Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH HIDUP DATO' BAHAMAN BIN IMAM NUH

Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang,
Kampar, Sumatera, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa
Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat
dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan
'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak
bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat
persinggahan British.

Dato Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan
menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan
Ahmad menaiki takhta, Dato Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.

Dato Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan
dianugerahkan dengan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana
beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang
saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin
pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang,
Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato Bahaman telah dilantik
oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan
Dato Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak
berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

(i) Sejarah dan Latar Belakang - nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh
- dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan
- diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perangsaudara di
Pahang dan Perang Klang di Selangor
- dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara
- Dato Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang
(ii)Faktor Penentangan
a)Hilang Hak Mengutip Cukai
- Dato Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai Pegawai
Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh
- Dato Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh
b)Pembinaan Balai Polis
- pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding
terlebih dahulu dengan Dato Bahaman
- konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius
- Dato bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta
mengancam kedudukannya
c)Perlucutan Gelaran
- Hugh Clifford menganggap Dato Bahaman sebagai penderhaka kerana
enggan mematuhi arahan British
- British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato Setia Perkasa
Pahlawan Semantan
- tindakan British memalukan Dato Bahaman dan beliau bersumpah
menghalau keluar British dari Pahang

(iii) Peristiwa Penentangan


- 16 Disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut Dato Bahaman kerana
mengutip hasil hutan tanpa kebenaran
- tindakan British itu menyebabkan Dato Bahaman dan pengikutnyamenyerang Balai
Polis Lubuk Terua
- peristiwa ini mencetuskan perang
- 26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tenterauntuk menawan
semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran diKelubi
- Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura
- Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat
Pahang -pasukan tentera dinamakanGerakan Sultanyang disertai oleh J.P.Rodger
ditubuhkan
- British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000 butir peluru
- Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11buah kubu
Dato Bahaman di Bentong
- Mac 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Terua
- pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu
- di terengganu ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang
berjihad menentang British
- 14 Jun 1894 Dato Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling
dan Jeram Ampai
- British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawansemula Jeram
Ampai
- Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan
- pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British diPahang
(iv)Kesan Penentangan
- Dato Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British
- kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan
Pahang
- kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 1894
- British terpaksa menanggung hutang yang banyak
- Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi
menyelesaikan hutang tersebut.

Makam Tok Guru Peramu @ Dato' Bahaman

PENUTUP: Pada tahun 1911, Dato Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat
Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani,
Siam. Pada tahun 1920, Dato Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang
(Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato
Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru
Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjumg Medang, Kg.
pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan
Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato Bahaman tinggal di Kg. Peramu
sehingga kematiannya. Info di sunting dan dirujuk daripada pelbagai sumber daripada
aku anakpahang.

AAP - Alfatihah dan jasa mu tetap dikenang oleh anak cucu sebagai Pahlawan bangs
ISI KANDUNGAN

1.SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

2.FAKTOR PENENTANGAN

3.KESAN PENENTANGAN

4.PENUTUP
DATUK BAHAMAN

TOKOH PEJUANG
KEMERDEKAAN
NEGERI PAHANG

AISYAH MAWADDAH

5 DILIGENT (2014)

SK PENGKALAN TENTERA

Anda mungkin juga menyukai