Anda di halaman 1dari 20

1

PENGHARGAAN

Saya Muhammad Daniel Amsyar dari kelas 5 Ibnu Hajar merakamkan

ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu

saya menyiapkan dan menjayakan Buku Skrap Sejarah (Tokoh-Tokoh

Tempatan) ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik Mohd Kamri bin Mamat dan Puan

Noraini binti Mohd Nawi yang telah memberikan dorongan dan

bimbingan dari segi mendapatkan maklumat-maklumat Tokoh-Tokoh

Tempatan sepanjang cuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah

Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Selain itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada guru

Sejarah saya iaitu Encik Aznordin bin Jahan yang telah memberi tunjuk ajar

dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan buku skrap ini. Akhir

sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan

bantuan dari segi idea sepanjang buku skrap ini dilaksanakan dan

disiapkan.

2
ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

PENGHARGAAN 2

PENDAHULUAN 4

HASIL KAJIAN 5 - 17

KESIMPULAN 18

RUJUKAN 19

3
PENDAHULUAN

Kajian kes ini bertajuk Perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan. Seramai 10

orang tokoh-tokoh tempatan dihuraikan secara ringkas di dalam buku

skrap ini. Semoga jasa dan perjuangan tokoh-tokoh tempatan ini akan

dapat di ketahui dan disanjung oleh generasi-generasi yang akan datang.

4
HASIL KAJIAN

Dol Said (Melaka)


Biodata Ringkas ▪ Nama sebenar: Abdul Said bin Omar.

Peristiwa Penentangan ▪ Pada 1831, beliau berjaya mengalahkan


British dengan taktik perang gerila.

▪ Mendapat bantuan pembesar daerah Seri


Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar

▪ Pada 1832, beliau tewas kepada British


dalam serangan ketiga dan tinggal dalam
buangan di Melaka.

Sebab-Sebab ▪ Mempertahankan kedaulatan Naning.


Penentangan
▪ Pelaksanaan undang-undang British.

▪ Menentang bayaran cukai.

5
Dato’ Bahaman (Pahang)
Biodata Ringkas ▪ Nama sebenar: Abdul Rahman Imam Noh

Peristiwa Penentangan ▪ Pada 1891, beliau menyerang Balai Polis


Lubuk Terua. Tercetusnya Perang
Semantan.

▪ Pada 1892, Gerakan Sultan telah


ditubuhkan dan disertai J.P Rodger. Berjaya
menawan 11 kubu Dato’ Bahaman.

▪ Pada 1894, beliau menawan Kuala


Tembaling dan Jeram Ampai tetapi Jeram
Amapai ditawan semula oleh British.

▪ Beliau terpaksa berundur diri ke Kelantan.

▪ Mendapat perlindungan di Chiengmai,


Thailand.

Sebab Penentangan ▪ Hilang hak mengutip cukai. E.A Wise telah


dilantik sebagai Pegawai Majistret dan
Pemungut Hasil di Temerloh.

▪ Perlucutan gelaran sebagai pembesar.


Penentangan terhadap arahan British.
6
Tok Janggut (Kelantan)
Biodata Ringkas ▪ Nama sebenar: Haji Mat Hassan Bin Munas

Peristiwa Penentangan ▪ Pada April 1915, beliau menyerang Pasir


Puteh selama 3 hari.

▪ Pada Mei 1915, British menawarkan 500


dollar bagi sesiapa yang dapat menangkap
Tok Janggut dan pemimpin kanannya.

▪ British meynyerang kubu beliau di Kampung


Dalam Pupuh, Saring.

▪ Beliau terkorban dalam pertempuran itu.

▪ Jenazahnya kemudian digantung secara


songsang di Padang di Balai Besar, Kota
Bharu selama 4 Jam.

Sebab Penentangan ▪ Peraturan tanah baharu yang membebankan,


Mewajibkan membayar cukai tanah.

▪ Pengenalan cukai ke atas pokok kelapa,


pokok pinang, sirih, kerbau, lembu dan
kepala.

7
▪ Sistem pembayaran cukai yang
menyusahkan. Pejabat cukai terletak jauh di
bandar.

Rentap ( Sarawak)
Biodata Ringkas ▪ Nama sebenar: Libau anak Ningkan.

Peristiwa Penentangan ▪ Pada 1853 Rentap telah menyerang kubu


James Brooke di Nanga Skrang. Seorang
pegawai British yang bernama Allan Lee
telah terbunuh.

▪ Pada 1854, James Brooke telah menawan


kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar
perkampungan Rentap.

▪ Rentap berundur dan membina kubu di


Bukit Sadok.

▪ Pada 1857, James Brooke telah menghantar


Charles Brooke untuk menyerang kubu
Rentap di Bukit Sadok.

▪ Pada 1858, Charles Brooke melancarkan


serangan kedua terhadap kubu Rentap di
Bukit Sadok.

8
▪ Pada 1863, James Brooke mengetuai
penentangan ke kubu Rentap. Rentap
ditewaskan.

Sebab Penentangan ▪ Panggilan lanun dan satu penghinaan


terhadap kaum Iban.

▪ Pembinaan Kubu di Sungai Skrang oleh


James Brooke.

▪ Penghapusan penempatan Iban


menyebabkan kemarahan Rentap.

Sharif Masahor ( Sarawak)


Biodata Ringkas ▪ Nama sebenar: SharifMasahor bin
Muhammad Al-Shahab.

Peristiwa Penentangan ▪ Pada 1855, Sharif Masahor telah mengetuai


150 buah perahu untuk menyerang Mukah.
▪ Mengusir Pangeran Matusin, Datu Patinggi
Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim

9
telah membuat Pakatan untuk menyerang
Kuching.

▪ Pertempuran Meletus di Sungai Sadong.


Seramai 64 orang terbunuh.

▪ Pada 1861, Sharif Masahor telah ditewaskan


dan dibuang negeri ke Singapura.

Sebab Penentangan ▪ Perluasan kuasa James Brooke dan


mengambil wilayah Sungai Rajang daripada
Sultan Brunei.

▪ Pembinaan Kubu dan perlantikan wakil


British-James Brooke membina kubu di
Kanowit dan melantik Henry Steel sebagai
wakil British.

▪ Sarikei dibawah pentadbiran Brooke.

10
Dato’ Maharaja Lela ( Perak)
Biodata Ringkas ▪ Nama sebenar: Dato’ Maharaja Lela Pandak
Lam.

Peristiwa Penentangan ▪ Pada Febuari 1875, Sultan Abdullah, Dato’


Maharaja
Lela dan pembesar Melayu Perak membuat
bantahan terhadap campur tangan British.

▪ Pada September 1875, Dato’ Maharaja Lela


bersetuju mengambil tanggungjawab untuk
membunuh Residen British, iaitu J.W.W
Birch.

▪ Pada November 1875, J.W.W Birch dibunuh


oleh Seputum atas arahan Dato’ Maharaja
Lela di Sungai Perak, Pasir Salak

▪ Pada tahun 1877, Dato’ Maharaja Lela dan


Seputum ditangkap dan kemudian mereka
dijatuhi hukuman gantung.

Sebab Penentangan ▪ Residen British J.W.W Birch campur tangan


dalam pentdbiran negeri dan adat resam
orang melayu.

11
▪ Residen British mengambil alih kuasa sultan
dan pembesar tempatan .

▪ British memperkenalkan cukai baharu yang


membebankan rakyat.

▪ Residen British bersikap angkuh dan


sombong.

Yamtuan Antah (N.Sembilan)

Biodata Ringkas ▪ Nama sebenar : Tunku Antah Raja Radin.

Peristiwa Penentangan ▪ Pada Febuari 1875, berlaku pertempuran di


Paroi.

▪ Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi,


namun British menyerang balas

▪ Pada November 1876, Yamtuan Antah


berunding dengan British untuk
menamatkan persengkataan.

12
▪ Hasil rundingan tersebut , Yamtuan Antah
diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri
Menanti.

Sebab Penentangan ▪ Yamtuan Antah menentang British kerana


mencampuri urusan pentadbiran di Sungai
Ujong.

▪ British menyokong Dato’ Kelana yang


mendakawa Terachi ialah wilayahnya.

▪ Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan


Tindakan British menyokong Dato’ Kelana.

▪ Yamtuan Antah bimbang British akan


meluaskan kuasa terhadap wilayah lain.

Mat Salleh (Sabah)


Biodata Ringkas ▪ Nama sebenar : Datu Paduka Mohammad
Salleh bin Datu Balu

Peristiwa Penentangan ▪ Pada Febuari 1897, Mat Salleh dan


pengikutnya menyerang kubu SBUB di
Pulau Gaya.

13
▪ Mat Salleh mendirikan kubu lebih kukuh di
Tambunan setelah kubunya di Ranau
dimusnahkan oleh SBUB.

▪ Pada tahun 1900, SBUB melancarkan


serangan besar-besaran dan menyebabkan
Mat Salleh terkorban.

▪ Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh Mat


Sator yang berpusat di Kampung Kapayan
Lama, Tambunan.

Sebab Penentangan ▪ Mat Salleh menetang SBUB kerana tidak


mengiktiraf kedudukkannya sebagai
pemerintah di Sandakan, Menggatal,
Inanam dan Pulau Gaya.

▪ SBUB mengambil alih hak memungut cukai


dan mengadakan peraturan baharu yang
membebankan rakyat.

14
Antenom (Sabah)
Biodata Ringkas ▪ Nama sebenar : Ontoros bin Buyusan.

Peristiwa Penentangan ▪ Pada Febuari 1915, Antanom menyerang


Pengsiangan dan membakar bangunan
kerajaan.

▪ Pada Mac 1915, Antanom telah memimpin


kira-kira 600 orang Murut untuk menyerang
Rundum.

▪ Pada tahun 1915, Syarikat Bornea Utara


British (SBUB) menghantar 400 orang
tentera untuk menyerang kubu Atanom.
Antanom dan 400 orang pengikutnya
terkorban.

Sebab Penentangan ▪ Larangan membuka tanah baru. SBUB telah


melarang tanah baru

▪ Cukai yang membebankan. Kaum Murut


terbeban.

▪ Buruh paksa menyerahkan salah seorang


anak sebagai buruh syarikat.

▪ Menzalimi keluarga-Suami isteri dipaksa


tinggal secara berasingan.
15
Haji Abdul Rahman Limbong (Terengganu)
Biodata Ringkas ▪ Nama sebenar : Haji Abdul Rahman bin Haji
Abdul Hamid.

Peristiwa Penentangan ▪ Pada Febuari 1922, Haji Abdul Rahman


Limbong bertindak sebagai peguam di
mahkamah dan berjaya membela petani
yang ditangkap kerana menentang
peraturan baharu di Kuala Telemong.

▪ Pada tahun 1928, petani dan pengikut Haji


Abdul Rahman Limbong telah menawan
balai polis di Kuala Berang.

▪ British melancarkan serangan balas. Haji


Abdul Rahman Limbong ditangkap atas
tuduhan menghasut dan dihukum buang
negeri ke Mekah.

Sebab Penentangan ▪ British memperkenalkan undang-undang


baharu yang membebankan rakyat seperti
peraturan tanah untuk petani menjalankan
kegiatan pertanian.

16
▪ British mengancam untuk mengenakan
tindakan undang-undang sekiranya
penduduk tempatan enggan membayar
cukai.

17
KESIMPULAN

Setelah menyiapkan buku skrap ini, saya dapat mengetahui perjuangan

sebenar tokoh-tokoh tempatan seperti Dol Said, Rentap, Sharif Masahor,

Dato’ Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat

Salleh, Antanom dan Haji Abdul Rahman Limbong.

Saya amat menghargai perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh

tempatan ini kerana kegigihan mereka dalam mempertahankan

kedaulatan dan maruah negara daripada ditakluki oleh penjajah atau

kuasa asing .

18
RUJUKAN

1. Buku Teks Sejarah Tahun 5

2. https://www.youtube.com/watch?v=PM7z-Ohv2Eg

3. https://perjuangan-tokoh-tempatan.blogspot.com/

4. https://sejkssrt5t2.wordpress.com/2017/08/18/perjuangan-tokoh-
tempatan/

5. https://www.arcgis.com/apps/MapSeries/index.html?appid=1co9f0
ea5e3c4d0198108ff10efdfc8b

19
20

Anda mungkin juga menyukai