Anda di halaman 1dari 12

Persoalan Novel Darah Titik Di Semantan

Kerjasama dalam menghadapi penjajah.


Contoh: Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk
Bahaman sedang menawan Lubuk Terua.

Keberanian penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris.


Contoh: Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua dengan membunuh askar-
askar pihak Inggeris yang telah membakar rumah penduduk tempatan.

Kesetiaan kepada negara.


Contoh: Rahmad dan rakan-rakannya berlatih bermain senjata demi
mempertahankan tanah air daripada penjajah.

Pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat.


Contoh: Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada tuhan supaya perjuangannya
mendapat bantuan dan keberkatan.

Kepentingan mendengar arahan ketua.


Contoh: Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris yang
berjalan bersama Sultan dan Tengku Ali atas arahan Datuk Bahaman. Datuk
Bahaman bimbang buluh runcing tersasar pada sultan.
Teknik Plot Novel Darah Titik Di Semantan
Teknik pemerian
Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan Mat Kilau ketika datang ke Masjid di
Kampung Semantan.

Teknik dialog
Contoh: Zahid berbual dengan rakan- rakannya, Samad, Rahman, dan Awang
Muhammad tentang kubu yang akan dibina oleh mereka di Lubuk Sengarat.

Teknik monolog
Contoh: Zahid bermonolog bahawa perang akan berlaku apabila melihat beberapa
orang Inggeris di tebing sungai dan ada antara mereka yang sedang menghalakan
muncung senapang ke arah rumah Datuk Bahaman.

Teknik imbas muka


Contoh: Semasa Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail pergi memancing ikan dan
lambat pulang. Zahid menduga bahawa mereka mungkin ditangkap Inggeris.
Ternyata hal itu benar-benar berlaku.

Teknik kejutan
Contoh: Pembaca terkejut sewaktu Hassan Tahmid membaca utusan daripada
sultan, iaitu semua orang Semantan yang bangkit menentang Inggeris diampunkan.

Teknik imbas kembali


Contoh: Semasa berjalan ke masjid Lubuk Terua bersama dengan Samad, Rahmad
dan Awang Muhammad, Zahid terkenang akan Datuk Bahaman yang telah berubah
sikap.

Teknik saspens
Contoh: Peristiwa yang berlaku dimana Zahid dan rakan-rakan terdengar suara
jeritan meminta tolong.
Watak Perwatakan Novel Darah Titik Di Semantan
Watak Utama: Datuk Bahaman

1. Seorang pahlawan dan orang kaya Semantan


2. Mempunyai 2 anak iaitu Mat Lela dan Awang Muhammad
3. Pembesar negeri

Seorang yang bertanggungjawab melaksankan amanah yang dipikul.


Contoh: Dia sentiasa bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa Melayu.

Seorang yang tidak mementingkan pangkat dan gelaran.


Contoh: Datuk Bahaman tiada mengeluarkan air mata apabila gelaran dan pangkat
telah di tarik semula oleh Sultan. Namun, perjuangan menentang pihak Inggeris
tetap diteruskan.

Seorang yang berani.


Contoh: Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua seorang diri setelah
mendapat tahu pihak Inggeris membakar kampung-kampung di Semantan. Dia telah
berjaya membunuh banyak mata-mata pihak Inggeris walaupun seorang diri.

Seorang yang mementingkan kebajikan rakyat.


Contoh: Semasa di Johor, Datuk Bahaman telah menolak tawaran Gabenur
Singapura untuk memberikan 500 sebulan supaya berhenti menentang pihak
Inggeris. Namun, Datuk Bahaman memilih berjuang bersama rakyat.

Seorang yang berpegang pada janji.


Contoh: Datuk Bahaman akan berpegang pada janji walaupun terpaksa hidup
menderita dan anaknya mati.
Watak Sampingan: Zahid (Aku)

1. Pembantu kepada Datuk Bahaman.


2. Kawan rapat kepada Samad, Rahman, dan Awang Muhammad.

Seorang yang pandai menentang musuh.


Contoh: Dia berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang pihak
Inggeris.

Seorang yang patuh kepada ajaran agama.


Contoh: Selepas solat, dia akan berdoa kepada tuhan supaya tuhan memberkati
perjuangannya menentang penjajah.

Seorang yang berani.


Contoh:Dia berani menentang dua orang pemuda yang sedang mengganggu Kak
Minah.

Seorang yang mementingkan semangat setia kawan.


Contoh: Dia dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan
menjaga kubu bersamasama.

Seorang yang mempunyai semangat berjuang yang tinggi.


Contoh: Dia mempunyai prinsip dimana anak muda mestilah mengangkat senjata
sekiranya diancam oleh pihak Inggeris manakala ibu bapa tidak boleh menghalang
anak-anak mereka daripada berjuang. Anak-anak muda tidak boleh mati di atas
tilam.

Watak Sampingan: Samad

1. Rakan kepada Zahid, Rahman dan Awang Muhammad.


2. Pernah ditangkap oleh Pihak Inggeris kerana membawa rotan.
3. Turut sama berjuang dengan Datuk Bahaman menentang Inggeris.

Seorang yang berani.


Contoh: Samad mengingatkan rakan-rakanyan dimana mereka haruslah berani
dalam perjuangan pada setiap masa.

Seorang yang pandai menyimpan rahsia.


Contoh: Samad telah berpura-pura menjadi budak bodoh ketika pihak Inggeris
menyuruh menceritakan perkara yang sebenar.
Seorang yang bijaksana mengatur strategi.
Contoh: Samad telah melarang rakan-rakanya merosok pokok-pokok di tebing
supaya mudah untuk mengintip musuh.

Seorang yang mempunyai semangat kerjasama


Contoh: Samad dan rakan-rakannya bekerjasama membina kubu.

Watak Sampingan: Mat Lela

1. Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad


2. Umurnya hendak meningkat ke 30 tahun.
3. Turut sama berjuang dengan Datuk Bahaman menentang Inggeris.
4. Terkena tembakan di peha namun dapat diselamatkan

Seorang yang berfikiran terbuka


Contoh: Mat Lela bersetuju dengan bapanya dimana perjuangan harus
menggunakan strategi dan akal fikiran.

Seorang yang berterus-terang


Contoh: Mat Lela berterus terang dimana dia tidak mempercayai janji sultan dan
berpendapat sebaliknya itu sebagai muslihat.

Watak Sampingan: Lajis

1. Guru silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya.


2. Baru berkahwin dengan Kak Minah.
3. Menjadi pengintip untuk mengetahui rahsia gerakan Inggeris di Kuala
Semantan.
4. Turut sama berjuang dengan Datuk Bahaman menentang Inggeris.

Seorang yang mudah bekerjasama


Contoh: Dia bermuakat dengan Pak Uda untuk membina bengkel membuat senjata.
Latar Novel Darah Titik Di Semantan
Latar Masa Novel Darah Titik Di Semantan
Hari Jumaat
Contoh: Samad mengajak kawan-kawannya menggali kubu pada hari jumaat.

Waktu pagi
Contoh: Zahid memikirkan untuk mendalamkan kubu pada pagi itu.

Waktu tengah hari


Contoh: Zahid,Samad, Awang Muhammad makan nasi dengan lauk ikan kelah
bakar.

Selepas waktu maghrib


Contoh: Zahid dan kawan-kawan membaca surah yassin selepas selesai solat
maghrib.

Musim ikan temberlian bertelur


Contoh: Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail mengail ikan di Sungai Semantan
kerana waktu itu merupakan musim ikam tembelian bertelur.

Zaman pemerintahan Inggeris


Contoh: Rahman menerangkan bahawa dua tahun lalu,negeri mereka telah diambil
oleh Inggeris.
Latar TempatNovel Darah Titik Di Semantan
Lubuk Terua
Contoh: Zahid dan kawan-kawan berjalan ke masjid yang terletak di Lubuk Terua.

Lubuk Sengarat
Contoh: Zahid dan kawan-kawannya akan menggali kubu di Lubuk Sengarat.

Johor
Contoh: Datuk Bahaman pergi ke Johor bagi mewakili raja dan orang-orang besar
Pahang menghadap Sultan Johor.

Rumah Pasung Temerloh


Contoh: Mata-mata Inggeris meletakkan mayat Pak Uda Ismail di rumah pasung.

Kubu
Contoh: Sebuah kubu dibina oleh Zahid dan kawan-kawannya untuk menentang
Inggeris.
Latar Masyarakat Novel Darah Titik Di Semantan
Masyarakat golongan penjajah Inggeris
Contoh: Masyarakat penjajah Inggeris yang berkuasa di Pahang, seperti Rodger,
Clifford dan Syres.

Masyarakat mata-mata Inggeris dari India dan Benggala.


Contoh: Pihak Inggeris telah mengupah mata-mata dari India dan Benggala untuk
menakut-nakutkan rakyat tempatan supaya tidak menentang Inggeris.

Masyarakat yang menentang penjajah Inggeris


Contoh: Mat Lela menentang penjajah Inggeris.

Masyarakat yang mementingkan agama


Contoh: Penduduk Lubuk Terua mementingkan soal agama.

Masyarakat yang mengenang jasa


Contoh: Datuk Bahaman mengenang jasa Pak Long Abas
Gaya Bahasa novel Darah Titik di Semantan
Simile
Contoh: Burung-burung telah mula menyanyi seolah-olah mengingatkan kaumnya
supaya segera bangun memburu rezeki; Semantan ini kalau tidak ada ayahmu,
sepertilah anak ayam yang tidak ada ibu; Mereka menggelupur seperti ayam
disembelih.

Repetisi
Contoh: Dalam perjuangan, kita mesti berpadu. Kita mesti sama-sama kuat. Kalau
kita saja yang menentang musuh, sedangkan orang lain tidak, kita akan kalah juga.

Personifikasi
Contoh: Pokok merbau berdarah yang tinggi di situ tegak dan gagah menentang
kesejukan pagi; Cahaya bulan sedang bermain di sana sini; Pungguk merindukan
bulan.

Peribahasa
Contoh: Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan; biar pecah
di perut, jangan pecah di mulut; hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Inversi
Contoh: Sementara menunggu waktu isyak, aku dan Samad beredar ke pekarangan
Masjid; Di tepi kubu itu, dia memerhatikan keadaan sekelilingi.

Bahasa istana
Contoh: Baginda berangkat ke Pulau Tawar dan dan bersemayam di sana.

Sinkope
Contoh: Tak guna kita tunggu di sini.

Metafora
Contoh: Perajurit-perajurit kita sudah lapar darah.
Nilai Novel Darah Titik Di Semantan
Nilai Pengorbanan
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman dan para pengikutnya sanggup berkorban untuk
membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.

Nilai Menepati janji


Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman menepati janji antara beliau dengan sultan.

Nilai Keberanian
Contoh Peristiwa: Perajurit-perajurit Datuk Bahaman telah berjuang menentang
penjajah Inggeris dengan berani.

Nilai Ketegasan
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman sangat tegas sewaktu memimpin pasukan
perangnya.

Nilai Kebijaksanaan
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman bijak menghalang kemaraan orang Inggeris
dengan merentangkan seutas rantai besi di Lubuk Sengarat. Beliau menyentap
rantai besi tersebut untuk menerbalikkan perahu-perahu orang Inggeris yang melalui
kawasan tersebut.

Nilai kesetiaan
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman setia kepada Sultan apabila beliau melarang
anak-anak buahnya melepaskan tembakan ke arah askar-askar Sultan. Selain itu,
beliau juga melarang Tuk Selampit menyumpit Rodger yang duduk bersebelahan
dengan Sultan kerana mengkhuatiri tindakan itu akan mengancam nyawa Sultan.

Nilai Cinta akan negara


Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman dan para pengikutnya sanggup melakukan apa-
apa sahaja demi tanah air tercinta.

Nilai Kepatuhan
Contoh Peristiwa: Para pengikut Datuk Bahaman patuh akan arahan beliau.

Nilai Rasional
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman bersikap rasional apabila beliau meminta
penduduk Semantan agar membuat perancangan dan persediaan lengkap sebelum
melawan orang Inggeris.

Nilai Tanggungjawab
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
pemimpin di Semantan apabila membawa Datuk Panglima Raja dan Imam Perang
Weh untuk menyelamatkan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail yang
ditahan oleh orang Inggeris di rumah pasung.
Pengajaran Novel Darah Titik Di Semantan
Kita hendaklah berjuang mempertahankan tanah air kita daripada dijajah.
Contoh: Datuk Bahaman dan para pengikutnya sanggup berkorban nyawa untuk
mempertahankan tanah air yang tercinta.

Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kemahiran dalam melakukan sesuatu


pekerjaan.
Contoh: Zahid dan rakan-rakannya berlatih silat dan bermain senjata untuk
menghadapi Inggeris. Rahmad dan rakan-rakannya berlatih membaling bambu
runcing.

Kita hendaklah memiliki sifat kepemimpinan yang baik.


Contoh: Datuk Bahaman mempunyai sifat kepemimpinan yang tinggi dalam memimpin
pasukan perajuritnya untuk menentang Inggeris.

Kita hendaklah sentiasa berwaspada dalam bertindak.


Contoh: Datuk Bahaman berhati-hati dalam tindakannya menghadapi penjajah Inggeris.

Kita hendaklah menepati janji.


Contoh: Datuk Bahaman telah menepati janjinya dengan sultan. Datuk Bahaman
mengarahkan para pengikutnyanya menembak ke udara semasa bertempur dengan askar-
askar sultan.

Kita hendaklah bekerjasama ketika melakukan sesuatu.


Contoh: Lajis bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata dekat
rumah Pak Uda Ismail.

Kita hendaklah sentiasa menghormati ketua dalam organisasi.


Contoh: Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh sentiasa menghoormati Datuk Bahaman
sebagai ketua mereka.

Kita haruslah berani menempuh cabaran dan halangan dalam kehidupan.


Contoh: Datuk Bahaman terjun ke dalam air dan mengejar musuh-musuhnya.

Kita hendaklah patuh kepada ajaran agama.


Contoh: Zahid dan kawan-kawannya tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berdoa
kepada tuhan supaya diberi pertolongan.

Anda mungkin juga menyukai