Anda di halaman 1dari 7

RINGKASAN &

ULASAN
12 November 2020
Ulasan : Latihan muka surat 7
Jawapan
Pelbagai seni pertahanan diri diperkenalkan di sekolah untuk
menarik minat murid. Seni pertahanan diri menjadikan seseorang
lebih berdisiplin. Hal ini demikian kerana, dalam kumpulan seni
pertahanan diri terdapat struktur organisasi yang perlu dihormati.
Selain itu, seni pertahanan diri merupakan asas untuk mengekalkan
warisan budaya. Orang Melayu bangga akan seni silat, manakala
orang Cina bangga akan wusyu dan orang India bangga akan
silambam.Seterusnya, seni pertahanan diri dapat menyihatkan
badan. Hal ini demikian kerana, latihan yang dilakukan dapat
mngeluarkan peluh. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga
kerana di negara kita terdapat pelbagai seni pertahanan diri yang
masih kekal. ( _ patah
Ringkasan : Latihan muka surat 8
Jawapan
Laut sangat penting kepada manusia. Laut bertindak sebagai
penyerap karbon dioksida dan pengeluar oksigen yang utama. Selain
itu, laut juga menjadi sumber ekonomi yang penting kepada negara
kita. Seterusnya, laut membekalkan sumber protein melalui aktiviti
perikanan dan makanan laut mendapat permintaan yang tinggi di
seluruh dunia. Di samping itu, laut juga menjadi tumpuan banyak
orang untuk aktiviti pelancongan. Tambahan pula, sumber galian bumi
seperti minyak dan gas yang terdapat di dasar laut peting untuk
kegunaan kehidupan harian manusia. Akhir sekali, laut merupakan
sistem perhubungan dan jaringan pengangkutan yang sangat penting
untuk laluan pengangkutan kapal dan aktiviti perdagangan.
( __ patah perkatan )
Ulasan : Latihan muka surat 15
Jawapan
Sektor pelancongan memberikan sumbangan yang besar kepada negara.
Perkembangan sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara melalui
pengaliran wang asing masuk ke dalam negara. Selain itu, perkembangan sektor
pelancongan dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Penduduk setempat boleh bekerja sebagai pekerja hotel, pemandu pelancong dan
pekerja kedai cenderamata. Dalam pada itu, industri kraf tangan negara turut
berkembang maju ekoran perkembangan sektor pelancongan. Hal ini demikian
kerana, para pelancong akan membeli barangan kraf tangan untuk dijadikan buah
tangan kepada keluarga dan rakan-rakan. Kedatangan mereka akan menjadi
periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Kesimpulannya, semua
pihak harus berganding bahu bagi memastikan Malaysia menjadi destinasi
pelancongan utama di dunia.
( _ patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai