Anda di halaman 1dari 2

Kata Ganti nama Diri

Terbahagi kepada 3 bahagian


a. Kata ganti nama diri 1 ( Orang yang bercakap )
b. Kata ganti nama diri 2 ( Orang yang dilawan bercakap )
c. Kata ganti nama diri 3 ( Orang yang diceritakan halnya)
Kata ganti nama diri 1
Kata Ganti
Diri
Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya
(tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau
dalam suasana rasmi
hamba
(tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik
(tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila
bercakap dengan orang kedua
kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Kata ganti nama diri 2
Kata Ganti Diri
Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan
dengan kita
awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita
engkau (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita dan
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan
jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita

Kata ganti nama diri 3
Kata Ganti Diri
Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan
rakan
mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada
seorang

Latihan : Lengkapkan ayat di bawah dengan kata ganti nama diri yang sesuai
1. "Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya.
2. Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
3. "Jika _______ ada masalah sila jumpa saya," kata Cikgu Sarah kepada saya.
4. Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR
5. Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
6. "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.
7. Mari kita ikut _______ ke perpustakaan, kata Siti kepada Nurul.
8. "Boleh _______ tumpang bertanya?" kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
9. "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.
10. "Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Ani kepadakawan-
kawannya.
11. "Ibu, duit Adik Farah hilang semasa ________ bermain seorang diri di
tamanpermainan," kata Umi kepada ibunya.
12. "Ali, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan, kataCikgu
Maimun kepada saya.
13. Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu
memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______
14. " Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehinggatitisan
darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.
15. Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan, kata Sitidan
Yusni kepada Nurul.

Anda mungkin juga menyukai