Anda di halaman 1dari 4

SINOPSIS NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN T.

BAB 1: CEMAS
Mulanya mereka berempat sekawan itu tidak berkata apa-apa. Zahid terkenang akan Datuk
Bahaman. Pada penglihatannya sejak pulang dari Pulau Tawar, Orang Kaya Semantan itu
banyak berubah. Dia selalu memencilkan diri. Kalau berbincang pun, hanya berdua dengan
Datuk Panglima Raja Awang Ishak sahaja. Dulu dia riang dan peramah, tetapi sekarang dia
selalu bermenung . Dia bukan bermenung, dia sedang berfikir. Sebenarnya, antara kami empat
sekawan ini, kecuali Awang Muhammad, Rahmanlah yang lebih mengerti tentang hati dan
budi pahlawan mereka itu. Dia bekerja dengan Datuk Bahaman sebagai jurutulis pelatih untuk
membantu Hassan Tahmid, jurutulis yang berasal dari Pekan. Zahid, Samad, Rahman dan
Awang Muhammad berfikir tentang Inggeris , mereka datang ke negeri ini, konon membuat
perjanjian dengan raja, konon hendak membangunkan Negara. Tapi mereka hendak
memunggah emas dan dan biji timah negeri ini ke negeri mereka, mereka hendah tebang dan
angkut kayu-kayu yang baik di negeri ini. Mereka hendak memungut cukai dan hendak
memeras. Pada suatu hari, Datuk Bahaman memulakan ucapan. Datuk Bahaman meminta
openduduk bersedia sebelum melawan Inggeris. Selepas orang bersurai, Zahid, Samad,
Rahman dan Awang Muhammad terus pulang. Zahid memberi cadangan untuk mebuat
sebuah kubu di pangkal merbau berdarah di tebing Lubuk Sengarat. Belum pun sempat
mereka mengulas cadangan Samad, mereka terkejut melihat Mak Long Esah, emak Samad
berlari-lari mendapatkan mereka. Mak Long Esah meminta mereka untuk pulang kerana
Inggeris akan sampai ke Lubuk Terua. Berita kedatangan Inggeris dan mata-matanya ke
Lubuk Terua itu sangat cepat merebak. Dalam masa sekejap sahaja, penduduk kampong
sudah bersiap sedia.

BAB 2: LUBUK TERUA TERGUGAT

Setelah turun ke pelantar, Zahid bergesa-gesa pula ke halaman, kemudian segera melangkah
ke tebing sungai. Pagi itu mereka akan dalamkan lagi kubu fikirnya lalu memandang pula ke
seblah hulu. Perahu-perahu kajang yang tertambat di pangkalan Datuk Bahaman bergoyang
perlahan-lahan ditolak air yang terus mengalir. Kemudian, dia memandang pula ke seberang
pangkalan itu. Empat buah perahu yang penuh dengan papan dan atap nipah tertambat di
tebing bersetentang dengan dusun Datuk Panglima Raja Awang Ishak. Sebelum meninggalkan
tebing sungai, Zahid memandang sekali lagi ke arah perahu Inggeris di seberang sebelah hulu
itu. Tiga empat orang sedang bekerja di tebing itu. Manakala tiga empat orang lagi sedang
mengawal dengan senpang. Muncung senpang itu dihalakan ke arah rumah Datuk Bahaman.
Zahid segera turun ke pelantar dan menutup pintu. Kemudian dia terus ke rumsh Samad
yang tidak jauh dari rumahnya. Mak Long Esah tercegat di ambang pintu melihat Zahid
datang. Samad turun ke halaman. Mereka bergerak cepat ke rumah Rahman. Kemudian,
mereka bersama-sama pergi ke rumah Awang Muhammad. Merka akan berunding dahulu
seblum meneruskan kerja menggali kubu di Lubuk Sengarat. Akirnya, mereka sampai di rumah
Rahman. Daripada emak Rahman, mereka tahu bahawa Rahman telah keluar lebih awal. Kami
melangkah ke rumah Datuk Bahaman pula. Di pertengahan jalan, kami terserempak dengan
Pak Long Abas yang beriringan dengan Datuk Panglima Raja menghala ke rumah Datuk
Bahaman. Di serambi rumah Datuk Bahaman, Rahman sedang berbincang sesuatu dengan
Awang Muhammad. Datuk Bahaman keluar ke serambi apabila Pak Long Abas dan Datuk
Panglima Raja sampai.

BAB 3: MENCARI PENYELESAIAN

Suatu hari, kira-kira dua minggu selepas Syres membina rumah pasung, Zahid dan Samad
sampai lebih awal ke kubu kami di Lubuk Sengarat. Mereka seronok mengintip perahu-perahu
yang hilir mudik melalui lubuk itu. Rahman tidak ikut serta kerana dia ikut Datuk Bahaman
pergi ke Johor . Awang Muhammad bercadangkan supaya mereka meronda ke segenap
kampong, di sebelah pagi, mereka akan meronda ke segenap kampung. Mereka melihat kubu-
kubu orang kampung yang berselerak di tebing-tebing sungai. Sebelah petang mereka akan
berkawal di kubu sahaja sehingga senja. Pada tengah hari, Zahid ternampak dua buah perahu
yang masing-masing dikayuh , di dalam perahu pertama ada seorang lelaki Inggeris yang
memakai pakaian seragam berwarna kuning . Perahu kedua pula berisi empat orang mata-
mata Inggeris.

BAB 4: BUDI KEDAPATAN

Seperti biasa, Zahid, Samad, dan Awang Muhammad meninjau dahulu sekeliling kampung.
Awang Muhammad mengajak kami pergi ke Mempatih. Semasa tiba di dusun durian tempat
Rahmad bermain sembunyi-sembunyi dahulu, Zahid berasa ada perubahan berlaku. Semak-
semak di tengah dusun itu telah bertukar menjadi padang kecil yang bersih. Rumput-
rumputnya telah ditebas sehingga pendek. Tiba-tiba Rahmad dan kawan-kawannya melompat
keluar dari semak-semak di situ, mereka mengelilingi Zahid, Samad dan Awang Muhammad.
Padang itu menjadi tempat untuk Rahmad dan kawan-kawannya berlatih membaling bamboo
runcing, setiap pagi mereka akan berlatih di situ. Zahid, Samad dan Awang Muhammad
meneruskan perjalanan ke sebelah hilir, tetapi Rahmad berkata bahawa ada dua orang
pemuda Melayu pergi ke sana juga, namun Rahmad membiarkan sahaja mereka Zahid pergi.
Waktu itu agak kira-kira 11.00 pagi. Mereka berjalan ke hilir lagi. Akhirnya, sampai ke hujung
kampung. Rumah Lajis, guru silat Rahmad kelihatan berbalam-balam di dalam dusun manggis.
Sebaik sahaja mereka hendak bergerak ke belakang, mereka terdengar suara perempuan
menjerit dari rumah Lajis. Samad melompat dan terus berlari ke rumah Lajis diikuti oleh
Awang Muhammad dan Zahid. Sampai di halaman, Zahid melihat pintu serambi rumah Lajis
terbuka luas, Samad bergegas naik ke serambi dan terus ke ruang tengah, manakala Zahid
dan Awang Muhammad ikut naik juga. Di tepi geta, mereka Nampak dua orang oemuda
sedang mengepung Kak Minah, isteri Lajis. Seorang dari pemuda itu merapati Kak MInah dan
menarik baju perempuan muda itu. Kak Minah menjerit minta tolong, kedua-dua pemuda itu
berpaling muka ke arah mereka. Mukanya bengis. Kemudian, pemuda yang menarik baju Kak
Minah itu memegang tangan Kak Minah pula. Kak Minah meronta.
BAB 5: INGGERIS MENCABAR LAGI

Pada suatu hari apabila mereka melihat Syres selalu sahaja berulang-alik ke situ. Hendak
dikatakan melihat orang salah di dalam penjara, tidak mungkin. Penjara itu masih kosong.
Bahkan mata-mata Inggeris yang bertugas di situ belum pernah lagi menangkap orang
Semantan. Meronda ke kampung-kampung pun mereka tidak pernah. Orang Semantan tidak
hiraukan Inggeris dan mata-matanya di rumah pasung itu. Orang di sini bukan sahaja tak
pernah mengadu hal kepada mereka, tapi tak mahu juga menjual barang-barang makanan
kepada anjing-anjing itu. Lajis dan Pak Uda telah mengajak empat lima orang tukang muda
untuk mencari kayu cengal untuk dibuat buntut bedil. Smasa Datuk Bahaman di Johor, dia
sempat juga pergi ke Singapura dan mengadakan perkatan sulit dengan seorang saudagar
Melayu di san. Saudagar itu sanggup membekalkan besi untuk buat laras bedil kepada Datuk
Bahaman. Dia juga sanggup membekalkan ubat bedil. Syres sibuk hilir mudik ke Lubuk Terua
ini. Mereka tidak tahu apa-apa yang dirancangkan olehnya untuk memerangkap mereka.
Datuk Bahaman mahu mereka semua berkumpul di Masjid malam ini. Mereka akan membaca
Surah Yasin beramai-ramai dan memohon doa kepada Ihahi semoga perjuangan mereka
dapat pertolongan-Nya. Kata Datuk Bahaman, Inggeris telah mengadakan mesyuarat dengan
raja dan orang-orang besar di Pulau Tawar baru-baru ini. Inggeris membuat keputusan yang
mencabar Datuk Bahaman dan orang di semantan.

BAB 6: KEDATANGAN MAT KILAU

Selepas sembahyang Maghrib mereka membaca Surah Yasin dan memohon doa restu daripada
Ilahi agar perjuangan mereka akan diberikan petunjuk oleh Tuhan. Sementara menunggu
waktu isyak , Zahid dan Samad beredar ke perkarangan masjid. Zahid memandang ke luar
masjid, tiba-tiba dia melihat ada orang asing menuju ke masjid itu. Zahid segera memberitahu
Mat Lela tentang kedatangan orang asing itu. Mat Lela menyeru dari masjid, orang itu
menyahut. Orang itu masuk ke amben masjid. Apabila cahaya lampu menerangi wajah orang
itu, mereka berebut-rebut bersalam dengannya. Mat Kilau yang sebaya dengan Mat Lela itu
melangkah ke dalam dan bersalam dengan Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja. Mat
Kilau dating kemari atas suruhan ayahnya, sebenarnya ada berita tentang mesyuarat antara
Clifford dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar. Syres mengatakan datuk tidak
memberikan kerjasama kepadanya sewaktu dia membina rumah pasung di sini, Owen pula
mengadukan bahawa Datuk melarang orang-orangnya membuat bancian di sini. Tetapi
tukang-tukang banci itu bukan menjalankan bancian, malah mereka mengusik anak isteri
orang.

BAB 7: RETAK MENANTI BELAH

Petang itu Zahid dan Awang Muhammad sahaja berkawal di dalam kubu. Rahman tidak
dating kerana dia membantu Pak Cik Hassan Tahmid di rumah Datuk Bahaman. Samad pula
sudah dua hari tidak pulang ke Lubuk Terua kerana ayahnya, Pak Long Abas bersama-sama
Pak Uda Ismail mengail ikan di Sungai Semantan. Tidak lama kemudian, Datuk Bahaman
datang ke kubu. Dia datang bersama-sama dengan Imam Perang Weh dan Datuk Panglima
Raja. Sebenarnya dia selalu datang ke kubu. Dari tepi kubu itu dia memerhatikan kawasan
sekeliling. Kemudian, dia memandang air yang mengalir deras di hujung tanjung itu. Tiba-tiba
Zahid terkejut apabila melihat sebuah perahu kecil sedang dikayuh laju oleh seorang pemuda.
Perahu itu mudik dan menentang arus Lubuk Sengarat. Apabila pemuda itu melihat Datuk
Bahaman di pangkal merbau berdarah itu, Lajis memperlahankan perahunya, lalu masuk ke
olak lubuk. Dia merapatkan perahunya di tempat kami sering memancing ikan. Kemudian, dia
melompat naik ke darat dan menambatkan perahunya. Lajis berkata bahawa Ismail dan
Samad ditangkap Desborough dekat Batu Hampar. Mereka pergi mengail ikan tembelian di
Sungai Semantan, banyak mereka dapat. Tiba-tiba perahu mereka terserempak dengan perahu
kecil mata-mata Inggeris yang sedang mudik ke mari. Mata-mata Inggeris itu telah merampas
ikan dalam perahu Ismail. Abas dan Samad cuba melawan tetapi mereka telah dipukul oleg
mata-mata Inggeris itu dengan buntut senapang.

Anda mungkin juga menyukai