Anda di halaman 1dari 6

Novel Darah Titik Di Semantan

(Bab 7: Retak Menanti Belah)


Tema: Semangat perjuangan penduduk tempatan menentang
penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air.

Sipnosis: Kehilangan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail
sewaktu mengail ikan di sungai Semantan telah mengundang
pelbagai persoalan. Kedatangan Lajis telah menjawab persoalan
akan kehilangan mereka. Rupa-rupanya mereka telah ditangkap
oleh Inggeris kerana tidak mempunyai surat kebenaran untuk
membawa rotan. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Iman
Perang Weh telah mengetuai usaha pembebasan Samad, Pak Long
Abas dan Pak Uda Ismail. Akhirnya mereka Berjaya dibebaskan dan
Datuk Bahaman mengerti tindakannya akan menyebabkan Inggeris
memburunya nanti.
Watak
• Zahid
>Watak utama dalam novel ini.
>Seorang yang pandai menentang musuh
>Seorang yang patuh kepada ajaran agama.
>Seorang yang berani.
>Seorang yang mementingkan semangat setia kawan.
• Datuk Bahaman
>Orang kaya Semantan
>Mempunyai 2 anak iaitu Mat Lela dan Awang Muhammad
>Pembesar negeri.
>Seorang yang bertanggungjawab melaksankan amanah yang dipikul.
>Seorang yang tidak mementingkan pangkat dan gelaran.
Watak
• Samad
>Rakan kepada Zahid,Rahman dan Awang Muhammad.
>Pernah ditangkap oleh Pihak Inggeris kerana membawa rotan.
>Seorang yang berani.
>Seorang yang pandai menyimpan rahsia.
>Seorang yang bijaksana mengatur strategi.
• Mat Lela
>Umurnya hendak meningkat ke 30 tahun.
>Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad
>Terkena tembakan di peha namun dapat diselamatkan
>Seorang yang berfikiran terbuka
>Seorang yang berterus-terang.
• Lajis
>guru silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya.
>Baru berkahwin dengan Kak Minah.
>Menjadi pengintip untuk mengetahui rahsia gerakan Inggeris di Kuala
Semantan.
>seorang yang mudah bekerjasama apabila dia bermuakat dengan Pak Uda untuk
membina bengkel membuat senjata.
>seorang yang taat pada perintah agama.
Persoalan
1) Persoalan keberanian penduduk tempatan untuk menentang penjajah
•Datuk Bahaman kembali ke Lubuk Terua dengan membunuh askar-askar pihak
Inggeris yang telah membakar rumah penduduk tempatan

2) Persoalan kerjasama dalam menghadapi musuh


•Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk bahaman
sedang menawan Lubuk Terua

3) Persoalan pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat


•Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya perjuangannya diberkkati
dan mendapat bantuan

4) Persoalan mendengar arahan ketua


•Tuk selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris atas arahan
Datuk Bahaman kerana bimbang tersasar kepada Sultan

5) Persoalan cinta akan negara


•Rahmad dan rakan-rakannya berlatih menggunakan senjata demi
mempertahankan tanah air mereka daripada penjajah
Nilai dan Pengajaran
1)Nilai kerjasama
Pengajaran: Kita hendaklah bekerjasama ketika melakukan sesuatu.
Contoh: Lajis bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan
bengkel senjata dekat rumah Pak Uda Ismail.

2)Nilai hormat-menghormati
Pengajaran: Kita hendaklah sentiasa menghormati ketua dalam
organisasi.
Contoh: Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh sentiasa menghormati
Datuk Bahaman sebagai ketua mereka.

3)Nilai keberanian
Pengajaran: Kita haruslah berani menempuh cabaran dan halangan
dalam kehidupan.
Contoh: Datuk Bahaman terjun ke dalam air dan mengejar musuh-musuhnya
4) Nilai  cinta akan negara 
Pengajaran: Kita mestilah berjuang mempertahankan tanah

air kita daripada dijajah.


Contoh: Datuk Bahaman menyeru rakyatnya supaya
mempertahankan tanah air mereka.

5) Nilai patuh akan ajaran agama


Pengajaran: Kita hendaklah patuh kepada ajaran agama.
Contoh:Zahid dan kawan-kawannya tidak pernah
meninggalkan solat dan sentiasa berdoa kepada

Tuhan supaya diberi pertolongan.

Anda mungkin juga menyukai