Anda di halaman 1dari 2

9/16/23, 10:19 AM Pejuang Tempatan - Dato' Bahaman

dikendalikan oleh

Felda Bukit Damar

Utama Maklumat Setempat Jadual Latihan & Aktiviti Galeri Soalan Lazim DASHBOARD Hubungi Kami Cari...

Maklumat Setempat
Pejuang Tempatan - Dato' Bahaman

Maklumat PI DATO' BAHAMAN PAHLAWAN SEMANTAN


Maklumat Am
Sejarah
JKKK
Persatuan Wanita
Persatuan Belia

Nama sebenar Abdul Rahman bin Tunku Iman Nuh


Orang besar yang menentang penjajah british di semantan.
Berasal dari Bangkinag, Kampar Sumatera
Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal
Diberi gelaran 'Seman Tahan'.
Pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali

SEJARAH PERJUANGAN DATO' BAHAMAN

Dato' Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran
Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai
panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta meminpin pasukan
Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang saudara di Klang, Selangor.
Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato' Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang
Kaya Temerloh. Dengan Pangkat Tersebut, kedudukan Dato' Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar
Berempat dan seringkali diajak berunding dengan baginda Sultan Ahmad. Punca Utama perang semantan adalah
ketidakpuasan hati orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka.
Ketegangan ini bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk
Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford,
Pemangku Resident British Pahang, mengahtaui hal tersebut , Beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian
menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara ini dapat disiasat.
Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan
tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan. Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan menyebabkan
beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang herdap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember
1891 ketika beliau menyangka Desborought datang untuk menangkapnya.
Dalam serangan tiba-tiba itu, Pihak Desborought telah kalah dan mereka melarikan diri ke Bandar Temerloh.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, Pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk
melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai
oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato'
Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British
sekali lagi ditewaskan.

FAKTOR PENENTANGAN DATO' BAHAMAN

Hilang Hak Mengutip Cukai


Dato' Bahaman menentang sekeras-kerasnya tindakan British yang sesuka hati melantik E.A. Wise sebagai
Pegawai Majistret pemungut hasil di Daerah Temerloh, Pahang. Dato' Bahaman juga dilarang mengutip cukai di
daerah kekuasaannya iaitu Temerloh
Pembinaan Balai Polis

feldabukitdamar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/sejarah/66-pejuang-tempatan-dato-bahaman 1/2
9/16/23, 10:19 AM Pejuang Tempatan - Dato' Bahaman
Selain itu, Pegawai British itu juga mendirikan Balai Polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan
Dato' Bahaman. Hal ini menyebabkan konflik di antara dua pihak ini menjadi semakin serius dan berlaku banyak
perselisihan faham antara mereka. Selain itu, Dato' Bahaman juga menganggap tindakan British agak tidak kurang
ajar kerana menceroboh kawasan pegangannya tanpa berunding sama sekali dengan beliau. Tindakan tersebut
juga menyebabkan kedudukan beliau agak terancam.
Perlucutan Jawatan
Pihak British memaksa Sultan Ahmad untuk melucutkan gelaran 'Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan'. Hugh
Clifford iaitu salah seorang wakil British memberikan alasan Dato' Bahaman ialah seorang penderhaka. Akan tetapi
kenyataan yang sebenarnya berkaitan perlucutan itu ialah kerana Dato' Bahaman enggan mematuhi arahan British.
Tindakan British itu memalukan beliau dan Dato' Bahaman bersumpah akan menghalau British dari Pahang.
Sumber : Wikipedia.org

Kalendar Pautan Popular

September 2023 Pejuang Tempatan - Dato' Bahaman


MCMC Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,
S M T W T F S Temerloh
USP MCMC Makanan Melawan GERD ( Reflux Asid
1 2
Perut )
3 4 5 6 7 8 9 Maklumat Am
TM
10 11 12 13 14 15 16 JKKR
17 18 19 20 21 22 23 MSC Malaysia
24 25 26 27 28 29 30
KKMM

MDEC

MAMPU

Hubungi Kami Kemaskini Terakhir

Pusat Internet Felda Bukit Damar, Bangunan Balairaya Felda MENARIK DI PEDi SEPANJANG
Bukit Damar, Lanchang, 28500, Pahang Darul Makmur SEPTEMBER INI !!
Jadual September 2023
damar@pjk.com.my
IKLAN JAWATAN KOSONG PEDi
PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) FELDA
BUKIT DAMAR
Jadual Ogos 2023

© 2023 MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. All Rights Reserved.

feldabukitdamar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/sejarah/66-pejuang-tempatan-dato-bahaman 2/2

Anda mungkin juga menyukai