Anda di halaman 1dari 4

BAHASA MELAYU KERTAS 1 UJIAN 1 PT3

NAMA : ____________ TINGKATAN : __________ TARIKH :


________

NOVEL SEJAMBAK BAKTI KARYA REJAB F.1 (TINGKATAN 1)


PERWATAKAN WATAK UTAMA

Razali
1. Razali seorang yang pemaaf. Sebagai contohnya, dia sanggup memaafkan Munir yang telah
memfitnah dan memburuk-burukkan namanya.
2. Razali seorang yang penyabar. Sebagai contohnya, dia tidak mudah melenting apabila
dituduh. menceroboh masuk koperasi sekolah dan dibawa ke balai polis untuk membantu
siasatan.
3. Razali seorang yang berwawasan dan bercita-cita tinggi. Sebagai contohnya, Razali
berazam untuk menggunakan ilmu yang diperolehnya semasa menyertai kursus yang
dianjurkan oleh pihak ANGKASA untuk memajukan koperasi sekolahnya.
4. Razali seorang yang baik hati. Dia sanggup membantu Munir dalam pelajaran setelah Munir
dihukum gantung sekolah selama seminggu kerana menceroboh kedai koperasi sekolah.

NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN KARYA ARMAN SANI (TINGKATAN 2)


PERWATAKAN WATAK UTAMA

Datuk Bahaman
1. Datuk Bahaman seorang pemimpin yang sangat menyayangi pengikut-pengikutnya.
Sebagai contohnya, beliau pandai mengambil hati para pengikutnya. Beliau juga memuji
kebijaksanaan Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad yang bertindak membina kubu
di Lubuk Sengarat.
2. Datuk Bahaman seorang yang sangat sayang akan sultan. Sebagai contohnya, beliau
berasa sangat susah hati apabila sultan dalam keadaan bahaya kerana Inggeris menganggap
bahawa baginda menyebelahi Datuk Bahaman.
3. Datuk Bahaman seorang yang jujur dalam berjuang. Sebagai contohnya, beliau pernah
ditawarkan wang sebanyak lima ratus sebulan oleh Gabenor Singapura dengan syarat beliau
tidak memihak kepada rakyat. Namun, tawaran itu ditolak oleh beliau mentah-mentah.
4. Datuk Bahaman seorang yang berani. Sebagai contohnya, Datuk Bahaman sangat berani
menyusup masuk ke dalam kawasan Inggeris ketika mahu berjumpa dengan sultan di Pasir
Tuk Anjang.
5. Datuk Bahaman seorang yang sangat berlapang dada. Sebagai contohnya, walaupun sultan
telah bersikap mungkir janji namun Datuk Bahaman tetap menerima keadaan tersebut
dengan hati yang reda.
6. Datuk Bahaman seorang yang sangat setia kepada sultan. Sebagai contohnya, beliau
tetap tidak mahu menanggung risiko jika sultan tercedera dalam pertempuran. Perkara
itulah yang menyebabkan Datuk Bahaman tidak membenarkan Tuk Selampit menyumpit
Rodger yang duduk bersebelahan dengan sultan di dalam perahu.

CIKGU ZAMBRI BIN ZAINAL, GC BM 1


7. Datuk Bahaman seorang yang sangat gigih dalam berjuang. Sebagai contohnya, beliau
tetap meneruskan perjuangan meskipun pihak Inggeris berjaya memaksa sultan untuk
mengisytiharkan Datuk Bahaman sebagai penderhaka.

NOVEL HEMPASAN OMBAK KARYA ZAILIANI TASLIM (TINGKATAN 3)


PERWATAKAN WATAK UTAMA

Farid
1. Farid seorang yang bersederhana dalam kehidupan. Sebagai contohnya, Farid mengekalkan
sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan seperti menaiki motosikal apabila berkunjung
ke gerai Zuraida walaupun dia memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik
Nusantara.
2. Farid seorang yang penyayang terhadap ahli keluarga dan rakan baiknya. Sebagai
contohnya, dia amat menyayangi ahli keluarganya, justeru dia tidak mahu membebankan adik-
beradiknya dalam menguruskan syarikat. Dia juga amat menyayangi Zuraida, iaitu rakan
persekolahannya dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.
3. Farid seorang yang bersikap rasional dalam mengambil tindakan. Sebagai contohnya, dia
menyerahkan tanggungjawab memadamkan api kebakaran kepada pasukan bomba serta
kakitangan Tenaga Nasional Berhad yang datang untuk memutuskan bekalan elektrik bagi
mengelakkan kebakaran merebak ke seluruh bangunan.
4. Farid seorang yang bertanggungjawab. Sebagai contohnya, Farid menjalankan
tanggungjawabnya menguruskan Syarikat Batik Nusantara dengan baik setelah ibunya, Hajah
Zaoyah meletakkan kepercayaan kepadanya untuk menerajui syarikat tersebut.
5. Farid seorang yang mengamalkan semangat bermasyarakat. Sebagai contohnya, Farid telah
mengundang 200 orang penduduk kampung semasa majlis perasmian bengkel baharunya bagi
merapatkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat. Semasa bengkel batik itu
terbakar, jiran tetangganya turut datang untuk membantu mana-mana yang perlu.
6. Farid seorang yang rajin berusaha untuk memajukan syarikat. Sebagai contohnya, Farid
rajin mengunjungi bengkel untuk memantau para pekerjanya dan melihat proses penghasilan
batik walaupun dia tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan. Dia juga rajin bertanya
tentang bidang perniagaan kepada orang yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein dan
Zuraida.
7. Farid Seorang yang taat pada ajaran agama. Sebagai contohnya, dia menjadi imam semasa
solat berjemaah bersama-sama dengan ahli keluarganya di rumah.
8. Farid seorang yang berani dalam membuat tindakan. Sebagai contohnya, Farid berani
menanggung risiko untuk mengembangkan pemasaran syarikat batiknya dengan membina
bengkel baharu bagi pengeluaran batik canting atau batik lukis moden yang bermodalkan
sebanyak RM75 ribu.
9. Farid seorang yang tabah dan sabar. Sebagai contohnya, ketika bengkel batik moden yang
baru beroperasi itu hangus terbakar, dia menerima musibah itu sebagai takdir dan ujian
daripada Tuhan.

CIKGU ZAMBRI BIN ZAINAL, GC BM 2


Novel Sejambak Bakti oleh Rejab F.I.
Watak dan Perwatakan
!
Watak utama : Razali

Razali merupakan watak utama dalam novel Sejambak Bakti. Razali ialah anak kepada Mak Sopiah dan anak tiri
kepada Pak Zakaria. Sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah, Razali sentiasa menjalankan
tugasnya dengan amanah.

BIL PERWATAKAN HURAIAN DAN CONTOH PERISTIWA


1 Razali sangat rajin belajar. Sebagai contoh, dia sering mengulang kaji di pondok yang terletak di tengah
sawah kerana di situ lebih lapang, sunyi dan sesuai untuk belajar.
2 Razali seorang yang suka Sebagai contoh, dia telah membantu Ramlah, Swee Lan dan Saridevi dalam
membantu pelajaran.
3 Razali juga sayang dan Sebagai contoh, Razali tidak sanggup menyakiti hati ibunya apabila ibunya
hormat kepada ibunya. enggan memberitahu maklumat tentang ayahnya walaupun dia sangat ingin
mengetahui keadaan ayah kandungnya.
4 Razali juga bersikap sedia Sebagai contoh, ketika Munir meminta maaf kepadanya, Razali segera
memaafkan. bersalam dengannya dan memeluk badan Munir sebagai tanda memaafkan
segala kesalahan Munir terhadapnya.
5 Razali juga bersikap ikhlas. Sebagai contoh, dia sanggup menerima Munir sebagai sahabat walaupun Munir
pernah memukulnya dan membuat fitnah terhadapnya, malahan sanggup
membantu Munir dalam pelajaran setelah Munir insaf akan kesalahannya.

RANGKA JAWAPAN
Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel
yang anda kaji.

Novel Sejambak Bakti : Watak Utama

Novel yang saya pelajari ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. Dalam novel ini pengarang memaparkan
watak utama. Watak utama dalam novel ini ialah ________________________. ___________________ merupakan
seorang yang ______________________. Sebagai contoh, _____________________________________________
_____________________________________________________________________________________________

Selain itu, ______________ juga seorang yang ________________________. Sebagai contoh, __________
_______________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________.

Di samping itu, _________________ juga seorang yang ___________________________. Sebagai contoh,


_______________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________.
Bahagian B - Soalan 6

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 1 ialah


Sejambak Bakti, karya Rejab F.I. Watak utama dalam novel
ini ialah Razali. Terdapat beberapa perwatakan watak utama
dalam novel ini.

Antaranya, Razali seorang yang _________________.


Sebagai contoh, _______________________________
_________________________________________.

Selain itu, Razali seorang yang _________________.


Sebagai contoh, ______________________________
_________________________________________.

Di samping itu, Razali seorang yang _____________.


Sebagai contoh, ______________________________
___________________________________________.

Anda mungkin juga menyukai