Anda di halaman 1dari 16

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI PUTRA

43000 KAJANG, SELANGOR

KAJIAN KES SEJARAH


TAJUK: PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN

Disediakan oleh:
MUHAMMAD ANAS BIN MOHD SHAIFUL SHAHRIZAM
5 SETIA

Nama Guru Mata Pelajaran:


PUAN SITI RUBIAH BINTI YUSOF
1. PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat
menyiapkan kerja yang diamanahkan kepada saya. Banyak
ilmu yang saya dapat sepanjang tempoh menyiapkan
tugasan ini. Antaranya ialah saya lebih mengenali tokoh-tokoh
perjuangan secara mendalam serta banyak pengajaran yang
dapat diambil. Saya juga dapat meningkatkan kemahiran
saya dalam menggunakan komputer. Saya amat berterima
kasih terutamanya kepada guru kelas saya iatu Ustazah Siti
Khamsinah, guru sejarah saya iaitu Puan Siti Rubiah dan kedua
ibu bapa saya yang banyak membantu dalam menyiapkan
tugasan ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

2. PENDAHULUAN
Kajian kes ini bertajuk perjuangan tokoh tempatan menentang
penjajahan British. Seramai 11 tokoh perjuangan yang
dihuraikan secara ringkas dalam bentuk peta minda dalam
buku skrap ini.

3. PENYATAAN MASALAH
Penjajahan dan campur tangan British di negara kita telah
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin
tempatan. Pemimpin-pemimpin ini telah bangkit memimpin
rakyat supaya berjuang dengan gigih untuk mempertahankan
kedaulatan tanah air. Mengenal pasti tokoh-tokoh tempatan
dan sejarah perjuangan mereka.

4. OBJEKTIF KAJIAN KES


a. Menyenaraikan tokoh-tokoh tempatan yang menentang
penjajahan British.
b. Menyatakan peristiwa penentangan tokoh tempatan
terhadap British.
c. Menyatakan sebab penentangan tokoh tempatan
terhadap British.

Muka surat 1
5. NAMA TOKOH-TOKOH TEMPATAN YANG MENENTANG BRITISH
a. Dol Said
b. Rentap
c. Sharif Masahor
d. Yamtuan Antah
e. Dato’ Maharaja Lela
f. Dato’ Bahaman
g. Tok Janggut
h. Mat Salleh
i. Antanom
j. Haji Abdul Rahman Limbong
k. Raja Mahadi

6. NEGERI-NEGERI YANG TERLIBAT DALAM MENENTANG BRITISH


a. Melaka
b. Sarawak
c. Selangor
d. Negeri Sembilan
e. Perak
f. Pahang
g. Kelantan
h. Borneo Utara (Sabah)
i. Terengganu

Muka surat 2
7. TOKOH-TOKOH YANG TERLIBAT

7.1 DOL SAID

Menentang British bagi


1831, berjaya mengalahkan British
mempertahankan
dengan menggunakan tektik Perang
kedaulatan Naning. Gerila dan mendapat bantuan
pembesar dari daerah Seri Menanti,
Sungai Ujong, Johol dan Muar.

Menentang pelaksanaan undang-


undang British dan bayaran cukai.

1832, British bertindak British terpaksa


menawan pusat membelanjakan 100 ribu
pentadbiran Naning dan paun sterling untuk
membakar rumah mengalahkan Dol Said.
penduduk.

British hanya dapat 1832, Dol Said telah


menewaskan Dol Said ditewaskan dan tinggal
dalam serangan yang dalam buangan di Melaka.
ketiga.

Muka surat 3
7.2 RENTAP

James Brooke telah mendirikan kubu di


Nanga Skrang untuk mengawasi
pergerakan orang Iban.

Menentang James Brooke kerana


anggap orang Iban sebagai lanun dan
telah menghapuskan petempatan
mereka.
1853, Rentap menyerang kubu James
Brooke di Nanga Skrang dan
mencapai kejayaan.

SARAWAK

Rentap membina kubu pertahanan di


Bukit Sadok. Ramai pahlawan Iban yang
menyokongnya.

Pertempuran yang sengit berlaku


antara Rentap dan James Brooke di
Bukit Sadok.
Rentap telah berundur ke Sungai Entabai
dan tidak dapat dikesan selepas itu.

Muka surat 4
7.3 SHARIF MASAHOR

1855, Sharif Masahor telah menyerang Mukah.


Beliau berjaya mengusir keluar pembesar
tempatan yang menyokong James Brooke.

Menentang James Brooke yang


meluaskan kuasa ke atas Wilayah Sarikei
dan mengambil alih kuasa pentadbiran.

Sharif Masahor bersama sama dengan Datu


Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung
Hasyim telah mengadakan kerjasama untuk
menyerang Kuching.

SARAWAK

Sharif Masahor tidak dapat mengalahkan


pasukan tentera Charles Brooke, anak
saudara James Brooke dan berundur ke
Mukah.

1861, Sharif Masahor ditewaskan dan


dibuang negeri ke Singapura.

Setelah dibebaskan, Sharif Masahor menuju ke


Selangor untuk membantu Raja Mahadi dalam perang
saudara yang dikenali sebagai Perang Klang.

Muka surat 5
7.4 DATO’ MAHARAJALELA

Menentang British kerana British memperkenalkan


sistem cukai baharu dan campur tangan dalam
adat resam orang Melayu.

Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan


pembesar-pembesar lain telah mengambil
keputusan untuk membunuh J.W.W. Birch.

PERAK

Dato’ Maharaja Lela dan Seputum telah


membunuh J.W.W. Birch.

Dato’ Maharaja Lela telah ditangkap


dan dijatuhkan hukuman gantung
pada tahun 1877.

Muka surat 6
7.5 YAMTUAN ANTAH

Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan


tindakan British menyokong tindakan Dato’ Kelana
yang mengishtiharkan Terachi sebagai
wilayahnya.

Yamtuan Antah telah menawan Paroi


dan membina kubu pertahanan.

Menentang British kerana tidak bersetuju


dengan perjanjian antara British dengan
Dato’ Kelana Sungai Ujong.

NEGERI
SEMBILAN

Yamtuan Antah terpaksa berundur


ke Bukit Putus.

Pihak British mengalahkan pasukan


Yamtuan Antah.

Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai


Yamtuan Besar Seri Menanti.
Yamtuan Antah dan British telah
mengadakan rundingan perdamaian.

Muka surat 7
7.6 DATO’ BAHAMAN

Menentang British disebabkan kehilangan


hak mengutip cukai dan dilucutkan gelaran
sebagai pembesar.

1891, Dato’ Bahaman menyerang Balai Polis


Lubuk Terua dan menawan kembali Lubuk
Terua dengan bantuan Tok Gajah dan anak
Mat Kilau.

PAHANG

1894, Dato’ Bahaman menawan Kuala


Tembeling dan Jeram Ampai. walau
bagaimanapun British telah bertindak
menawan semula Jeram Ampai.

Dato’ Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan


dan mendapat perlindungan di Chiengmai,
Thailand.

Muka surat 8
7.7 TOK JANGGUT

1951, Tok Janggut telah melancarkan


serangan ke atas Pasir Putih.
Tok Janggut menentang British disebabkan
cukai dan peraturan tanah baharu yang
membebankan.
K
E
L
A
N
T
A
N

Pihak British bertindak menyerang Tok


Janggut yang berkubu di Kampung
Saring.

Tok Janggut terkorban dalam pertempuran


itu.

Muka surat 9
7.8 MAT SALLEH

Mat Salleh membantah cukai yang


dikenakan serta peraturan baharu
yang membebankan.

Menentang Syarikat Borneo Utara British


(SBUB) kerana kehilangan kawasan
pengaruh.
S
A
B
A
H

1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu


di Ranau dan menyerang Pulau Gaya
dan Ambong.

Mat Salleh telah ditewaskan di Tambunan


dan dikatakan telah terkorban.

Muka surat 10
7.9 ANTANOM

Menentang SBUB kerana kehilangan kuasa dan


pengaruh, menentang pembayaran cukai yang
dikenakan, menjadikan orang Murut sebagai
buruh paksa dan menceroboh kawasan hutan
orang Murut untuk membina jalan.

Antanom telah
menyatukan orang Murut
untuk menentang SBUB.

SABAH

1915, Antanom telah


menyerang persiangan dan
membina kubu di Sungai
Selangit.

Terkorban dalam
pertempuran di Sungai
Selangit.

Muka surat 11
7.10 HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

Menentang British kerana penguatkuasaan undang-undang


binatang buas, peraturan tanah baharu dan pas
kebenaran untuk menjalankan aktiviti pertanian.

Pihak British juga telah mengancam akan mengambil


tindakan undang-undang ke atas mereka yang enggan
membayar cukai.

1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam untuk membela
petani di Kuala Telemong yang di tangkap kerana menentang peraturan
baharu. Mereka telah membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran.

TERENGGANU

Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang


menyebabkan para petani telah menduduki balai polis dan
bangunan kerajaan di Kuala Berang.

Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji


Abdul Rahman Limbong telah ditangkap.

Beliau telah dijatuhi hukuman buang negeri ke


Mekah.

Muka surat 12
7.11 RAJA MAHADI

Raja Mahadi menentang campur tangan British dalam


pentadbiran Klang dan perusahaan bijih timah.

Raja Mahadi juga tidak berpuas hati dengan pelantikan


Tengku Kudin sebagai Yamtuan Selangor oleh British.

Tengku Kudin dan Raja Abdullah telah


bekerjasama untuk menentang Raja Mahadi.

SELANGOR

Raja Mahadi telah mengambil tindakan untuk


menyerang Yap Ah Loy di Kuala Lumpur kerana
telah bekerjasama dengan Tengku Kudin.

Raja Mahadi telah dapat dikalahkan dan dihantar ke Johor.


Beliau meninggal dunia di sana.

Muka surat 13
8. NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI DAN DIAMBIL
IKTIBAR OLEH GENERASI SEKARANG
a. Berani mempertahankan kedaulatan daerah masing-
masing.
b. Memperjuangkan hak dan keadilan.
c. Sanggup terbunuh atau dibuang daerah.
d. Bekerjasama untuk berjaya.
e. Mempunyai perancangan dan strategi yang berkesan.

9. SENARAI BAHAN RUJUKAN


a. Buku teks sejarah tahun lima

b. Internet

Muka surat 14
10. SENARAI KAEDAH KAJIAN YANG DIGUNAKAN
a. Pembacaan buku
b. Pencarian melalui internet

Muka surat 15

Anda mungkin juga menyukai