Anda di halaman 1dari 3

KESAN PENJAJAHAN BELANDA KE ATAS NEGERI-NEGERI MELAYU

Selepas kejatuhan Portugis, Tanah Melayu menyaksikan era penjajahan Belanda yang
berlangsung selama 154 tahun iaitu sejak tahun 1641 hingga tahun 1795. Penjajahan Belanda
di Timur bermula apabila mereka berjaya menguasai Betawi dan menghalau kuasa Inggeris
selepas pembunuhan beramai-ramai di Ambon pada tahun 16231. Rentetan peristiwa tersebut,
Belanda merancang untuk melakukan sekatan perdagangan di Selat Melaka agar dapat
menamatkan persaingan dengan Portugis di Melaka. Kejayaan Belanda menundukkan kuasa
besar Portugis sebenarnya adalah disebabkan Belanda menerima bantuan daripada angkatan
tentera Johor-Riau. Meskipun pada mulanya Belanda seakan-akan menjalinkan hubungan
yang baik dengan Johor namun hakikatnya Belanda hanya memanfaatkan Johor demi
merealisasikan impiannya iaitu menguasai perdagangan rempah di kepulauan Melayu dan
memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu. Kelicikan kuasa Belanda
menakluki Tanah Melayu khususnya negeri Melaka, Johor, Perak dan Selangor boleh dilihat
jelas melalui kesan penjajahan yang berlaku dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

POLITIK
Berakhirnya pengaruh Portugis merupakan salah satu kesan politik yang boleh dilihat jelas
akibat daripada kejayaan Belanda menakluki Melaka pada tahun 1641. Peristiwa penaklukan
Belanda terhadap Melaka adalah tidak sama seperti Portugis. Hal ini dikatakan demikian
kerana kejayaan yang diperoleh oleh Belanda bukanlah hasil usaha Belanda semata-semata.
Hubungan persahabatan yang terjalin di antara Johor dan Belanda menyebabkan Johor
bersetuju memberikan bantuan kepada Belanda untuk menyerang Portugis di Melaka pada
ketika itu. Hubungan ini terjalin kerana kedua-dua buah kuasa ini menyimpan hasrat yang
sama iaitu mengusir Portugis dari Melaka demi merealisasikan impian mereka. Johor ingin
menebus kembali taktha kerajaan Melayu Melaka manakala Belanda pula ingin menguasai
aktiviti perdagangan yang berlaku di Selat Melaka. Menurut Haryati Hassan, Belanda
percaya bahawa sesiapa sahaja yang berjaya menguasai dan mengawal Selat Melaka maka
merekalah yang dapat menguasai sepenuhnya kekayaan perdagangan yang melaluinya 2.
Dengan wujudnya kesepakatan tersebut, angkatan Johor-Belanda berjaya menakluki Melaka
sekaligus mengakhiri era penjajahan Portugis di Melaka yang sudah berlangsung selama 130
tahun sejak peristiwa hitam 1511.

Selain itu, wujudnya Perjanjian Inggeris-Belanda juga adalah salah satu kesan yang
memberi impak terhadap institusi pemerintahan di Tanah Melayu khususnya negeri Johor.
1

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin & Ahmad Sohaimi Lazim (2009) Kenegaraan dan
Ketamadunan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hlm. 44.
2
Haryati Hassan (2012) Malaysia: Melaka Hingga Negeri-Negeri Melayu Baru. Perak Darul Takzim: Universiti
Pendidikn Sultan Idris. Hlm. 30.

Menurut Syariefudin Abdullah, kuasa Eropah Inggeris dan Belanda ini sudah bermusuhan
selama lebih daripada 200 tahun. Oleh itu, perjanjian ini dimeterai adalah bertujuan untuk
menamatan pergeseran yang berterusan demi menjaga kepentigan masing-masing3. Perjanjian
ini telah mengakibatkan empayar Johor-Riau mengalami keruntuhan dan kepulauan Melayu
turut dibahagikan kepada dua bahagian yang membezakan pengaruh Belanda dan Inggeris.
Ini terbukti apabila negeri-negeri yang terletak di Utara Selat Singapura serta Melaka menjadi
jajahan British manakala kawasan Selatan Selat Singapura, Sumatera dan Jawa pula menjadi
jajahan Belanda.

EKONOMI
Pertapakan Belanda di Melaka pada tahun 1641 telah mencorakkan pelbagai kesan terhadap
ekonomi di negeri-negeri Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana hubungan yang terjalin
di antara Johor dan Belanda telah membolehkan Johor membangunkan semula ekonomi
perdagangan yang telah terbantut akibat daripada peristiwa Perang Segi Tiga yang tidak
berkesudahan semasa pendudukan kuasa Portugis di Melaka4. Berkat kebijaksanaan Sultan
Johor yang memerintah pada ketika itu hubungan baik yang terjalin berkekalan hingga tahun
1784. Ikatan persahabatan yang terjalin mengizinkan para pembesar dan saudagar tempatan
untuk berdagang sesuka hati di sepanjang Selat Melaka tanpa ada sebarang sekatan daripada
pihak Belanda kerana sesungguhnya kuasa Belanda sangat terkenal dengan sifatnya yang
suka mengamalkan dasar monopoli terhadap mana-mana kuasa yang dijalinkan hubungan
bersama. Dengan demikian maka jelaslah bahawa pertapakan Belanda di Melaka
sememangnya telah membuka lembaran baru terhadap Johor untuk bangkit dan
menghidupkan kembali aura kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka yang menjadi tunjang
kewujudan Kerajaan Melayu Johor-Riau.
Namun begitu, pertapakan Belanda turut mempamerkan kesan negatif terhadap
kegiatan ekonomi di negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah seperti Perak dan
Selangor. Pada mulanya tujuan utama Belanda datang ke Timur adalah untuk menguasai
perdagangan Selat Melaka dan membolosi perdagangan rempah, namun apabila Belanda
menyedari akan kekayaan sumber bahan mentah di Tanah Melayu maka Belanda pun
berhasrat untuk menguasainya. Ini terbukti apabila Belanda memaksa Acheh supaya
membenarkan mereka membeli semua bijih timah di Perak. Namun, kemerosotan
perdagangan yang dialami Acheh telah menyebabkan Perak tidak bersetuju dengan rundingan
tersebut dan terus menjual hasil bijih timah kepada pedagang-pedagang lain. Keadaan ini
telah meretakkan hubungan Belanda dengan Perak. Di samping itu, peristiwa Raja Haji
memerangi Belanda di Melaka pada tahun 1784 telah menjadi titik permulaan hancurnya
hubungan persahabatan yang terjalin antara Johor dan Belanda sejak sekian lama.

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin & Ahmad Sohaimi Lazim (2009) Kenegaraan dan
Ketamadunan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hlm. 45.
4
Mardiana Nordin Hasnah Hussin (2014) Pengajian Malaysia Edisi Kelima. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar
Sdn. Bhd. Hlm. 37.

SOSIAL
Wujudnya kesedaran nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan merupakan kesan
sosial yang sangat ketara akibat daripada penjajahan Belanda di Tanah Melayu. Kebangkitan
semangat cinta akan tanah air ini dapat dilihat dengan jelas melalui penentangan yang berlaku
di negeri Johor, Perak dan Selangor. Sebagai contoh, pembinaan loji bijih timah oleh pihak
Belanda di Kuala Sungai Perak telah mengakibatkan penduduk tempatan menyerang dan
membunuh 27 orang pegawai Belanda yang bertugas di samping memusnahkan loji tersebut5.
Tindakan yang dilakukan oleh penduduk tempatan ini adalah disebabkan oleh perasaan cinta
mereka terhadap tanah air hingga mengakibatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja
demi mempertahankan tanah air mereka iaitu Perak. Kesedaran ini semakin jelas terserlah
apabila penduduk Perak tidak henti-hentinya melakukan serangan terhadap kubu Belanda di
Pulau Pangkor meskipun turut menerima serangan balas yang hebat daripada pihak Belanda.

Haryati Hassan (2014) Malaysia: Melaka Hingga Negeri-Negeri Melayu Baru Edisi ke-2. Perak Darul Takzim:
Universiti Pendidikn Sultan Idris. Hlm. 5.

Anda mungkin juga menyukai