anak dalam bahasa
Melayu supaya mereka biasa dengan bertutur dalam bahasa Melayu. Ibu bapa juga harus peka
terhadap penggunaan bahasa Melayu standard supaya anak dapat mempelajari istilah bahasa
Melayu yang tepat. Hal ini bertepatan dengan aforisme bagaimana acuan beritulah kuihnya; ke
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang
menentukan coraknya. Natijahya, anak-anak dapat menanam minat untuk mempelajari bahasa
Melayu dan menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan bahasa Melayu. Jelaslah bahawa
kulawarga yang menggunakaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi utama dapat
memartabatkan bahasa kebangsaan anak.

Selain itu, pihak sekolah berperanan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. Alma
mater yang merupakan tempat bermulanya pembelajaran bahasa kebangsaan secara formal
haruslah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Aktiviti yang dapat menarik minat
murid menggunakan bahasa kebangsaan seperti aktiviti bacaan puisi dan pantun, pertandingan
menulis esei dan kelab bahasa Melayu haruslah diadakan. Guru yang mengajar bahasa Melayu
mestilah mempunyai minat yang mendalam terhadap mata pelajaran ini dan menguasai kemahiran
aras tinggi supaya penyampaian ilmu itu dapat difahami dan dihayati oleh murid. Slogan “Pemuda
Harapan Bangsa, Pemuda Sri Kandi Negara”, penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid
dengan baik akan melambangkan jati diri terhadap negara dan mampu membina negara bangsa
yang maju.

Selanjutnya, media massa bukan hanya berperanan sebagai wadah penyampaian maklumat,
malahan juga sebagai medium yang mendaulatkan bahasa ibunda dalam kalangan rakyat Malaysia.
Aib sekali media massa zaman ini lebih cenderung mengagungkan bahasa rojak yang amat ketara.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia haruslah tegas dengan tidak membenarkan lagu rojak
disiarkan di stesen radio dan memastikan siaran langsung dan penyiaran filem-filem serta drama
hanya menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa bertutur. Papan-papan tanda dan iklan juga
mestilah menggunakan bahasa Melayu yang tepat dan tidak bercampur aduk dengan bahasa lain.
“Biar mati anak jangan mati adat”, uslub secara berterusan dan bersungguh-sungguh oleh media
massa akan memberikan impak positif terhadap perkembangan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
ekonomi, sains dan teknologi.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, pihak kerajaan haruslah menganjurkan kempen cintai
bahasa kebangsaan secara agresif di seluruh negara. Pihak kerajaan boleh bekerjasama dengan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam penganjuran kempen Bulan Bahasa Kebangsaan bagi
memupuk rasa bangga anak muda terhadap bahasa kebangsaan. Misalnya, program nilam bahasa
Melayu boleh diadakan supaya dapat menggalakkan generasi muda membaca cerpen dan novel
dalam bahasa Melayu. Kempen tersebut haruslah dijalankan secara berterusan dan diberikan
keutamaan kerana selagi kempen yang dijalankan hanya secara suam-suam kuku dan seperti
melepaskan batok di tangga, maka selagi itulah kempen kesedaran tersebut tidak akan berjaya.
Izharnya, penganjuran kempen kesedaran merupakan satu prakarsa mampan yang mampu
memartabatkan bahasa kebangsaan.

Sebagai akhirul kalam, semua pihak haruslah bersinergi untuk memartabatkan bahasa
kebangsaan kerana “Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang”. Apa-
apa jua yang kita rancang perlu menagih komitmen dan pengertian yang serius. Janganlah kita
sesekali leka mengejar kemajuan dengan mementingkan bahasa asing sehinga menidakkan
keupayaan bahasa kita. Wahai rakyatku, marilah kita bergerak bersama-sama bagi memartabatkan
bahasa kebangsaan agar terus kekal dan terpelihara!
29) Peranan Remaja Dalam Pembangunan Negara

“Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Sri Kandi Negara,” begitulah bunyi gelombang laungan
slogan yang menggambarkan berapa besarnya harapan negara terhadap angkatan muda. Remaja
merupakan penentu masa depan Malaysia yang mempunyai kewibawaan tinggi di mata dunia bak
kata peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Persoalannya, apakah
peranan remaja dalam pembangunan negara?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, remaja haruslah belajar secara bersungguh-sungguh


supaya dapat menjadi seorang murid yang cemerlang dalam aspek akademik dan kokurikulum. Hal
ini bertepatan dengan aforisme benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau dan umpama minyak
setitik, di laut sekalipun timbul juga. Biasanya, penajaan biasiswa dan syarat kelayakan untuk
melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi akan dinilai secara menyeluruh kerana pencapai
akademik bukanlah segala-galanya. “Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya
gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan keramat yang dilontarkan oleh Presiden Indonesia,
Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja dalam menentu pembangunan
sesebuah negara. Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat yang berilmu dan holistik akan
mencerminkan kemajuan sesebuah negara dan melahirkan rakyat bertamadun tinggi. Oleh itu,
generasi muda haruslah rajin belajar supaya negara kita akan layak bersaing dengan negara maju.

Selanjutnya, remaja haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang ampuh supaya
berupaya untuk menempuhi segala kekangan. Untuk mencapai kesihatan dari segi fizikal dan mental,
remaja perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dan kerap melibatan diri dengan komuniti seperti
melakukan kerja amal dan khidmat sosial. Dengan ini, anak muda dapat meluaskan horizon
pemikiran mereka dan mampu bersaing dengan badai kehidupan. Dari segi kerohanian pula, remaja
yang umur baru setahun jagung perlu menanam sikap berdisiplin dalam diri sendiri supaya dapat
menjernihkan lagi kebobrokan remaja yang semakin tergelincir daripada landasan keimanan dan
menjadikan budaya hedonisme sebagai ideologi gaya hidup bebas. Mahatma Gandhi pernah
menegaskan bahawa kesihatan adalah kekayaan sejati, bukanlah emas atau perak. Slogan “Rakyat
Sihat, Negara Maju”. Remaja harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai
kerana tanpa kesihatan, segala-galanya pencapaian kecemerlangan dalam kehidupan tidak lagilah
bermakna. Izharnya, kestabilan fizikal, mental dan spiritual dalam generasi muda amat penting
dalam pembangunkan negara maju.
Sebagai melabuh tirai perbincangan, remaja haruslah membina kecemerlangan sahsiah dan
personaliti yang unggul. Pembangunan modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur
telah menjadi saudara kembara kepada pembangunan negara maju. Seorang remaja yang akan
menjadi pendukung untuk mencapai integrasi nasional haruslah bersikap terbuka untuk menerima
teguran dan pandangan orang lain. Remaja juga harus mempraktikkan elemen tolak ansur yang
merupakan formula ampuh membina perpaduan kaum untuk mencapai konsep “Keluarga Malaysia”
yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dengan ini, keharmonian
negara dapat dipelihara dan pembangunan negara dapat dijalankan dengan lancar dalam suasana
yang harmoni dan aman. Pemikiran kreatif, inovatif dan kompeten dalam seseorang remaja juga
amat vital untuk memacu pembangunan negara yang gemilang. Remaja haruslah berupaya untuk
mengatapsi cara kehidupan tradisional dengan teknologi moden supaya dapat negara kita dapat
mencapai cemerlang prestasi ekonominya dalam kalangan negara Dunia Ketiga. Jadi, sifat majmudah
jika diaplikasikan dalam kehidupan akan mengubah personaliti remaja dan secara tidak langsung
dapat menjayakan misi dan visi negara.

Sebagai akhirul kalam, remaja merupakan cerucuk utama pembangunan negara dan aset
negara yang berharga. Generasi muda haruslah berusaha untuk menjadi seorang pemangkin negara
yang berkarisma dan berkaliber yang mampu meletakkan negara di mercu kejayaan. Wahai rakyatku,
marilah kita bergerak bersama-sama supaya dapat melahirkan sebuah negara yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
30) Usaha Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Remaja

“Buku Adalah Jendela Dunia”, begitulah bunyi laungan slogan yang begitu signifikan dengan
amalan membaca. Aib sekali suatu kajian profil membaca oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada
tahun 2013 menunjukkan bahawa purata pembacaan generasi muda kotemporari ini hanya dua
naskhah buku setahun sahaja. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dijalankan untuk
memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, peranan ibu bapa yang menjadi uswah terbaik kepada
anak amat signifikan dalam usaha memupuk amalan membaca. Ibu bapa haruslah meluangkan masa
untuk membaca buku bersama-sama anak mereka dan membawa anak mereka ke kedai buku secara
berkala supaya anak-anak berpeluang untuk memilih bahan bacaan yang mereka minati. Ibu bapa
juga sewajarnya berkongsi perkembangan isu-isu semasa dari dalam atau luar negara supaya mereka
tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung dan sekali gus mengalakkan mereka membaca
akhbar. Hal ini bertepatan dengan aforisme bagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan
coraknya. Natijahya, anak-anak dapat menanam minat untuk membaca dan sedar bahawa membaca
boleh membina minda berilmu, saling tidak tumpah seperti peranan makanan berkhasiat untuk
menghasilkan badan yang sihat. Jelaslah bahawa ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak
mereka supaya amalan membaca dapat dipupuk dalam jiwa anak.

Selanjutnnya, pihak sekolah berperanan vital untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan remaja kerana alma mater menggalas tanggungjawab mengisi kekongsan minda remaja
dengan ilmu pengetahuan. Misalnya, pihak sekolah boleh mewujudkan sudut bahan bacaan di dalam
kelas dan menyediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku ilmiah, surat khabar dan majalah.
Perpustakaan mini ini boleh dibina bersama-sama dengan pelajar supaya mereka dapat memahami
fungsi sebenar sudut khas tersebut dan memanfaatkannya. Slogan “Hari ini Membaca, Esok
Memimpin Bangsa”, pihak sekolah juga haruslah menjalankan program NILAM dan program bacaan
pagi untuk menggalakkan murid-murid membaca. Hadiah boleh ditawarkan sebagai motivasi kepada
para murid untuk menjayakan program-program tersebut. Menurut kata mantan seorang pemikir
tersohor, Descartes, “Membaca buku bermutu ibarat berdialog dengan orang-orang berhebat atau
pemikir-pemikir besar.” Tidak dapat dinafikan bahawa pihak sekolah memainkan peranan penting
dalam usaha memupuk amalan membaca dalam kalangan murid-murid.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, pihak kerajaan wajar menganjurkan pelbagai kempen
membaca secara agresif supaya dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan anak muda.
Aktiviti yang boleh dilakukan termaksuklah mengadakan ceramah, edaran pamplet dan program
motivasi supaya dapat membangkitkan gelombangan kesedaran dalam kalangan remaja tentang
kebaikan membaca. Perpustakaan Negara Malaysia boleh bekerjasama dengan media elektronik
supaya dapat mewujudkan platform pembacaan secara dalam talian atau yang dikenali sebagai e-
buku supaya bahan bacaan yang berkualiti dapat diterbitkan secara digital dan mudah diakses oleh
remaja. Dengan ini, mereka dapat menambah perbendaharaan kosa kata murid-murid dan
meluaskan horizon pemikiran mereka. Kempen tersebut haruslah dijalankan secara berterusan dan
diberikan keutamaan kerana selagi kempen yang dijalankan hanya secara suam-suam kuku, maka
selagi itulah kempen kesedaran tersebut tidak akan berjaya disebabkan ketidaksampaian mesej
sebenar. Hal ini bertepatan dengan aforisme kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya dan pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang. Jadi,
penganjuran kempen kesedaran merupakan satu prakarsa mampan yang mampu memupuk amalan
membaca dalam kalangan remaja.

Akhirulkalam, semua pihak haruslah bersinergi untuk memupuk amalan membaca dalam
kalangan remaja. Menurut kata Lao Tze, “Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.” Apa-
apa jua yang dirancang haruslah menagih komitmen yang serius dan berpaksikan prinsip peribahasa
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih serta janganlah sekali-kali bagai melepaskan batok di
tangga. Wahai rakyatku, marilah kita bergerak bersama-sama untuk memupuk tabiat membaca
dalam kalangan remaja supaya generasi muda yang celik ilmu dapat dilahirkan.
31) Usaha-Usaha Memajukan Sektor Pertanian

“Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”, aib sekali masyarakat
konvensional ini masih mempunyai stigma fikiran bahawa pertanian adalah suatu pekerjaan yang
kuno dan tidak mendatangkan hasil yang lumayan. Masyarakat yang individualistik dan materialistik
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sibuk mengejar kekayaan sehingga
memandang sapi industri ini. Namun begitu, sektor pelancongan hanya berpotensi untuk menjadi
penjana ekonomi baharu Malaysia andai kata kita memberikan penekanan yang sewajarnya
kepadanya. Persoalannya, apakah alpukah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan
sektor pertanian?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, kerajaan haruslah menggunakan teknik pertanian yang
terkini untuk memajukan sektor pertanian kerana zaman beralih, musim bertukar. Industri
pertanian mengalami kelembapan dalam kemajuan dek kaedah tradisional yang masih digunakan
oleh petani dan syarikat perladangan tidak menghasilkan produk yang berkualiti dalam kuantiti yang
banyak. Pihak kerajaan boleh menghantar generasi muda ke luar negara untuk belajar teknologi
terkini yang sesuai untuk pertanian. Misalnya, pelajar yang mengambil jurusan sains akan belajar
cara menggabungkan bidang sains dan pertanian untuk melahirkan kaedah pertanian baharu iaitu
bioteknologi. Menurut kata mantan Confusius, “Orang yang berpengaruh besar haruslah
menanggung tugas yang lebih susah untuk membantu mereka yang lebih lemah bagi mewujudkan
masyarakat yang aman dan sejahtera tanpa musibah.” Tempiasnya, syarikat pertanian akan sanggup
mengambil risiko untuk melakukan anjakan paradigma supaya hasil pertanian dapat menjadi lebih
berkualiti kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya; pengayuh sayang
dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.

Selanjutnya, pihak kerajaan haruslah mengadakan pameran pertanian tempatan untuk


membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat dalam kepentingan memajukan sektor pertanian.
Menurut kata mantan Socretes, “Kesedaran walaupun sesaat sahaja lebih penting daripada menulis
sepuluh buah buku.” Walaupun hal ini bukannya senang, matlamat ini tetap dapat direalisasikan
kerana berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian. Mentaliti masyarakat konvensional yang mendewa-dewakan atau mengagungkan produk
tani moden yang berjenama dan rentetan kelesuan permintaan dalam pasaran tempatan
mengakibatkan kesuraman industri pertanian ibarat hidup segan mati tak mahu. Oleh itu, pihak
kerajaan boleh mengajak petani tempatan untuk menyertai ekspo pertanian supaya dapat berkongsi
pengalaman dan hasil tani mereka dalam sektor ini. Pihak kerajaan juga boleh berkoloberasi dengan
agensi luar negara untuk bertukar pendapat dalam bidang pertanian dan mengeratkan hubungan
antara kedua-dua negara untuk mengembangkan bidang tertentu. Izharnya, negara kita mampu
menjadi pusat dagangan dunia dalam membekalkan barang dagangan seperti hasil pertanian ke
suluruh pelosok dunia melalui ekspo perdagangan.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, adiwarna jika pihak kerajaan mampu mengadakan
bantuan insentif dan bengkel kemahiran. Muktakhir ini, kerajaan yang terlepas pandang akan
potensi industri ini telah menyebabkan industri pertanian bergelut untuk terus bernafas sehingga
mereka terpaksa gulung tikar dan hidup miskin bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang atau sehelai sepinggang. Oleh itu, kewujudan agensi-agensi kerajaan seperti Institusi
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) sepatutnya memberi pinjaman yang berkadar faedah
rendah kepada para petani yang ingin memulakan projek pertanian mereka untuk membeli jentera
bagi menggantikan tenaga manusia dan membeli benih yang lebih bermutu. Pihak kerajaan boleh
mengajak pakar pertanian untuk membimbing para pertani cara menghasilkan produk yang terbaik.
Generasi muda biasanya kurang berminat dan bersilengah terhadap industri ini kerana mereka
menganggapnya sebagai industri yang membosankan dan meletihkan. Setelah mereka didedahkan
kepada realiti, mereka akan mengubah pandangan yang negatif dan mempunyai tanggapan baik
terhadap industri pertanian sehingga berkecimpung dalam industri ini kerana tak kenal maka tak
cinta. Tempiasnya, dengan adanya peruntukan bajet yang mencukupi dan bimbingan yang tepat,
pastilah sektor pertanian domestik dapat dimajukan sehingga menjadi intan payung murba Malaysia.

Akhir sekali, pihak kerajaan haruslah berusaha mencari formula atau mekanisme untuk
memajukan industri pertanian sebelum nasi menjadi bubur.Menurut kata Lao Tze, “Perjalanan
seribu batu bermula dari satu langkah.” Apa-apa jua yang dirancang haruslah menagih komitmen
yang serius dan berpaksikan prinsip peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih serta
janganlah sekali-kali bagai melepaskan batok di tangga. Wahai rakyatku, marilah kita bekerjasama
untuk memajukan sektor industri pertanian!
32) Usaha-Usaha Memajukan Sektor Pelancongan Negara

Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika yang indah dan sangat berpotensi di Asia
yang mampu menggamit ribuan pelancong sama ada pelancong tempatan dan pelancong
antarabangsa untuk berkunjung. Sektor pelancongan hanya berpotensi untuk menjadi penjana
ekonomi baharu Malaysia andai kata kita memberikan penekanan yang sewajarnya kepadanya.
Persoalannya, apakan usaha-usaha memajukan sektor pelancongan Malaysia?

Sebagai melabuh tirai perbincangan, satu wahana yang konkrit dalam usaha memajukan
sektor pelancongan negara ialah pihak kerajaan meningkatkan prasarana awam. Hal ini dikatakan
demikian kerana pengangkutan merupakan nadi dan jantung sektor pelancongan. Pihak kerajaan
haruslah menaiktarafkan sistem pengangkutan awam seperti membina perkhidmatan monorel,
pengangkutan kereta api elektrik(ETS) dan Transit Aliran Masa (MRT) supaya tahap ketersampaian
para pelancoong bertambah baik. Kemudahan e-panggilan “Grab Car” juga haruslah diteruskan
supaya dapat merancakkan perkhidmatan awam negara. Tambahan pula, jumlah tempat-tempat
penginapan seperti hotel dan chalet di negara kita perlu ditingkatkan dan memberikan
perkhidmatan bertaraf lima bintang supaya dapat menggalakkan kedatangan pelancong. Keselesaan
pelancong ketika menginap di negara kita perlu dtitikberatkan. Dengan ini, kita bukan sahaja dapat
menjamin keselesaan pelancong malahan dapat meninggalkan imej yang baik kepada mereka. Hal ini
bertepatan dengan aforisme sambil menyelam minum air.

Selanjutnya, pihak kerajaan haruslah mempergiatkan usaha mempromosikan Malaysia.


Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen pelancongan bagi mempromosikan negara kita dengan
teknik pemasaran yang unggul. Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik dan karnival
jualan boleh dilaksanakan secara berterusan dan bukan hanya sekadar seperti melepaskan batok di
tangga ataupun hangat-hangat tahi ayam. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan
agensi pelancongan domestik haruslah memanifestasikan fikiran untuk menghasiilan kempen
pelancong yang luar biasa. Mengikut Tun Mahathir Mohamad, sebab utama pelancong asing untuk
melawat ke Malaysia adalah untuk mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat
tempatan. Misalnya, Kementerian Pelancongan telah mengadakan program kebudayaan bagi
menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan Timur Tengah dan program tersebut
dianggap sukses.

Sebagai melabuh tirai perbincangan, kerajaan sewajarlah menganjurkan pelbagai acara


antarabangsa untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita. Penganjuran acara sukan
antarabangsa seperti pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), perlumbaan Formula 1 dan
Sukan Komanwel dapat mendapat perhatian peminat antarabangsa. Kejohanan-kejohanan dan
pameran ini perlu dirancang dengan teliti dengan mempromosikannya secara meluas. Walaupun
penganjuran acara sukan atau pameran antarabangsa memerlukan kos yang sangat tinggi, pulangan
yang terhasil adalah berbaloi. Persis peribahasa Melayu, “Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.”
Mereka bukan sahaja datang untuk menyertai acara tersebut, malahan juga untuk melawat tempat
pelancongan menarik di Malaysia. Dengan ini, ekonomi negara dapat dimajukan dan secara tidak
langsung negara kita mampu bersaing dengan negara maju seperti berdiri sama tegak, duduk sama
rendah. Izharnya, penganjuran acara antarabangsa dapat meningkatkan promosi pelancongan ke
negara kita.

Sebagai akhirul kalam, semua pihak haruslah bersinergi untuk membantu pihak kerajaan
dalam usaha memajukan sekotor pelancongan kerana persis kata mutiara “Yang bulat tidak datang
menggolek, yang pipih tidak datang melayang”. Apa-apa jua yang kita rancang perlu menagih
komitmen dan pengertian yang serius supaya dapat menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi
pelancongan yang terkenal di dunia. Wahai rakyatku, marilah kita bergerak bersama-sama bagi
membangunkan sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

Anda mungkin juga menyukai