Anda di halaman 1dari 1

3.

3 Peristiwa penentangan Dol Said

Peristiwa penentangan Dol Said atau Taring Dol Said mula kelihatan apabila beliau dilantik sebagai
Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said
merupakan pemerintah Naning yang kesembilan membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh
pihak British. Corak penentangan Dol Said dan pengikutnya berlaku antara tahun 1831 hingga 1833 di
Naning.

Hal ini kerana British telah campur tangan dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri tersebut
dan jelas dapat dilihat apabila British menguasai Melaka dan mendakwa bahawa Naning adalah
sebahagian daripada Melaka.
Pihak British telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Ini sebagaimana Naning
memberi kepada Belanda dahulu dan perjanjian dengan British pada tahun 1801. Menurut perjanjian
tersebut, Naning perlu menyerahkan satu persepuluh hasil negerinya. Bagaimanapun, pihak Naning
menjelaskan bahawa pemberian kepada Belanda itu atas tanda persahabatan dan tanpa paksaan.

Pada tahun 1831, British telah menghantar satu ekspedisi bersama 200 orang tentera menyerang
Naning akan tetapi dapat dipatahkan oleh Dol Said dan pengikut-pengikutnya. Dol Said secara keras
membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan
dengan menentang British melalui bantuan Penghulu Remai, Dato Kelana Sungai Ujong, Yan Tuan Ali
Rembau Syed Shaban dan Penghulu Gemencheh. Dengan pimpinannya itu, beliau telah berjaya mendapat
sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula
pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan
tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana
perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.

Bagaimanapun, pada tahun 1832, British telah menghantar 1200 orang tentera sekali lagi bertindak
melancarkan serangan ke atas Naning untuk mengembalikan maruah mereka yang tercalar. Namum,
Penghulu Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak mendapat sebarang bantuan menyebabkan Dol Said
berjaya dikalahkan dan pertempuran kali ini telah memihak kepada British. Dol Said akhirnya terpaksa
berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4
bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah
peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

Namum, pihak Naning tewas bukan kerana tidak mempunyai kepakaran atau strategi yang jitu,
akan tetapi pihak Rembau telah berpaling tadah dengan tidak menghantar tentera mereka seperti
dijanjikan kepada Naning. Pada masa yang sama juga, pihak Rembau telah memberitahu kepada pihak
British mengenai kelemahan Naning iaitu pihak Naning hanya boleh dikalahkan dengan menaburkan tulang
babi dan anjing kekawasan sempadan Naning.

Oleh yang demikian, berakhirlah kerajaan Naning pada 1832 setelah sekian lama bertahan dari
serangaan Portugis, Belanda dan British. Kekalahan mereka bukan kerana pihak asing tetapi oleh kerana
bangsa sendiri yang menikam dari belakang. Orang melayu hanya dapat mencapai kegemilangannya jika
mereka bersatu hati.

Anda mungkin juga menyukai