Anda di halaman 1dari 4

datuk bahaman

1. Seorang pahlawan dan orang kaya Semantan


2. Mempunyai 2 anak iaitu Mat Lela dan Awang Muhammad
3. Pembesar negeri

Seorang yang bertanggungjawab melaksankan amanah yang dipikul.


Contoh: Dia sentiasa bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa
Melayu.

Seorang yang tidak mementingkan pangkat dan gelaran.


Contoh: Datuk Bahaman tiada mengeluarkan air mata apabila gelaran dan
pangkat telah di tarik semula oleh Sultan. Namun, perjuangan menentang
pihak Inggeris tetap diteruskan.

seorang yang berani.


Contoh: Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua seorang diri setelah
mendapat tahu pihak Inggeris membakar kampung-kampung di Semantan.
Dia telah berjaya membunuh banyak mata-mata pihak Inggeris walaupun
seorang diri.

Seorang yang mementingkan kebajikan rakyat.


Contoh: Semasa di Johor, Datuk Bahaman telah menolak tawaran Gabenur
Singapura untuk memberikan 500 sebulan supaya berhenti menentang pihak
Inggeris. Namun, Datuk Bahaman memilih berjuang bersama rakyat.

Seorang yang berpegang pada janji.


Contoh: Datuk Bahaman akan berpegang pada janji walaupun terpaksa hidup
menderita dan anaknya mati.
Zahid

1. Pembantu kepada Datuk Bahaman.


2. Kawan rapat kepada Samad, Rahman, dan Awang Muhammad.
Seorang yang pandai menentang musuh.
Contoh: Dia berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang
pihak Inggeris.

Seorang yang patuh kepada ajaran agama.


Contoh: Selepas solat, dia akan berdoa kepada tuhan supaya tuhan
memberkati perjuangannya menentang penjajah.

Seorang yang berani.


Contoh:Dia berani menentang dua orang pemuda yang sedang mengganggu
Kak Minah.

Seorang yang mementingkan semangat setia kawan.


Contoh: Dia dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga
kawasan dan menjaga kubu bersamasama.

Seorang yang mempunyai semangat berjuang yang tinggi.


Contoh: Dia mempunyai prinsip dimana anak muda mestilah mengangkat
senjata sekiranya diancam oleh pihak Inggeris manakala ibu bapa tidak boleh
menghalang anak-anak mereka daripada berjuang. Anak-anak muda tidak
boleh mati di atas tilam.

Kesalahan ejaan
 merbahaya  SEPATUTNYA  berbahaya
 mendokong / didokong  SEPATUTNYA  mendukung / didukung
 mensasarkan  SEPATUTNYA  menyasarkan
 ko-kurikulum  SEPATUTNYA kokurikulum
 mengguriskan  SEPATUTNYA  menggoreskan
 keretapi  SEPATUTNYA  kereta api
 Bahasa Inggeris  SEPATUTNYA  bahasa Inggeris
 jimat-cermat  SEPATUTNYA  jimat cermat
 kaki tangan  SEPATUTNYA  kakitangan
 tanda tangan  SEPATUTNYA  tandatangan
 seringkali  SEPATUTNYA  sering kali
 kadang kala  SEPATUTNYA  kadangkala
 disamping  SEPATUTNYA  di samping
 kebanyakkan  SEPATUTNYA  kebanyakan
 pilihanraya  SEPATUTNYA pilihan raya
 suaikenal  SEPATUTNYA  suai kenal
 temuduga  SEPATUTNYA  temu duga
 jawatan kuasa  SEPATUTNYA  jawatankuasa
 mengkebumikan  SEPATUTNYA  mengebumikan
 mengenepikan  SEPATUTNYA  mengetepikan
 mententeramkan  SEPATUTNYA  menenteramkan
 menyintai  SEPATUTNYA  mencintai
 menghadkan  SEPATUTNYA  mengehadkan
 zohor  SEPATUTNYA  zuhur
 hajjah  SEPATUTNYA  hajah
 masaalah  SEPATUTNYA masalah
 analisa  SEPATUTNYA  analisis
 minima  SEPATUTNYA minimum
 berkuatkuasa  SEPATUTNYA berkuat kuasa
 penguat kuasaan  SEPATUTNYA  penguatkuasaan
 ramadhan  SEPATUTNYA  ramadan
 perabut  SEPATUTNYA  perabot
 satay  SEPATUTNYA sate
 tips  SEPATUTNYA tip
 lagenda  SEPATUTNYA  legenda
 kontingen  SEPATUTNYA  kontinjen

Perwatakan watak utama (darah titik di semantan)


Novel yang saya kaji ialah novel Darah Titik di Semantan karya Arman
Sani.Watak utama dalam novel ini ialah Datuk Bahaman,seorang pahlawan
dan orang kaya semantan.Perwatakan Datuk Bahaman ialah seorang yang
bertanggungjawab melaksanakan amanah yang dipikul,iaitu dia sentiasa
bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa Melayu.Perwatakan lain
yang ada pada Datuk Bahaman ialah seorang yang berpegang pada janji,iaitu
Datuk Bahaman tetap berpegang pada janji walaupun terpaksa hidup
menderita dan anaknya mati.Selain itu,perwatakan datuk bahaman ialah
seorang yang beraniiaitu ,Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua
seorang diri setelah mendapat tahu pihak Inggeris membakar kampung-
kampung di Semantan. Dia telah berjaya membunuh banyak mata-mata pihak
Inggeris walaupun seorang diri.Datuk bahaman juga seorang yang
mementingkan kebajikan rakyat,iaitu Semasa di Johor, Datuk Bahaman telah
menolak tawaran Gabenur Singapura untuk memberikan 500 sebulan supaya
berhenti menentang pihak Inggeris. Namun, Datuk Bahaman memilih
berjuang bersama rakyat.

Anda mungkin juga menyukai