Anda di halaman 1dari 7

Cerakinkan(Pisahkan ) ayat-ayat majmuk

Formula : Ayat majmuk – dan / lalu / yang / manakala / sambil / serta / atau/ kerana…..
1) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________
2) Hanisah mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________
3) Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.
a. Nazri telah sedar.
b. Nazri telah melakukan…
4) Mereka ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah.
a)
b)
5) Pemuda itu rajin bekerja dan aktif dalam persatuan belia.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________
6. Buku yang tebal itu sangat mahal harganya.
Buku itu tebal.
Buku itu sangat mahal harganya.

7. Ribut taufan yang melanda negara itu amat dahsyat sekali.


a.
b.
8. Bunyi enjin kereta lumba itu sangat kuat sehingga memekakkan telinga.
a.
b.
9.  Media sosial menyebabkan pembaziran masa individu kerana banyak masa dihabiskan untuk
melayari laman sosial.

a.

b.
10. Ibu bapa Alia telah bercerai sejak tiga tahun yang lalu.

a.

b.

11. Tauke Lim menternak ayam daging dan ayam telur.

a.

b.

LATIHAN MENCERAKIN AYAT

Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.

Contoh 1.

Tauke Lim menternak ayam daging dan ayam telur.

(i) Tauke Lim menternak ayam daging

(ii) Tauke Lim menternak ayam telur

Contoh 2:

Ibu bapa Alia telah bercerai sejak tiga tahun yang lalu.

(i) Ibu bapa Alia telah bercerai.

(ii) Ibu bapa Alia bererai tiga tahun yang lalu.

Pisahkan ayat-ayat di bawah menjadi dua ayat.

1. Nenek sedang melipat kain manakala ibu sibuk menggoreng keropok di dapur.

2. Jason suka melukis tetapi Joyce suka membaca buku cerita.

3. Sonia membuka kasut sekolahnya lalu masuk ke dalam rumah.

3. Ramli telah dimarahi oleh ibunya kerana ponteng sekolah.

4. Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah pihak lawannya.

5. Adakah Encik Azman hendak ke Putrajaya atau ke Muzium Negara?

6. Adik mengemas bilik tidurnya sambil mendengar radio.

7. En Ramli seorang yang kaya raya tetapi sangat kedekut untuk menderma.

8. Amir dan Azir didenda oleh guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolahnya.

9. Pelajar akan seronok belajar di dalam kelas yang sentiasa bersih dan kondusif.

10. Halimah membeli sejambak bunga ros untuk diberi kepada ibunya.
11. Semalam Hadi tidak hadir ke sekolah kerana demam panas.

12. Walaupun Salmah datang daripada keluarga yang miskin namun dia
sangat rajin belajar.

13. Hang Tuah menghunus keris Taming Sari lalu menikam Hang Jebat
dalam pertarungan itu,

15. Pelajar-pelajar diarahkan berkumpul di dalam dewan untuk menjalani


pemeriksaan kesihatan mata.

16. Sementara menanti makanan tengah hari yang sedang disediakan oleh
penganjur kursus itu, kami menjamah sedikit makanan yang ada.

17. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini
bertambah harmoni.

18. Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan masanya
untuk bertemu dengan penduduk setempat.

19. Golongan belia di kawasan Felda ini amat rajin berusaha untuk meningkatkan taraf hidup
keluarga mereka.
20. Program lawatan sambil belajar kelolaan Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini akan
diadakan pada hujung minggu hadapan jika pihak penganjur mendapat kebenaran daripada
pihak Pejabat Pelajaran Daerah.
21. Ubat ini sesuai untuk pesakit kencing manis dan pesakit darah tinggi.
22. Setiausaha Encik Khalid masuk ke bilik mesyuarat lalu mengedarkan minit mesyuarat
kepada semua pengarah.
23. Pasukan pembahas yang telah dua tahun menjadi juara itu, begitu petah menyampaikan
hujah-hujah.
24. Ramli datang lewat ke sekolah kerana bas yang dinaikinya kehabisan minyak di tengah
jalan.
25. Puan Faridah tidak akan pulang ke rumahnya selagi kerja-kerjanya belum selesai.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan: ( Dari no 16)


16. Kami menanti makan tengah hari yang sedang disediakan oleh penganjur kursus itu.
Kami menjamah makanan yang sedia ada.

17. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati.


Kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni.

18. Jadual kerja pemimpin besar itu padat.


Beliau masih dapat meluangkan masanya untuk bertemu dengan penduduk setempat.
Ceraikan ayat-ayat majmuk dalam ayat di bawah agar menjadi enam ayat tunggal tanpa
mengubah maksud dan susunannya.

Selain pertalian keluarga, hubungan persahabatan yang baik berupaya memperbaiki semua aspek
dalam kehidupan kita. Hal ini bukan sahaja memberikan kegembiraan malah memperbaiki tahap
kesihatan kita. Kajian saintifik mendapati bahawa menjalani hidup sendirian dan enggan membina
hubungan dengan individu lain akan melemahkan imunisasi tubuh.

Pertalian keluarga berupaya memperbaiki semua aspek dalam kehidupan kita.

Hubungan persahabatan yang baik berupaya memperbaiki semua aspek dalam kehidupan kita.

Hal ini memberikan kegembiraan.

Hal ini dapat memperbaiki tahap kesihatan kita.

Kajian saintifik mendapati individu menjalani hidup sendirian akan melemahkan imunisasi tubuh.

Kajian saintifik mendapati bahawa individu enggan membina hubungan dengan individu lain akan
melemahkan imunisasi tubuh.

Cerakinkan / Pisahkan ayat-ayat di bawah menjadi enam ayat tunggal.

Pengambilan gula secara berlebihan dikenal pasti sebagai punca utama


diabetes yang mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Banyak rakyat
Malaysia yang menghidap penyakit tersebut kerana mengambil gula
secara berlebihan dalam makanan dan minuman. Oleh sebab itu, kita harus
berkata “tidak”kepada pengambilan gula secara berlebihan.

1. Pengambilan gula secara berlebihan dikenal pasti sebagai punca utama


diabetes.
2. Diabetes mendatangkan pelbagai kesan sampingan.
3. Banyak rakyat Malaysia menghidap penyakit tersebut.
4. Banyak rakyat mengambil gula secara berlebihan dalam makanan.
5. Banyak rakyat Malaysia mengambil gula secara berlebihan dalam minuman.
6. Kita harus berkata “tidak” kepada pengambilan gula secara berlebihan.

Pisahkan / cerakinkan ayat-ayat di bawah menjadi tiga ayat.


a.Gejala buli berlaku akibat pelajar yang gila kuasa, ingin dipandang hebat
dan meletakkan kuasa di tangan sendiri.
Gejala buli berlaku akibat pelajar yang gila kuasa.
Gejala buli berlaku akibat pelajar yang ingin dipandang hebat.
Gejala buli berlaku akibat pelajar yang meletakkan kuasa di tangan sendiri.
b. Sebaik sahaja mendarat di pantai, penyu itu akan menggali lubang lalu
bertelur di dalamnya serta mengalirkan air mata seolah-olah menangis
sebaik sahaja bertelur.
Sebaik sahaja mendrat di pantai, penyu itu akan menggali lubang.
Penyu itu bertelur di dalam lubang/ di dalamnya.
Penyu itu mengalirkan air mata seolah-olah menangis sebaik sahaja ia bertelur.

c. Pencari mutiara membawa bersama-samanya sebuah tukul kecil lalu


menyelam dan mengetuk-ngetuk tiram yang ditemuinya.
Pencari mutiara itu membawa bersama-samanya sebuah tukul kecil.
Pencari mutiara itu menyelam.
Pencari mutiara itu mengetuk-ngetuk tiram yang ditemuinya.

d. Pasangan pelancong asing itu menghulurkan kamera kepada saya untuk meminta merakamkan
gambar mereka lalu segera berdiri di hadapan Tugu Negara.

Pasangan pelancong asing itu menghulurkan kamera kepada saya.


Pasangan pelancong asing itu meminta merakamkan gambar mereka.
Pasangan pelancong asing itu segera berdiri di hadapan Tugu Negara.

e. Pisahkan menjadi empat ayat:


Polis yang tiba di tempat kejadian mengambil beberapa keping
gambar, menyoal beberapa orang saksi, serta merakamkan
percakapan pihak tertuduh.

a. Polis tiba di tempat kejadian.


b. Polis mengambil beberapa keping gambar.
c. Polis menyoal beberapa orang saksi.
d. Polis merakamkan percakapan pihak tertuduh

f. Pisahkan ayat majmuk di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud dan
struktur asalnya.

Malaysia mempraktikkan bioteknologi dan bidang ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang ini
dimajukan dalam sektor pertanian bagi menampung keperluan makanan negara. Rakyat boleh
memanfaatkan teknologi untuk menambahkan pendapatan.
Malaysia mempraktikkan bioteknologi.
Bidang ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Bidang ini dimajukan dalam sektor pertanian.
Bidang ini menampung keperluan makanan negara.
Rakyat boleh memanfaatkan teknologi.
Rakyat boleh menambahkan pendapatan negara.

Pisahkan ayat-ayat di bawah menjadi enam ayat.


Rasuah ialah penyakit sosial yang sukar dihapuskan sepenuhnya. Gejala ini
mesti dibendung di semua peringkat dengan mengenakan hukuman berat terhadap
pihak yang terlibat. Amalan buruk ini mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat
dan melumpuhkan ekonomi negara.

Rasuah ialah penyakit sosial.

Rasuah sukar dihapuskan sepenuhnya.

Gejala ini mesti dibendung di semua peringkat.

Gejala ini mesti dibendung dengan mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat.

Amalan buruk ini mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

Amalan ini melumpuhkan ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai