Anda di halaman 1dari 8

Penjajahan Belanda

• Belanda mula memberi perhatian kepada Kepulauan Melayu pada hujung


kurun ke 17 bagi memperolehi rempah secara langsung dari timur dan
bukan melalui orang Portugis. Oleh itu, untuk menguasai gugusan ini
mereka perlu menguasai Melaka yang merupakan tempat strategik.
Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka daripada
penguasan Portugis pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah gagal.

• Namun orang Belanda dapat menewaskan Portugis selepas enam bulan


dikepung dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor terdiri
daripada 40 buah perahu perang membawa 1500 orang askar Melayu
pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada 14 Januari 1641 Belanda
berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki Melaka(1511-
1641). Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu dengan membuat
perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan Belanda sahaja . Ini
menimbulkan penentangan orang Melayu khususnya pembesar-pembesar
terutama di Naning, Perak, Johor, dan Selangor.
• Era penjajahan Portugis berakhir setelah 130 tahun menjajah Melaka dan
bermula pula era penjajahan Belanda. Ekspedisi yang terawal tiba di Kepulauan
Melayu pada tahun 1559. Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di
Kepulauan Melayu ini kerana hendak mendapatkan bahan-bahan rempah, buah
pala dan cengkih. Ini telah mendorong pedagang-pedagang Belanda ini
bergabung membentuk “Syarikat Bersatu Hindia Timur” pada 20 Mac 1602 yang
digelar V.O.C.

• Tujuan utama penubuhan VOC adalah menguasai perdagangan rempah dan


memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga ingin menyingkir Portugis yang
sedang bergiat dalam perdagangan di rantau Melayu. Pada tahun 1619, Belanda
telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan
perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang dunia selain Melaka.Untuk
memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda
telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka
berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan
warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641.
• Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul
Jalil, pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan
pengaruhnya dalam perdagangan di negara ini dengan melampaui
sempadan Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli
perdagangan timah dengan Perak dengan mengadakan satu
perjanjian.

• Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari sikap


mereka itu.Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak
persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka
nampaknya menjadi seolah-olah “retak menanti belah”. .Keadaan ini
akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan
ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18.
• Belanda di Melaka berusaha menguasai perdagangan di selat Melaka
khususnya bijih timah. Oleh itu Belanda cuba mendapatkan kuasa
memonopoli membeli dan menjual bijih timah di Perak. Belanda cuba
mempengaruhi Sultan Perak (Sultan Muzaffar Syah) membenarkan
Belanda memonopoli bijih timah di Perak tetapi hasratnya ditolak.
Dengan ini Belanda menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul Alam
Safiatuddin bagi membenarkan Belanda berdagang di Perak.

• Keadaan ini menyebabkan Sultan Perak terpaksa menandatangani


perjanjian dengan membenarkan Belanda mendirikan lojinya di Kuala
Perak pada 15 Ogos 1650. Perhubungan ini tidak disenangi oleh
segolongan bangsawan Perak terutama Syahbandar dan Temenggung.
Mereka menganggap perjanjian tersebut menghalang kebebasan
mereka kerana sebelum ini mereka menjual bijih timah kepada
saudagar Cina dan India denga harga yang tinggi berbanding Belanda
yang menawarkan tawaran yang rendah dan tidak menarik .
Belanda di Melaka
• Pada tahun 1619 , Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa
.Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan sebagai alternatif
kepada para pedagang dari seluruh dunia .Lama -kelaman ,situasi ini
telah menyebabkan kemerosotan populariti Portugis di Melaka.

• Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas


Melaka bagi memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara
lenyap sama sekali .Tindakan ini menarik pedagang -pedangan asing
dan serantau ke Betawi ,
• Akhirnya pada tahun 1641 ,Belanda berjaya mengusir Portugis dari
Melaka dengan bantuan kerajaan Johor.

• Selepas menguasai Pelabuhan Melaka ,Belanda ( V. O .C ) telah


melaksanakan beberapa dasar demi menjayakan matlamat mereka
seperti yang berikut.

• Mewajibkan setiap kapal pedagang mendapatkan pas


kebenaran berdagang di Melaka .

• Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri -negeri Melayu (


terutama di Perak, Selangor dan Sungai Ujong ) dengan
menandatangani perjanjian dengan raja-raja Melayu .
• Ketika menduduki Melaka , Belanda dikatakan telah mengumpul
hasil-hasil timah negeri-negeri Melayu berjumlah 500 ribu paun pada
akhir abab ke -17 hingga ke-18 .Dagangan timah sememangnya
sangat berkembang pada era ini .Pedagang Cina dikatakan amat
meminati timah-timah dari Tanah Melayu yang disebut lebih mudah
ditempa berbanding dengan timah dari Barat .

Anda mungkin juga menyukai