Anda di halaman 1dari 3

Kedah Tua

Kedah Tua dikatakan melalui dua tahap perkembangan. Tahap pertama bermula pada
abad ke-5 atau 6 Masihi hingga abad ke-10 yang dikenali sebagai tahap Sungai Mas dan tahap
kedua pula bermula pada abad ke-11 hingga abad ke-14 Masihi yang dikenali tahap Lembah
Bujang. Terdapat pelbagai sebutan bagi nama Kedah. Menurut Abdul Rahman Abdullah
(2003), berdasarkan catatan I-Ching dari China ada menyebutkan Kedah sebagai Chieh-cha
manakala berdasarkan sumber India, Kedah disebut dalam bahasa Sanskrit sebagai Kataha,
atau dalam bahasa Tamil pula dikenali sebagai Kadaram dan Kalagam. Dalam catatan Arab
pula, Kedah disebut sebagai Qalha ataupun Qaddah.1
Terdapat beberapa ciri politi Kedah Tua iaitu sebagai pusat perdagangan. Kerajaan
Kedah Tua berada di laluan hujung utara Selat Melaka di mana ia merupakan pelabuhan
persinggahan bagi pelayar-pelayar. Kapal-kapal yang belayar dari Arab, Parsi, India, Ceylon
di Teluk Benggala akan singgah di Kedah terlebih dahulu sebelum belayar ke Selat Melaka. 2
Dalam hal ini, Gunung Jerai memainkan peranan yang penting kerana para pelayar dan
pedagang berpandukan Gunung Jerai sebagai petunjuk arah supaya mereka tidak tersesat. 3
Kedah Tua bukan sahaja merupakan pelabuhan transit yang menerima kemasukan barangan
luar, malah ia juga merupakan pusat perdagangan iaitu entrepot yang menawarkan
barangannya sendiri. Antara barangan tersebut ialah emas, bijih, dan lada hitam dan hasilhasil hutan seperti damar, rotan, tanduk, gading dan lain-lain. 4 Pada kurun pertama, pedagangpedagang India dari Pantai Koromandel mula membanjiri Semenanjung Tanah Melayu
dengan membawa kain-kain dan alatan besi yang bertujuan untuk menukarkannya dengan

Abdul Rahman Abdullah. 2003. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan
Sesudah Pengaruh Islam. Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlm 85-86.
2
Ibid. Hlm 87.
3
Haji Ibrahim Ismail. 2008. Sejarah Kedah Sepintas Lalu. Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia. Hlm 6.
4
Abdul Rahman Abdullah. 2003. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan
Sesudah Pengaruh Islam. Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Hlm 87.

hasil hutan yang ditawarkan oleh Kedah Tua seperti damar, kapur barus dan emas urai. 5
Terdapat seorang pengembara yang bernama Ibnu Muhalhil menceritakan tentang sebuah
negeri Kalah iaitu Kedah yang terkenal kerana hasil galian bijih timahnya. 6 Kesan-kesan
penemuannya wujud sejak abad pertama lagi walaupun penggunaanya terhad. Zaman
kegemilangan Kedah Tua dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak dan manik yang
dibawa dari India iaitu pada zaman pemerintahan Sultan al-Mutawakil.7
Dari segi agama, sebelum kedatangan Islam, pada kurun ke-6 hingga ke-10 anutan
agama yang utama Kerajaan Kedah Tua ialah agama Buddha. Pada kurun ke-11 hingga ke-14
agama utamanya ialah Hindu-Siva. Berdasarkan Abdul Rahman Abdullah, menurut pendapat
H.G Quaritch-Wales, tugu-tugu yang ditemui di Lembah Bujang adalah merupakan kuil-kuil
Hindu atau Buddha yang mempunyai tiruan daripada kuil-kuil di India Selatan. Hal ini telah
membuktikan pedagang Indialah yang memainkan peranan utama dalam menyebarkan agama
Hindu di Asia Tenggara kerana penemuan kuil-kuil tersebut lebih jelas menonjolkan sifat
keindiaan. Pendapat ini disangkal oleh Alastair Lamb di mana beliau menyatakan bahawa
penemuan cepu-cepu batu hampar (granite) di Candi Bukit Batu Pahat di kawasan Lembah
Bujang yang mengandungi beberapa benda pemujaan purba di mana ia menunjukkan berlaku
pemujaan tantrik iaitu sejenis pemujaan sinkretisme Hindu-Siva dengan Buddha-Mahayana
serta unsur-unsur pemujaan nenek moyang. Cepu-cepu batu hampar tersebut tidak boleh
ditemui di India. Hal ini membuktikan bahawa cepu-cepu yang tertimbun di bawah bahagian
tapak tempat suci Candi Bukit Batu Pahat merupakan satu ciri tradisi dan bukan tiruan
daripada India.8 Hasil daripada kajian-kajian arkeologi yang dijalankan di Lembah Bujang,
ditemui banyak candi seperti Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pengkalan Bujang, Candi
5

Haji Ibrahim Ismail. 2008. Sejarah Kedah Sepintas Lalu. Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia. Hlm 2-3.
6
Ibid. Hlm 5.
7
Mohd Supian Sabtu. 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Hlm 45.
8
Abdul Rahman Abdullah. 2003. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan
Sesudah Pengaruh Islam. Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlm 88.

Bendang Dalam, Candi Sungai Batu, Candi Ladang Sungai Batu dan Candi Pendiat. Candicandi yang lebih tua dibina lebih dekat dengan pelabuhan. 9 Namun, setelah kedatangan Islam,
Kedah Tua telah bertindak memusnahakan kesan-kesan agama Hindu yang terdapat di negeri
itu.
Dari segi sistem tulisan, terdapat penemuan arkeologi di Cheruk Tok Kun yang
terletak di Seberang Perai iaitu serpihan prasasti dalam bahasa Sanskrit yang ditulis pada abad
yang keempat. Terdapat lagi penemuan prasasti yang kemudian sedikit daripada itu yang
dijumpai di sebelah selatan dekat Bukit Meriam. Ia ditulis di atas sekeping batu luh dalam
sebuah rumah batu yang runtuh yang berkemungkinan menjadi bilik pertapaan seorang rahib
Buddha. Prasasti tersebut mengandungi dua rangkap ajaran Buddha dalam bahasa Sanskrit
yang ditulis dalam tulisan Pallava.10 Namun setelah kemasukan agama Islam, sistem tulisan
yang digunakan ialah tulisan Jawi. Terdapat penemuan batu nisan yang bertarikh 219 Hijrah
iaitu bersamaan dengan 903 Masihi di mana ia berinskripsikan nama Sheikh Abdul Kadir
ibnu Hussain Shah Alirah.11

Ibid. Hlm 89.


Haji Ibrahim Ismail. 2008. Sejarah Kedah Sepintas Lalu. Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia. Hlm 4.
11
Ibid. Hlm 18.
10

Anda mungkin juga menyukai