Anda di halaman 1dari 2

BAB 1 - CEMAS

Tengah hari itu, Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad berjalan ke Masjid Lubuk
Terua. Mereka melalui kebun kelapa dan dusun buah-buahan. Mereka berempat tidak
berbual dan hanya melayani perasaan masing-masing. Zahid terkenang akan Datuk
Bahaman, Orang Kaya Semantan yang telah banyak berubah sejak pulang dari Pulau
Tawar. Dahulu, setiap malam selepas menyelia Mat Lela dan Datuk Panglima Raja Awang
Ishak mengajar silat di gelanggang, Datuk Bahaman bercerita tentang pahlawan-pahlawan
Melayu yang terbilang tetapi sekarang tidak lagi. Tiba-tiba, Samad bertanya kepada anak
bongsu Datuk Bahaman, Awang Muhammad tentang perubahan sikap Datuk Bahaman.
Awang Muhammad hanya menggelengkan kepalanya. Antara mereka berempat,
Rahmanlah yang lebih mengerti tentang hati dan budi Datuk Bahaman kerana Rahman
bekerja dengan Datuk Bahaman sebagai jurutulis pelatih. Menurut Rahman, Datuk
Bahaman memikirkan perjanjian antara Inggeris dengan raja. Dalam perjanjian itu, banyak
perkara yang dirunding dan diputuskan tidak dimasukkan. Hal ini menyebabkan Datuk
Bahaman marah kepada Inggeris. Setibanya mereka di simpang jalan ke tebing sungai,
mereka terjumpa dengan Mat Lela. Mereka meneruskan perjalanan sambil berbual tentang
ketamakan Inggeris kerana mereka memunggah emas dan bijih timah dari negeri itu ke
negeri mereka serta memungut cukai dan memeras rakyat tempatan. Perbualan mereka
terhenti setelah tiba di halaman masjid. Zahid dan rakan-rakannya masuk dan duduk di
bahagian tengah masjid sementara Mat Lela ke bahagian depan dan duduk di sebelah
Datuk Panglima Raja Awang Ishak. Kelihatan juga Imam Perang Weh yang duduk
bersebelahan dengan Datuk Bahaman. Selepas sembahyang, Datuk Bahaman
menyampaikan nasihatnya kepada para jemaah supaya bangkit menentang Inggeris. Datuk
Bahaman menyeru rakyatnya agar menentang Inggeris setelah dada penuh dengan ilmu
dan kepandaian. Oleh itu, Datuk Bahaman meminta rakyatnya meningkatkan latihan dan
ajaran agama. Zahid dan rakan-rakannya bercadang untuk membina kubu di pangkal
‘Merbau Berdarah' di tebing Lubuk Sengarat. Semasa mereka berbincang tentang
perancangan mereka membina kubu itu, Mak Long Esah, ibu Samad tiba dalam keadaan
tergesa-gesa untuk memaklumkan bahawa Inggeris sudah sampai di Lubuk Terua. Berita
kedatangan Inggeris ke Lubuk Terua merebak ke seluruh tempat. Penduduk-penduduk
kampung bersiap sedia dengan keris mereka dan menunggu perintah daripada Datuk
Bahaman.

MINDA KREATIF :

1. Apakah nasihat Datuk Bahaman kepada rakyatnya?

...............................................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................
2. Cadangan Zahid untuk membina kubu adalah cadangan yang baik. Pada pendapat
anda, apakah fungsi kubu?
...............................................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................
BAB 2 – LUBUK TERUA TERGUGAT

Darah Zahid berderau apabila melihat empat buah perahu yang penuh dengan papan dan
atap nipah tertambat di tebing sungai bersetentang dengan dusun Datuk Panglima Raja
Awang Ishak. Setelah mendapati ibu dan ayahnya sudah ke sawah, Zahid ke rumah Samad.
Kemudian, mereka ke rumah Rahman tetapi Rahman telah keluar lebih awal ke rumah
Datuk Bahaman. Seterusnya, mereka ke rumah Awang Muhammad. Tujuan mereka
berjumpa adalah untuk berbincang tentang kerja-kerja menggali kubu di Lubuk Sengarat.
Selepas itu, mereka bergerak ke rumah Datuk Bahaman. Dalam perjalanan ke rumah Datuk
Bahaman, mereka terserempak dengan Pak Long Abas dan Datuk Panglima Raja yang
menghala ke rumah Datuk Bahaman. Sebaik sahaja Datuk Panglima Raja dan Pak Long
Abas tiba, Datuk Bahaman keluar ke serambi rumahnya. Datuk Panglima Raja melepaskan
kemarahannya terhadap tindakan Inggeris menceroboh Semantan dan menggunakan
kawasan dusun duriannya sebagai tempat mereka bertapak kepada Datuk Bahaman. Pak
Long Abas memohon kebenaran Datuk Bahaman supaya membenarkannya dan rakan-
rakannya mengamuk di Semantan. Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman menyabarkan
mereka kerana persiapan mereka untuk menyerang Inggeris belum lagi cukup. Bagi Datuk
Bahaman, tiada gunanya berperang kalau untuk kalah. Datuk Bahaman menyatakan
bahawa dia berasa terhina kerana Syres tidak menemuinya sebelum menggali kubu dan
membina rumah pasung di kawasannya. Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman
memberitahu pengikutnya bahawa Inggeris tetap akan ditentang setelah menghadap sultan.
Setelah mendengar kata-kata Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Pak Long Abas
berjanji akan terus menyokong Datuk Bahaman. Datuk Bahaman juga memuji Zahid dan
rakan-rakannya kerana tindakan mereka hendak membina kubu di pangkal merbau
berdarah di tebing Lubuk Sengarat. Selain itu, Datuk Bahaman juga meminta mereka
berempat menyiapkan bambu runcing untuk digunakan dalam peperangan nanti. Dalam
perjalanan ke Lubuk Sengarat, Zahid dan rakan-rakannya mengikut jalan di tepi tebing
sungai dan mereka dapat melihat di seberang sungai, mata-mata Inggeris sedang sibuk
menggali kubu panjang di atas tebing yang menghadap ke rumah Datuk Bahaman.

Anda mungkin juga menyukai