Anda di halaman 1dari 13

KARYA: ARMAN SANI

DARAH TITIK DI
SEMANTAN
SINOPSIS
Mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan
Inggeris di Semantan. Perjuangan Datuk Bahaman turut dibantu oleh
Datuk Panglima Raja Awang Ishak, Imam Perang Weh dan Mat Lela.
Mereka merupakan pahlawan-pahlawan yang sering bersama Datuk
Bahaman di Semantan.

Disamping itu, Mat Kilau dan Tok Gajah juga adalah penggerak
kebangkitan rakyat Pahang menentang Inggeris. Kemunculan Tuan
Owen, Desborough dan Rodge adalah watak-watak penjajah yang
sering menggugat keamanan bumi Semantan.

Perjuangan mengembalikan kedaulatan bangsa pasti akan ada


cabaran dan dugaan. Ada kalangan yang menangguk di air yang
keruh, menjadi talam dua muka, mengkianati bangsa sendiri demi
kepentingan peribadi. Hal ini menjadikan perjuangan menjadi
semakin sukar.

Pihak Inggeris mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan apa


yang dimahukan. Termasuklah sanggup menggugut sultan untuk
mencapai apa yang dihajati oleh mereka. Penglibatan sultan
menimbulkan rasa serba salah buat penggerak kebangkitan rakyat,
Datuk Bahaman. Perjuangan yang bersejarah ini akan meninggalkan
kesan yang nyata untuk seluruh generasi yang akan datang.
TEMA

Semangat perjuangan penduduk tempatan


menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan
tanah air.

Contoh:
Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah
menentang pihak Inggeris kerana mencabuli
perjanjian yang telah dipersetujui dan menindas
penduduk tempatan.
PERSOALAN

1) Persoalan kerjasama dalam menghadapi penjajah.


Zahid berkerjasama dengan rakan-rakannya untuk
menentang penjajah Inggeris.

2) persoalan keberanian penduduk tempatan


menentang penjajah Inggeris.
Lajis dengan berani bersumpah bahawa dia akan menentang
penjajah Inggeris.

3)persoalan kesetiaan kepada negara.


Rahmad dan rakan-rakannya berlatih bermain senjata demi
mempertahankan tanah air daripada penjajah.
Persoalan
Persoalan mementingkan diri
Dua orang tukang banci yang cuba merogol isteri Lajis.
Mereka juga mengkhianati bangsa disebabkan ganjaran
yang diberikan oleh inggeris
Watak dan perwatakan
*Zahid

>watak utama dalam novel ini.

>seorang yang pandai menentang musuh.


Contoh: Dia berjaya membaling buluh runcing tepat pada
belakang seorang pihak Inggeris.

>seorang yang patuh kepada ajaran agama.


Contoh: Selepas solat, dia akan berdoa kepada tuhan supaya
tuhan memberkati perjuangannya menentang penjajah.

>seorang yang berani.


Contoh:Dia berani menentang dua orang pemuda yang sedang
cuba merogol Kak Minah.
>seorang yang mementingkan semangat setia kawan.
Contoh: Dia dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti
menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama.
Dato Bahaman

Seorang yang berani


Dato Bahaman berani menentang Inggeris dan mata-mata
Sikh

Seorang yang Bijak


Dato Bahaman mengatur strategi yang berkesan dengan
memasang rantai di antara 2 tebing untuk melemaskan
Inggeris
Seorang yang berpengaruh
Dato Bahaman berjaya mempengaruhi anak anak buahnya
supaya taat kepadanya melalui ucapan yang bersemangat
Samad
Seorang yang kuat bekerjasama
Cth:Samad bekerjasama membina kubu dan sentiasa
menuruti arahan Zahid dan Datuk Bahaman
Merupakan rakan baik Zahid
Seorang yang berani
Samad sentiasa mengingatkan rakan-rakannya supaya tidak
takut berjuang
Seorang yang setiakawan
Samad tidak mahu membocorkan maklumat perjuangan
mereka kepada Inggeris
Mat Lela

Anak kepada Datuk Bahaman


Seorang yang benci pada penjajah
Mat Lela turut sama berjuang menentang Inggeris
Seorang yang berpandangan jauh
Beliau sentiasa mengingatkan para penduduk supaya
berjuang menggunakan akal fikiran
Lajis

Seorang yang setia


Lajis sentiasa mengikut perintah Datuk Bahaman dan
menjadi pengintip di Kuala Semantan
Seorang yang mengenang budi
Lajis menghargai pertolongan Zahid dan Samad yang
menyelamatkan Isterinya daripada cubaan merogol oleg
tukang banci Inggeris
Seorang yang pandai dalam ilmu persilatan
Lajis mengajar ilmu silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya
Nilai
Keberanian
Para Penduduk Lubuk Terua Di Semantan berani menghadapai penjajah
Inggeris walaupun senjata mereka tidak secanggih Inggeris
Kegigihan
Zahid dan rakan-rakannya gigih membina kubu dan berlatih membaling
buluh runcing sebagai persediaan menghadapi Inggeris
Kebijaksanaan
Datuk Bahaman Bijak memerangkap tentera Inggeris dengan
merentangkan rantai besi antara tebing sungai untuk menenggelamkan
kapal Inggeris
Kerjasama
Zahid dan rakan-rakannya Bekerjasama dengan datuk Bahaman
membina kubu untuk bertahan daripada serangan Inggeris
Hormat-menghormati
Zahid dan rakan-rakannya amat menghormati Datuk Bahaman sebagai
pemimpin dan menerima segala pandangan yang dikemukakan olehnya
Pengajaran

Pemimpin hendaklah bertanggungjawab membela


pengikutnya
Datuk Bahaman berusaha membebaskan Pak Uda Ismail
dan Pak Long Abas yang ditahan oleh Inggeris
Kita mestilah

Anda mungkin juga menyukai